Khamis, 7 Februari 2013

BENDERA PAS SEPERTI LAMBANG NEGARA YAHUDI,ISRAEL


pas_logo_zionis
STATUS Malaysia sebagai sebuah negara Islam bukan satu perkara yang boleh dipertikaikan lagi.  Selain pengisytiharan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir pada 2001, agama rasmi dan penyertaan dalam OIC, banyak sistem dalam negara ini diadaptasi dari sistem Islam seperti perbankan, pengurusan jemaah haji dan sebagainya.
Agama lain pun ada sistem masing-masing tapi sistem Islam juga yang dipilih sebab ini negara Islam.
Justeru, jika yang cuba nak menjatuhkan kerajaan negara ini dengan cara tidak sah, maka ia dianggap cubaan untuk menjatuhkan kerajaan Islam juga.  Termasuk dalam cara tidak sah itu ialah menerima dana dari organisasi yang ada kaitan dengan yahudi.
Penglibatan PAS dengan dana asing, termasuk dana yahudi yang hebat diperkatakan sekarang ini, juga bukan satu rahsia.  Tidak menerima secara terus, tapi PAS menerima dana tersebut dari NGO haram seperti Bersih dan SUARAM yang aktif terlibat menganjurkan himpunan haram bagi pihak Pakatan Rakyat yang turut disertai PAS.
Inilah akibatnya bila tidak memeriksa sumber wang untuk menaja ahli menghadiri himpunan haram Bersih, asal duit masuk PAS terima, asal mana duit, PAS tidak peduli.
Atau PAS mungkin tahu tapi buat tidak tahu kerana yang penting duit masuk saja.  Kalau benar kemungkinan yang kedua ini berlaku, maka tidak hairanlah kenapa PAS semakin hari semakin liberal dan konsovertif dari segi aktiviti dan kepimpinannya.
Hudud kemana, negara Islam kemana, negara berkebajikan pun dah tak tahu kemana.
Semua ini berbeza dengan PAS yang dulu, jangan kata yang direct haram, yang ada unsur-unsur syubahah pun PAS akan pertikai dan jadikan isu dalam kempen dan ceramah mereka.
Paling menonjol sudah tentulah hasil cukai sebuah kilang arak di Selangor yang dulu dijadikan modal politik oleh PAS kenapa rakyat Selangor perlu menolak UMNO dan BN.  Tapi sekarang semuanya hanyalah sandiwara kerana setelah PAS bersama-sama PKR dan DAP membentuk kerajaan di Selangor, kilang itu masih tegak berdiri, malah ada ura-ura nak diperbesarkan lagi.
Begitulah hebatnya tarbiah Anwar Ibrahim ke atas PAS, sehinggakan yang dulu haram boleh jadi halal, yang dulu syubahah, sudah jadi tidak apa.  Dana yahudi ini juga tidak terkecuali.
Kalau kita lihat sekarang, semua dan-dana asing (termasuk dana yahudi) ini disalurkan melalui NGO haram yang ada kaitan dengan PKR.  Antaranya SUARAM, IKD, Malaysiakini dan Bersih (sekadar menyebutkan beberapa).
PKR pula adalah rakan komponen PAS dalam Pakatan Rakyat, PAS juga menyokong Bersih.  Itulah hubungkait mudahnya, kalau masih ada yang berkira-kira nak mempersoalkan betul atau tidak PAS menerima dana yahudi ini.
Hubungkait lebih kompleks, termasuk dokumen, semua ada di tangan kita tapi tunggu parlimen bubar dululah ya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin