Gambaran
 azab kerana zina. Baca dan hayati keadaan sebenar seksa dosa zina di 
akhirat. Nauzubillahiminzalik. Moga menjadi satu peringatan buat kita, 
dan dijauhkan kita daripadanya. amin amin amin ya rabb~
 Zina adalah suatu pekerjaan yang kotor dan keji. Satu perbuatan 
terkutuk, dan bagi yang melakukannya adalah besar sungguh dosanya. Satu 
pekerjaan laknat, pekerjaan syaitan dan perbuatan sesat. 
 Firman Allah di dalam Al-Quran: 
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (Al-Israa' 17:32)
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (Al-Israa' 17:32)
 Berbuat zina (jahat), adalah perbuatan keji 
sekali, kerana dari kejahatan itu terjadi bencana dan kemelaratan, 
seumpama "penyakit perempuan", Aids dan lain-lainnya. Dan akibat dari 
berzina itu, bilamana lahir anak dari perbuatan itu, maka tidak dapatlah
 dibangsakan kepada siapa anak itu dan nyatalah akan merosakkan 
pewarisan yang sebenarnya.
 Sememangnya perbuatan zina itu 
tersangat kotor, sehingga Tuhan memerintahkan kepada Kejayaan Islamiyah 
supaya yang berzina itu dijalankan hukuman 00 dera (pukulan) sebagaimana
 tersebut dalam kitab suci Al-Quran: 
 Perempuan yang berzina dan 
lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari 
keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh 
perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama 
Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan 
hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh
 sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (An-Nuur 24:2)
 Di 
dunia ini sahaja sudah begitu hebat kutuk dan dera yang akan diterima 
oleh penzina itu, apatah lagi hukuman dan balasan Allah kelak di Hari 
Akhirat. Menurut yang sering dijelaskan oleh mubaligh-mubaligh dalam 
pandangan yang diperlihatkan kepada Nabi saw sewaktu baginda Isra', 
iaitu baginda melihat beberapa kumpulan manusia laki-laki dan perempuan 
di hadapan dua piring yang berisi daging. Satu piring berisi daging 
biasa manakala satu lagi berisi daging juga tetapi bangkai yang busuk 
dan keji. Tetapi manusia-manusia itu otomatis tangannya mengambil dan 
meratah pada bngkai daging busuk itu sahaja, dan daging biasa sedikit 
pun tidak disentuhnya.
 Ini sebagai simpulan bagi orang-orang yang
 melakukan zina, ia ada mempunyai isteri yang halal, tetapi masih suka 
bernafsu mencari perempuan pelacur dan haram. Bagi yang belum kahwin, 
masih ada jalan ang baik iaitu bernikah, tetapi tidak mahu, lebih suka 
bergaul bagaikan kambing sahaja keduanya. Dan juga dalam perjalanan 
Isra' itu, Nabi melihat suatu gerombolan manusia terdiri daripada lelaki
 dan perempuan yang sangat hebat penyeksaan dan azab yang ditimpakan ke 
atas mereka. 
 Mereka digantung pada buah dadanya (payu dara) 
dengan rantai api Nereka, sedang faraj mereka keluar nanah dan danur 
yang sangat busuknya, sehinggakan ahli Neraka sendiri mengeluh dan 
mengharapkan agar mereka-mereka (penzina) itu dijauhkan dari mereka. 
Inilah manusia-manusia sewaktu hayatna gemar melacur dan berzina. 
Demikianlah dipertontonkan kepada Nabi sebagai perumpamaannya. 
 Menurut hadis yang diperolehi mengenai bagaimana hebatnya seksa bagi orang-orang yang berzina adalah tersebut dibawah ini:
 Menurut satu riwayat daripada Rasullullah saw, beliau bersabda: 
"Takutlah kamu akan berbuat zina, kerana bagi yang berzina itu akan 
diberikan 6 macam bala seksaan - tiga seksa sewakti di dunia, iaitu 
dengan berbuat pekerjaan terkutuk itu, Allah akan mengurangkan rezekinya
 dan menghilangkan keberkatan umurnya dan sewaktu dicabut nyawanya 
kelak, dengan tiada rahmat dan belas kasihan sedikit pun kepadanya"
 "Jauhlah oleh kamu akan zina, kerena kecelakaannya 4 macam: Hilang 
kebaikan pada mukanya disempitkan rezekinya, dan kemurkaan Allah ke 
atasnya, dan menyebabkan kekekalannya di dalam Nereka," (Riwayat 
At-Thabranii an Ibni Abbas)
 Dan di hari akhirat keak, sangatlah 
murka Allah ke atasnya sangatlah berat pertanggunggan seksa ang 
ditimpakan ke atasnya da akan diseret ke Neraka dengan rantai.
 
Sabda Nabi saw: "Dan siapa-sapa yang berzina dengan seorang perempuan, 
sekwatu berbangkit dari kuburnya kelak, sesungguhnya ia merasai sangat 
kehausan"
 Berdasarkan kepada hadis-hadis Nabi tersebut, 
sesungguhnya tersangatlah ngeri azab dan seksa yang akan diterima oleh 
orang yang melakukan perbuatan durjana itu. 
 Dari itu, hendaklah 
dan wajiblah bagi kita menjauhi benar0benar, kalau kita betul 
mempercayai Al-Quran serta hadis Nabi, supaya haruslah kita mengelak 
dari sebab-sebab yang boleh menjatuhkan kita menghampiri kepada 
perbuatan zina itu. Kelakuan-kelakuan yang mengakibatkan zina itu salah 
satu diantaranya ialah pergaulan bebas. 
 Pergaulan bebas diantara
 pemuda dan pemudi atau antara laki-laki dan perempuan itu sungguhlah 
sangat merbahaya, dan boleh mengakibatkan tertimbunya perbuatan durjana 
zina. Patut benar kita insaf mendengar apa yang disebutkan oleh salah 
seorang ulama, Sheikh Mustafa Al-Hammami yang pernah berkata:
 
"Sesungguhnya kebebasan pergaulan laki-laki dan perempuan di dalam dan 
di luar rumah itulah sebab yang utama menyebabkan jatuhnya kejahatan 
(zina) ini. Dan itulah ang menyebabkan zina itu berkembang dengan 
seluas-luasnya. Sesiapa yang hendak menghapuskan dan mencabut dari 
akarnya, maka hendaklah ia melarang ahli keluarganya daripada pergaulan 
yang tiada berbatas itu"
 Itulah salah satu kata-kata dari seorang
 ualam kita, dan sememangnya dalam agama pun hal ini dilarang keras, 
sebagaimana sabda Nabi saw yang telah diriwayatkan oleh Thabranii:
 "Jauhilah oleh kamu bersunyi-sunyi dengan perempuan. Demi Allah, tiada 
bersunyi antara seorang lelaki dengan seorang perempuan, melainkan 
masuklah syaitan di antara keduanya."
 Demikianlah larangan 
mengenai perjaulan bebas antara laki-laki dan perempuan, atau antara 
pemuda dan pemudui. Apatah lagi bertari antara pemuda dan pemudi mahupun
 laki-laki dan perempuan, sungguh sangatlah larangan dan kutuk serta 
azab yang akan diterimanya kelak. 
 Ada hadis nabi yang mengatakan, sabdanya:
 "Dicucuk kepala kamu dengan harum daripada besi adalah lebih baik daripada menyentuh kulit perempuan yang tidak halal bagimu"
 Demikianlah halnya, sedang menyentuh sahaja sudah hebat seksanya, dan 
apakah waktu berdansa itu tidak menyentuh satu dengan yang lain? Rasanya
 lebih dari menyentuh lagi, dan memegang peluk dan meraba lagi antara 
kedua jenis manusia ini. 
 Berdasarkan hadis tersebut, berdosalah 
orang-orang yang suka bersentuhan dengan perempuan, juga berjabat tangan
 antara keduanya. Nabi ada menjelaskan dalam salah satu hadis yang 
maksudnya:
 "Barang siapa berjabatan tangan (bersalaman) dengan 
seorang perempuan yang haram, maka kelak di Hari Akhirat, dirantai ia 
dengan rantai api Neraka. Dan jikalau diciumnya, maka kelak di Hari 
kemudian, digunting kedua bibirnya dengan gunting dari api Neraka. dan 
jika dizinainya, maka kedua pahanya akan menyaksikan kelak di Hari 
Kemudian mengenai pekerjaannya yang terkutuk itu, dan Allah akan sangat 
murka kepadanya"
 Ini adalah sebahagian firman Allah yang menjelaskan, bagaimana persaksian anggota tubuh kita kelak di Hari Kemudian.
 Firman Allah di dalam Al-Quran:
"Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan." (Yaa Siin 36:65)
"Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan." (Yaa Siin 36:65)
 Sungguh hebat benarlah 
apa yang ditanggung oleh manusia-manusia yang melakukan zina itu kelak 
di Hari Kemudian, dan ditimpa dengan hebat dan pedih seksa itu, sesuai 
dengan perkara yang dilakukan masing-masing. Dan kalau menzinai 
perempuan uang sudah bersuami, maka berlainlah pula dosa dan seksanya, 
sebagaimana menurut sebuah hadis juga di mana pernah Nabi mengatakan 
yang bermaksud:
 "Barangsiapa berzina dengan perempuan yang telah 
bersuami adalah bagi lelaki dan perempuan yang berzina itu, seksa yang 
sangat hebat sekali. Nanti pada Hari Kiamat, Alah memberikan segala 
kebaikan lelaki (penzina) itu kepada suami perepuan itu, dan segala dosa
 (yang telah dlakukan oleh si suami) ditanggungkan (dibebankan) kepada 
lelaki tersebut itu.
 Bilamana si suami mengetahi pekerjaan 
isterinya yang sesat itu (berzina) dengan lelaki lain sedang ia tiada 
ambil peduli sahaja dalam hal itu, maka Allah mengharamkan akan dia itu 
masuk syurga,"
 Demikian serba ringkas bagaimana azab dan seksa 
bagi orang-orang yang berzina dan sesungguhnya wajiblah bagi kita 
menjauhi sejauh-jauhnya. Dan kepada keluarga dan anak-anak kita, 
hendaklah kita didik agar jangan mereka bergaul bebas antara pemuda dan 
pemudi, kerana itu adalah salah satu sebab yang mengakibatkan zina. 
 Dan perlulah dimaklumi bahawa hendaklah kita sebgai orang muslim yang 
beriman, menjaga dan memelihara diri dari berzina, jangan sekali-kali 
dihampiri zina itu kerana sugguh besar mudarat dan dosanya, sedapnya 
hanyaah seketika tetapi dosanya berkepanjangan dan sungguh berat seksa 
yang akan diterima.
 Allah telah berfirman yang bermaksud: 
"Katakanlah kepada orang-orang yang beriman, supaya ia menutup 
pandangannya daru nelihat apa yang terlarang dan enjagan kehormatannya 
dari kejahatan (jangan berzina), demikianlah yang sebaik-baiknya, Allah 
maha mengerti apa-apa ang mereka lakukan,"
 Dan seterusnya lagi firman Allah yang bermaksud:
 "katakanlah kepada orang-orang yang beriman (wanita) supaya ia merendah
 pemandangannya dan menjaga kehormatannya, jangan ia memperlihatkan 
hiasannya selain yang sudah biasa nyata kelihatannya."

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan