Selasa, 12 Februari 2013

DOSA BESAR BUANG ANAK

Berbanyak terima kasih di atas jawapan soalan2 saya sebelum ini. Di sini ingin saya bertanya lagi.
Seseorang telah melakukan banyak dosa besar seperti meninggalkan solat sehingga beberapa tahun, bersekedudukan hingga menggandung dan kemudian menggugurkan kandungan tersebut. Hingga beberapa waktu kemudian, orang itu telah insaf dan ingin kembali ke jalan Allah dengan bertaubat. Adakah diterima taubatnya itu, dan bagaimanakan sebaik2 taubat yang perlu dilakukan. Adakah perlu dia di hukum mengikut hukum hudud?

Sehingga kini kesan dari menggugurkan kandungan itu cukup memberi tekanan pada dirinya. Sehingga setiap kali melihat pada kanak-kanak dia akan menangis akan perbuatannya yang lalu. Selain dari taubat bersungguh-sungguh, apakah perlu dia lakukan olehnya untuk menebus kembali dosa membunuh itu?

Bagi dosa meninggalkan solat fardhu, wajibkah baginya mengqada' kan semua sekali solat yang ditinggalkan itu? Sekiranya tidak mampu, bagaimanakah caranya utk dia menebus kembali dosa2 itu?

Semoga dapat ustaz memberikan jawapan terperinci.

Sekian, terima kasih.

JAWAPAN:

Postby pendekar »
***********************
Alhamdulillah, berdasarkan butiran-butiran berikut adalah merupakan jawapan-jawapan bagi setiap soalan yang diajukan menurut pengetahuan kami yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala :

PERMASALAHAN PERTAMA : TAUBAT :
Taubat merupakan satu isu yang sangat penting dahulu- kini – selamanya hinggakan banyak buku dan halaman-halaman web yang membicarakan hal ini. Namun sebagai ringkasan dan panduan , inilah jawapan kami :

TAUBAT : Ertinya kembali. Kembali yang dimaksudkan di sini ialah kembali daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang tercela menurut syarak dengan meninggalkannya dan diikuti pula dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang terpuji menurut syarak.

TAUBAT : Ertinya kembali kepada asal-usul manusia secara fitrah ( semulajadi ). Fitrah seseorang manusia itu adalah suci daripada sebarang dosa dan noda – inilah pandangan Islam terhadap asal-usul dan fitrah seseorang manusia. Berlainan pula dengan ajaran Kristian yang menetapkan bahawa seseorang manusia itu adalah kotor dan berdosa secara “ dosa warisan “ ( original sin ) secara otomatik semenjak asalnya.

Taubat merupakan satu perkara yang amat-amat dituntut dan merupakan kewajipan ke atas setiap manusia. Terdapat banyak ayat Al-Quran dan Hadis Baginda Rasulullah s.a.w yang menyarankannya, di antaranya :

Ertinya : “ Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang telah beriman !, mudahan-mudahan kamu akan memperolehi kejayaan “ ( Surah An-Nur , Ayat 31 )
***********************
Jenis-Jenis dosa terbahagi kepada 2 bahagian ( menurut hubungannya ) iaitu : ( 1 ) – Dosa-dosa di antara seseorang hamba / insan dengan Tuhannya – Allah Ta’ala , dan ( 2 ) – Dosa di antara sesama manusia / makhluk. Bagi dosa-dosa jenis pertama , para ulama’ telah menetapkan syarat-syaratnya agar taubat itu benar-benar ikhlas dan diterima oleh Allah Ta’ala , iaitu :

01- Hendaklah ditinggalkan perbuatan dosa tersebut . ( Perkara ini memanglah satu perkara yang tidak dapat dipastikan oleh setiap manusia kerana sememangnya sifat manusia itu alpa , maka keazaman di sini ertinya benar-benar bertekad untuk tidak lagi melakukannya. Dan seandainya dia alpa dan melakukannya semula disebabkan kealpaannya itu, maka mudah-mudahan Allah Ta’ala akan mengampuni dosa-dosanya disebabkan azamnya yang asal bukanlah hendak meneruskan dosa-dosa itu – ataupun dia memang berniat semenjak asal untuk “mempermain-mainkan “ taubatnya !. Dan ingatlah , pintu taubat sentiasa terbuka ! ) ~ Perkara ke –3 ini perlu kita fahami sejelas-jelasnya hingga jangan pula disangka bahawa bertaubat ini terlalu susah dan hampir kepada mustahil !!!.
***********************
Manakala, dosa jenis kedua pula iaitu dosa yang melibatkan sesama manusia / makhluk, maka syarat-syaratnya samalah dengan 3 syarat-syarat di atas, dan ditambah pula dengan syarat selanjutnya iaitu : HENDAKLAH DIA MEMULANGKAN KEMBALI HAK ORANG YANG DIZALIMINYA – Iaitu, kalau dosanya itu berbentuk material , contohnya : Si A telah mencuri basikal kepunyaan Si B, maka Si A perlulah memulangkan semula basikal itu kepada Si B, ataupun dengan memohon kemaafan drp Si B. Dan jika ianya membabitkan “jenayah mulut” , maka hendaklah dipohon maaf daripada orang yang menjadi “ mangsa mulutnya “ itu.
Syarat taubat selanjutnya yang menjadi syarat bagi kedua-dua jenis dosa di atas ialah : MENINGGALKAN RAKAN-RAKAN @ PERSEKITARAN YANG MENJADI PUNCA DIA MELAKUKAN DOSA DENGAN “BERHIJRAH” MENCARI RAKAN-RAKAN YANG BAIK LAGI SOLEH DAN TINGGAL BERSAMA-SAMA MASYARAKAT YANG LEBIH BAIK AKHLAKNYA – Sebagaimana hadis Nabi s.a.w yang mengisahkan kisah seseorang yang telah membunuh 100 orang manusia, akhirnya taubatnya tetap diterima oleh Allah Ta’ala setelah bekas si penjenayah itu bertaubat serta berhijrah ke negeri yang baik serta soleh penduduk-penduduknya. ( Hadis Sahih riwayat Imam Muslim di dalam sahihnya , Bab : Kitab At-Tawbah ).
Syarat lain yang menjadi sebab taubat seseorang itu diterima Allah Ta’ala ialah : MELAKUKAN KEBAIKAN-KEBAIKAN SEBAGAI CARA MENGHAPUSKAN KESALAHAN DAN DOSA-DOSA LALU :
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :

Ertinya : Daripada Abu Dzar dan Muadz Bin Jabal ( semoga Allah meredhai mereka berdua ). Daripada Rasulullah s.a.w bersabda : “ Takutlah kamu semua kepada Allah di mana sahaja kamu berada , dan hendaklah kamu mengiringkan kesalahan-kesalahan silammu dengan melakukan kebaikan-kebaikan , nescaya kebaikan-kebaikan itu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan lalu. Dan hendaklah kamu berbudi-perkerti yang mulia sesama manusia “ – Hadis diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi di dalam sunannya ( Kitab Al-Bir ).
***********************
Permasalahan Kedua : ADAKAH TAUBAT SESEORANG YANG TELAH MENINGGALKAN SOLAT DAN MENGGUGURKAN KANDUNGANNYA ADA HARAPAN DITERIMA OLEH ALLAH TA’ALA ?.
Ya ! Mengapa tidak !?, bukankah Allah Ta’ala itu “ Al-Ghaffar “ ( Maha Pemaaf ), “ At-Tauwab “ ( Maha Menerima Taubat ) dan “ Ar-Rahman “ ( Yang Maha Luas Belas-Kasihan-Nya ) serta “ Ar-Rahim “ ( Yang Maha Pengasihani ) !?.

Tentu sahaja sesuatu taubat itu bakal diterima Allah Ta’ala itu akan diterima-Nya dengan mengikuti syarat-syarat dan kaedah-kaedah yang telah dijelaskan di atas .

Ya ! memang manusia itu sifatnya mudah alpa dan mudah melakukan kesilapan kerana kita semuanya bukannya maksum seumpama Para Nabi (a.s) . Oleh kerana itu , andainya seseorang itu melakukan dosa, kemudian bertaubat, kemudian dia teralpa dan mengulangi semula dosa silam itu…..maka, apakah dia tidak perlu lagi bertaubat !!??. Adakah dia perlu terus melakukan dosa dan tidak usah lagi bertaubat kerana MALU ataupun TAKUT akan kembali lagi berbuat dosa itu di kemudian hari !!??. Adakah perlu dibiarkan diri yang berdosa itu berterusan begitu sehingga mati menemui Allah Ta’ala di dalam keadaan tidak mahu lagi bertaubat !!??.

Ingatlah Allah Ta’ala sangat murka kepada mereka yang bersikap begitu dan bersikap berputus asa dan hilang keyakinan kepada Allah Ta’ala Yang Maha Luas Rahmatnya. Firman Allah Ta’ala :

Ertinya : “ Katakanlah Wahai Nabi kepada hamba-hama-Ku yang telah melampaui batas – berbuat dosa – Janganlah kamu berputus-asa daripada rahmat Allah !, Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa itu semuanya. Dan Dialah benar-benar Yang Maha Pemaaf Lagi Maha Pengasihani “ – Surah Az-Zumar, ayat 53 .
Pesanan Nabi Yaakub (a.s) kepada anak-anaknya agar mereka tidak berputus-asa daripada kemurahan Allah Ta’ala juga turut sama dirakamkan di dalam Al-Quran, sebagai iktibar dan contoh teladan terbaik :

Ertinya : ( Telah berkatalah Nabi Yaakub a.s kepada anak-anaknya ) – “ Wahai anak-anakku ! Pergilah kamu mencari-mencari Yusuf dan adiknya, dan janganlah pula kamu putus-asa daripada rahmat Allah , kerana sesungguhnya tiada lain orang-orang yang berputus asa daripada rahmat Allah itu melainkan orang-orang yang kafir “ – Surah Yusuf, Ayat 87.
***********************
MASALAH : PERLUKAN SESEORANG YANG TELAH MELAKUKAN ZINA ITU LALU MENGGUGURKAN ANAK ITU DIHUKUM DENGAN HUKUM HUDUD ?.
Tidak perlu , cukuplah dengan dia bertaubat kepada Allah Ta’ala dengan taubat nasuha ! MELAINKAN setelah kesalahan itu diketahui oleh pihak berkuasa , maka kewajipan pihak berkuasalah untuk menyeretnya ke muka pengadilan dan menjatuhkan hukuman hudud ke atasnya.

Ertinya : Tidaklah menjadi kewajipan bagi seseorang yang telah melakukan kesalahan yang membabitkan hukuman-hukuman hudud itu MENYERAH DIRINYA kepada pihak berkuasa, kerana kewajipannya ialah bertaubat Kepada Allah Ta’ala dengan taubat nasuha. Tetapi, setelah pihak berkuasa dapat mengesan perkara tersebut dengan bukti-bukti yang kukuh , maka kewajipan pihak berkuasalah pula untuk mengadilinya.

***********************
MASALAH : BERTAUBAT DARIPADA KESALAHAN MENINGGALKAN SOLAT :
Masalah ini telah banyak kali dijelaskan oleh Al-Fadhil Ustaz THTL ( Panel Fiqh kita )…sila cari di dalam ARKIB SOALAN @ SEARCH ataupun sila lihat : SJ-1721: Qadha solat.

***********************
RUJUKAN DAN SARANAN PEMBACAAN :
01- HAQAIQ ‘AN-TASAWWUF – Syeikh Abdul Qadir Isa
Ms 231 – Terbitan Darul ‘Urfan, Halab, Syiria.

02- AHSANUL KALAM – Syeikh ‘Atiyah Saqr
Ms 589 ( Jilid 3 ) – Darul Ghad El-‘Araby , Kaherah.

03- http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Taubat/index.html


Begitulah jawapan-jawapan berdasarkan soalan-soalan yang tersurat, walhal Allah Ta’ala Lebih & Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat.

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

*********************************************

Postby pendekar »
RALAT DAN SEDIKIT PENAMBAHAN :
Jenis-Jenis dosa terbahagi kepada 2 bahagian ( menurut hubungannya ) iaitu : ( 1 ) – Dosa-dosa di antara seseorang hamba / insan dengan Tuhannya – Allah Ta’ala , dan ( 2 ) – Dosa di antara sesama manusia / makhluk.

Bagi dosa-dosa jenis pertama , para ulama’ telah menetapkan syarat-syaratnya agar taubat itu benar-benar ikhlas dan diterima oleh Allah Ta’ala , iaitu :

01- Hendaklah ditinggalkan perbuatan dosa tersebut .
02- Hendaklah menyesal di atas perbuatan dosa itu.
03- Hendaklah berazam agar tidak kembali melakukannya selama-lamanya.
( Perkara ini memanglah satu perkara yang tidak dapat dipastikan oleh setiap manusia kerana sememangnya sifat manusia itu alpa , maka keazaman di sini ertinya benar-benar bertekad untuk tidak lagi melakukannya. Dan seandainya dia alpa dan melakukannya semula disebabkan kealpaannya itu, maka mudah-mudahan Allah Ta’ala akan mengampuni dosa-dosanya disebabkan azamnya yang asal bukanlah hendak meneruskan dosa-dosa itu – ataupun dia memang berniat semenjak asal untuk “mempermain-mainkan “ taubatnya !. Dan ingatlah , pintu taubat sentiasa terbuka ! ) ~ Perkara ke –3 ini perlu kita fahami sejelas-jelasnya hingga jangan pula disangka bahawa bertaubat ini terlalu susah dan hampir kepada mustahil !!!.
by pendekar »
TAMBAHAN TERAKHIR : ;)

Para Ulama' juga telah menetapkan di antara syarat-syarat agar Taubat tersebut benar-benar nasuha ( ikhlas ) dan diterima oleh-Nya ialah : MEMBUAT PENGAKUAN TAUBAT ITU SECARA TERBUKA DAN KEPADA UMUM, andainya yang melakukan kesalahan itu melibatkan orang yang ramai dan apatah lagi kalau yang melakukan kesalahan itu adalah orang yang mempunyai pengaruh yang besar di kalangan sesebuah masyarakat.

Contohnya : Jika ada seseorang yang terbukti telah menghina Rasulullah s.a.w dengan mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w MEMPUNYAI GUNDIK-GUNDIK , maka orang ini hendaklah diminta agar bertaubat oleh pihak yang berkuasa ( andainya pihak berkuasa itu benar-benar mahu melaksanakan undang-undang Islam ) dan pengakuan taubat orang itu dengan " menarik balik " kenyataan yang durjana seperti itu mestilah secara UMUM , dan bukan di antara dia dengan beberapa individu sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin