Artikel ini mungkin asing bagi anda kerana
 ia membincangkan tentang kewujudan Makhluk Asing atau Extra Terrestrial
 (E.T) atau Aliens TETAPI menurut pandangan Islam.
 Ianya jarang-jarang diketengahkan. Bagi saya, ini adalah huraian 
tentang Makhluk Asing menurut pandangan Islam yang pertama saya dengar. 
 Hujah-hujah mengenai kewujudan Aliens ini dibentang oleh Sami Zataari, seorang Muslim dan Ilmuwan Islam yang terkenal di barat. 
Perbincangan
 ini pada fikiran anda mungkin seperti mengarut. Ini dah macam cerita 
Hollywood la pulak. namun biar saya tanya Anda, adakah Dinosaur itu
 Wujud? kalau tanya saya, pasti saya kata wujud kerana ada berapa banyak
 fosil Dinosaur yang dijumpai di dunia ini? ia ditemuai di Afrika, 
Amerika Utara dan Selatan, di China di Eropah, dan lain-lain tempat 
malah juga ditemuai di Thailand yang sangat dekat dengan kita. Tapi 
wujudkah kisah mengenai Dinosaur didalam Al-Quran? Jawapannya ada, sila 
baca dalil dibawah.
 "Behold!
 in the creation of   the heavens and the earth; in the alternation of 
the night and the day;   in the sailing of the ships through the ocean 
for the profit of mankind;   in the rain which Allah Sends down from the
 skies, and the life which   He gives therewith to an earth that is 
dead; in the beasts of
 all kinds   that He scatters through the earth; in the change of the 
winds, and the   clouds which they Trail like their slaves between the 
sky and the   earth;- (Here) indeed are Signs for a people that are 
wise."
"Sesungguhnya 
pada   kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; 
dan   (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda
 yang   bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang 
Allah   turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya 
tumbuh-tumbuhan di   bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari
 berbagai-bagai jenis binatang raksaksa;
 demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk   (kepada 
kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi;   sesungguhnya
 (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan   keesaan Allah 
kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya)   bagi kaum yang
 (mahu) menggunakan akal fikiran. "
(Surah Al-Baqarah, ayat 164)
Selain dalil ini, lihat juga dalil dibawah,
"He
 created the heavens without any pillars   that ye can see;  He set on 
the earth mountains standing firm, lest it should shake with   you; and  He scattered through it beasts of all kinds. We send down   rain from the sky,  and produce on the earth every kind of noble creature, in pairs.  (The Noble Quran, 31:10)" 
 "Ia
 menciptakan langit dengan   tidak bertiang sebagaimana yang kamu 
melihatnya; dan Ia mengadakan di   bumi gunung-ganang yang menetapnya 
supaya bumi itu tidak   menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya 
berbagai jenis binatang raksaksa.   Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi   berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat."
(Surah Luqman, Ayat 10)
didalam Al-Quran, Allah ada menerangkan mengenai "dabbah" yakni haiwan ganas dan besar, didalam bahasa Inggeris disebut sebagai beast. Istilah Dinosaur
 adalah istilah moden yang diberikan oleh para Saintis Paleontology bagi
 merujuk makhluk yang besar-besar dan kadang kala ganas yang mana 
sekiranya haiwan-haiwan ini masih wujud, Manusia mungkin tidak dapat 
hidup didunia ini, maka kepupusan Dinosaur itu adalah merupakan 
ketentuan Allah supaya Manusia dapat hidup selesa di BUMI pada waktu 
sekarang. Kesimpulannya Dinosaur itu memang Wujud cuma sekarang dah 
pupus. - End of the Story-
Sekarang kita beralih kepada topik Kewujudan Makhluk Asing menurut pandangan Islam pula.
**********************************
Benarkah Makhluk Asing itu Wujud? Mungkinkah Wujud Makhluk bernyawa diluar Bumi ini? Perkara ini ada dua pendapat utama,
1 ) Golongan yang tidak percaya wujud Makhluk lain di luar bumi (Alam Semesta/Universe/Outer Space), dan satu lagi
2) Golongan yang percaya bahawa wujud Makhluk lain di luar bumi (Alam Semesta/Universe/Outer Space) memang wujud.
Mari
 kita bincang tentang golongan Pertama (1) dahulu. Kebanyakan orang 
memang tergolong didalam kumpulan ini kerana sehingga kini masih tiada 
bukti kukuh mengenai terjumpanya Makhluk Asing (Extra Terrestrial) atau 
juga disebut sebagai Alien. Terdapat Institusi Khas yang ditubuhkan 
untuk mencari Makhluk Asing yang dikenali sebagai Search for Extra-Terrestrial Intelligence (SETI)
 contohnya dengan menggunakan teknologi mengesan gelombang, tetapi masih
 lagi gagal sehingga kini. Disamping itu Hollywood juga menggarap 
pelbagai kisah Aliens yang mengarut-ngarut dan menjadikan Aliens 
hanyalah Kisah Fantasi semata-mata.
Sementara golongan kedua (2) yang mempercayai wujudnya Makhluk asing pula terbahagi kepada dua iaitu :-
2A)
 Golongan yang percaya wujud Makhluk lain di luar bumi tetapi makhluk 
ini kecil sahaja seperti kuman atau wujud juga Makhluk yang boleh 
dilihat dengan mata kasar tetapi tiada akal seperti haiwan-haiwan lain 
di bumi.
2B)
 Golongan yang percaya wujud Makhluk lain di luar bumi dan ia termasuk 
makhluk-makluk seperti 2A dan juga makhluk bijak/berakal seperti atau 
kurang atau lebih dari Manusia atau seperti Jin yang kurang akal tetapi 
bijak menipu. Makhluk-makhluk seperti ini lah yang banyak digarap oleh 
filem-filem Hollywood seperti Star-Trek dan Star Wars iaitu Makhluk yang
 bijak, mungkin berpakaian, berkenderaan, berkerajaan, malah mempunyai 
Tamadun sendiri.
Contoh kepercayaan Golongan (2A)

Dakwaan
 oleh NASA tentang penemuan Fosil Kuman yang dijumpai daripada batu yang
 diambil di Planet Marikh. Batu tersebut dikutip oleh robot milik Nasa 
yang mendarat di Marikh pada tahun 2007.
Contoh kepercayaan Golongan (2B)
 
 
Gambaran
 Hollywood yang menunjukkan Aliens yang boleh berkata-kata, berpakaian, 
bersenjata, berkenderaan, mempunyai ketua (Sistem Politik) dan 
sebagainya
Gambar dibawah adalah dakwaan wujudnya Tamadun di Planet Marikh pada masa dahulu.
 
 


Gambar
 Binaan seperti Pyramid yang tersusun seperti Fibonaci Number's design 
dan binaan gambar muka. Gambar-gambar ini didakwa oleh NASA sebagai 
bukti ia merupakan binaan sesebuah Tamadun dan bukannya terbentuk secara
 semulajadi. Gambar-gambar ini diambil oleh satelit Nasa di Planet 
Marikh. WALLAHUALAM.
*************************************************************************************
Sami Zaatari, seorang
 pengkaji Al-Quran dan Hadith telah membuat kesimpulan terhadap 
Kewujudan Makhluk Asing/Extra Terrestrial atau Alien menurut Al-Quran 
yang mana makhluk tersebut tidak termasuk para Malaikat dan Jin. Beliau 
berada dalam golongan (2B) yakni yang mempercayai wujudnya Makhluk hidup
 yang lain di luar bumi dan mereka ini termasuk yang seperti haiwan yang
 tidak berakal dan juga yang bijak dan mempunya tamadun mungkin seperti 
manusia. Beliau, mengemukakan beberapa dalil dari Al-Quran yang menurut 
beliau merujuk kepada wujudnya Makhluk Asing. 
"And
 among His Signs is   the creation of the heavens and the earth, and the
 living creatures that   He has scattered through them: and He has power
 to gather them together   when He wills."
"Dan
 antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah penciptaan Syurga (Langit) dan 
Bumi, dan hidupan-hidupan yang telah Dia (Allah) taburkan kedalamnya 
(Langit dan Bumi itu) : dan Dia lah yang berkuasa untuk mengumpulkan 
kesemuanya pada bila-bila masa Dia kehendaki"
  (Surah As-Shura, Ayat 29.)
Tafsiran oleh Sami Zataari adalah Syurga
 didalam bahasa Arab juga merujuk kepada langit sebagaimana kita merujuk
 syurga "diatas" dengan menunjukkan kelangit. Langit pula pada waktu 
sekarang merujuk kepada Angkasa lepas/Outer Space/Universe. Didalam ayat
 ini juga, Allah S.W.T juga menerangkan kehidupan yang telah Allah 
sebarkan keseluruh alam yakni di dalam ayat tersebut, Syurga dan Bumi.
Jika
 benar tafsiran Sami Zataari, maka ini menunjukkan kebenaran kumpulan 
(2A) seperti yang diterangkan diatas mengenai wujudnya makhluk lain di 
luar bumi tetapi mereka tidak bijak seperti kita. Ini boleh dilihat 
dalam gambar yang didakwa Nasa sebagai Fosil Kuman Bakteria di atas. 
Sami Zataari juga menerangkan huraian seorang cendekiawan Islam Klasik 
bernama Ibn Kathir yang menyokong dakwaan beliau iaitu menurut Ibn Kathir, Ayat ini menerangkan bahawa "kehidupan" yang dimaksudkan didalam ayat diatas adalah termasuk Manusia, Jin, Haiwan, Tumbuh-tumbuhan DAN LAIN-LAIN. Ini bermaksud terdapat makhluk-makhluk lain yang tidak kita ketahui, hanya Allah sahaja yang tahu. 
Sami Zataari juga menafikan tafsiran cendekiawan Islam lain yang menyatakan bahawa KEHIDUPAN YANG LAIN-LAIN
 yang dimaksudkan Ibn Kathir sebenarnya merujuk kepada para Malaikat dan
 Jin. Beliau menyangkal dakwaan tersebut kerana Allah S.W.T telah 
menerangkan didalam Surah Al-Baqarah bahawa Dia (Allah) telah mencampak 
Syaitan (Jin), Adam dan Hawa (Manusia), ke BUMI
 dan ia akan menjadi tempat tinggal bagi Manusia dan Jin. . . . Manakala
 Para Malaikat pula tidak tinggal di Alam Semesta (Universe) sebaliknya 
mereka tinggal sama ada di Syurga (Merujuk kepada Arasy: Tempat Allah 
bersemayam, bukan merujuk kepada Langit/Angkasa/Universe) atau di Bumi 
sahaja. Tetapi mereka ada menjalankan tugas seperti Malaikat Jibril yang
 menghantar Utusan Allah (Al-Quran) kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W 
serta kepada Nabi-Nabi yang terdahulu. Terdapat juga para Malaikat yang 
tugasnya mengambil nama 40 orang pertama yang datang ke Masjid semasa 
solat Jumaat dan menghantarkannya kepada Allah dan ini pastilah melalui 
Alam Semsta (Luar Bumi), Namun
 mereka tidak tinggal di Angkasa Lepas, mereka cuma melalui Angasa Lepas
 sahaja dan itu hanyalah tugas mereka. Ibarat pemandu lori yang 
menghantar barang dari KL ke JB, pemandu lori tersebut singgah di Melaka
 dan akhirnya sampai di JB namun tempat tinggalnya masih lagi di KL, 
bukan di Melaka atau JB.
 Sekarang kita lihat pula dalil berikutnya,
"Allah
 it   is who hath created seven heavens, and of the earth the the same 
numbers.   The commandment cometh down among them slowly, that ye may 
know that   Allah is Able to do all things, and that Allah surroundeth 
all things in   knowledge."
"Allah
 yang menciptakan tujuh   petala langit dan (Ia menciptakan) bumi 
seperti itu (dengan Jumlah yang sama); perintah Allah   berlaku terus 
menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang   demikian) 
supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa   atas 
tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi   
ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu."
(Surah At-Talaaq, Ayat 12)
Menurut Sami Zataari lagi, ayat ini menerangkan bahawa ada 7 Petala Langit ( 7 Peringkat Syurga) seperti yang kita tahu DAN pada BUMI pula ada jumlah yang sama yakni TUJUH (7)
Sekarang kita lihat makna 7
 pula, paling mudah difahami adalah BUMI yakni yang mempunyai pelbagai 
makhluk hidup dan sangat sesuai/selesa untuk kehidupan ada 7 kesemuanya. Selain itu, didalam bahasa Arab dan gaya bahasa Al-Quran, kadang-kadang nombor 7 juga bermaksud SANGAT-SANGAT BANYAK !!!
Namun beliau menambah, terdapat Ilmuwan Islam lain yang mendakwa bahawa 7 Bumi di dalam ayat tersebut bermaksud 7 Benua.
 Bagi saya, ayat-ayat Allah kadang-kadang mempunyai lebih dari satu 
maklumat contohnya Surah Al-Alaq yang menerangkan Kejadian Manusia 
didalam Rahim Ibu. Pada mulanya bayi didalam rahim ibu berbentuk " 'Alaq
 ", perkataan ini mempunya empat atau lebih maksud iaitu, (1) Lintah (2)
 Yang bergantung/melekat pada sesuatu (3) segumpal darah (4) sesuatu 
seperti dikunyah, contohnya seperti gula-gula getah (chewing-gum). Jadi 
Allah menerangkan kejadian awal manusia didalam perut seperti yang mana 
satu? jawapannya keempat-empatnya sekali. Kebetulan perkataan " 'Alaq"
 bermaksud keempat-empat perkara tersebut dan kebetulan pula kesemuanya 
tepat. Betapa hebatnya Ilmu Allah dan Bahasa Arab, boleh menerangkan 
sesuatu perkara yang rumit dan panjang lebar hanya dengan 1 perkataan 
sahaja yakni " 'Alaq".

Rupa Embrio sewaktu mula-mula terbentuk, lihat yang sebelah kiri
Jadi, kembali kepada 7 BUMI tadi, kemungkinan selain maksud 7 Benua, ia juga bermaksud 7 lapisan bumi dan mungkin juga 7 planet lain seperti BUMI...!
Memang kita belajar disekolah bahawa Bumi ada 3 Lapisan Utama iaitu Kerak, Mantel dan Teras.
 Tetapi itu adalah lapisan Major atau umum, sebenarnya BUMI memang ada 7
 lapisan yang berbeza contohnya bahagian Kerak sebenarnya terbahagi 
kepada 3 bahagian, kesemua bahagian ini keras dan para Saintis Geologi 
sudah mengorek sedalam-dalamnya tetapi masih berada didalam lapisan yang
 keras, namun ada 3 struktur tanah yang berbeza. Mantel mempunyai 2 
bahagian dan kedua-dua bahagian adalah lembut tetapi panas seperti Lava 
Gunung Berapi. Sebenarnya Lava gunung berapi memang berasal dari kawasan
 Mantel. Teras pula mempunya 2 bahagian iaitu  satunya sangat-sangat 
keras dan satu lagi tidak diketahui. Para Saintis Geologi mengesan hal 
ini menggunakan sistem pantulan radio yang membalas dgn 7 nada yang 
berbeza bermaksud ada 7 lapisan. Jadi kesemuanya adalah 7 Lapisan BUMI. 

Didalam
 gambar ini, Crust (Kerak) mempunyai 2 bahagian, Mantle (Mantel) 
mempunya 3 bahagian kerana saintis ini memasukkan kawasan Asthenosphere 
sebagai kawasan Mantel, Kerak pula mempunya 2 bahagian, cair dan keras.
Jadi benarlah ada 7 benua dan dalam masa yang sama ada 7 Lapisan BUMI, ....tapi mungkin juga didalam ayat yang sama ia menerangkan 7 Planet lain seperti BUMI....!!!
Sekarang kita lihat pula dalil yang berikutnya,
 "Verily
 We have honored the   children of Adam. We carry them on the land and 
the sea, and have made   provision of good things for them, and have 
preferred them above many of   those whom We created with a marked preferment."
 "Dan sesungguhnya Kami telah   memuliakan anak-anak Adam; dan Kami 
telah beri mereka menggunakan   berbagai-bagai kenderaan di darat dan di
 laut; dan Kami telah memberikan   rezeki kepada mereka dari benda-benda
 yang baik-baik serta Kami telah   lebihkan mereka dengan 
selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang   telah Kami ciptakan."
(Surah Al-Isra', Ayat 70)
Ayat
 ini menerangkan tentang betapa Allah S.W.T adalah Tuhan yang Maha 
Pengasih lagi Maha Penyayang yang telah menganugerahkan anak-anak adam 
(Manusia) dengan kemudahan seperti kekuasaan dan kenderaan agar Manusia 
boleh menjadi Khalifah di Muka Bumi. Namun ada satu perkataan yang 
menimbulkan tanda tanya disini, mengapakakah Allah memberitahu manusia 
meguasai "banyak makhluk-makhluk" tetapi bukan "kesemua makhluk-makhluk." 
Nanti
 dulu, Bukankah kita belajar mengenai kemulian Manusia yang lebih tinggi
 dari Haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhanan di muka bumi ini kerana kita 
adalah Khalifah
 dimuka bumi? Malah, kita juga lebih mulia daripada Jin dan sebenarnya 
taraf Manusia lebih tinggi daripada Jin sehingga mereka ini boleh 
diperhambakan oleh Nabi Sulaiman A.S dan menurut Hadis Nabi S.A.W, 
terdapat seorang manusia di zaman Nabi Sulaiman yang boleh melakukan 
sesuatu pekerjaan yang berat lebih pantas daripada Jin Ifrait sedangkan 
lelaki tersebut hanyalah manusia biasa dan Jin Ifrait adalah yang paling
 kuat dan paling laju diantara kesemua Jin-jin pada masa itu. Malah kita
 juga diajarkan bahawa didalam hati kita mempunya Nafsu sementara 
Malaikat pula tidak mempunya Nafsu, sekiranya kita boleh menepis nafsu 
tersebut dan mentaati Allah seperti Malaikat biasa mentaati Nya, taraf 
kita sebagai manusia adalah lebih tinggi dari para Malaikat di sisi 
Allah (melainkan jika kita kalah pada Nafsu). Jadi bukankah Malaikat, 
Jin, Haiwan, dan Tumbuhan (serta makhluk tak bernyawa seprti batu dan 
air) adalah "kesemua makhluk-makhluk?" ya KESEMUA nya jika tiada makhluk-makhluk lain yang manusia adalah lebih berkuasa sebagai Khalifah keatas makhluk-makhluk tersebut. Namun apabila Allah S.W.T memberitahu kita tentang ke-Khalifah-an manusia kepada "BANYAK makhluk-makhluk", maka ini bermaksud BUKAN SEMUA...!!!
Dalam kes ini, kita andaikan jika Aliens atau E.T ini benar-benar wujud, maka kita sebagai manusia bukanlah Khalifah kepada Aliens tersebut yang mana ayat "Banyak makhluk-makhluk"
 ini tidak termasuk yang boleh dikawal atau dipergunakan oleh manusia 
seperti makhluk umum lain misalnya kuda yang dijadikan kenderaan, 
kambing dan tanaman yang dijadikan makanan, besi dan kayu yang dijadikan
 alat, Jin yang pernah diperintah oleh Nabi Sulaiman A.S serta Bomoh 
Jahat yang menyalahgunakan ilmu hitam yang menggunakan jin,  Air untuk 
diminum, mandi dan menjadi pelantar kepada kapal untuk berlayar dsb. Ya,
 kita adalah Khalifah kepada semua makhluk-makhluk ini seperti yang 
diterangkan dalam ayat diatas. Namun kita tidak berkuasa kepada Aliens 
(jika ada) dan Aleins tersebut mungkin merupakan Khalifah di Planetnya sendiri, itu kita tidak tahu. Ini kerana apabila Manusia tidak menguasai Aliens kerana mereka tidak termasuk dalam BANYAK makhluk-makhluk diatas. Maka menurut Sami Zataari, mereka ini mempunyai ke-Khalifah-an
 yang tersendiri. Jangan salah faham, ini bukan bermaksud yang mereka 
ini lebih tinggi taranfya berbanding kita cuma mereka sesama makhluk 
dibawah kekuasaan mereka mempunyai liga taraf yang tersendiri dan mereka
 lah nombor satu dikalangan makhluk-makhluk lain yang ada disekeliling 
mereka. Mereka ini juga Makhluk Allah dan mungkin seperti Jin, mereka juga sekiranya bijak seperti Jin atau berakal seperti Manusia, mungkin ada yang Islam,
 tak mustahil. Jika anda masih ingat filem XX-Ray (yang pertama) tahun 
1990 arahan Aziz M. Osman, di penghujung cerita, Erma Fatimah turun 
sebagai Aliens dan berkata kepada Hero (Aziz) "Jangan takut, saya juga Makhluk Allah",
 ini sangat menarik kerana ini adalah Aliens pertama di dalam filem yang
 mengaku Islam, (iye lah, kalau tengok Aleins filem Holywood, kalau tak 
jahat pun Aliens baik macam Yoda dan Jar-jar Binks, tapi masih tak Islam
 jugak). Saya pasti bahawa mesej yang cuba disampaikan oleh Aziz M. 
Osman ialah, jika Aliens itu wujud, mereka juga makhluk Allah seperti 
kita. Jika mereka benar-benar wujud, perkara ini sudah pasti bahawa 
mereka adalah Makhluk Allah kerana kita adalah orang Islam yang percaya 
bahawa seluruh isi alam ini adalah Makhluk ciptaan Nya.
Jika mereka ini mempunya ke-Khalifah-an
 tersendiri, maka mereka sudah pastilah makhluk yang bijak mungkin 
seperti Jin yang mempunyai kerajaan sendiri, malah mungkin juga berakal,
 itu kita tidak tahu. Ini dipanggil Intelligent atau Akal,
 inilah yang membezakan manusia dan Haiwan! Manusia boleh berkomunikasi 
dengan bahasa yang kompleks, boleh berhubung menggunakan komputer, kan 
pelik tu, binatang mana boleh berhubung guna komputer ataupun I-Phone, 
canggih betul manusia ni. Zaman nenek moyang kita dulu, kalau berutus 
surat pun dah lebih canggih daripada haiwan. boleh pulak kita memproses 
petrolium menjadi polymer dan akhirnya jadi plastik dan akhirnya jadi 
handphone pulak. Ini Intelligent, Ini Akal...!!!!
Sekarang kamu dah tahu apa itu Intelligent atau Akal, maka jika kamu adalah makhluk seperti lembu, kamu tiada daya ke-Khalifaha-an yang dikurniakan kepada manusia yang mempunyai daya meng-Eksploitasi
 (mempergunakan sesuatu seperti memprosesnya atau menggunakannya untuk 
satu tujuan seperti kenderaan dsb). Kamu hanya boleh eksploit rumput dan
 pucuk-pucuk daun sahaja untuk dijadikan makanan, tidak lebih dari itu.
Maka
 jika menurut tafsiran Sami Zataari daripada ayat diatas, Makhluk ini 
adalah berakal, tidak pasti sama ada kurang atau lebih dari kita. Tetapi
 kita tidak boleh meng-eksploitasi mereka kerana mereka tidak termaksuk 
dalam "Banyak makhluk-makhluk" yang Allah letakkan kuasa ke-khalifah-an kepada kita untuk menguasai makhluk-makhluk yang banyak ini. Maka sudah tentu mereka merupakan Khalifah kepada makhluk di BUMI mereka sendiri. WALLAHUALAM.
Kesimpulan daripada huraian Sami Zataari terhadap ketiga-tiga ayat diatas tadi ada dua iaitu :-
(2A) memang wujud makhluk lain diluar BUMI ini dan 
(2B)
 makhluk ini termasuk yang tidak bijak seperti 2A diatas dan juga YANG 
MEMANG BIJAK, mungkin seperti Jin dan mungkin juga BERAKAL SEPERTI 
MANUSIA!
Namun segalanya 
terpulang kepada anda untuk menilai. Sehingga kini masih kurang jelas 
mengenai kewujudan Makhluk Asing sama ada yang tidak bijak seperti kuman
 atau yang bijak seperti Jin atau yang berakal seperti Manusia. 
 Beliau (Sami Zataari) memang sangat terkenal dibarat sebagai seorang 
Ilmuwan Islam muda malah pernah berdebat dengan Mubaligh Kristian dan 
memenangkan Agama Allah seperti yang dilakukan oleh Ahmad Deedat, Dr. 
Zakir Naik, dan Abdul-Raheem Green. Namun beliau bukanlah seorang Ulama 
besar seperti Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang boleh memberikan fatwa 
bahawa Aliens itu Wujud. Oleh itu terpulang kepada kita untuk menilai.
Wujud persoalan jika Aliens ini benar-benar wujud,
 mengapakah ianya kurang dijelaskan didalam Al-Quran dan Hadis? selepas 
saya berfikir, mungkin juga Allah tidak memberatkan kita dengan 
perkara-perkara yang kita tidak perlu tahu sangat, mungkin jika kita 
tahu pun tiada kesan. Pada firasat saya, Tamadun manusia tidak akan 
bertemu dengan Aliens bijak atau E.T ini melainkan selepas hari Kiamat 
sahaja. Oleh itu ia akan menjadi bukti kekuasaan Allah dan kebenaran 
Al-Quran, sebab itu lah ianya seperti kurang penting atau sangat kurang 
kisahnya didalam Al-Quran kerana mungkin buat masa ini ianya tidak 
penting, maka sampai kiamat pun kita tidak akan jumpa, kita hanya 
ketahui tentang perkara ini mungkin di padang Mahsyar, siapa tahu? Pada 
ketika itu barulah kita tahu tentang kewujudan mereka. Ini lah yang saya
 maksudkan bukti kekuasaan Allah dan kebenaran Al-Quran. WALLAHUALAM.
        Anda mungkin juga meminati:
    
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan