
Sekitar  April 2007,peminat sejarah negeri Kedah telah 
dikejutkan dengan  kewujudan blog,sejarahnagarakedah.blogspot dan 
menariknya,penulis blog  yang dikenali sebagai Anai-anai telah mendakwa 
berasal dari keturunan  pemerintah Kerajaan Ayutthaya,sebuah kerajaan 
Siam Purba yang pernah  mendominasi Indochina pada masa lampau.Dakwaan 
beliau lebih menarik  apabila selepas itu muncul pula beberapa orang 
yang mendakwa  menyembunyikan identiti mereka dengan masing-masing 
memiliki nama  'kerabat diraja' dengan pangkai nama 'Nai'.Malahan 
keturunan dari 'Nai'  ini pernah membuat majlis perhimpunan keluarga dan
 sumber utamanya  merangkap waris maharaja,Nai Long Kassim Nai Long 
Ahmad pernah menyertai  satu forum bersama persatuan sejarah.
Saya  (Srikandi) akan mengulas dakwaan Anai-anai secara 
kritis dan  seimbang.Saya akan menyorot dari segi sejarah Benua Siam dan
 cuba untuk  mengaitkan semua dakwaan ini dengan sejarah realiti tidak 
kira sejarah  yang cuba digelapkan ataupun secara kronologi logik.Saya 
juga akan  mengambilkira kemusykilan semua pihak terutama pihak yang 
menentang  usaha Anai-anai.
Anai-anai,atau nama sebenarnya  Mazlan Abdul Majid telah 
membentangkan satu kajian yang agak luarbiasa  dari sejarah yang kita 
baca di buku-buku teks sekolah.Beliau mendakwa  Kerajaan Ayutthaya 
adalah sebuah kerajaan Siam yang beragama Islam dan  raja-raja mereka 
berasal dari Kedah.Siam dan Thai juga adalah dua kaum  yang 
berbeza.Beliau juga mendedahkan bahawa kejatuhan Ayutthaya adalah  
disebabkan pakatan antara Burma dan Thai sekian lama,kemudian sejarah  
Ayutthaya telah ditutup dan diubah serta keturunan raja-raja Ayutthaya  
juga diburu dan dibunuh.
The Tombs of Ayutthayan Kings

Hanyut tanah tak bertuan
Rakyat tidak bertuan
Ditabal aku di Segara Masin
Raja gelar..."
(Silkhannaz       -Merong Mahawangsa)
Kerajaan  Ayutthaya
  adalah sebuah kerajaan purba yang dikesan kewujudannya sekitar tahun  
1351 hingga kejatuhannya pada tahun 1767 Masehi.Kerajaan ini berpusat di
  sebuah kawasan seperti pulau di Sungai Chao Phraya.Nama 'Ayutthaya'  
dikatakan diberi oleh pengasas kerajaan ini,U Thong yang bermaksud 'Kota
  Raja-raja'.
Sejarah Thailand tidak lengkap  jika tidak menyebutkan 
tentang kewujudan Kerajaan Ayutthaya ini,ini  kerana ketika zaman 
keemasannya,ia menjadi kota paling makmur dengan  urusan perdagangan 
dalam dan luar negara.Kerajaan-kerajaan seperti  China,Parsi,Belanda 
sehingga Perancis pernah menghantar duta dan  rombongan perdagangan ke 
kota Ayutthaya.Kota ini menjadi antara kota  terkaya di dunia dengan 
kepadatan penduduk dan kemewahan yang didapati  hasil 
perdagangan.Hubungan diplomatik antara negara luar semakin rancak  
terutamanya dalam pemerintahan Raja Narai yang menyaksikan utusan  
dihantar ke istana raja Perancis.Ayutthaya juga adalah kerajaan yang  
kuat dan pernah menakluk Angkor,ibukota kerajaan Khmer,yang semakin  
lemah di mana sebelum itu pernah menjadi satu empayar yang besar dan  
menakluk sebahagian besar Indochina.Satu-satu kerajaan yang bersaing  
dengan Empayar Khmer adalah Empayar Melayu Srivijaya ketika  
itu.Ayutthaya juga berjaya menjinakkan Sukothai,satu kerajaan di utara  
Indochina yang merupakan musuh dan pesaing kepada Ayutthaya.
Di  dalam Sejarah Melayu,kerajaan ini dikenali sebagai 
Syahrul Nuwi dengan  panglimanya dikenali sebagai Awi Dicu (Sihadecho?) 
dan raja-rajanya  bergelar Paduka Bubunnya.Salah seorang anak raja 
Syahrul Nuwi ini  bernama Cau Pandan (Chao?),mati akibat ditikam dengan 
panah semasa mahu  menyerang Melaka.
Dalam sejarah  Thailand,kerajaan ini dikatakan jatuh kerana 
diserang Burma dibawah  pimpinan Alaungpaya.Ketika saat-saat 
kejatuhannya juga,kerajaan ini  berdepan dengan konflik dengan kemaraan 
Dai-Viet (Ngu Yen) dari arah  Kemboja yang sebelum itu telah menjinakkan
 saki-baki kekuasaan Khmer dan  Champa.
Dalam sejarah Thailand juga disebut  raja-raja Ayutthaya 
adalah berasal dari kaum Tai dan berbahasa  Tai.Mereka menganut ajaran 
Buddha.Ini adalah sejarah umum yang dibaca  dibuku-buku sejarah.
Kekeliruan mula terjadi  apabila ahli-ahli sejarah Thai 
menemukan jumlah tapak masjid yang begitu  banyak di sekitar puing-puing
 kota Ayutthaya.Para pengkaji juga  menemukan bekas-bekas ukiran yang 
dirosakkan atau dibuang dari  dinding-dinding runtuhan kota.Seorang 
pakar sejarah Thailand juga  mencadangkan nama Thailand ditukar semula 
ke nama 'Siam'.Kuasa raja Thai  yang semakin dikurangkan memungkinkan 
kajian yang lebih mendalam dan  ahli sejarah Thai semakin berani 
mengemukakan hasil kajian.
Mempelajari
  misteri dari sejarah Ayutthaya,membolehkan kita mencari kunci yang  
hilang di Indochina,sekurang-kurangnya mengetahui sampai manakah  
wilayah-wilayah orang Melayu di Indochina.
Dalam  blogsejarahnagarakedah,saudara Anai-anai telah 
mendedahkan secara  terperinci salasilah raja-raja Ayutthaya.Mula-mula 
kita mesti tahu  dahulu apa yang menyebabkan kajian Anai-anai ini 
berbeza langsung dari  sejarah kontemporari.Antara ciri-ciri dakwaan 
beliau mengenai Ayutthaya  ialah:
-Siam adalah nama satu  kaum yang berbeza bahasa dan agama 
dengan Tai.Siam berasal dari Kedah  dan beragama Islam,manakala Tai dari
 selatan China.Raja-raja Ayutthaya  adalah dari keturunan Siam dan 
beragama Islam.
-Siam (Ayutthaya) ialah satu keturunan dengan orang Melayu.
-Siam  adalah hasil pencampuran orang Cina Islam dari negara 
China pada zaman  dahulu dan keturunan orang-orang Melayu di Nusantara.
-Setiap nama raja Ayutthaya mempunyai nama Siam dan nama Islam mereka.

-Kerajaan Ayutthaya adalah kerajaan yang diperintah oleh raja-raja Islam.
-Kerajaan  Ayutthaya adalah sebahagian dari Empayar Monggol 
(Moghul) Islam  berpusat di India.Setidak-tidaknya ada hubungan dengan 
Kerajaan Moghul  itu kerana ada keturunan mereka menjalinkan tali 
perkahwinan dengan  raja-raja Siam Ayutthaya.
-Keturunan raja-raja  Ayutthaya telah lari ke semenanjung 
Tanah Melayu dan diburu oleh  kerajaan Thai yang menakluk Ayutthaya 
sebelum itu.Mereka memakai gelaran  'Nai'.
-Mereka yang mempunyai talian  persaudaraan kerabat Ayutthaya
 ini mengenali antara satu sama  lain,contohnya bekas Perdana Menteri 
Tun Abdullah Ahmad Badawi juga  didakwa ada namanya yang lain berpangkal
 dengan gelaran 'Nai'.

-Kerajaan
  Ayutthaya ini amat besar mengikut dakwaan Anai-anai,sehingga dikatakan
  semua raja-raja Melayu di semenanjung ini adalah 'raja daerah' kepada 
 Empayar Islam Ayutthaya sahaja termasuk Kesultanan Melaka.Melaka itu  
pula dikatakan hanyalah salah satu pelabuhan Ayutthaya untuk mengawal  
Selat Melaka.
-Raja-raja daerah ini mempunyai peluang untuk menjadi Maharaja Ayutthaya melalui sistem giliran.
-Raja-raja  dan tentera Kerajaan Ayutthaya ini punya budaya 
berkeris menunjukkan  hubungan keturunan mereka dengan alam Melayu 
(menariknya ini ada bukti  yang jelas,bukan sahaja dari sumber Thai 
sendiri,malah sumber Perancis).

-Sejarah Ayutthaya ada kaitan dengan Merong Mahawangsa.
-pengetahuan  salasilah keturunan raja-raja Ayutthaya adalah 
wasiat yang dijaga  turun-temurun oleh kerabat pemerintah Ayutthaya yang
 bersembunyi dari  buruan tentera Thai terutama sejak tahun 1821 yang 
digelar 'Tahun Musuh  Bisik'.
Ini adalah antara  ciri-ciri di dalam penjelasan blog 
sejarahnagarakedah.Penulis blog ini  mempunyai satu sumber bertulis yang
 amat dipercayai,iaitu kitab  Undang-undang Kedah yang manuskrip aslinya
 berjaya dikembalikan atas  usaha Kerajaan Malaysia dari tangan Kerajaan
 Britain sekitar tahun  2003.Bukan itu sahaja,sumber-sumber sejarah lain
 seperti Cempakasari  Negeri Perak dan Sejarah Melayu juga dilihat 
selari dengan Undang-undang  Kedah ini.Penulis blog itu juga merujuk 
kepada kitab Hikayat Merong  Mahawangsa.
Mari kita mengenal raja-raja yang  pernah memerintah 
Ayutthaya.Raja-raja Ayutthaya dikatakan berjumlah 33  orang 
kesemuanya.Kita lihat dahulu senarai umum raja-raja Ayutthaya dari  
kacamata Thai dan sejarah umum:
Uthong Dynasty (pemerintahan pertama, 1350-1370)
Ramathibodi I (dahulu dikenali Prince U Thong 1350 - 1369)
Ramesuan (1369 - 1370) (pemerintahan kali pertama,kemudian turun takhta)
Suphannaphum Dynasty (pemerintahan pertama, 1370-1388)
Pha Ngua (Boromma Ratchathirat I 1370 - 1388)
Thong Lan (1388)
Uthong Dynasty (pemerintahan kedua, 1388-1409)
Ramesuan (1388 - 1395) (pemerintahan kali kedua)
Ramracha Thirat (1395 - 1409)

Suphannaphum Dynasty (pemerintahan kedua, 1409-1569)
Intha Racha(Nakharinthara Thirat 1409 - 1424)
Borommaracha Thirat II (Sam Phraya 1424 - 1448)
Boromma Trailokanat (1448 - 1488)
Borommaracha Thirat III (1488 - 1491)
Ramathibodi II (Chettha Thirat 1491 - 1529)
Borommaracha Thirat IV (Nor Phutthangkun 1529 - 1533)
Ratsadathiratcha Kuman (1533); raja kanak-kanak
Chaiya Racha Thirat (1534 - 1546)
Kaeo Fa (Yot Fa) -menyertai tampuk kuasa (1546-1548); raja kanak-kanak & permaisuri Si Sudachan
Voravonsadiraj (1548)
Phra Maha Chakkraphat (memerintah 1548-1568) & permaisuri Suriyothai  (d.1548)
Mahinthara Thirat (1568 - 1569)

Sukhothai Dynasty (1569-1629)
Maha Thammaracha Thirat (Sanphet I 1569 - 1590)
Naresuan, the Great (Sanphet II 1590 - 1605)
Ekathotsarot (Sanphet III 1605 - 1610)
Si Saowaphak (Sanphet IV 1610 - 1611)
Drongdharm (Intha Racha 1611 - 1628)
Chejthathraj (1628 - 1629)
Artitthayawongs (1629)
Prasat Thong Dynasty (1630-1688)
Prasat Thong (Sanphet V 1630 - 1655)
Chao Fa Chai (Sanphet VI 1655)
Si Suthammaracha (Sanphet VII 1655)
Narai, the Great (1656 - 1688)
Ban Phlu Luang Dynasty (1688-1767)
Phet Racha (1688 - 1703)
Luang Sorasak or Phrachao Sua ('Raja Harimau') (Sanphet VIII) (1703 - 1709)
Tai Sa (Sanphet IX 1709 - 1733)
Borommakot (Borommaracha Thirat III 1733 - 1758)
Uthumphon (Borommaracha Thirat IV 1758)
Suriyamarin or Ekkathat (Borommaracha Thirat V 1758 - 1767)
Sekarang  kita bandingkan senarai di atas dengan salasilah 
raja-raja Ayutthaya  versi pendedahan oleh Nai Long Kassim Nai Long 
Ahmad,yang mendakwa waris  dari raja-raja Siam Islam Ayutthaya.
Kerajaan Ayutthaya Siam Islam NagaraKedah Pasai Ma
-SULTAN MAD ZAFAR SYAH III IBNI TUANKU MUHAMAD SYAH
BERPINDAH KE AYUTHIA (gelaran Siam:RAMA TIBODI I @ U THONG) 
-TUANKU NAZREEN IBNI SULTAN MAD ZAFAR SYAH III ( gelaran Siam:RAMESUAN 1369 – 1395)
-SULTAN SALEHUDDIN MUADZAM SYAH (gelaran Siam:BOROMORACHA I 1370 - 1388)
-TUANKU MOHAMMAD CHAN (@ TOK TEMENG) IBNI TUANKU NAZREEN @RAMASUAN (gelaran Siam:THONG CHAN 1388 – 1395)
-SULTAN RAHMAN LAKSEMANA (gelaran Siam:RAMARATCHA 1395 - 1409)

-SULTAN RAZAK IBNI SULTAN MAHMUD (gelaran Siam:INTHARATCHA I 1409 – 1424)
RAJA TOUNG OO
-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA
SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH IBNI TUANKU MOHAMMAD CHAN
@SULTAN MUHAMMAD SYAH III, PARAMESWARA MELAKA (gelaran Siam:RAMATIBODI II @ Boromoraja II? memerintah 1424 – 1448)
-SULTAN JALIL YAACOB SYAH (gelaran Siam:BOROMOTAILOKANAT 1448 – 1491)
-TUNKU MUHAMMAD YUSUF ibni SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH
RAJA PASAI (gelaran Siam:BOROMORAJA II 1491 – 1533)

-RATSADA (1533 - 1547)
-KAIFA  TABIM SHEIKH ALI @ TABIN SHWEHTI (Ayahanda kepada 
Puteri Nang Che Yam,  Raja Patani,memerintah 1547 – 1548 dengan gelaran 
Siam:YOT FA)
-PUTERA JALIL YAACOB SYAH
SYAHBANDAR KOTA SETAR (gelaran Siam:KHUN WARAN WANGSA 1548)
-PADUKA SERI SULTAN MOHAMMAD
RAJA PASAI 
ADINDA KEPADA SULTAN JALIL (gelaran Siam:CHAKRAPHAT 1548 – 1569)
-TUANKU  NUR AISYAH IBNI TUANKU SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD 
JOHAN SYAH III  (gelaran Siam:MAHIN INTA TIRAL,gelaran di Toungu 
Burma:BA YIN  NAUNG,gelaran di India:AISYAH SULTAN BEGUM,memerintah 1498
 -1530)

-NAI(SYED)HASSAN, PUTERA SANTUBONG
RAJA BORNEO (gelaran Siam:NARUESAN/NARESUAN 1530 – 1605)
-TUANKU SHAARI RIAYAT SYAH 
SULTAN RIAU, PAGOH (gelaran Siam:EKATOTSAROT 1605 – 1610)
-NAI (SYED)HISBU MUADZAM SYAH IBNI SULTAN ZAHIRUDDIN BAHADUR SYAH
(gelaran Siam:INTARAJA II @ SONG THAM AYUTHIA 1610 - 1628)
-TEH ABU ADINDA SULTAN MAHMUD,PUTERA KEPADA TUANKU SHAARI RIAYAT SHAH
SULTAN RIAU (gelaran Siam:CHETTHA 1628 - 1629)
-SULTAN ALI IBNI SHAARI RIAYAT SYAH
SULTAN RIAU (gelaran Siam:ATTHINAWONG 1629)
-PENGGIRAN RAJA KECIL BONGSU, BRUNEI (gelaran Siam:PRASAT THONG 1629 – 1655)
-TUANKU JAAFAR 
SULTAN SELANGOR (gelaran Siam:CIAO FA JAI 1655- 1656)
-SULTAN MAHMUD SYAH IBNI NAI(SYED)HISBU MUADZAM SYAH KEKANDA SULONG KEPADA TUN SAABAN DAN PER ABU.
SULTAN MELAKA (gelaran Siam:SRI SUTHAMMARACHA 1656 – 1688)
-TUN SAABAN IBNI NAI HISBU MUADZAM SYAH (gelaran Siam:NARAI,gelaran di Aceh:ISKANDAR MAHKOTA ALAM memerintah 1656 – 1688)
-PIR ABU IBNI NAI (SYED) HISBU MUADZAM SYAH (gelaran Siam:PRA PETRARAJA 1656 - 1688)
-SUA @ SULTAN MANSOR SYAH IBNI SULTAN ISMAIL JAMMU PATANI (gelaran Siam:PIJA TUK NAKPHA 1703 - 1709)

-NANG CHE PUAN,PERMAISURI KEPADA SULTAN MUHAMMAD JIWA NAI NAL ADILIN II (gelaran Siam:PHUMINTHARAJA 1709 - 1733)
-SULTAN MUHIYIDDIN MANSOR SYAH IBNI SULTAN MAHMUD SYAH
(gelaran Siam:BOROMAKOT CHAO PIJA KERSAN ATAU TURUT DIKENALI SEBAGAI SRI SU TAMMARAJA II 1733 – 1758)
-SULTAN MUZAFFAR SYAH IBNI SULTAN ISMAIL
(gelaran Siam:UTHUMPON 1758 -1765)
-SYAH  ALAM YANG MAHA MULIA,KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH 
IBNI SULTAN  MUHIYUDDIN MANSOR SYAH (gelaran Siam:MAHA TAMMARAJA II dan 
gelaran  istana Ayutthaya:KAHA EKATAAT Disebut didalam buku 
Undang-Undang Kedah  sebagai Sharif Yang Di Pertuan 1758-1767-1821) 
-Raja Ayutthaya terakhir  memerintah sebelum serangan Burma dan Thai.
-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA
SULTAN MADZAFAR SYAH III IBNI KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH
TUANKU SULONG ATAU KOYA LONG (gelaran Siam:Po Chun,menjadi Raja Kemboja tahun 1758,'memerintah' Ayutthaya tahun 1821-1824)
Senarai  ini sebenarnya lebih panjang sehingga sampai ke 
salasilah NAI LONG  KASIM IBNI TUANKU NAI LONG HAJI AHMAD yang menjadi 
sumber rujukan  Anai-anai.Apa pandangan anda apabila melihat kedua-dua 
senarai ini?
Mungkin  kali pertama kita mendengar pendedahan ini,dakwaan 
Anai-anai ini adalah  sesuatu yang sukar untuk diterima dan bersifat 
khayalan.Namun saya cuba  untuk bersikap adil,lebih-lebih lagi dakwaan 
ini bukan seperti tin  kosong,tetapi Anai-anai mempunyai sumber bertulis
 yang sah,iaitu  manuskrip Undang-undang Kedah.SEJAK KITA TAHU BAHAWA 
INGGERIS TELAH  BANYAK MEMUTARBELITKAN SEJARAH KITA,PENDEDAHAN INI PERLU
 DIBERI  PERHATIAN DARI SEGI AKADEMIK.
Stamford  Raffles,R.O Windsted,W.G Shellabear (sekadar 
menyebutkan beberapa nama)  juga 'anak murid' mereka seperti Munshi 
Abdullah dan ramai lagi...ya  terlalu ramai,adalah penulis-penulis 
sejarah moden kita  sebenarnya.Adakah sejarah bertulis kita tiada 
sehingga terpaksa bangsa  asing menilai semula sejarah kita?TIDAK SAMA SEKALI.MEMANG ADA,TETAPI TELAH DIRAMPAS ATAU DIMUSNAHKAN.Contohnya
  Undang-undang Kedah,ini satu contoh.Bagaimana dengan Arkib Istana  
Melaka yang hancur musnah terbakar oleh serangan Portugis?Bagaimana  
dengan beribu-ribu manuskrip yang dicuri sepanjang era penjajahan?
SEJARAH BERTULIS KITA SEBAHAGIAN BESAR DISIMPAN OLEH PIHAK ISTANA.Ini
  kerana umumnya kerabat diraja adalah mereka yang celik huruf dan  
terpelajar.Namun peperangan dan penjajahan telah memusnahkan atau  
menghilangkan sebahagian besar sumber-sumber ini.Sebab itu peranan  
raja-raja Melayu amat penting,UNTUK MEREKODKAN BUDAYA DAN WARISAN MELAYU
  TURUN-TEMURUN.
Apa yang tinggal pada kita  ialah salinan kitab SEJARAH 
MELAYU oleh Tun Seri Lanang yang telah  di'moderate' kan oleh ahli-ahli 
akademik Inggeris seperti R.O Winsted  dan Shellabear.Nasib baik 
kerajaan berjaya membawa balik kitab  Undang-undang Kedah.NAMUN BERIBU 
LAGI KITAB SEJARAH BERADA DI TANGAN  BANGSA ASING.
Bagi saya,pendedahan ini ada pro  dan kontra.Sebelum 
kemunculan blog sejarahnagarakedah lagi saya sudah  tahu sejarah Melayu 
di Indochina (Benua Siam),cuma butiran terperincinya  belum habis 
dijejaki.Saya menunggu-nunggu pasti ada pendedahan dari  seseorang 
kerana saya tahu sejarah kedatangan orang-orang Tai ke Benua  Siam.Untuk
 mengetahui sejarah orang Tai (Thailand),kita tidak digalakkan  untuk 
mengambil dari sumber Thai yang dipengaruhi konspirasi raja-raja  
Thai.Kita perlu dengar dari mulut orang Mon,Pyu,Khmer,Cham dan aborigine
  Benua Siam.Orang Tai adalah sama dengan Dai-Viet ('Dai' adalah han yu 
 pin yin atau sistem sebutan-tulisan Cina dari kata 'Tai'),mereka kaum  
terdesak dari Selatan Cina yang diasak oleh orang Han dan Monggol.Jika  
orang Melayu Cham dahulu pernah mempunyai kerajaan di pesisir pantai  
Vietnam pada zaman dahulu,masakan tiada orang Melayu/Jawi yang pernah  
menguasai wilayah Thailand pada hari ini?
Orang-orang  Aceh berasal dari pelarian Champa yang lari dari
 kebuasan orang  Dai-Viet.Orang Cham adalah penduduk asli Benua 
Siam,sama seperti orang  Mon,Pyu dan lain-lain.Orang Mon sendiri pernah 
berkerajaan di Benua Siam  lama sebelum orang Khmer naik memerintah 
Angkor selepas kejatuhan Funan  (sebuah lagi kerajaan Melayu Kuno) dan 
orang Mon itu sebenarnya lah  yang mengajarkan ajaran Buddha kepada 
raja-raja Khmer.Kerajaan Orang Mon  telah dimusnahkan oleh orang 
Burma,satu lagi kaum pendatang yang ganas  (sehingga ke hari ini 
keganasan mereka,lihat sahaja apa yang terjadi di  Myanmar) dan orang 
Mon pada hari ini tiada bernegara dan menjadi  minoriti.Siapa orang 
Mon?Merekalah pembina Pagoda Shwe Dagon yang  menakjubkan itu.Jika mampu
 membina pagoda besar dari emas,bayangkan  bagaimana hebatnya kerajaan 
orang Mon pada zaman purba.Jika orang Mon  dahulunya amat hebat dan 
kaya-raya,hari ini menjadi  mundur,miskin,minoriti,tertindas dan tidak 
bernegara,itulah yang terjadi  kepada orang Melayu Cham pada hari ini 
dan TIDAK MUSTAHIL AKAN BERLAKU  KEPADA ORANG MELAYU DI MALAYSIA.
Inilah  pentingnya mempelajari sejarah.Kesan dari akibat 
tidak mengambil iktibar  dari pengajaran sejarah adalah amat sadis dan 
kejam WALAUPUN SESUATU  BANGSA ITU DARI SEGI ZAHIRNYA KAYA DAN MAJU.Bila
 masa musuh-musuh  menyerang?KETIKA SESUATU BANGSA ITU MULA LALAI DAN LEKA DENGAN KESELESAAN DAN KEMEWAHAN YANG ADA.
Kra  Isthmus adalah wilayah Melayu pada zaman dahulu iaitu 
Segenting  Kera.Kra bukanlah perkataan Thai,ia adalah perkataan Melayu  
'KERA',ya...haiwan yang bernama kera.Dinamakan Segenting Kera kerana  
memiliki tanah yang sempit,ia adalah perumpamaan Melayu lama yang  
sejenis dengan kata 'sekangkang kera'.Kera digunakan sebagai perumpamaan
  sebagai perbandingan ruang yang kecil.Dari sini kita tahu sampai mana 
 sempadan negeri-negeri yang diduduki orang Melayu.JIka sudah satu  
Segenting Kra adalah wilayah Melayu dahulu atau wilayah Patani,adakah  
orang-orang Melayu sukar untuk mencapai Ayutthaya?Ayutthaya bukanlah  
terletak di tengah-tengah Benua Siam atau jauh ke utara.Ia terletak  
berdekatan Teluk Siam (Gulf of Thailand).Lihat nama-nama tempat yang  
asalnya dari bahasa Melayu tetapi di'Thai'kan:
Phuket (Bukit). Nama lain ialah Tongkah.
Thalang (Tanjung Salang)
Yala (Jala)
Betong (Betung)
Bannang Sata (Benang Setar)
Raman (Reman)
Kabang (Kabae / Kabe)
Krong Pinang (Kampung Pinang)
Narathiwat (Menara)
Tak Bai (Tabal)
Rueso (Rusa)
Su-ngai Kolok (Sungai Golok)
Su-ngai Padi (Sungai Padi)
Tanyongmat (Tanjung Mas)
Buketa (Bukit Tar)
Pattani (Pantai Ini)
Sai Buri (Selindung Bayu @ Teluban)
Yaring (Jaring)
Krue Sae (Gersik)
Panare : (Penarik)
Yarang : Jarang @ Binjai Lima
Songkhla (Singgora) bermaksud ‘Bandar Singa’
Chana (Chenok)
Na Thawi (Nawi)
Thepha (Tiba)
Saba Yoi (Sebayu)
Ranot (Renut)
Sadao (Sendawa)
Samila Beach (Pantai Bismillah)
Satun (Setul)
Khuan Don (Dusun)
Phang Nga (Pungah). Ada sumber lain mengatakan daripada nama 'Kuala Bunga'.
Takua Pa (Kupa)
Phattalung (Bedalong / Merdelong)
Trang (Terang)
Ranong (Rundung)
Krabi (Ghraibi)
Chaiya (Cahaya)
Nakhon Si Thammarat (Nagara Sri Dharmaraja / Bandar Sri Raja Dharma). Nama lama bagi negeri ini ialah ‘Tambralingga / Ligor’.
(dipetik dari Ibnu Rusydi)
Dari  sini kita dapat menyelami betapa luasnya wilayah yang 
diduduki orang  Melayu pada zaman dahulu.Jadi adakah orang Melayu memang
 hanya wujud di  semenanjung?Atau di pulau-pulau Indonesia?SUDAH TENTU TIDAK.Orang
  Melayu (tidak kira yang Jawanya,Champa atau Pataninya) pernah 
menduduki  seluruh Benua Siam.Dari mana orang-orang Khmer belajar 
menubuhkan  kerajaan?Dari orang-orang CHAM DAN JAWA SAILENDRA!
Jadi  selepas ini marilah kita menghulurkan simpati dan kasih
 sayang kepada  saudara-saudara kita di selatan Thai ini.Mereka adalah 
Melayu Patani  yang pernah mempunyai kerajaan hebat dahulu.Orang Melayu 
Patani kerap  datang ke Malaysia sebagai peniaga atau meminta derma 
untuk  sekolah-sekolah agama dan masjid.Pernah tak kita melihat orang 
Melayu  Patani membawa barangan jualan dengan menjunjung di kepala ke  
kampung-kampung?Anak-anak kita menjerit-jerit "orang Siam,orang Siam  
datang!" padahal merekalah orang Melayu sama seperti kita (Ya,betul  
juga..mereka MELAYU SIAM).Namun jaga-jaga juga orang Siam yang menyamar 
 meminta derma untuk menipu orang Malaysia yang terkenal amat pemurah.
Berbalik  kepada Anai-anai,penulisan beliau yang saya tidak 
gemar ialah  kadangkala melebih-lebihkan keturunan 'diraja' Siam beliau 
sehingga  merendah-rendahkan sejarah Kesultanan Melaka.Beliau kerap 
mempersoalkan  mengapa sejarah Melaka dilebih-lebihkan padahal ia cuma 
pelabuhan  Ayutthaya (benarkah begitu?).Bila disanggah,beliau kerap 
berkata,
"Apa boleh buat,sejarah negeri Kedah memang hebat dan raja-raja kami memerintah seluruh semenanjung dahulu"
Nasihat  saya ialah,menceritakan kehebatan sejarah sendiri 
jangan sampai  merendah-rendahkan sejarah negeri orang lain.Padahal 
beliau juga  berkata,raja-raja daerah bergilir berpeluang duduk menjadi 
Maharaja  Ayutthaya sehingga Raja Naresuan dikatakan berasal dari Borneo
 (ya,saya  setuju inilah sebab ahli sejarah Thai tidak menjumpai 
makamnya),jadi  taraf raja-raja Melayu (dalam versi sejarah Anai-anai) 
adalah sama  sahaja,walaupun dikatakan ia dimulakan oleh pengasas dari 
Kedah.Tidak  perlu mendabik dada kehebatan keturunan anda,walau dari 
'bangsa harimau'  atau 'berdarah naga' sekalipun.
Bila ada orang  mempertikaikan keturunan beliau dan mendakwa 
Nai Long Kassim menuntut  takhta dari raja-raja Melayu,malangnya saudara
 Anai-anai melenting  sehingga meleret-leret menyebut-nyebut keburukan 
orang Melayu semua  sekali dan seolah-olah orang Melayu di Tanah Melayu 
ibarat orang hutan  yang merampas takhta orang Siam Islam.Emosi 
berlebih-lebihan ini  mempengaruhi juga satu blog yang menjadi 'sekutu' 
rapat Anai-anai,iaitu  The Malay Press.Di dalam blog ini terdapat satu 
posting dimana sengaja  diletakkan gambar-gambar yang menunjukkan 
keadaan 'Melayu' pada masa  dahulu,mungkin sekitar 1880-an kerana 
teknologi kamera secara moden  bermula pada tahun 1884 selepas penemuan 
sistem filem yang baru  menggunakan lapisan kertas dan gelatin.Kemudian 
diletakkan ulasan  berbentuk persoalan tentang keadaan orang-orang 
Melayu yang nampak  seperti 'menyedihkan'.Padahal dimana orang-orang 
'Siam Islam' ketika  itu?Sekurang-kurangnya orang Melayu yang 
dikutuk-kutuk 'orang laut,lanun  dan nelayan' ini malah menjadi 'mangsa 
pergaduhan' Siam Islam dan Thai  yang berebut warisan kemelayuan ini 
boleh bertahan mempertahankan negara  dan masih wujud bernegara sehingga
 semua Siam Islam boleh duduk  menumpang menjadi ahli 
fotografi,pensyarah dan penulis blog di Tanah  Melayu yang merdeka 
ini.Bayangkan Malaysia ini sebahagian dari  Thailand,bukan sahaja nak 
kutuk Raja Thai pun tidak boleh,menjeling pun  sudah ditangkap tentera 
Thai,dipaksa meniarap beramai-ramai dan disumbat  dalam trak seperti 
ayam yang nak dijual di pasar.Jadi bersyukurlah  dapat bersaudara dengan
 orang-orang Melayu semenanjung ini.Jangan  menghiris perasaan mereka 
seperti yang dilakukan oleh Hindraf dan  Ultrakiasu,lebih-lebih lagi 
Melayu Siam bersaudara dengan Melayu  semenanjung dan dikuatkan ikatan 
dengan agama yang sama.

Penulis
  blog itu juga mendakwa semua raja-raja Melayu adalah Siam Islam ini  
termasuk raja-raja Perlis (ada orang Perlis yang tahu salasilah diraja  
Perlis merpersoalkan versi Anai-anai ini),Pahang.Perak dan Melaka.Bukan 
 itu sahaja,Hang Tuah lima bersaudara juga didakwa adalah keturunan  
Ayutthaya juga!
Satu lagi ialah berkenaan  dengan bahasa,saudara Anai-anai 
seolah-olah begitu obses dengan bahasa  Siam sehingga semua tempat di 
Malaysia didakwa berasal dari perkataan  Siam.'Nusantara' dikatakan dari
 kata 'no-san-ta-ra' bermaksud  'tunas-muda-menanti-merebak',perkataan 
'Beruas' (nama tempat di Perak)  dikatakan bermaksud 'Puak-Kaya' dalam 
bahasa Siam.Malahan Perak itu  adalah sebenarnya 'Phe-Raq' iaitu 
'abang-yang dikasihi'.Ini sungguh  menghairankan.
'Mengkuang' ialah 'Meang Kuang'  dari bahasa Siam juga 
(bukankah ia adalah pokok mengkuang?),malah  Australia dan Albania juga 
didakwa berasal dari perkataan Siam  Ayutthaya!Ini ditahap melucukan.
Banyak lagi  contoh nama bahasa Melayu malah Inggeris yang 
dikatakan berasal dari  perkataan Siam,malah bahasa Arab juga! 'Siam' 
atau bermaksud 'berpuasa'  dalam bahasa Arab pun didakwa menunjukkan 
bersempena 'bangsa Siam  Islam'.Ini benar-benar obses bahasa sendiri.
Jadi  bagi saya penulis blog itu tidak patut 'mencemar'kan 
mood pembaca  dengan perkara remeh-temeh begitu.Tambahan pula jika saya 
sentuh  keturunan raja-raja Ayutthaya yang ada ada kaitan dengan haiwan 
mitos  seperti naga dan garuda seperti kata Anai-anai lagi  
membingungkan!SEBENARNYA SAYA FAHAM 'RAHSIA' DARAH NAGA ITU DAN TAHU  
CERITANYA TETAPI CARA ANAI-ANAI MENDEDAHKANNYA TIDAK AKADEMIK DAN  
KEBUDAK-BUDAKAN.Seperti kisah kartun Ultraman pula.Saya membuat  
andaian,saudara Anai-anai tahu sedikit perkara,tetapi 'syok' menulis  
sehingga melebih-lebih sampai keluar dari fakta sebenar.Sebab itu saya  
nasihatkan jangan sampai terlalu banggakan keturunan sehingga hilang  
punca dalam penulisan,kerana bukan sahaja orang Melayu,malah orang Thai 
 juga akan ketawakan anda.
Kadangkala nada  Anai-anai begitu marahkan pengkritiknya 
sehingga melalut  merendah-rendahkan orang-orang Melayu.Dituduh orang 
Melayu hanya berasal  dari keturunan pelaut (padahal sebelum itu mengaku
 Melayu) dan ini saya  perhatikan sama seperti 'bebelan' 
pengkritiknya,seorang warga Malaysia  keturunan Thai yang membuka satu 
blog lain (sejarahnagarakedag) yang  juga 'marahkan' orang Melayu dengan
 tuduhan yang sama.Selepas itu bila  ditegur,beliau menukar nada dengan 
mengatakan orang Melayu yang  dikecamnya ialah 'Melayu Baru' atau 
'Melayu Umno' yang lupakan sejarah  dan mengikut sahaja penipuan 
Inggeris.Siam Islam dan 'Siam' Kafir  bertekak sesama sendiri,yang 
menjadi mangsa tidak semena-mena orang  Melayu.Padahal masing-masing 
duduk dalam negeri orang-orang  Melayu.Istilah 'Melayu' beliau juga 
berubah-ubah.Sekejap mengaku orang  Siam,sekejap mengaku Melayu 
Siam,sekejap mengaku orang Yunnan,malah  didakwa dahulu orang Melayu 
adalah orang 'Fei',baru sekarang bergelar  'Melayu'.Sepatutnya perkara 
begini tidak seharusnya berlaku kerana  beliau seorang pensyarah dan 
terpelajar.Namun saya faham bahawa  pengkhususan beliau bukan dalam 
bidang sejarah,namun ini tidak bermakna  boleh menulis fakta sejarah 
seolah-olah mengarang komik anime.
Namun,sebenarnya  70% cerita dari blog itu adalah fakta 
sejarah yang tidak harus  dipandang sepi.Mengapa saya kata 
begitu?Kesampingkan kekhilafan penulis  blog itu,kerana sebenarnya apa 
yang diceritakan tentang hubungan  kerajaan Ayutthaya atau Sharul Nuwi 
itu dengan orang Melayu amat rapat  kerana ia tercatat dalam UNDANG-UNDANG KEDAH!Keturunan
  dan waris dari kerabat Ayutthaya ini juga percaya Raja Thai masih  
menyimpan manuskrip-manuskrip Kerajaan Ayutthaya di 'peti kebal' milik  
keturunan Raja Thai itu.Kita juga maklum bahawa tokoh ulama Sufi,Hamzah 
 Fansuri juga belajar agama dari ulama di kota Sharul Nuwi  
(Ayutthaya),jadi fikirkan misteri ini.Baca buku Undang-undang Kedah  
terbitan DBP dan hayati misteri orang-orang Melayu di Benua Siam di  
dalamnya.

Saya  berpendapat raja-raja Ayutthaya ini mungkin benar 
beragama Islam,dan  bukan orang Tai.Namun rakyatnya terdiri dari orang 
Tai,Khmer,Melayu  (Jawa,Bugis,Kedah,Patani dll),Mon,Cham,Cina,Parsi dan 
sebagainya.Para  penasihat atau panglima tentera diambil dari pelbagai 
kaum.Ini samalah  seperti di Malaysia.Apabila kedudukan orang Tai sudah 
kuat dalam  kerajaan,mereka menjalinkan kerjasama sulit dengan 
Burma,yang mengintai  peluang dari luar untuk menakluk Ayutthaya.Apabila
 Burma datang  menyerang,kelompok Thai yang belot ini 'membuka' pintu 
kota Ayutthaya  untuk penjajah Burma.Apabila raja Ayutthaya 
lari,orang-orang Thai  menabalkan diri mereka menjadi raja.Cerita 
selepas itu adalah kisah  bagaimana raja-raja Thai mahu menghapuskan 
pengaruh Burma dari  'menyibuk' dalam negeri baru mereka itu.
Ini hasil 'channeling' saya pada awal tahun lepas.
Saya  boleh terima istilah 'Melayu Siam' itu atau Siam itu 
adalah salah satu  keturunan Melayu,sama seperti Jawa,Kelantan,Aceh atau
 Sulu.Ini kerana  jika anda mahu bercakap dengan orang Sulu 
misalnya,amat sukar memahami  bahasa mereka,namun kita tahu mereka sama 
akar budaya dengan kita,mereka  bertanjak dan berkeris juga.Dan saya 
faham dengan keadaan orang Siam  ini,sama seperti saya faham keadaan 
orang Cham dan Patani.KITA TIDAK TAHU BERAPA RAMAI 'ORANG THAI' YANG BOLEH DIJEJAK KETURUNAN ASAL MELAYU MEREKA,yang bersembunyi di seluruh Thailand.Adakah Aishah,keturunan ketujuh Mahsuri boleh bercakap Melayu seperti moyangnya Mahsuri?RENUNGKAN MASALAH YANG MENYEDIHKAN INI.
Ini  barulah dinamakan dasar penghapusan etnik.Kita boleh 
belajar perkara  ini.Bayangkan Hindraf boleh menuduh kerajaan Malaysia 
melakukan dasar  penghapusan etnik,akibat sikap berlembut kerajaan 
orang-orang Melayu  ini,padahal orang-orang Tamil di Thailand 
diam.senyap terkebil-kebil  tidak berkutik sedikit pun.Sepatutnya para 
simpatisan Hindraf belajar  dari kata-kata pemimpin MIC terdahulu yang 
amat berterimakasih kepada  orang Melayu dalam keadaan orang Sinhala di 
Sri Lanka sekalipun menolak  orang-orang Tamil.Orang Tamil di sini bebas
 dengan nama dan identiti  mereka malah jumlah kuil pun melebihi jumlah 
masjid,itu pun  dibebelkan,berarak dan memaki hamun orang Melayu (ini 
perangai  Hindraf,bukan orang-orang India yang berkawan baik dengan  
Melayu).Menariknya hari ini pemimpin-pemimpin Hindraf dikecam  
orang-orang India sendiri malah India DAP juga kerana melesapkan wang  
derma simpatisan Hindraf.Malah Hindraf menyaman balik ahli politik DAP  
itu dan akhbar Tamil juga.
Pemimpin-pemimpin  Hindraf bersenang lenang di luar negara 
tanpa menghiraukan kebajikan  anak-anak India di Malaysia yang akhirnya 
terpaksa mengemis dengan  kerajaan orang-orang Melayu tadi yang 
dimakihamun hasil hasutan pemimpin  Hindraf yang meniru lagak samseng 
India dalam filem-filem Tamil dan  Bollywood.Ini sungguh melucukan dan 
bagus untuk difilemkan.Kenang  kembali aksi para 'zombie' Hindraf yang 
terkinja-kinja di Batu caves  tempoh hari sehingga merosakkan pagar kuil
 mereka sendiri.

Berbalik
  kepada sejarah Ayutthaya,banyak perkara yang boleh dipelajari dari  
kejatuhan kerajaan Melayu di Indochina.Taktik 'buka pintu kota' adalah  
taktik biasa para pembelot.Ingat lagi kisah Kota Singapura yang diserang
  oleh Majapahit?Siapa yang membuka pintu kota?Orang yang kecewa kerana 
 anak perempuannya dibunuh oleh raja Singapura.Pintu kota kerajaan 
Champa  juga dibuka oleh kebodohan Bendahari Champa sehingga memudahkan 
 kemaraan tentera-tentera barbarian Dai-Viet membumihanguskan  
Champa.Siapa yang membuka 'pintu kota' sehingga orang-orang Inggeris  
menjajah Tanah Melayu?Orang-orang Melayu yang berebutkan kekuasaan  
sesama sendiri.Pelajari kes campurtangan Inggeris Di Perak.
Percayalah,sejarah  adalah satu pengajian aliran-aliran 
peristiwa yang berulang-ulang.Siapa  yang tidak peka dengan sejarah,akan
 termasuk lubang biawak dua kali.

Ada
  rahsia dan misteri yang tidak mampu diungkapkan ketika merenung 
kuburan  'raja-raja Ayutthaya' ini.Mungkin pakar sejarah Malaysia perlu 
berjumpa  dengan Nai Long Kassim ini sebelum beliau menutup mata untuk 
mengetahui  kisah sebenar,apa yang terjadi ketika serangan orang-orang 
Burma dan  Thai dan peranan orang Melayu di Indochina.

Saya  tertarik dengan kenyataan Prasat Preah VI Hear,sebuah 
'kuil' yang  direbutkan oleh Thailand dan Kemboja sebenarnya sebuah 
istana seorang  raja bernama Po Chan atau nama 'Melayu'nya Sultan Mud 
Zaffar  Syah.Anehnya,kuil ini tidak mengandungi patung-patung Buddha dan
 ini  membangkitkan rasa sangsi bahawa munasabah raja-raja Thai telah  
meletakkan patung-patung dan menambah ukiran di semua kesan-kesan binaan
  Ayutthaya atau kerajaan Melayu purba dahulu.Pengkaji dari Eropah juga 
 telah mengesahkan ada patung-patung yang baru diletakkan di  
binaan-binaan lama di Thailand.Pintu-pintu kota dan istana juga pasti  
ada kesan dikikis,dan menurut Nai Long Kassim,asalnya ada tulisan jawi  
di situ pada masa dahulu.

Lihatlah,pada  masa dahulu,kaum-kaum lain berebut-rebutkan 
budaya dan warisan  Melayu.Penjajah Eropah pula berebutkan 
manuskrip-manuskrip Melayu.Istana  Melayu direbutkan oleh orang 
Tai,Khmer,Vietnam dan Burma.Mereka yang  berjaya merebut binaan-binaan 
ini kemudiannya menambah-nambah ukiran dan  meletakkan patung-patung 
mengikut citarasa mereka.Kemudian dengan  bangganya mengaku itu semua 
warisan nenek moyang mereka.Apabila Inggeris  tiba,semua binaan 
orang-orang Melayu yang masih ada di semenanjung  dimusnahkan,dibedil 
dengan meriam dan diratakan.Bukti sejarah  dirampas.Binaan Melayu di 
Indochina terjaga rapi sebab sudah jadi milik  orang lain.Kaji Cham 
Tower dan kompleks sejarah My Son di Vietnam.Kaji  peradaban Funan yang 
membina Angkor Wat.Cuba kaji mengapa pelan Angkor  Wat menunjukkan 
seolah-olah ia adalah pelan sebuah kota  pertahanan,dengan kedudukan 
pintu dan tembok serta dikelilingi terusan  air.Ia menjadi bercitarasa 
kuil setelah ditinggalkan orang Melayu Funan  dan diduduki oleh orang 
Khmer kemudiannya.Kaji persamaan gaya ukiran  BOrobudur dan Angkor 
Wat.Kaji,kaji dan kaji lagi.Semuanya jadi milik  orang lain sehingga 
apabila anak-anak Melayu membaca buku-buku sejarah  rekaan Stamford 
Raffles dan ahli sejarah 'pemalas' Malaysia,mereka  percaya bangsa 
mereka adalah bangsa yang tidak punya binaan batu yang  hebat.Nenek 
moyang mereka dahulu hanya tinggal di hutan-hutan dan  selekeh.
Cuba hayati filem Queen of  Langkasuka,ratu-ratu pemerintah 
itu sebenarnya adalah pemerintah  Patani.Dan sebenarnya lanun-lanun yang
 berpakat menyerang 'Langkasuka'  adalah tentera Thai.Lihat,produser 
filem Thai amat menyanjungi warisan  sejarah walaupun bekas musuh 
mereka.Orang-orang Melayu Patani  digambarkan amat maju dengan kota yang
 kukuh,mewah dan memiliki  meriam-meriam,senapang dan pistol disamping 
tidak lekang dengan keris  mereka.Kostum istana Patani amat mewah dan 
tidak kalah dengan kostum  permaisuri Thai malah lebih kemas dan memikat
 dari puteri-puteri Thai  yang berkemban sahaja.Pakatan Thai dan 
penjajah Eropah telah  menghancurkan sejarah manis Patani ini.Lihat 
filem Ong Bak 2,hayati  kostum,rumah dan perhiasan pegawai Ayutthaya 
yang mirip putera  Jawa.Perhatikan suasana Benua Siam pada masa 
dahulu,dan konflik antara  pembelot dalam kerajaan Ayutthaya dan 
orang-orang yang setia dengan raja  Ayutthaya.Ini yang perlu 
dikaji,bukan setakat terpesona dengan aksi  siku terbang Tony Jaa.Pada 
masa depan dijangka ramai pembuat filem  Thailand makin berani 
menyelongkar sejarah mengikut kepercayaan  mereka.Siapakah di sebalik 
nama-nama pembuat filem Thai ini?Adakah  mereka orang-orang Melayu yang 
'bersembunyi' di sebalik nama-nama Thai  mereka?
Bagaimana dengan filem sejarah di  sini?Asyik-asyik pondok 
buruk,warung berdinding buluh dan rumah-rumah  beratap rumbia.Amat 
menyedihkan.Ini kerja orang malas.

Batu-batu  nisan sepi di celah-celah semak yang ditunjuk oleh
 Nai Long Kassim  sebagai moyangnya,raja-raja Ayutthaya,menimbulkan 
perasaan misteri dan  sayu.Betapa jika orang-orang Melayu tidak sedar 
dan bersatu,musuh-musuh  mereka akan cuba sedaya upaya merampas 'The 
Golden Chersonese' ini dari  tangan mereka.Dari dulu sampai kini,tanah 
tumpah darah kita ini sentiasa  menjadi rebutan pelbagai kaum.Semoga 
Tuhan memperkuatkan diri kita  semua untuk mempertahankannya.SEpertimana
 sejarah hitam kerajaan  Ayutthaya,begitulah juga akan terjadi kepada 
Malaysia ini jika semua  pemimpin Melayu masih bermimpi,bergaduh dan 
berpecah-belah.Ada yang jadi  ejen CIA,ada yang jadi talibarut 
Ultrakiasu,ada yang kerjanya mengisi  perut sendiri 24jam tanpa 
menghiraukan nasib anak bangsa  sendiri.Renungkanlah batu-batu nisan 
sepi yang menceritakan sejarah  getir mereka lari dari buruan musuh 
mereka.Kita tidak boleh membangunkan  raja-raja Ayutthaya ini dari 
kubur-kubur mereka,namun kita boleh  bertanyakan waris-waris mereka yang
 masih hidup.Tanyakan mereka dengan  jujur dan minta mereka menjawab 
dengan jujur,atas nama Allah s.w.t...apa  yang terjadi kepada raja-raja 
Ayutthaya ini dan orang Melayu suatu  ketika dahulu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan