(PERLIS
 INDERA KAYANGAN) Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah. 
Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri 
menunjukkan kewujudan negeri ini. Tempoh selepas pra-sejarah menunjukkan
 pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh Hindu dan Buddha 
pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat 
tempatan.Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang 
menunjukkan imej negeri tersebut. Terdapat beberapa pendapat yang 
berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad 
Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka iaitu "Negeri Perlis
 Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat" nama 
Perlis diambil dari nama pokok iaitu "Pokok Perlis". Ketika itu, jajahan
 Perlis adalah di 
tenggara sempadan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, bertentangan 
dengan Selat Melaka dibarat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat 
fakta sejarah bahawa kawasan jajahan negeri Perlis sebenarnya lebih luas
 dari itu.Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 
menyebabkan serangan dan tindakbalas penduduk tempatan secara 
besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan 
penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan bagi mentadbir 
Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok 
dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai 
timbalannya. Detik ini merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis 
yang telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada 
status sebuah negeri naungan.
Sejarah mengenai asal-usul nama negeri Perlis adalah kurang jelas. 
Terdapat banyak kisah atau andaian yang menceritakan tentang asal-usul 
nama Perlis. Berikut merupakan beberapa andaian atau kisah yang 
diketahui:-
1) Menurut seorang tokoh sejarawan Malaysia iaitu Haji Buyong Adil,  
terdapat beberapa cerita yang mengisahkan kononnya nama Perlis itu 
berasal daripada perkataan Siam iaitu “Phrau Loi” (Maphrau Loi) yang 
bermaksud kelapa hanyut. Perkataan tersebut telah dipelat dan 
dipendekkan bunyinya oleh orang Melayu lalu menjadi ‘pereleh’ atau 
Perlis.
2) Sumber kedua menyatakan bahawa kononnya nama negeri Perlis berasal 
daripada perkataan ‘peroleh’ yang membawa maksud kurnia daripada 
kerajaan Kedah. Perkataan itu disingkatkan lalu menjadi Perlis.
3)Sumber yang ketiga pula menyebut negeri Perlis mendapat namanya 
daripada nama sebuah kubur di Bukit Mengulang iaitu kubur Tok Perlis. 
Kubur tersebut adalah milik seorang tokoh ulama yang terkemuka di 
Nusantara iaitu Tok Perlis.
4)Sumber yang keempat mengatakan nama negeri Perlis berasal daripada 
perkataan ‘perlus’. Kebanyakan tanah dalam di Perlis ialah tanah sawah. 
Pada musim kemarau, tanah sawah akan merekah. Sesiapa yang berjalan akan
 ‘terperlus’. Dari perkataan ‘perlus’ itulah, Perlis mendapat 
namanya.Menurut sebuah buku yang tulis oleh Ahmad Ismail dan Yazid Mat, 
dipercayai bahawa nama negeri Perlis berasal daripada nama sejenis pokok
 yang dikenali sebagai pokok perlis. Pokok ini dahulunya tumbuh dengan 
begitu banyak di negeri tersebut, terutama sekali di kawasan pinggir 
sungai. Kini, pokok perlis ini telah pun pupus.
Meskipun terdapat banyak kisah atau andaian tentang asal-usul nama 
negeri Perlis, kebanyakan sejarawan percaya bahawa negeri Perlis 
dinamakan bersempena dengan nama pokok perlis.
:::MerongWangsa:::
(PERLIS INDERA KAYANGAN) Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah. Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Tempoh selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh Hindu dan Buddha pada akhir abad ke-12 kerana b...erdasarkan cara hidup masyarakat tempatan.Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang menunjukkan imej negeri tersebut. Terdapat beberapa pendapat yang berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka iaitu "Negeri Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat" nama Perlis diambil dari nama pokok iaitu "Pokok Perlis". Ketika itu, jajahan Perlis adalah di tenggara sempadan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, bertentangan dengan Selat Melaka dibarat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan jajahan negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakbalas penduduk tempatan secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan.
Sejarah mengenai asal-usul nama negeri Perlis adalah kurang jelas.
Terdapat banyak kisah atau andaian yang menceritakan tentang asal-usul nama Perlis. Berikut merupakan beberapa andaian atau kisah yang diketahui:-
1) Menurut seorang tokoh sejarawan Malaysia iaitu Haji Buyong Adil, terdapat beberapa cerita yang mengisahkan kononnya nama Perlis itu berasal daripada perkataan Siam iaitu “Phrau Loi” (Maphrau Loi) yang bermaksud kelapa hanyut. Perkataan tersebut telah dipelat dan dipendekkan bunyinya oleh orang Melayu lalu menjadi ‘pereleh’ atau Perlis.
2) Sumber kedua menyatakan bahawa kononnya nama negeri Perlis berasal daripada perkataan ‘peroleh’ yang membawa maksud kurnia daripada kerajaan Kedah. Perkataan itu disingkatkan lalu menjadi Perlis.
3)Sumber yang ketiga pula menyebut negeri Perlis mendapat namanya daripada nama sebuah kubur di Bukit Mengulang iaitu kubur Tok Perlis. Kubur tersebut adalah milik seorang tokoh ulama yang terkemuka di Nusantara iaitu Tok Perlis.
4)Sumber yang keempat mengatakan nama negeri Perlis berasal daripada perkataan ‘perlus’. Kebanyakan tanah dalam di Perlis ialah tanah sawah. Pada musim kemarau, tanah sawah akan merekah. Sesiapa yang berjalan akan ‘terperlus’. Dari perkataan ‘perlus’ itulah, Perlis mendapat namanya.Menurut sebuah buku yang tulis oleh Ahmad Ismail dan Yazid Mat, dipercayai bahawa nama negeri Perlis berasal daripada nama sejenis pokok yang dikenali sebagai pokok perlis. Pokok ini dahulunya tumbuh dengan begitu banyak di negeri tersebut, terutama sekali di kawasan pinggir sungai. Kini, pokok perlis ini telah pun pupus.
Meskipun terdapat banyak kisah atau andaian tentang asal-usul nama negeri Perlis, kebanyakan sejarawan percaya bahawa negeri Perlis dinamakan bersempena dengan nama pokok perlis
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan