بسم الله الرحمن الرحيم
Pada suatu hari Maisorah bin Khunain melawat kubur. Setibanya di sana, dia berkata "Assalamualaikum
wahai penghuni kubur, kamu telah mendahului kami dan kami akan menyusul
kemudian, semoga Allah mengasihani kami dan kamu dan mengampuni kami
dan kamu serta memberkati kami dan kamu waktu mengadap kepadaNya apabila
kami telah menjadi seperti kalian"
Maka Allah Taala mengembalikan roh kepada tubuh salah seorang dari mereka dan dia menjawabnya dengan fasih "Berbahagialah kamu wahai penghuni dunia, kalian dapat pergi haji dengan 4 kali setiap bulan"
Maisorah terkejut lalu bertanya kepada ahli kubur. "Bagaimanakah kami dapat pergi haji setiap bulan 4 kali?" Orang itu menjawab "Hari jumaat". Kemudian orang itu meneruskan, "Tidakkah kamu semua mengetahui bahawa sembahyang berjemaah pada hari jumaat itu adalah haji yang mambrur dan diterima?"
Maka berkatalah Maisorah, "Beritahulah kami wahai ahli kubur apa yang harus kami lakukan supaya Allah mengasihanimu" Orang itu menjawab, "Istighfar, wahai penghuni dunia. Istighfar itu adalah yang paling bermanfaat di akhirat."
Maisorah bertanya lagi, "Apakah yang menghalang kamu dari menjawab salam kami?" Maka berkata orang itu, "Memberi
salam itu suatu kebaikan tetapi kebaikan-kebaikan kami telah diangkat.
Maka tidaklah boleh kami menambahkan kebaikan atau mengurangkan dosa
kami."
As-syaik Al-Iman Az-Zandusti berkata Aku mendengar Abu Manshur berkata : Allah Taala memberikan :
- Hari sabtu kepada Nabi Musa A.S dan 50 nabi dan rasul.
- Hari ahad kepada Nabi Isa A.S dan 50 nabi dan rasul.
- Hari isnin kepada Nabi Muhammad S.A.W dan 63 nabi dan rasul.
Oleh
kerana para nabi A.S berjumlah 124,000 orang dan antara jumlah ini
hanya 313 orang yang bergelar rasul, maka yang laing utama adalah Nabi
Muhammad S.AW dan ditambahkan bersama 13 nabi dan rasul.
- Hari selasa kepada Nabi Sulaiman A.Sdan 50 nabi dan rasul.
- Hari rabu kepada Nabi Yaakub A.S dan 50 nabi dan rasul.
- Hari khamis kepada Nabi Adam A.S dan 50 nabi dan rasul.
Maka tinggal hari Jumaat bagi Allah Taala.
Nabi SAW bersabda "Wahai Tuhanku, apakah bahagian umatku dariMu?"
Allah berfirman "Hai
Muhammad, hari Jumaat dan syurga kepunyaanKu dan kuberikan hari Jumaat
dan syurga itu kepada umatmu dan keredhaanKu bersama hari Jumaat dan
syurga sebab hadiah bagi umatmu."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan