Ahad, 3 Februari 2013

KERAJAAN MALAYSIA MELETAK GAMBAR POTRET RAJA MALAYSIA SEPERTI DI NEGARA THAILAND DAN CAMBODIA.



Satu perkara yang penulis amat kagumi dengan rakyat Thailand tidak kira Islam, Buddha, Hindu mahupun Kristian adalah ketaatan mereka terhadap Raja mereka.

Jika saudara-saudari pernah ke Bangkok, Thailand, penulis yakin bahawa anda pernah melihat wajah Raja Bhumibol Adulyadej ataupun Raja Rama IX. Tidak kira dimana jua pasti anda akan nampak wajah Raja Thailand, selalunya gambarnya ketika muda.

Bukan hanya di jalan raya, tetapi jika anda masuk kedalam bangunan-bangunan di Thailand penulis percaya mesti tergantungnya sebuah potret Raja Bhumibol. Bukan setakat di Thailand, malahan jika terdapat restoran Thailand yang pure di Malaysia pasti ada gambar Raja mereka.

Itu menunjukkan bertapa hormatnya mereka terhadap Raja mereka yang telah memerintah Thailand selama 64 tahun menjadikan beliau sebagai Raja yang paling lama memerintah ketika ini.

Jika di Malaysialah, perkara-perkara seperti ini mesti dipertikaikan pelbagai pihak. Institusi Raja di Malaysia bagai pelampung ditengah laut yang terus menerus dipukul ombak gelora.

Di Thailand jika ada sesiapa mengutuk ataupun mempersendakan Raja mereka, tidak akan terlepas tindakan undang kepada mereka yang melakukan perbuatan sebegitu. Pernah terjadi dimana seorang warga asing yang menetap di Thailand ditangkap kerana mempersendakan Raja Thailand.

Suatu perkara lagi yang penulis perasan tentang rakyat Thailand ini adalah tentang pemakaiannya. Pada hari Isnin setiap minggu, rakyat Thailand akan memakai baju kuning.

Mengapa mereka memakai baju kuning ?

Bapa penulis pernah bertanya kepada seorang pemilik restoran Arab di Bangkok mengapa ramai orang memakai pakaian bewarna kuning. Pemilik restoran itu menjelaskan bahawa Raja Thailand lahir pada hari Isnin, disebabkan itulah mereka memakai baju kuning setiap Isnin kerana warna kuning warna kemegahan Raja.

Dan jika tidak silap penulislah, hari Jumaat rakyat Thailand disarankan memakai baju bewarna biru kerana Ratu Thailand lahir pada hari Jumaat.

Sambutan besar-besaran hari keputeraan Raja Thailand akan diadakan setiap bulan Disember setiap tahun. Ini kerana Raja Bhumibol lahir pada 5 Disember 1927.

Perkara-perkara yang selalu penulis nampak adalah bendera bewarna kuning yang memaksudkan warna bagi institusi diRaja Thailand. Selalunya terdapat disekitar jalan raya, pejabat kerajaan ataupun sekolah di seluruh Thailand.

Bertapa taatnya mereka kepada Raja mereka hinggakan bendera-bendera kuning itu dipacak sendiri oleh rakyat Thailand tanpa perlu meminta upah walaupun mereka adalah bukanlah manusia yang senang.

Sambutan yang meriah tetapi diadakan walaupun Raja Thailand sedang gering. Rakyat tetap mendoakan Raja mereka sihat dan sambutan diadakan tetap hangat. Sambutan tahunan mereka terhadap Raja sama hebat seperti jubli emas pemerintahan 50 tahun Sultan Kedah.

Tetapi Jubli Emas pemerintahan 50 tahun Sultan Kedah pada 2008 dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang dihadiri oleh Sultan Kedah. Tetapi dari segi poster yang ditampal sama hebat dengan sambutan hari lahir Raja Thailand.

Itu sesuatu yang amat-amat dikagumi penulis terhadap rakyat Thailand yang memang mesra dengan penulis dari dahulu lagi. Penulis tidak sedikit pun berasa terancam ketika berada di Thailand malahan penulis pernah keluar berseorangan di Bangkok ketika dahulu.

Kekayaan Raja Bhumibol Adulyadej yang telah dikeluarkan oleh majalah Forbes dimana Raja Thailand merupakan Raja terkaya didunia dengan aset bernilai US$ 30 billion bersamaan Rm 90 billion.

Walaupun memiliki kekayaan sehingga Rm 90 billion tetapi tiada pemertikaian oleh rakyat Thailand bukan seperti sesetengah pihak di Malaysia yang mempersendakan penglibatan anak perempuan Sultan Perak, Y.A.M Raja Dato' Seri Eleena Azlan Shah sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah Gamuda Berhad.

Dekat Malaysia, Potret-potret Raja pun susah untuk dijumpai kecuali jika kita berada di kompleks-kompleks kerajaan. Itupun gambar Sultan dinegeri itu dan Perdana Menteri.

Penulis yakin jika saudara semua ke Thailand mesti punya saudara akan kenal Raja Thailand. Penulis pertama kali ke Thailand pun sudah nampak muka Raja Thailand di merata tempat membuatkan penulis bertanya kepada bapa penulis muka siapakah yang seri terpampang di jalanraya sekitar Bangkok.

Ini membuatkan penulis mengetahui siapakah manusia yang sering penulis lihat disana sekaligus mengenalkan penulis dengan Raja Thailand. Ini sesuatu perkara yang menarik dimana kerajaan Thailand berjaya memperkenalkan Raja mereka ke muka dunia.

Rasanya Malaysia patut mencontohi langkah Thailand yang meletak gambar Raja mereka dimerata tempat. Tetapi mesti anda tertanya, negara kita ada 9 sultan ataupun raja ataupun yang dipertuan besar jadi yang mana nak letak?

Senang sahaja, letak saja gambar-gambar Yang di-Pertuan Agong dan Sultan ataupun Raja ditempat tersebut. Contohnya di Sunway Pyramid dimana berada dalam jajahan Selangor, jadi letaklah gambar Sultan Selangor dan Yang di-Pertuan Agong ketika itu.

Ini bakal mengenalkan Sultan dan Raja kita kepada pelancong-pelancong asing yang datang ke Malaysia. Teringat penulis dimana seorang warga Libya bertanya kepada penulis yang manakah Yang di-Pertuan Agong Malaysia ketika Sambutan Maulidur Rasul tempoh hari.

Dan penulis harap sangat-sangat supaya kerajaan mengambil tindakan yang tegas kepada mana-mana individu yang tidak menghormati Sultan ataupun Raja disini. Kerana jika ia dibiarkan, tidak mustahil suatu hari nanti institusi Diraja akan terus dipersendakan.

Ingat orang kita memang dari dahulu lagi taat dan setia kepada Raja. Bahkan sebelum buat salah kita dah minta ampun dari Sultan dahulu. Jangan lepas ini dah buat salah baru minta ampun dari polis-polis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin