Khamis, 7 Februari 2013

ORANG MELAYU SUKA HURU HARA SEPERTI NEGARA-NEGARA LAIN

Ada sepotong ayat di dalam Al Quran yang kira-kira bermaksud: Biar apapun penjelasan yang akan diberikan, mereka akan tetap ingkar....kerana hati dan fikiran mereka telah tertutup... Sifat sebegini sebetulnya tidak hanya ada pada kafirun malah di kalangan Muslimin juga tetap tebal sifat-sifat die hard mereka. Biar putih telapak kaki, tangan dan dahi mereka bersholat tetap kekal sebahagian kedegilan dalam diri mereka. Kenapa?

(2) Beberapa minggu sudah, saya mengambil banyak masa meneliti YouTube pidato serta tulisan para cendekiawan Islam dan Nasrani samada dari dalam atau luar negara. Saya ingin mencari punca kemelut dari Tiga Agama Ibrahim yang tidak berkesudahan sehingga kini. Setelah mendengar dan meneliti hujah-hujah para cerndikiawan ini, maka tersimpul satu rumusan betapa pertembungan ganas tiga Agama ini adalah akibat rasa saling tidak selamatnya mereka. Rasa tidak selamat ini, berpunca dari apa dan di mana?

(3) Sejarah telah membuktikan bermula dari Ibrahim AS sehingga Isa AS, tidak kurang dari 35 (?) nabi dan rasul Allah adakan di kalangan kaum Yahudi (Israel) dalam tempoh sekitar 2,000 tahun (?) lamanya itu ie sebelum kedatangan Isa AS. Jika kita mengikuti perjalanan dakwah setiap nabi dan rasul di kalangan bangsa Yahudi, semuanya adalah melewati jalan sangat siksa dan payah. Bangsa Yahudi (Israel), sangat payah untuk berubah dan sering saja suka terpesong dari jalan sebenar. Begitupun, perjalanan hidup bangsa Yahudi ini juga bukanlah sesuatu yang mudah. Mereka sering dilanda musibah. Pokoknya mereka sering menhadapi kecelakaan yang tidak pernah berkesudahan.

File:Map Israel Judea 926 BC-fr.svg(4) Bangsa Yahudi, yang berasal dari keturunan Ibrahim AS lewat anaknya Ishak AS serta cucunya Yakub AS, asalnya menduduki sekitar Palestin-Jordan. Terdapat 12 puak dalam bangsa Yahudi ini. Jurusalem mereka jadikan ibukota Kerajaan Yahudi. Suatu ketika lantaran kemarau panjang, sebahagian dari mereka terpaksa lari bertempiaran sehingga ke Mesir, sedang sebahagian lagi bertebaran entah kemana-mana sehingga kini di anggap sebagai puak yang hilang. Di Mesir, mereka akhirnya menjadi mangsa kekejaman Firaun. Musa AS, Daud AS dan Sulaiman AS akhirnya, membawa mereka kembali ke Palestin-Jordan lalu membentuk Kerajaan yang besar. Namun, mereka kemudian menghadapi serangan demi serangan oleh Kerajaan Babylonia iaitu sebuah temaddun yang lahir di Iraq-Syiria. Lalu dengan kebangkitan Empayar Farsi, mereka juga jadi nmangsa kepada Empayar tersebut. Farsi dan Rom kemudiannya saling berebut Jurusalem. Bangsa Yahudi ibarat terlepas dari kandang harimau, masuk ke mulut buaya. Semuanya kerana pada masa itu, biar Babylon, Greek, Rom, dan Farsi mereka punya Tuhan tersendiri, dan Tuhan Agama Yahudi iaitu Allah tidfak mereka terima.

(5) Sifat-sifat buruk bangsa Yahudi ini adalah keyakinan mereka betapa mereka dalah manusia terpilih. Mereka menjadikan Torah dan Zabur yang Allah turunkan kepada mereka sebagai milik mutlak mereka. Mereka menjadikan Agama Allah tersebut sebagai hanya untuk mereka dan pihak-pihak lain tidak layak untuk bersama menganut Agama tersebut. Paling buruk, mereka suka memesongkan yang benar. Mereka mengubah-ngubah Ayat-ayat tertentu dalam Torah dan Zabur atas kepentingan berpuak Yahudi. Inilah yang Allah firmankan ...betapa mereka mengambil sebahagian dari ayat-ayatNya den menyembunyikan sebahagian yang lain.... Kerana degil dan ingkar mereka, mereka akhirnya tidak putus-putus dilanda musibah dari kejadian alam dana tau manusia. Sehingga mereka benar-benar dalam sengsara dan mengharap sebagai janji Allah di dalam Torah dan zabur betapa akan detang kepada mereka Penyelamat-Messiah yang akhirnya akan mengembalikan kegemilangan Kerajaan mereka seperti di zaman Sulaiman AS. Maka bila Isa AS di datangkan di kalangan mereka, dan Isa AS tidak mengaku untuk menjadi Raja dan Penyelamat Yahudi, betapa hadirnya dia adalah untuk menyelamatkan akidah Yahudi serta menjadikan Agama bawaannya sebagai Agama universal untuk semua Ummah, maka Yahudi atas rasa takut akan kehilangan kuasa terutama di kalangan para Pendita mereka,  maka mereka menolak ajaran Isa AS sekuat-kuatnya. Mereka memusuhi Isa AS sehebatnya. Mereka akhirnya menjadikan Raja Byzantin (Rom Timur) sebagai jalan untuk memusnahkan Isa AS lewat hasutan dan pemesongan. Yahudi, itulah jalan licik sifat buruk mereka, maka Isa AS punh dihukum salib.

(6) Dari detik itulah, bermulanya peremusuhan antara pengikut Isa AS dan Yahudi. Biar di Palestin-Jordan ajaran Isa AS kurang mendapat perhatian, namun agama itu terus tersebar di Eropah Timur lalu menjalar ke Eropah Barat, Tanah Arab dan Afrika, maka akhirnya Rom menerima Agama Nasrani sebagai Agama rasmi mereka. Perjalanan Agama Nasrani ke Rom bukanlah mudah, ianya terpaksa melewati pelbagai ranjau sehingga demi menyelamatkan diri para penditanya pula terpaksa bertolak ansur dalam beberapa perkara. Proses tolak ansur inilah yang membawa pemesongan di dalam Agama tersebut. Perluasan agama Nasrani selepas penerimaan Rom akhirnya menguncupkan tebaran Agama Yahudi. Pertembungan theologi dua Agama ini berterusan, dan saya berkira ianya terbatas di kalangan para pendita mereka. Akibatnya, masing-masing ingin menunujukkan kebenaran serta pemesongan setiap agama, maka tertulis pelbagai jalan kepada pembentukan dan amalan agama tersebut. SubhanaAllah, lakunan dan prilaku mereka tidak ubah seperti Merak dan atau Cenderwasih jantan yang sedang gian hendak mengawan. Lantaran kerana haloba ingin diperakui kebenarannya, masing-masing akhirnya melampaui batas sehingga kebenaran hakiki terhakis. Akhirnya, Yahudi dan Nasrani saling tidak memperakui kebenaran masing-masing. Masing-masing cuba membongkar kejahilan dan pembohongan masing-masing.

(7) Sekitar 600 tahun lamanya Yahudi dan Nasrani berbalah dan bermusuhan. Nasrani, kerana berasa gagah kerana kini sudah di naungi Empayar Rom yang gagah, maka mereka akhirnya mengambil peluang untuk menindas dan membalas dendam. Nasrani akhirnya seolah-olah menjadi the White Religion, agama bagi manusia-manusia Barat. Sejarah membuktikan Jurusalem sering dimusnahkan oleh Rom. Sesungguhnya dalam tempoh 600 tahun bermula dari kelahiran Isa AS, Jurusalem sering mengalami keadaan kucar kacir di tangan Rom dan atau Farsi. Akhirnya Muhammad SAW muncul sebagai persuruh Allah yang membawa ajaran untuk memperbetul, membenar dan meluaskan ajaran-ajaran yang terdahulunya. Lewat Muhamad SAW, Allah melengkapkan Adeen Islam untuk semua Ummah. Islam akhirnya mengakhiri sengsara Yahudi dan Arab dari tangan Rom dan Farsi. Jurusalem, Palestin akhirnya boleh berdiri sebagai sebuah Kerajaan di bawah naungan Islam. Yahudi, Nasrani, dan Islam dapat berkembang bebas di sepanjang pemerintahan Islam di Palestin. Namun, Yahudi tetap dengan sifat berpuaknya, begitu juga Nasrani dan saya berkira para penganut Islam di Palestin juga terikut-ikut sama, maka akhirnya, tangan ketiga iaitu penjajah Barat akhirnya meruntuhkan kembali Palestin, sehingga menafikan hak-hak Nasrani dan Islam dalam tahun 1945 bila terdirinya Kerajaan Israel kini.


(8) Sesungguhnya biar mulanya Rom menanungi Yahudi (dalam permusuhan awal dengan Nasrani), kemudian Barat menaungi kuat Israel, sehingga kini, Yahudi tidak pernah aman hidup mereka hanya kerana sikap berpuak mereka yang terus menebal. Yahudi sepertinya tidak percaya betapa manusia seluruhnya adalah bersaudara dan setiap puak harus mendokong puak yang lain dalam menjalani kehidupan duniawi yang makmur dan sejahtera sebagai landasan untuk menuju alam Syurgawi yang kekal. Di dunia Barat, Nasrani dan Yahudi akan terus berperang dingin atas sikap saling mencuriga serta dendam lama antara mereka. Cuma kini mereka sedang bersatu dalam melanyak Islam, bukan kerana apa, buat merebut khazanah Allah yang melimpah ruah di kalangan negara-negara Islam.

(9) Saya bersyukur atas hikmah Allah menjadikan bangsa Yahudi dan Nasrani Barat yang bersikap assabiah haloba ini. Darinya, kita harus dapat belajar hebat. Saya juga bersyukur atas kudrat Allah menjadikan saya yatim semasa umur keanakan saya serta piatu saat saya melangkah remaja teenage dan menjadi pengembara di rantau orang dalam keadaan Negara dan Negeri yang tebal payah susahnya. Apa lagi bila saya mendewasa dan dewasa, saya suka mengembara dan terus memerhati sifat-sifat dan sikap-sikap Melayu serantau. Semua ini memberikan saya satu rumusan betapa dulu kita boleh berdiri gagah kerana kita tidak punya sempadan pemisah. Dari Sulu sehingga ke Annam (Vietnam), membawa ke Pattani-Pasai sehinggalah ke Makasar, Melayu bebas merantau dan bergaul berdagang sesama sendiri. Bila Barat sudah mulai menanamkan sifat-sifat geografi kepada Melayu akibat perebutan tanah jajahan antara mereka, maka kita akhirnya wujud dan sujud sebagai puak-puak politik. Politik menjadikan kita berpuak-puak. Sifat universal Islam dan Bangsa kian kita pinggirkan. Kini, di Malaysia wujud Melayu pelbagai Melayu: Kelantan, Trengganu, Pahang, Kedah, Perlis, Pulau, Tanjung, Perak, Selangor, Melaka, Johor, Rembau, Pilah, dsb sedang di Sabah dan Sarawak banyak lagi pecahannya. Di Sarawak, bermula dengan Melayu Persisir dan Melayu Kuching, kini berpecah pula menjadi Melayu daerah-daearah.

(10) Saat gelora politik melanda Negara dan atau Negeri, maka kita sepertinya kembali bersikap seperti Arab di zaman Jahilliah, mencari dokongan berdasarkan puak-puak, lalu akhirnya terrjadilah perbalahan politik puak dan Negeri. Kedah lawan Kelantan. Johor lawan Selangor. Melaka lawan Perak dsb. Rembau lawan Pilah. Di Sarawak pula, timbul konsep Melayu lawan Melanau. Kita sepertinya ingin kembali ke zaman Musa AS (4,000-6,000 tahun dahulu), zaman Arab Jahilliah (1,400 tahun dahulu). Kita tidak pernah mahu berfikir, akhirnya di mana dan ke mana kita? Sesungguhnya, semuanya kerana kita tidak pernah mengerti betapa Allah sangat melaknati Yahudi lantaran sikap berpuak, haloba, dan bongkaknya mereka. Kita juga ikut seperti itu, sadar atau tidak sadar.

(11) Sesunguhnya soal PAS dan UMNO, bukanlah sebenarnya soal Islam dan atau Bangsa. Soalnya, adalah soal haloba dan bongkak kerana tamakkan kuasa. Demi kuasa, Bangsa dan Islam sanggup diperjudikan. Kuasa untuk apa? Kuasa untuk haloba dan bongkak sendiri-sendir. Itulah sebahagian dari kita, dan itulah pandangan keras saya tentang kekacauan politk dan keresahan sosio-ekonomi yang sedang melanda kita. Kerana kita asyik berfikir untuk saling membunuh maka para syaitanlah sahabat akrab kita. Malaikat yang membawa hidayah dan ilham baikpun kian menjauh. Inilah apa yang Allah sering firmankan: ....hendak dunia, dapat dunia, hendak syurga, dapat syurga....jahat dipilih, jahat diberi, kebaijikan dihambat, sejuta kebaikan akan menyusur...

(12) Seharusnya, Islam kita tegakkan agar Melayu terus berdiri. Kita tidak boleh menidakkan Melayu. Saya yakin, Allah sengaja mengujudkan Melayu atas tujuanNya. Kita sebagai Melayu harus mencari jati diri agar bangsa Melayu itu terus berguna buat Islam dan manusia sernatau dan atau sejagat. Saya yakin, Melayu Allah ujudkan di rantau ini, di antara dua gergasi China dan India, pasti ada tujuan dan maksudnya yang sebenar. Kita mesti cari dan bina tujuan kejadian Allah ini. Janganlah jadikan Melayu wujud seperti wujudnya Yahudi di antara kelompok Barat dan Arab, suatu bangsa yang sering memporak perandakan umat lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin