AIDS merupakan satu penyakit yang amat  berbahaya pernah melanda umat manusia sejagat. Ketiadaan vaksin dan ubat  untuk mencegah dan menghapuskan penyakit AIDS menyukarkan usaha untuk  mengawal AIDS. Tambahan pula jangkitan HIV berkait rapat dengan  tingkahlaku dan cara hidup individu yang amat sensitif dan peribadi
AIDS telah mewujudkan  pelbagai fenomena sejak melanda dunia. Pelbagai implikasi sosio-budaya,  ekonomi dan politik telah timbul akibat wabak ini. Jangkitan HIV bermula  sejak 1970 dan penyakit AIDS akibat jangkitan HIV mula dikenalpasti  pada tahun 1981.
AIDS bermaksud (Acquired Immuno Deficiency Syndrome) atau Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit

Acquired: Jangkitan yang dipindahkan daripada individu kepada individu lain dan bukan daripada keturunan.
Immuno: Keupayaan semulajadi badan melawan penyakit atau jangkitan.
Deficiency: Kurang atau lemah tubuh badan.
Syndrome: Gabungan tanda-tanda dan gejala-gejala.
APA ITU HIV
HIV bermaksud Human Immunodeficiency Virus. Sejenis virus daripada kumpulan retrovirus yang menghasilkan jangkitan sepanjang hayat pesakit. Kuman virus ini boleh menyebabkan kerosakan sistem daya tahan tubuh secara perlahan-lahan.
HIV bermaksud Human Immunodeficiency Virus. Sejenis virus daripada kumpulan retrovirus yang menghasilkan jangkitan sepanjang hayat pesakit. Kuman virus ini boleh menyebabkan kerosakan sistem daya tahan tubuh secara perlahan-lahan.
APA ITU HIV POSITIF
Adalah seseorang yang  telah disahkan mempunyai HIV dalam tubuh mereka tetapi tidak menunjukkan  tanda-tanda dan gejala penyakit serta boleh merebakkan kepada orang  lain. Individu yang menunjukkan HIV positif digelar Pembawa HIV. Pembawa  HIV kelihatan sihat dan dapat menjalankan aktiviti harian seperti orang  biasa untuk satu jangkamasa yang panjang (5 – 10 tahun).

APA ITU AIDS
AIDS merupakan peringkat  terakhir jangkitan HIV iaitu sistem daya ketahanan badan melawan  jangkitan telah dilumpuhkan. Pelbagai tanda dan gejala penyakit  oppurtunis seperti kandidiasis, kayap, jangkitan paru-paru, kanser akan  wujud dan berakhir dengan kematian.
TANDA-TANDA DAN GEJALA AIDS
- Susut berat badan melebihi 10% tanpa sebab tertentu.
- Cirit-birit berlarutan.
- Demam yang berpanjangan.
- Batuk-batuk yang berterusan.
- Penyakit kandisiasis di bahagian mulut.
- Barah kulit (Kaposi’s Sarcoma).
- Penyakit herpis simplex(sejenis kayap) merebak dan berulangan.
- Jangkitan Paru- Paru (Pneomocystitis carinii pneumonia)
- Sejenis protoaza boleh menyebabkan kematian 10-30% pesakit jika tidak dirawat.
CARA-CARA AIDS MEREBAK
Virus  HIV boleh didapati di dalam darah, air mani dan cairan faraj. Virus ini  juga terdapat dalam tisu badan, organ, bendalir dalam tulang belakang  dan juga otak. HIV juga dapat dikenal pasti dalam kadar yang sedikit  melalui tinjaun dalam air mata, air liur, air kencing dan susu badan. 
VIRUS HIV BOLEH DIPINDAHKAN MELALUI;
- Hubungan seks dengan seseorang yang telah dijangkiti HIV seperti dengan pelacur atau berbilang pasangan yang tidak diketahui status kesihatan mereka.berbilang pasangan yang tidak diketahui status kesihatan mereka.
- Menerima darah yang telah dicemari atau hasilan darah daripada orang yang telah dijangkiti HIV seperti semasa pemindahan darah, pada jarum suntikan atau pada alat-alat penembus kulit seperti bertindik telinga, tato, pisau cukur dan berkhatan.
- Melalui ibu yang telah dijangkiti kepada bayinya sebelum, semasa atau selepas bersalin.

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
- Jangan lakukan hubungan seks luar nikah atau dengan orang yang tidak dikenali dan anda tidak mengetahui status kesihatannya.
- Bersifat setia terhadap pasangan.
- Gunakan kondom dengan cara yang betul untuk suami yang telah dijangkiti HIV.
- Jangan menggunakan jarum suntikan yang telah dicemari.
- Amalkan cara hidup yang sihat.
SESEORANG ITU TIDAK DIJANGKITI HIV MELALUI;
- Berpegang tangan dan bersalaman.
- Berkongsi kemudahan awam misalnya telefon.
- Berkongsi menggunakan cawan, gelas dan sudu.
- Melalui makanan atau minuman.
- Ciuman/pelukan.
- Gigitan serangga seperti nyamuk dan kutu.
- Pergaulan di sekolah atau di tempat kerja.
- Berkongsi buku (sekolah).
- Berkongsi menggunakan bilik mandi dan tandas
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan