Kes kes
 pembuangan bayi bukanlah sesuatu yang asing didengari dan berlaku dalam
 masyarakat Malaysia malah di merata tempat. Bagi masyarakat kian 
membangun ini, membuanag bayi adalah satu cara paling mudah dilakukan 
oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan hamil. Menurut kes ini, 
perempuan yang telah dipersalahkan dan terpaksa menanggung beban atas 
pembuatan penzinaan tersebut.
kes
 pembuangan bayi bukanlah sesuatu yang asing didengari dan berlaku dalam
 masyarakat Malaysia malah di merata tempat. Bagi masyarakat kian 
membangun ini, membuanag bayi adalah satu cara paling mudah dilakukan 
oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan hamil. Menurut kes ini, 
perempuan yang telah dipersalahkan dan terpaksa menanggung beban atas 
pembuatan penzinaan tersebut.
 kes
 pembuangan bayi bukanlah sesuatu yang asing didengari dan berlaku dalam
 masyarakat Malaysia malah di merata tempat. Bagi masyarakat kian 
membangun ini, membuanag bayi adalah satu cara paling mudah dilakukan 
oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan hamil. Menurut kes ini, 
perempuan yang telah dipersalahkan dan terpaksa menanggung beban atas 
pembuatan penzinaan tersebut.
kes
 pembuangan bayi bukanlah sesuatu yang asing didengari dan berlaku dalam
 masyarakat Malaysia malah di merata tempat. Bagi masyarakat kian 
membangun ini, membuanag bayi adalah satu cara paling mudah dilakukan 
oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan hamil. Menurut kes ini, 
perempuan yang telah dipersalahkan dan terpaksa menanggung beban atas 
pembuatan penzinaan tersebut.
      Tujuan
 saya memilih tajuk ini adalah untuk membincangkan secara lebih mendalam
 tentang punca-punca, kesan-kesan dan langkah-langkah mengatasi 
pembuangan bayi ini. Dalam esei ini, matlamat saya bertujuan untuk 
menyedarkan bahawa pembuangan bayi ini adalah satu kesalahan jenayah 
yang amat berat dan haram di sisi islam kerana bayi merupakan rezeki 
yang Allah s.w.t turunkan kepada kita sebagai cahaya mata dalam 
kehidupan.Namun sebaliknya, kita membuang bayi tersebut dan tidak 
bersyukur atas nikmat Allah s.w.t yang diberikan kepada kita. Pembuanagn
 bayi sama maksudnya kita membunuh manusia yang tidak bersalah atas 
penzinaan yang telah kita lakui.
Saya
 berharap agar pihak kerajaan dan masyarakat mengambil peranan yang amat
 penting bahawa gejala ini terus berlaku dan memperoleh peningkatan 
peratus  yang tinggi malah kaum melayu beragama islam.
  beragama islam.
 beragama islam.
  beragama islam.
PENGERTIAN PEMBUANGAN BAYI
[1]Pengertian
 pembuangan bayi adalah bayi yang telah di buang oleh pasangan yang 
melakukan penzinaan dan mengandung anak luar nikah.Oleh kerana tidak 
mahu malu atas perbuatan tersebut mereka membuang bayi di tempat-tempat 
yang tidak sepatutnya terutama di kawasan tapak pembuangan sampah, 
longkang, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan 
sebagainya menjadi tempat dimana bayi-bayi malang ini ditemui.Apakah 
kita ingin digelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidal 
berperikemanusiaan seperti berlaku pada zaman jahiliah sebelim 
kedatangan Islam. Kanak-kanak teruma permpuan akan dibunuh dan ditanam 
hidup-hidup untuk menutup malu demi hanya mempertahankan maruah 
keluarga.
[2]Ajaran
 Islam dalam pembuangan dan penguguran bayi sangat diharamkan di 
kalangan masyarakat islam. Ianya dianggap satu dosa yang besar kerana 
membunuh dengan niat. Sebagaimanapun yang telah disebut dalam Al-Quran 
surah An-Nisa’ ayat 93:
Maksudnya:
"Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar".
"Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar".
PUNCA-PUNCA PEMBUANGAN BAYI
Melalui empat kategori iaitu:
·         Daripada Ibu Bapa
·         Daripada rakan sebaya
·         Daripada laman sesawang
·         Daripada diri Sendiri
Daripada Ibu Bapa
[1]Kes
 pembuangan bayi ini ada kaitannya daripada ibu bapa kerana konflik 
dalam keluarga telah menendang keluar remaja untuk mencari tempat dan 
rakan yang boleh membantu mengatasi keadaan hidup. Ibu bapa tidak dapat 
mengawal  disiplin dan 
gerak-geri anaknya ketika anaknya belajar di sekolah atau IPTA dan 
lain-lain.Oleh itu,tanpa pengawasan ibu bapa anak-anak telah menjadi 
liberal, bersikap kurang ajar dan merencanakan kehidupan mengikut 
kehendak hati serta ingkar akan kata-kata ibu bapa ketika keluar lewat 
malam bersama pasangannya.Selain itu, melalui didikan agama pula ibu 
bapa tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana kebenarannya remaja ini
 sudah dididik sejak kecil lagi namun apabila mereka kian dewasa didikan
 serta nasihat ibu bapa akan mereka lupakan sedikit demi sedikit.
Daripada Rakan Sebaya
Apabila anak-anak sudah masuk ke alam remajanya ketika menyambung pembelajarannya di IPTA  mahupun IPTS. Mereka  secara automatiknya memperoleh rakan baru malah tingkat umur yang berbeza.Pada waktu ini  mereka
 hanya menjadi rakan tanpa mengenal latar belakang rakan tersebut dan 
disini lah pengaruh rakan sebaya boleh berlaku kerana tiada pengawasan 
ibu bapa lagi. Jika remaja tidak ada keteguhan iman mereka akan 
diselubungi perasaan ingin tahu atas pengaruh rakan sebaya. Ini akan 
menyebabkan remaja  mudah terjebak dengan pergaulan bebas sehingga  melampaui batasan agama seperti maksiat,penzinaan dan hamil sehingga berlakunya pembuangan bayi.
Daripada Laman Sesawang dan media cetak serta elektronik
Melalui kemajuan ekonomi kita kini turut antara punca pembuangan bayi kerana  apa
 sahaja yang mereka layari seperti pendidikan juga turut mengeluarkan 
gambar dan video yang tidak senonoh . Oleh itu,remaja sekarang mudah 
melayari laman sesawang apa-apa sahaja termasuk bahan-bahan lucah, 
penayangan filem berunsurkan seks oleh media 
elektronik, penyebaran VCD dan gambar lucah. Bahan- bahan ini telah mendorng mereka dan  membangkitkan nafsu serakah untuk melakukan maksiat dan penzinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar  nikah.  
Daripada Diri Sendiri
Masyakat
 kini boleh digelar masyrakat tidak bertamadun dan tidak 
berperikemanusiaan sepertinmana terjadi di zaman jahiliah sebelum 
kedatangan islam lagi. Kanak-kanak perempuan akan dibunuh dan di 
hidup-hidup untuk menutup malu demi hanya nutuk mempertahankan maruah 
keluarga. Begitulah terjadi pada zaman sekarang, kanak-kanak turut 
dilayan sebegitu rupa tanpa berasa belas kasihan dan dibuang merata-rata
 hanya untuk menutup malu dan menjaga maruah keluarga pembuang itu. 
Perbuatan ini membuat bayi menjadi mangsa binatang buas adalah satu 
jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada 
haiwan. Jika dibandingkan haiwan dengan manusia, haiwan lebih baik 
kerana masih mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi 
keselamatan anak-anaknya. 
Renungilah amaran Allah SWT di dalam surah Al-A’raf ayat 179:
Maksudnya: 
” Dan
 sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi) neraka jahanam kebanyakkan dari 
jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi ) tidak mahu memahami 
dengannya dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai ” . 
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PEMBUANGAN BAYI
Melalui tiga peranan iaitu:
·         Peranan pihak berkuasa dan badan NGO
·         Peranan ibu bapa
·         Peranan pihak media massa
Peranan Pihak Berkuasa dan Badan NGO
       Peranan
 pihak berkuasa dan badan-badan NGO adalah mengatasi kemelutan 
pembuangan bayi. Pihak berkuasa terutama pihak polis haruslah 
membanteras pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota 
masyarakat terutama golongan remaja. Selain itu, pihak polis juga perlu 
tegas mengenakan hukuman yang setimpal kepada mereka yang bersalah itu 
di penjara seumur hidup.Oleh itu, mereka akan berhati-hati semasa 
bergaul dan mengelakkan hubungan yang melampaui batasan agama. 
Badan-badan NGO pula hendaklah mengadakan program peringkat awal 
pendidikan agama dan sosial dengan lebih berkesan dan menyeluruh. 
Penekanan pendidikan amat penting bagi menyedarkan masyarakat terutama 
remaja dengan maklumat yang tepat agar mereka tidak terjebak dalam 
masalah sosial yang membabitkan jenayah pembuangan bayi ini.
Peranan Ibu Bapa
Peranan
 ibu bapa adalah mendidik anak-anak menjadi insan yang bermoral dan 
tidak mudah terpengaruh dari gejala sosial yang bercegahan dengan 
agama.Didikan agama yang sempurna perlu diberikan seawal yang mungkin 
kepada anak-anak bagi memandu mereka kearah kebaikan. Remaja yang 
mempunyai iman yang teguh tidak akan mudah terjebak dengan gejala sosial
 ini kerana mereka dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. 
Ibu apa juga perlulah mengawasi pergaulan anak-anak supaya tidak 
terjebak dengan perbuatan haram dan berdosa seperti melakukan seks 
bebas.
Peranan Pihak Media Massa
Peranan pihak media massa adalah memberikan  pendedahan
 tentang kesan pembuangan bayi kepada masyarakat luar perlu 
dititikberatkan. Program-program motivasi dan kempen-kempen kesedaran 
haruslah dilaksanakan oleh pihak media amat berguna dan bermakna. 
Misalnya, pendedahan berbentuk grafik dan kisah benar tentang  seseorang
 yang pernah membuang bayi lalu ini akan membangkitkan kesedaran para 
remaja. Program motivasi dan kempen kesedaran seperti ‘Dosa Besar’ dan 
‘Adab Bergaul’ mampu memperkuatkan lagi rasa keinsafan dan ketakutan 
remaja  dalam melakukan dosa. 
Pihak media massa juga hendaklah memberhentikan program-program hiburan 
melampaui yang boleh merosakkan akhlak remaja seperti cerita-cerita 
mengandungi adegen 18sx.
KESAN-KESAN PEMBUANGAN BAYI
Mempunyai tiga kesan:
·         Kesan terhadap bayi
·         Kesan terhadap ibu yang melahirkan
·         Kesan terhadap keluarga perempuan
·         Kesan terhadap masyarakat
Kesan terhadap bayi
Kesan
 terhadap bayi adalah menyebabkan dia akan di pandang rendah dan di hina
 oleh masyarakat setempat. Bayi ini setelah dewasa tidak akan dapat 
mengenali siapa ibu bapa kandung sebenarnya.Selain itu, bayi ini akan 
berasa sangat sedih dan kecewa akan sikap ibu bapa kandungnya yang 
membuangnya dan tidak menjaganya. Seterusnya, bayi ini akan menghausi 
kasih sayang daripada ibu bapa kandungnya yang telah membuangnya. 
Bertuah sesiapa ibu bapa yang masih dimaafkan oleh anak kandung yang 
mereka buang itu namun jika sebalik maka ia akan di laknat di neraka 
jahanam oleh Allah SWT.
Kesan terhadap ibu yang melahirkan
Kesan
 terhadap ibu yang melahirkan pula adalah sekiranya ibu ini telah 
membuang bayinya dalam tempoh masa terdekat mahupun panjang sudah pasti 
dia akan merindui anaknya kembali. Misalnya, jika anaknya masih hidup 
dan dijaga oleh keluarga angkat dan dia ingin mengambil semula anaknya. 
Sebarang kemungkinan anaknya tidak mahu kembali kepadanya kerana anaknya
 tidak mengenali ibu kandung sebenarnya sedangkan anak itu telah dijaga 
rapi oleh keluarga angkatnya. Oleh itu, ibu yang membuang bayi tersebut 
akan berasa amat menyesali perbuatannya malahan tidak pasti lagi anaknya
 itu akan memaafkan ibunya.
Kesan terhadap keluarga perempuan
Kesan terhadap keluarga perempuan adalah maruah diri  dan
 keluarganya akan musnah akibat maksiat, penzinaan, hamil dan membuang 
bayi memang amat memalukan keluarga kerana ia berlaku secara terus 
menerus. Selain itu, keluarga perempuan juga akan di pandang hina 
sehingga turun temurunnya walaupun ia hanya berlaku sekali. Seperti kata
 orang-orang tua, walaupun banyak kebaikan yang kita lakukan malah hanya
 satu keburukan kita lakukan itu pula mereka perkatakan sampai 
bila-bila.
Kesan terhadap masyarakat
Kesan
 terhadap masyarakat pula adalah kita akan digelar masyarakat tidak 
bertamadun dan tidak berperikemanusiaan serta masyarakat yang kejam. 
Selain itu, gejala ini juga dapat menganggu sistem nilai dalam perpaduan
 dan kesejahterahan masyarakat kita. Kemodenan masyarakatlah yang 
menyebabkan perubahan sangat ketara dalam proses sosiolisasi. 
Nilai-nilai tradisi masyarakat tradisional seperti gotong-royong, zirah 
menziarahi telah menjadi luntur di kalangan masyarakat kita kerana 
saling berselisih dan menyelisihkan orang yang telah membuang bayi.
PENUTUP
Kesimpulannya,setiap
 bayi yang dilahirkan mempunyai hak untuk hidup. Oleh itu, semua 
masyarakat haruslah bekerjasama bergabung tenaga bagi membanteras dan 
mencegah saupaya gejala pembuangan bayi ini tidak menular ke tahap yang 
lebih serius. Tindakan bersepadu Angkatan Relawan Rakyat (RELA), 
Jawatankuasa Kemajuan  Kampung 
(JKKK) dan Rukun Tetangga (RT) perlu menangani pergaulan bebas dalam 
kalangan remaja dengan tindakan awal kerana “mencegah itu lebih baik 
daripada mengubati”. Masyarakat perlu sedar bahawa bayi ini merupakan 
Anugerah Allah SWT yang diamanahkan kepada hambanya untuk 
bertanggungjawab dan menjaga malah sebaliknya bagi pasangan kekasih yang
 telah terlanjur,bayi yang akan dilahirkan itu menjadi satu beban kerana
 mereka tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab diusia yang masih 
muda iaitu usia remaja.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan