Tun Dr Mahathir Mohamad percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib 
Razak akan kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan berdepan 
risiko tindakan undang-undang kerana menyembunyikan skandal syarikat 
sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
 Dr Mahathir berkata, terdapat banyak bukti menunjukkan ahli politik dan
 kakitangan awam yang diselindungkan berhubung hutang RM42 bilion 1MDB.
 "Terdapat banyak bukti menunjukkan penyelindungan oleh ahli politik dan penjawat awam.
     
     
     
    
 “Apabila Najib tewas dan saya percaya beliau akan tewas, dalam pilihan 
raya akan datang, tiada tindakan undang-undang yang dapat dihalang," 
katanya, dalam tulisan bertajuk "1MDB Restructure" dalam blog popularnya
 chedet.cc hari ini.
 Bekas perdana menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun itu 
berkata, pembayaran hutang itu tidak membebaskan 1MDB daripada 
tanggungjawab kehilangan wang tersebut pada mulanya.
 "Menteri kewangan II membentangkan kepada Kabinet dengan pelan 
penstrukturan untuk 1MDB yang mana akan menyelesaikan masalahnya.
 "Sekali lagi saya ulangi, pembayaran hutang tidak bermakna peminjam terlepas daripada tanggungjawab kehilangan dana itu.
 "Wang itu tidak hilang kerana perniagaan yang teruk tetapi lesap begitu sahaja," katanya.
 "Seseorang mengetahui bagaimana wang itu lesap dan siapa mengambilnya. Tetapi ada yang tidak membuka mulut."
 Ramai pihak mengharapkan Dr Mahathir dan Najib akan bersama-sama 
menghadiri forum anjuran pertubuhan bukan kerajaan SukaGuam, yang akan 
dijalankan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menyaksikan 
kedua-dua pihak bertukar pendapat berhubung isu 1MDB.
 Najib setakat ini sudah menyatakan persetujuannya untuk menghadiri 
forum bertajuk "Nothing to Hide", dan Dr Mahathir dikhabarkan 
"berkemungkinan besar" akan turut menyertai forum yang akan berlangsung 
pagi esok. – 4 Jun, 2015.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan