Semalam Perdana Menteri Malaysia IV Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan agar diadakan Suruhanjaya Khas RCI bagi mengkaji 1 juta kerakyatan 
 yang diberikan kepada Bukan Melayu sebagai pra-Kemerdekaan oleh Ketua 
Menteri Tanah Melayu Tunku Abdul Rahman Putra ialah bukti bahawa orang 
Melayu ‘murah hati’ bersedia untuk berkongsi tanahair mereka dengan 
mereka yang dianggap ‘orang asing’ dan ‘tidak berkerakyatan’ (Stateless Persons).
Hakikatnya, Bukan Melayu seperti orang 
Cina dan India adalah immigran ekonomi apabila keperluan mendapatkan 
buruh dan tenaga-kerja bagi lombong lombong bijih timah, ladang ladang 
getah dan projek pembikinan infrastruktur seperti jalan jalan raya, 
jambatan dan landasan keretapi giat diusahakan oleh British demi 
menyokong aktiviti ekonomi dan perdagangan mereka di Tanah Melayu 
bermula suku terakhir abad ke 19. Revolusi perindustrian di Britain juga
 meningkatkan permintaan bahan bahan mentah seperti bijih timah dan 
getah dan secara automatiknya merancakkan proses migrasi buruh.
Kelomok kelompok masyarakat Bukan Melayu 
mula ujud dan sistem sokongan juga mula bercambah. Ujudnya sistem 
sekolah vernakular adalah untuk memberikan masyarakat immigran ini 
sistem pelajaran yang hampir sama dengan negara asal mereka.

Demonstrasi menentang Malayan Union
Selepas Peperangan Dunia Kedua tamat, 
Whitehall mengistiharkan Tanah Melayu sebagai Malayan Union dan Parlimen
 British di Westminister Palace meluluskanya. Kuasa kuasa DYMM Raja Raja
 Melayu disingkirkan sama sekali. Ini mengakibat orang orang Melayu 
secara menyeluruh tidak puas hati dan mula membantah. Bantahan bantahan 
ini dibuat oleh pelbagai pihak, biasanya melalui NGO NGO Melayu yang 
ditubuhkan dan sediada dan makin rancak.
NGO NGO Melayu ini disatukan dan 
digabungkan. Pada 11 Mei 1946 dalam Kongress Melayu Kedua yang 
dianjurkan di Istana Besar, Johor Bahru dan perkenan DYMM Sultan Johor, 
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah lahir. UMNO sebagai 
organisasi yang berjaya mengbungkan suara orang Melayu secara menyeluruh
 mula mendesak DYMM Raja Raja Melayu untuk menolak Malayan Union.
Maka berlaku siri perundingan antara 
pihak British dengan DYMM Raja Raja Melayu dan UMNO bermula April 1946, 
dimana konsep, struktur dan jurisduksi Malayan Union ditolak dan tidak 
diterima sama sekali. Maka Malayan Union dibubarkan. Pada persidangan 27
 Julai 1946, Raja Raja Melayu dan UMNO menolak apa apa keputusan 
mengenai bentuk Tanah Melayu diputuskan oleh Whitehall dan Wesminster 
Palace. Perundingan dengan British ini diteruskan sehingga dirangka dan 
persetujuan baru dimeterai.
Walaubagaimanapun draf perjanjian baru 
ini ditolak oleh golongan radikal Melayu. Mereka bergabung dengan 
kumpulan berhaluan kiri dan Parti Kominis Malaya dan menubuhkan 
PUTERA-AMCJA untuk menentang UMNO dan mengemukan draf Perlembagaan 
Rakyat 1947. Namun British telah menolak cadangan ini.

DYMM
 Raja Raja Melayu, wakil wakil UMNO, Menteri Menteri Besar dan wakil 
wakil British semasa Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dimeterai di 
King’s House pada  21Jan 1948
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 
ditanda tangani pada 21 Januari 1948 antara British dan Raja Raja Melayu
 dan UMNO dan Menteri Menteri Besar ialah saksi perjanjian ini mewakili 
rakyat. Ianya mula berkuat kuasa pada 1 Februari 1948.
Maka Persekutuan Tanah Melayu pada 1 
Februari 1948 hasil dari Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ini. Ianya 
memberi takrifan persekutuan, Pesuruhjaya Tinggi British, kuasa kuasa 
memerintah, Majlis Mesyuarat Undangan, penggubalan undang undang, Majlis
 Raja Raja Negeri Melayu, Mahkamah, Negeri Negeri Melayu, Negeri Negeri 
Selat, kewangan dan paling penting, Kerakyatan Persekutuan.
Dalam Artikel 12 Perjanjian Persekutuan 
Tanah Melayu ini jelas mengariskan bahawa rakyat Persekutuan Tanah 
Melayu merupakan rakyat Raja Raja Melayu dan orang Melayu. Ianya juga 
menggariskan hak Bukan Melayu untuk memohon sebagai rakyat Persekutuan 
Tanah Melayu.
Majoriti Bukan Melayu yang berada di 
Persekutuan Tanah Melayu pada awal 1950an tidak diterima sebagai rakyat 
Persekutuan Tanah Melayu dan mereka juga bukan warga rakyat yang 
diiktiraf oleh Britain. Pada masa itu, India telah merdeka dari Britain 
sebagai negara sistem demokrasi dan negara Cina telah menjadi Republik 
Rakyat Cina, iaitu sebuah negara kominis. Taraf mereka ialah golongan 
yang tidak berkerakyatan (Stateless Persons).
Pilihanraya Mesyuarat Perundangan pada 
1955 menyaksikan Parti Perikatan, kerjasama yang berjaya dijana antara 
UMNO mewakili orang Melayu, MCA mewakili orang Cina dan MIC mewakili 
orang India bertanding disemua 52 kerusi yang dipertandingkan. 
Pengagihan kerusi ialah UMNO 35, MCA 15 dan MIC 2. Ini memperlihatkan 
kesediaan orang Melayu ‘mengala’ dan berkongsi kuasa kerana hak politik 
hampir berada mutlak ditangan orang Melayu apabila 84% dari 1.6 juta 
pengundi berdaftar dan layak mengundi ialah orang Melayu.
Kerjasama ini adalah bukti orang Melayu 
tidak tamak dan membolot sepenuhnya kuasa tetapi bersedia ‘berkongsi’ 
dengan Bukan Melayu.

84% dari pengundi berdaftar dan layak mengundi semasa Pilihanraya Majlis Perudangan Persekutuan 1955 ialah orang Melayu
Selepas pilihanraya pertama bagi memilih 
wakil wakil ke Majlis Mesyuarat Perundangan pada 1955, Parti Perikatan 
yang memennangi 51 dari 52 kerusi dipertandingkan diundang menubuhkan 
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Presiden UMNO dilantik sebagai 
Ketua Menteri. Dalam perundingan dengan Britain bagi mendapatkan 
kemerdekaan sepenuhnya sebagai negara berdaulat, isu  kerakyatan mereka 
yang ‘tidak berkerakayatan’ (Stateless Persons) ini timbul.
Tunku Abdul Rahman telah bersetuju untuk menerima terus 980,000 Bukan Melayu yang diiktiraf sebagai  ’tidak berkerakayatan’ (Stateless Persons) sebagai warganegara dan diberikan taraf dan hak sebagai rakyat
 Persekutuan Tanah Melayu. Tiada proses untuk mengkaji permohonan setiap
 mereka ini dan saringan dibuat menurut undang undang yang berkuat kuasa
 ketika itu iaitu sebagaimana dalam Artikel 12 Perjanjian Persekutuan 
Tanah Melayu.
Ini bermakna samada mereka memenuhi 
syarat sebagai layak untuk memohon dan ditimbangkan untuk menjadi rakyat
 Persekutuan Tanah Melayu itu tidak berlaku.
Golongan ‘Tidak berkerakayatan’ (Stateless Persons)
 ini bukan sahaja mendapat kerakyatan, mereka juga secara automatiknya 
mendapat kuasa memerintah melalui sistem demokrasi Raja Berperlembagaan.
 Sebelum datang penjajah, tanahair ini diperintah oleh Raja Raja Melayu.
 Secara tidak langsung, hak kerakyatan memberikan gologan Bukan Melayu 
kuasa yang dahulunya hak mutlak Raja Raja Melayu.

Komponen Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu; Raja Melayu, UMNO (mewakili rakyat baginda Tuanku) dan Pesuruhjaya British
Desakan Presiden UMNO V itu ada meritnya 
kerana warga Malaysia hari ini, terutama dikalangan Bukan Melayu yang 
lewat ini membangkitkan begitu banyak isu isu sensitif mengenai orang 
Melayu walaupun diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, 
perlu sedar asal usul mereka sebenar ada yang tidak layak diterima 
sebagai rakyat Persekutuan Tanah Melayu semasa Kemerdekaan dicapai.
Walaupun kerakyatan yang diberikan secara enbloc
 itu tidak praktikal untuk ditarik semula, setidak tidaknya anak cucu 
mereka yang menikmati kehidupan dalam keadaan aman, makmur, sejahtera 
dan dibukan pintu peluang sepanjang hampir enam puluh tahun ini dengan 
hak sepenuhnya sebagai warganegara sedar semua ini datang kerana ehsan 
Raja Raja dan orang Melayu.
Golongan Bukan Melayu yang mejadi rakyat 
Persekutuan Tanah Melayu bukan sahaja ada hak penuh, mereka bebas 
mengekalkan identiti, budaya, bahasa dan adat resam mereka, disamping 
bebas untuk melakukan apa apa aktiviti ekonomi termasuk berniaga dan 
mengumpulkan harta. Ada antara pula mereka mendapat kemudahan memohon 
tanah dari kerajaan dan mendapat pengecualian cukai tertentu apabila 
menjalankan perniagaan.
Adalah amat tidak sopan untuk mereka yang
 suatu masa dahulu menumpang sebagai immigran ekonomi, kini berusaha 
sistematik dalam pelabagai cara dan keadaan untuk melakukan provokasi, 
menghina, menyakitkan perasaan, dan menyingkirkan ‘tuan rumah’ yang 
telah pun menunjukan murah hari, toleransi dan kesediaan berkongsi 
tanahair mereka tanpa sebarang pra-syarat, apatah lagi meminta apa apa.
Sejarah telah membuktikan sikap kompromi 
dan toleransi orang Melayu merupakan asas terpenting negara ini lahir 
ditanahair nusantara ini.




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan