Kadang-kadang kita tidak menyangka  tentang kematian seseorang. Dan yang lebih utama kita sendiri tidak akan  menyangka bilakah berlaku kematian pada kita. Tapi itulah ketentuan  Allah. Seharusnya kita mengambil iktibar dari kematian mereka. Apakah  persediaan yang harus kita lakukan sekiranya kematian mengejut berlaku  pada kita? Di sini diringkaskan beberapa perkara yang wajib kita lakukan  sebelum kematian datang menjemput kita dari perspektif perancangan  kewangan peribadi.
CARI ILMU DAN SEGERA BERAMAL
Dalam kehidupan kita  yang serba sibuk ini, kadang-kadang kita melupakan ilmu agama dan  kurang beramal. Kita lupa janji pada Allah dan lupa tentang hisab  akhirat. Sedangkan bekalan kita di akhirat adalah semua bentuk perbuatan  yang direhdai Allah di dunia. Oleh itu segeralah mencari ilmu agama dan  mengamalkannya
MEMBUAT SEBAHAGIAN SIMPANAN WANG YANG BOLEH DIAKSES OLEH WARIS
Sekiranya kematian  mengejut berlaku kepada kita pastikan ada waris yang boleh akses tempat  kita menyimpan wang atau akaun kita. Wang tersebut adalah untuk   perbelanjaan dan pengurusan terhadap musibah yang telah menimpa  kita.  Sekiranya akaun kita tidak dapat diakses maka ia akan dibekukan dan  menjadi harta pusaka.
MEMBUAT PELAN JAMINAN KEWANGAN UNTUK KETENANGAN  WARIS
Inilah perkara yang  sering kita lupakan. Sekiranya berlaku kematian / musibah, maka waris  kita bukan sahaja kehilangan kita bahkan hilang punca pendapatan kita.  Sedangkan dalam surah Al-Baqarah ayat 240 menyeru agar kita menyediakan  waris kita bekalan makanan, pakaian dan tempat tinggal selama  sekurang-kurangnya setahun setelah kita meninggal dunia. Katakan  perbelanjaan sebulan keluarga kita RM4,000 maka kalau setahun ialah RM  48,000.  Wajib bagi kita sediakan pelan ini kerana ini perintah Allah.  Sebab itu kita wajib mengambil takaful untuk menyediakan bekalan  secukupnya kepada waris yang kita sayangi.
MENYEDIAKAN PELAN MELANGSAIKAN HUTANG
Zaman ini memang  tidak boleh kita mengelak daripada berhutang. Hutang pembiayaan  peribadi, kad kredit, kereta, ansuran beli keperluan dan rumah.  Bayangkan sekiranya berlaku kematian mengejut pada kita bagaimana  caranya waris kita boleh melangsaikan segala hutang piutang tersebut.  Sudah pasti menyusahkan mereka. Jadi disinilah kepentingan pelan  takaful, Ia juga untuk tujuan melangsaikan hutang piutang kita sendiri.
MEMBUAT WASIAT / HIBAH
Sekiranya kita  melihat dalam kita keluarga dan sanak saudara kita ada yang suka  mengambil kesempatan dan hanya mementingkan diri dan wang maka wajib  kita membuat wasiat / hibah. Ditakuti harta kita akan beralih pada  mereka yang tidak amanah bukan pada orang yang kita sayangi. Ini biasa  berlaku. Oleh itu buatlah wasiat untuk kebaikan semua waris kita.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan