Selasa, 20 Mac 2012

ADAKAN SATU MUZIUM KHAS UNTUK BOMBA MALAYSIA.

Saya sebagai seorang cucu bekas pengarah bomba kedah/perlis iaitu Mohd Fairuz Bin Che Bakar memberi cadangan saya kepada kerajaan malaysia supaya mengadakan satu muzium khas untuk bomba malaysia.Apa yang saya lihat sekarang kebanyakkan tentera,polis dan KTMB ada muzium tersendiri bomba belum mempunyai muzium yang tersendiri jadi saya sebagai seorang cucu kepada Allahyarham Che Kassim Bin Mansor memberi cadangan saya kepada kerajaan malaysia supaya adakan satu muzium khas untuk bomba malaysia.Tujuannya ialah memperingati jasa-jasa ahli bomba pada era 30 an yang berkhidmat dengan perkhidmatan bomba kedah/perlis pada masa tu.Bagi pandangan saya sepatutnya jasa perlu di kenang dan tidak boleh lupa pengorbanan mereka pada ketika itu.Apa yang saya lihat sekarang kebanyakkan anak-anak generasi muda sudah lupa sejarah mengenai  bomba mereka tidak tahu bertapa susah pengorbanan orang-orang dulu.Mereka sanggup mengadai nyawa kerana menyelamat mangsa serta harta benda,tidak seperti sekarang dengan adanya peralatan canggih dan teknologi berbanding dengan zaman dahulu.Saya harap agar kerajaan malaysia dapat menerima cadangan serta pandangan saya kepada pihak jabatan bomba dan penyelamat.Saya juga meminta kepada pihak jabatan bomba dan penyelamat supaya dapat membuat satu muzium khas untuk bomba malaysia.Bagi pandangan saya sekiranya ada muzium bomba pelawat dari serata dunia boleh dapat lihat dengan lebih jelas lagi mengenai sejarah penubuhan bomba di tanah melayu.Semasa perasmian balai bomba Alor setar pada tahun 1996 kebanyakkan orang-orang yang pencen dapat menerima pingat dan juga orang yang berkhidmat dalam perkhidmatan bomba sama ada yang mati atau yang hidup dapat pingat kecuali aruah tok saya tidak dapat pingat bagi pandangan saya sepatutnya pihak bomba memberi pingat sebagai hargai jasa pengorbanan.Bagi pandangan saya kebanyakkan anak-anak muda tidak mengerti apa itu sejarah?.Apa yang saya lihat sekarang kebanyakkan sejarah bomba tidak ada di ajar semasa masuk khursus atau latihan bomba.Semasa aruah tok saya pergi khursus di kuala kubu kebanyakkan sejarah di ajar oleh british.Sekarang sejarah di tinggalkan.Bagi pandangan saya sejarah amat penting di masa yang akan datang.Saya juga berharap agar jabatan bomba dan penyelamat supaya adakan bahan-bahan sejarah dan amat di teruskan lagi bahan-bahan sejarah supaya anak-anak generasi yang akan datang boleh dapat mengetahui mengenai sejarah penubuhan bomba di tanah melayu sebelum negara tanah melayu belum mencapai kemerdekaan lagi.Kita tidak mahu anak-anak muda tidak tahu sejarah bomba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin