Jumaat, 23 November 2012

SIMBOL-SIMBOL AGAMA BUDDHA





  1. AIR
  2. Ia merupakan simbol suci dan bersih. Penyembahan air di sini menandakan penghapusan kecemaran batin dan rohani.
  3. BENDERA BUDDHIS
  4. Dalam tahun 1880, bendera Buddhis telah dicorakkan oleh J.R. de Silva dan H.S. Olcott untuk menandakan kebangkitan semula Buddhisme di Sri Lanka. Bendera ini telah digunakan buat pertama kalinya dalam tahun 1888 semasa meraikan Hari Wesak sebagai cuti awam. Dalam Persidangan Persaudaraan Buddhis Antarabangsa yang pertama pada Mei-Jun 1950 di Colombo, Sri Lanka, bendera ini telah diikhtiraf sebagai simbol Buddhisme Antarabangsa. Bendera yang mempunyai 6 warna ini terdiri daripada enam jalur tegak yang berwarna biru, kuning keemasan, merah, putih, jingga dan satu lagi ialah campuran kelima-lima warna itu. Keenam warna ini digunakan kerana cahaya warna-warna ini dipancarkan dari tubuh Buddha semasa pencerahan.
  5. BUAH-BUAHAN
  6. Ini menandakan bahawa dengan ketekunan, barulah kita mendapat hasil. Hasil ini adalah kejayaan yang kita capai.
  7. BUNGA
  8. Ia digunakan untuk menyatakan perasaan berterima kasih kepada Buddha dan mengingati kita mengenai ketidakkekalan. Kewujudan kita atau jasad kita diumpamakan seperti bunga yang akan layu dan gugur. Oleh itu, kita tidak sepatutnya berpaut kepada kecantikan fizikal, tidak juga kita menyukai seseorang berdasarkan wajahnya. Kesemua ini tidak kekal lama. Walau bangaimanapun, ini tidak bererti kita harus bersikap negatif. Sebaliknya kita harus bertekun untuk mengembangkan personaliti kita dan seterusnya menyempurnakan diri kerana jasad kita tidak kekal lama.
  9. BUNGA TERATAI
  10. Bunga teratai, terutamanya yang berwarna biru dan putih, menggambarkan perkembangan rohani. Bunga ini berkembang dengan cantik dan sempurna wlaupun tumbuh dalam lumpur yang kotor. Manusia juga berada dalam lumpur kejahilan. Dengan mengikuti Ajaran Buddha, kita akan dapat keluar dari keadaan kejahilan ini dan mencapai pencerahan.
  11. CAHAYA
  12. Lilin atau lampu minyak yang dinyalakan di depan imej Buddha membawa maksud simbolik kebinjasanaan dan belas kasihan. Cahaya diibaratkan sebagai Ajaran Buddha, mencerahkan keadaan kegelapan dan menyedarkan kita akan kejahilan dan ketamakan yang ada pada kita. Apabila kita berkelakuan buruk dan tidak dapat mengawal diri kita, kita seperti berada dalam keadaan gelap. Cahaya yang disembahkan di depan imej Buddha itu mengingatkan kita supaya jangan berada dalam kegelapan ini. Ia membimbing kita ke jalan yang benar.
  13. DUPA
  14. Dupa, sama ada dalam bentuk serbuk atau colok, dibakar untuk melambangkan perbuatan menyucikan fikiran atau jasad kita. Pembakaran dupa akan melepaskan asap yang harum ke udara. Dari jauh kita sudah dapat menghidunya. Begitu juga perbuatan dan niat baik kita akan dirasai oleh orang ramai. Dupa yang membakar adalah seperti dengan kewujudan kita. Serbuk dupa atau colok diibaratkan jasad kita dan hujung colok yang membakar diibaratkan hati atau pemikiran kita sentiasa dalam keadaan berubah.Tanpa pembakaran, dupa tidak membawa apa makna dan tanpa hati, jasad tidak akan wujud. Selepas satu masa, colok atau dupa habis dibakar, ataupun apabila keadaan yang tidak sesuai wujud, dupa dan colok akan terpadam. Ini mencerminkan Ketidakkekalan (Anicca), penderitaan (Dukkha) dan Ketidakakuan (Anatta).
  15. RODA PERATURAN (DHAMMA-CAKKA)
  16. Roda yang sentiasa bergerak ini mewakil sifat dinamik Ajaran Buddha atau Dhamma. Ajaran Buddha adalah seperti sebuah roda yang sentiasa diputarkan, iaitu kita sentiasa mengamalkan AjaranNya. Lapan ruji mewakil Jalan Lapan Lapis Mulia. Ini bermaksud jika kita mengikuti dan mengamalkan corak hidup kita yang berasaskan kepada Jalan Lapan Lapis Mulia ini, kita akan mengenali kebenaran hidup, mendapat kesejahteraan dan kebahagiaan.
  17. SWASTIKA
  18. Tanda yang terdapat di dada Buddha. Ia merupakan tanda kesejahteraan.
  19. CARA MENGIRA KALENDAR BUDDHIS
Oleh kerana rekod-rekod mengenai kelahiran, pencerahan dan memasuki Nirvana Buddha daripada 2 Mazhab Buddhis(Aliran Utara dan Selatan) agak berlainan, maka dalam Persidangan Persaudaraan Buddhis Antarabangsa yang pertama pada Mei-Jun 1950 di Colombo, Sri Lanka, beberapa persetujuan telah dicapai seperti berikut:
    • Kelahiran Buddha: pada 623 SM, hari bulan purnama yang pertama dalam bulan Mei.
    • Menjadi sami: semasa Baginda berusia 29 tahun.
    • Mencapai Pencerahan: pada 588 SM, semasa berusia 35 tahun, Baginda melihat bulan purnama bulan Mei.
    • Memasuki Nirvana: pada 543 SM, setelah bersyarah selama 45 tahun, pada usia 80 tahun, Baginda memasuki Nirvana pada tengah malam bulan purnama bulan Mei..
Tahun pertama kalendar Buddhis bermula pada tahun Buddha memasuki Nirvana (meninggal dunia). Cara mengiranya ialah : 543 + 1994 = 2537. Hari Wesak adalah tahun baru Buddhis. Selepas hari itu terpaksalah tambah 1 tahun. Dengan demikian, selepas hari Wesak tahun ini, kalendar Buddhis ialah tahun 2538.

DOA ELAK MUSIBAH



"Ya ALLAH, aku manusia lemah, namun ENGKAU tentukan kesusahan dan kepayahan buat aku sedangkan aku lemah dalam menanggungnya. Tidak mengapalah Ya ALLAH, aku berharap dengan keadaanku ini ENGKAU akan belas kasihan padaku dan membantu aku mengatasinya".....
“Ya Allah..semoga diriku ini menjadi anak yang solehah pada kedua ibu bapaku dan isteri solehah pada suamiku.. dan menjadi ibu yang mithali pada anak-anakku.. serta jadikan lah aku saudara, sahabat dan pekerja yang menyenangkan hati "….. amin, amin, ya rabbal alaminn..


ITU AKU - IBUANI

“Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana itu bukan pengukur iman seseorang. Jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanyalah seorang MUSLIMAH YANG MASIH LAGI DALAM PROSES MENCARI KEMILAU CAHAYA ISLAM SEBENAR, BERUSAHA MENJADI MUSLIMAH SOLEHAH, tapi BUKAN bermaksud aku adalah MANUSIA SEMPURNA. Tapi dengan tudung labuhku, aku berusaha mencari REDHA ALLAH SWT…”


DOA ELAK MUSIBAH & BENCANA

 


 
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....
..."Gegaran yg dirasakan oleh sebahagian rakyat Malaysia susulan gempa bumi di Acheh tadi... mungkin (ya sebenarnya) salah satu tanda dunia hampir menuju kiamat.... masih belum terlambat untuk umat Islam insaf dan memohon ampun padaNya...... jadikan gegaran yg dirasai tadi sebagai pengajaran dan titik permulaan untuk kita berubah ke arah lebih baik dan semakin dekat denganNya... sama2lah kita berubah.... Ya Allah, Ya Tuhanku, Engkau selamatkan Suamiku, Ibu Bapaku, Anak-anakku, Seluruh ahli keluarga ku yg lain, rakan2ku, serta umat Islam yg lain...Aminnnn"...
YA ALLAH MOGA MASIH DIBERI RUANG UNTUK KAMI MEMOHON TAUBAT PADAMU.... ALLAHUAKHBAR....

MUSIBAH YANG SEBENAR DI BERI OLEH ALLAH SWT

“Musibah yang sebenarnya ialah musibah yang menimpa Deen kita” As Syeikh Mustafa Masyhur.
Ya, itulah musibah yang sebenarnya, apabila kita kehilangan hidayahNya lalu hidup dalam kegelapan dan teraba-raba mencari hakikat diri. Bayangkan kehidupan tanpa hidayah, tanpa keimanan serta keyakinan kepada hari pertemuan dengan Allah SWT. Manusia yang bagaimanakah agaknya diri kita; tentunya kita tidak takutkan dosa lalu terjun ke dunia kotor dan hina serta hidup bergelumang dosa.
Saya pernah melalui kehidupan yang kelam tanpa petunjuk Robbani, saya pernah merasai keluh kesah hidup tanpa iman dan saya juga pernah menempuhi kematian hati apabila tidak dapat membezakan antara dosa dan pahala. Kehidupan tanpa makna dan penuh kesia-siaan. Hinggalah ketika umur saya memasuki 23 tahun, ada insan yang begitu bersabar untuk mendidik saya agar saya mengenali Allah sebagai Ilah dan Robb. Sejak itu saya memulakan pendakian yang payah untuk meninggalkan masa silam yang gelap dan penuh kekotoran. Hampir 2 atau 3 tahun saya tidak mampu mendengar ayat “Allah tarik balik hidayahNya” apatah lagi menyebutnya. Saya tidak dapat menahan air mata apabila terbayangkan segala keengkaran kepada Allah SWT dan kegelapan hati yang membutakan mata. Saya juga tidak dapat bayangkan saya kembali kepada kehidupan yang kelam.
Inilah musibah yang sebenarnya, apabila kita tidak melihat diri kita sebagai hambaNya lalu melakukan dosa sewenang-wenangnya. Hati kita kehilangan bentuk asalnya hingga tidak merasakan dosa sebagai dosa dan pahala sebagai pahala, tidak dapat melihat yang ma’ruf sebagai ma’ruf dan mungkar sebagai mungkar.
Musibah yang sebenarnya bukan kemalangan jiwa, apatah lagi bencana kecil yang sekadar mendatangkan kesusahan atau perniagaan yang merugikan tetapi musibah yang sebenarnya apabila kita terpaksa pulang mengadap Allah dengan hati yang kotor setelah kita dianugerahkanNya dengan hati yang suci dan bersih.
Tidakkah kita merasa malu untuk mengadap Allah Rabbul Jalil dengan segala kekotoran yang memenuhi hati sedangkan selama ini kita makan daripada rezekiNya, menyedut udaraNya, berpijak dibumiNya serta hidup dengan rahmatNya lalu kita mengkufuri dan engkar kepadaNya. Tidakkah kita merasa terhina setelah dibentangkanNya jalan mulia lalu kita pilih kehinaan, diberikan kita hidayah lalu kita memilih kekufuran, diberikan kita cahaya lalu kita memilih kegelapan.
Apakah musibah yang lebih besar dari kemurkaanNya, hilangnya keredhaanNya, tiada lagi pengampunanNya serta Allah tidak memandang wajah kita di Akhirat nanti.
Apakah musibah yang lebih menyedihkan dari tangisan kita dan rasa takut kita ketika kitab amalan kita terbang dari sebelah kiri atau belakang kita lalu kita mendapati diri kitalah orang yang celaka.
Adakah musibah yang lebih menakutkan kita, ketika jiwa kita gementar ketakutan melihat apa yang ada di dalam kitab amalan kita lalu kita berkata ‘Celakalah aku, malangnya nasib aku, habislah aku! Kitab apakah ini ? Tidak ditinggalkannya yang kecil atau yang besar melainkan semuanya dicatat dengan begitu rapi.” Lalu kita mendapati apa yang kita kerjakan selama ini hadir di depan kita seperti filem yang hidup dan menakutkan.
47. Dan (Ingatlah) akan hari (yang ketika itu) kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan dapat melihat bumi itu datar dan kami kumpulkan seluruh manusia, dan tidak kami tinggalkan seorangpun dari mereka.
48. Dan mereka akan dibawa ke hadapan Tuhanmu dengan berbaris. Sesungguhnya kamu datang kepada kami, sebagaimana kami menciptakan kamu pada kali yang pertama; bahkan kamu mengatakan bahwa kami sekali-kali tidak akan menetapkan bagi kamu waktu (memenuhi) perjanjian.
49. Dan dibentangkan kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang berdosa itu ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: "Aduhai celaka kami, Kitab apakah Ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun".
Yang dimaksud dengan waktu di sini ialah hari berbangkit yang Telah dijanjikan Allah untuk menerima balasan.
(Al Kahfi)

Menangislah ketika tangisan kita masih berharga, menyesallah ketika penyesalan itu masih ada nilainya dan janganlah kita insaf ketika keinsafan itu tidak akan mengubah apa-apa.

Khamis, 22 November 2012

KERAJAAN MALAYSIA GILA KUASA DAN PANGKAT

Saya sebagai rakyat malaysia yang berkerturunan thai berdoa semoga pilihanraya yang akan datang ke-13 kalah.Di sebabkan apa yang saya lihat sekarang kebanyakkan kerajaan malaysia semakin zalim kepada rakyat malaysia dengan adanya saman,lesen E di asingkan dan lain-lain lagi.Saya berdoa pilihanraya yang akan datang biarlah kalah.Pada pendapat saya kerajaan malaysia adalah sifat yang zalim dan gila kuasa seperti negara israel sanggup membunuh rakyat palestine samalah malaysia seperti yahudi sanggup menindas rakyat serta cekik kedarah duit rakyat dengan adanya saman,astro dan lain-lain lagi.Bagi saya kerajaan malaysia memang tidak mempunyai kesedaran kepada rakyat malaysia sama ada miskin atau kaya,Sebagai contoh Astro setiap bulan di bayar tapi siaran di ulang apa ke jadahnya tapi rancangannya kurang memuaskan,kerajaan katakan parabola unsur negatif dengan adanya gambar lucah tapi di internet penuh dengan gambar lucah,VCD boleh di beli melalui kaki lima atau di kedai.Bagi saya kerajaan malaysia adalah gila kuasadan pangkat sanggup melakukan apa sahaja demi wang.Kerajaan malaysia tidak memikir masa depan rakyat malaysia lihatlah cuepacs sepatutnya perkerjaan di beri pencen usia 55 tahun dalam pesaraan.ini tidak di beri tempoh lanjut selama 60 tahun barulah pencen.Kerajaan malaysia adalah celaka dan musibat.

ALLAH SWT TURUNKAN BALA DAN MUSIBAH KE ATAS HAMBA-HAMBANYA



Allah SWT sahaja yang memberi rezeki kepada makhluknya hatta ulat yang berada dalam batu pun Allah Taala kurniakannya.

Jika demikian, ada orang yang bertanya kenapa ada manusia yang kebuluran, tidak dapat makan terutama penduduk di benua Afrika?

Ketahuilah bahawa berlakukan kebuluran adalah bala yang ditimpakan Allah ke atas manusia akibat perbuatan jahat yang dilakukan oleh tangan-tangan mereka.

Maka mereka hendaklah segera bertaubat kepada Allah dan mohonlah keampunan dariNya dan mohonlah agar Allah hilangkan segala kesusahan yang dihadapi oleh kita di dalam kehidupan ini termasuk kebuluran yang dialaminya oleh umat Islam di benua Afrika dan seumpamanya.

Pokoknya ialah Allah memberi rezeki kepada makhluknya sama ada dia hamba-Nya yang beriman atau yang kafir. Semuanya dikurniakan rezeki kerana Allah SWT Maha Pemberi Rezeki kepada semua hamba dan makhluknya di dunia ini.
Satu riwayat daripada Jabir bin Abdillah r.a beliau berkata, "Makanlah belalang kerana ia merupakan satu makanan yang di gemari oleh Sayidina Umar Ibnul Khattab. Satu ketika Sayidina Umar pernah ditanya tentang belalang adakah dia memilikinya. Beliau tidak memperolehi berita mengenainya dan tidak memilikinya buat masa itu dan Sayidina Umar agak sedih kerana tidak dapat sediakan belalang kepada orang yang meminta itu.

"Lalu Sayidina Umar menghantar seseorang untuk mencari serangga tersebut di merata-rata tempat sehingga sampai ke Syria dan Iraq. Setelah puas mencari utusan Umar balik semula menemuinya dan beliau bertanyakan tentang serangga tersebut sama ada utusan itu memperolehinya atau sebaliknya."

Jabir berkata lagi, "Tiba-tiba datang seorang dari Yaman membawa segenggam belalang. Dia membawanya kepada Umar dan menggenggamnya dengan kedua-dua belah tangannya. Apabila Umar melihatnya maka gembiralah ia sambil bertakbir tiga kali. Kemudian Umar berkata, "aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Allah Azza Wajalla telah mencipta 1000 umat. Daripadanya sebanyak 600 umat berada di laut dan 400 umat lagi berada di darat. Dan umat yang paling awal binasa di kalangan mereka ialah belalang. Apabila serangga itu mula binasa akan diikuti dengan kumpulan serangga yang lain mengikut peraturan yang serupa dengan kehancurannya apabila terputusnya rangkaian kehidupannya."

Allah berfirman yang bermaksud, "Kemudian mereka (sekalian) akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)." (Surah al-An'am :38)

Allah menghimpunkan semua makhluk pada hari akhirat kelak. Binatang pun dihimpunkan di sana, di mana ada riwayat mengatakan bagi binatang berlaku berhitungan terhadap mereka di padang mahsyar.

Selepas selesai perhitungan itu dibuat mereka dimatikan oleh Allah. Perhitungan itu dibuat sama ada di antara binatang itu sesama binatang ataupun dengan manusia. Mereka dibalas pada hari tersebut.

Sementara manusia tidak dimatikan oleh Allah. Perhitungan itu dibuat sama ada ke syurga atau neraka. Begitulah juga jin dan syaitan. Mereka diberi balasan setimpal dengan apa yang mereka telah lakukan di dunia dahulu dan kesudahan mereka juga ialah sama ada ke neraka atau ke syurga.

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud," dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka adalah bisu dan tuli." (Surah al-An'am :39)

Yakni perumpamaan sedikitnya ilmu dan kefahaman serta terlalu jahil mereka yang kafir atau munafik itu diumpamakan sebagai manusia yang bisu dan tuli, tidak mahu mendengar keterangan tanda-tanda kebesaran Allah dan kekuasaan-Nya.

Sebagaimana dinyatakan oleh Ibnu Khathir di dalam kitab tafsirnya, bahawa bersama dengan sifat-sifat tersebut menunjukkan mereka juga berada dalam kegelapan, tidak dapat melihat kebenaran.

Bagaimana mereka berupaya keluar daripada kegelapan dan kesesatan sekiranya sifat mereka sedemikian rupa, sudah tentu mereka tidak akan menemui jalan kebenaran sebagaimana dinyatakan oleh Allah di dalam firman-Nya yang bermaksud, "perbandingan hal mereka (golongan munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi mereka dan dibiarkan mereka dalam gelap gelita, tidak dapat melihat sesuatu pun.

"Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta, dengan keadaan itu, mereka tidak akan dapat kembali (kepada kebenaran)." Surah al-Baqarah : 17-18)

Rabu, 21 November 2012

PEJABAT KEDUTAAN ISRAEL PERLU DI BOM.

Saya sebagai rakyat malaysia memberi cadangan saya kepada semua umat-umat islam bersatulah kita menentang yahudi celaka dan laknattulah.Bagi saya sekiranya umat islam di satukan insyallah negara palestine tidak jatuh di tangan yahudi laknatullah.Sepatutnya umat islam di satukan dengan negara-negara islam.Pada pendapat saya sepatutnya umat islam mahu di bom bangunan pejabat kedutaan isreal yang berada di seluruh dunia.Bagi saya yahudi adalah sifat yang tidak memberi kemanusiaan terhadap rakyat palestine.Sebab itulah sejak zaman Hitler Jerman pihak nazi membunuh penduduk yahudi di negara jerman.Bagi saya sifat yahudi tidak boleh di beri muka kerana hati yang tidak baik terhadap orang-orang islam.Pada pendapat saya sebagai umat islam patut di bom bangunan kedutaan israel di serata dunia.Bagi saya sesiapa yang ingin mati syahid memperjuangkan agama islam perlu pergi ke tempat yahudi.Saya menyeru kepada umat islam bersatulah kita membantu rakyat palestine.Marilah kita bersedekah kepada ahli-ahli keluarga yang terkorban,Al-Fatihah.Marilah kita bersatu dan menegakan syiah islam.Allahuakhbar.

BERSEDIALAH ANDA 22 TANDA-TANDA KIAMAT SEMAKIN HAMPIR DENGAN KITA

1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan)

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan & berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah & filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakkannya jahil tentang agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan kepada pengikutnya.

4. Perkara menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar membezakan perkara yang halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya. 

5. Berbohong menjadi satu keperluan hidup dan menganggap jika tidak berbohong, sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, peniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk dimuka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan dengan perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan juga amalan syaitan.

11. Anak-anak mengingkari & menderhaka kepada ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli & anak menjadi tuan)

12. Kawan baik dilayan dengan kasar. Manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan, dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukanya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura.  Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan ALLAH tetapi diluar sembahyang melanggar perintahnya.

16. Akan datang golongan manusia dari barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. AL-QURAN dicetak dengan indah, tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamal kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa sehingga orang alim pun terjebak sama. 

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya yang pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga, dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

TANDA-TANDA KECIL KIAMAT



Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.
1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah
4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.
6) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.
10) Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani
11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim
14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai
15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.



DOA SERTA BERSANGKA BAIK

Firman Allah SWT: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)
Orang yang beriman hendaklah meyakini setiap perkara yang berlaku ke atas dirinya sama ada baik atau buruk, semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT sejak azali lagi.
Jika kita berdoa kepada Allah SWT, maka hendaklah bersangka baik jika hajat tidak dimakbulkan. Mungkin Allah SWT mahu beri yang lebih baik”
Jika ditimpa masalah dan musibah, hendaklah kita yakin bahawa di sebalik musibah itu ada hikmahnya tersendiri. Justeru, hendaklah kita bersifat reda kepada ketetapan Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW: “Tidak ada seorang Muslim pun yang mengalami penderitaan, kepenatan, kesakitan, kesulitan, kesedihan dan kebimbangan yang merunsingkannya melainkan dihapuskan sebahagian daripada kejahatannya.” (Riwayat Muslim)
Begitu juga sebaliknya apabila kita diberi nikmat rezeki, maka hendaklah sentiasa berfikir dan bermuhasabah diri, apakah hikmah di sebalik ujian rezeki yang Allah SWT kurniakan ini. Janganlah lupa bersyukur kepada-Nya dengan cara membayar zakat dan bersedekah.
Ini termasuklah nikmat kuasa di tangan yang dikurniakan dan dipinjam seketika oleh Allah SWT supaya digunakan sebaik mungkin untuk kepentingan bersama dan tidak menindas orang bawahan.
Apakah dengan adanya kuasa kita bebas membuat keputusan tanpa memikir hak orang lain atau menjatuhkan sesuatu hukuman berdasarkan kepentingan peribadi. Semua ini ada hikmah melihat sejauh mana kita menggunakan akal waras ketika diuji oleh Allah SWT dan seterusnya ganjaran pahala atau dosa sebagai habuannya.

Jika kita berdoa kepada Allah SWT, maka hendaklah bersangka baik jika hajat tidak dimakbulkan. Mungkin Allah SWT mahu memberi yang lebih baik daripada apa yang kita minta. Doa adalah ibadah zikir yang Allah SWT suka.
Diriwayatkan daripada Ibn an-Najjar: “Sesungguhnya malaikat Jibril diserahkan (tanggungjawab) memenuhi hajat-hajat Bani Adam. Apabila seorang kafir itu berdoa, Allah SWT berfirman: Wahai Jibril, sempurnakan hajatnya, sesungguhnya Aku tidak suka mendengar permohonannya. Dan apabila seorang hamba mukmin itu berdoa, Allah SWT berfirman: Wahai Jibril, tahan dulu hajatnya, maka sesungguhnya Aku suka mendengar permohonannya.”
Jika dikurniakan nikmat ilmu, hendaklah bersyukur dan menggunakan ilmu itu seterusnya mengajar kepada orang lain. Seorang guru tidak boleh mengharamkan ilmu yang telah diajar kepada anak muridnya, sama seperti bapa tidak boleh mengharamkan nafkah diberikan kepada anaknya.
Jika seseorang telah mengerjakan sesuatu amalan soleh, maka hendaklah dia bersangka baik dengan Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT akan menerima amalan soleh yang kita lakukan. Ada banyak hadis menyuruh umat Islam bersangka baik dengan Allah SWT ketika saat menjelangnya ajal.
Diriwayatkan, Nabi SAW pada suatu hari telah menziarahi seorang pemuda yang sedang sakit. Maka Nabi SAW bertanya pemuda: Bagaimana keadaan kamu sekarang? Jawab pemuda itu: Demi Allah aku mengharapkan rahmat daripada Allah kerana aku sangat takut disebabkan banyak dosa yang telah aku lakukan. Nabi SAW bersabda kepadanya: Tidak berhimpun dua perkara dalam hati seseorang melainkan diberi oleh Allah SWT apa yang diharapkannya dan dilepaskan dari apa yang ditakutinya.” (Riwayat at-Tarmizi)
Islam menyuruh kita bersangka baik sesama manusia. Menurut Imam al-Ghazali, apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak itu belum diberati dosa, sedangkan kita hampir setiap langkah berbuat dosa.
Apabila berdepan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia kerana ia lebih lama beribadah daripada kita. Ketika berjumpa dengan orang alim, anggaplah beliau lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang tidak kita ketahui, tetapi beliau mengetahuinya.
Jika melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa kerana kejahilannya sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.
Jika berjumpa orang jahat, janganlah anggap kita mulia atau lebih baik daripadanya tetapi katakanlah bahawa orang jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat memohon ampun atas perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana akhirnya.
Apabila berjumpa orang kafir, katakanlah dalam hati, si kafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin suatu hari nanti datang keinsafan dalam hatinya, dia memeluk Islam dan semua dosanya diampunkan Allah SWT.
Sedangkan kita sejak lahir lagi sudah memeluk Islam tetapi dosa terus dikerjakan dan pahala belum tentu lagi. Sehubungan itu, kehidupan ini pasti tidak ceria dan menarik jika tidak diuji dengan pelbagai dugaan.
Semuanya pasti ada hikmah tersembunyi. Marilah kita berdoa supaya termasuk dalam golongan orang berbaik sangka terhadap Allah SWT dan sesama manusia. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang terbaik dalam perhubungan dengan Allah SWT dan sesama manusia

Selasa, 20 November 2012

DOA KECELAKAAN KEPADA ORANG YANG MENZALIMI



Allah swt telah berfirman:

لا يحب الله الجهر بالسوء من القول إلا من ظلم وكان الله سميعا عليما

" Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut ; dan Allah itu maha mendengar dan maha mengetahui." ( 148 : an-Nisa)

Ibnu Abbas r.a telah mentafsirkan ayat ini: "ALLAH TIDAK SUKA SESEORANG MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA SESORANG YANG LAIN KECUALI ORANG YANG DIZALIMI. SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEMBERIKAN KEBENARAN KEPADANYA UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG DIZALIMI. JIKA DIA BERSABAR MAKA ITU LEBIH BAIK BAGINYA." Qatadah berkata: ALLAH MEMBERIKAN KELONGGARAN KEPADA ORANG YANG DIZALIMI UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN. INI SEPERTI MANA YANG KAMU DENGAR.


PANDANGAN RASULULLAH


Banyak hadis2 Rasulullah berkenaan dengan doa kepada orang yang dizalimi. Ini adalah diantara doa yang mustajab doanya. Diantara hadis-hadis tersebut adalah:- 1. Hadis dari Anas r.a , Rasulullah saw bersabda:

اتق دعوة المظلوم وإن كان كافرا فإنه ليس دونها حجاب

" Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah." Hadis riwayat Ahmad - sanad hasan

2. Hadis dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah saw bersabda:

اتق دعوة المظلوم فإنها تصعد إلى السماء كأنها شرارة

"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara." Hadis riwayat Hakim - sanad sahih

3. Hadis dari Khuzaimah bin Thabit r.a, Rasulullah saw bersabda:

اتقوا دعوة المظلوم فإنها تحمل على الغمام يقول الله عز وجل : وعزتي وجلالي لأنصرنك ولو بعد حين

" Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah swt berkata : Demi kemulian dan keagunganku, aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama."Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan

4. Hadis dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:

ثلاث دعوات مستجابات : دعوة الصائم ودعوة المظلوم ودعوة المسافر

" Tiga doa yang diperkenankan: Doa orang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir." Hadis riwayat Baihaqi - sahih

5. Hadis dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda:

دعوة المظلوم مستجابة وإن كان فاجرا ففجوره على نفسه

" Doa orang yang dizalimi adalah diterima sekalipun doa dari orang yang jahat. Kejahatannya itu memudaratkan dirinya dan tidak memberi kesan pada doa tadi." Hadis hasan riwayat at-Tayalasi

HUKUM DOA KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG MENZALIMI


Imam Nawawi telah meletakkan satu tajuk dalam kitabnya al-Azkar:


"BAB: HARUS BAGI SEORANG MANUSIA UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG MENZALIMI ORANG-ORANG ISLAM ATAU MENZALIMI DIRINYA SENDIRI."


Syeikh Ibnu Allan as-Siddiqi (pengarang syarah bagi kitab Azkar) berkata di bawah tajuk ini:


" Maksud harus yang disebut imam Nawawi adalah merangkumi sunat. Maksudnya ia tidak haram dan tidak makruh. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi manusia lain supaya terhindar dari kezalimannya maka hukumnya sunat. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi dirinya sendiri atau yang menyakitinya , sesungguhnya ini diharuskan untuk berdoa sebegini. Seeloknya dia maafkan dan melupakannya."


Dalil pengharusan.


Ini jelas melalui ayat al-Quran 148 surah an-Nisa mengikut tafsiran Ibnu Abbas seperti yg telah dinyatakan sebelum ini. Adapun hadis Rasulullah saw adalah hadis berikut:

أنه صلى الله عليه وسلم دعا على الذين قتلوا القراء رضي الله عنهم وأدام الدعاء عليهم شهرا يقول: اللهم العن رعلا وذكوان وعصية


"Sesungguhnya Nabi saw mendoakan kecelakaan kepada orang-orang yang membunuh penghafaz-penghafaz al-Quran ra dan sentiasa mendoakan kecelakaan kepada mereka selama sebulan. Baginda berdoa : Ya Allah laknatilah Ri'l, zakwan dan 'usayyah (nama2 kabilah)."

Hadis sahih Bukhari dan Muslim

Dizaman pemerintahan Umar ra , beliau telah melantik Saad bin Abi Waqas ra sebagai gabenor Kufah. Ada seorang lelaki yang bernama Usamah bin Qatadah atau Abu Sa'dah telah menuduh Sa'ad dengan kata2nya:

أما إن نشدتنا فإن سعدا لا يسير بالسرية ولا يقسم بالسوية ولا يعدل في القضية

" Sekiranya kamu bertanya kami tentang sa'ad, sesungguhnya dia tidak menyertai peperangan, tidak menyamaratakan pemberian dan tidak berlaku adil dalam hukuman."

Lalu Sa'ad berdoa:

اللهم إن كان عبدك هذا كاذبا قام رياء وسمعة فأطل عمره وأطل فقره وعرضه للفتن

"Ya Allah sekiranya hamba mu ini pembohong dan melakukannya semata kerana riya' dan sum'ah maka hendaklah engkau panjangkan umurnya, kekalkan kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah."

Kemudian setelah tua, lelaki yg menuduh saad ra berkata " Aku telah terkena bencana akibat doa Sa'ad." "Abdul Malik bin Umair ra perawi hadis ini berkata: Aku melihat lelaki tadi (qatadah) selepas dia tua, dua bulu keningnya telah gugur kerana terlampau tua , dia telah menganggu perempuan-perempuan muda dengan meraba dan meramas mereka." Hadis sahih Bukhari dan Muslim.


Seorang wanita bernama Arwa binti Aus telah mengadu kepada khalifah Marwan bin Hakam tentang Sa'id bin Zaid ra. Dia mendakwa Sa'ad ra telah mengambil sebahgian dari tanahnya. Lalu Sa'ad berkata : Adakah aku tergamak mengambil sebahgian dari tanahnya sedangkan aku telah mendengar sesuatu dari Rasulullah saw?" Marwan bertanya " Apa yang engkau dengar dari Rasulullah saw ?" Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:

من أخذ شبرا من الأرض ظلما طوقه إلى سبع أرضين

"Sesiapa yang mengambil sejengkal tanah secara zalim, Allah swt akan mengalungi tanah tersebut sehingga tujuh petala bumi."

Lalu Marwan berkata "Aku tidak akan memintamu mendatangkan saksi selepas ini." Sa'id pun berkata:

اللهم إن كانت كاذبة فأعم بصرها واقتلها في أرضها

"Ya Allah sekiranya wanita tadi berbohong maka hendaklah engkau butakan matanya dan bunuhlah dia di tanahnya. "

Wanita tadi tidak mati sehinggalah dia buta dan ketika mana dia berjalan di atas muka tanah milikinya, tiba-tiba dia jatuh di dalam lubang, lalu mati." Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.


KESIMPULAN


Berhati2lah terhadap doa orang yang menzalimi. Penyair berakata:

نامت جفونك والمظلوم منتبه يدعو عليك وعين الله لم تنم

Mata-matamu tidur dan orang yang dizalimi sentiasa berjaga ,Dia mendoakan kecelakaan kepadamu dan Allah itu tidak tidur

Rujukan: Da'watul Mazlum oleh Abdur Rahman Yusuf dan Futuhat Rabbaniah oleh Ibnu Allah as-Siddiqi.

KERAJAAN MALAYSIA MENZALIMI RAKYAT

Firman Allah swt: Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang Zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).

(Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas). (Ibrahim 42,43)


Sabda Nabi saw: Tiada ketaatan terhadap Makhluk pada hal-hal maksiat kepada Allah. (Hr Ahmad, dinilai Sahih oleh Albani)


lagi Sabda Nabi saw: Tiada ketaatan dalam Kemaksiatan kepada Allah, ketaatan hanyalah dalam perkara Ma'ruf. (Hr Bukhari & Muslim)

• Pada yang terlibat dengan perbuatan Zalim ini, yang masih lagi bersekongkol, bersama dengan golongan yang menghalalkan Kezaliman ini, dan yang telah menghalalkan berbagai lagi kerja-kerja Zalim, Maksiat lain. Perlu untuk kita Fikir, Nilai sedalamnya tentang perkara ini.

• Terhasilnya BERSIH ini adalah apabila tiap pintu, saluran cara lain sudah tidak berkesan dan tidak diendahpun oleh Kerajaan, Sistem demokrasi yang berat Sebelah, dinafikan Hak dan banyak lagi ketidakadilan berlaku dalam Pemerintahan.

• BERSIH bukan ingin menjatuhkan Kerajaan, bukan nak buat kerja Maksiat, bukan nak buat kacau, rusuhan dijalanan. Tapi ingin mengadakan Perhimpunan Aman, Perhimpunan untuk menyuarakan Suara, Hak agar dibersihkan & dilaksanakan Pilihanraya dengan Adil. Menuntut supaya Pemilihan Pemimpin dapat dilakukan secara Bersih, Adil. Dan berbagai lagi tuntutan yang perlunya ia dilaksanakan. Mudahan & Harapan dengan Perhimpunan, Cara sebegini dapatlah menyedarkan Kerajaan dan Kerajaan dapat faham dan mengambil berat, inisiatif tentang perkara ini.

• Bila sudah Adilnya sistem Demokrasi ini, barulah semua dapat melihat, mendengar & membuat Penilaian sendiri dari kedua-dua belah Pihak.

• Akal Manusia yang waras sudah tentu jelas dapat menilai mana yang Betul, Benar & Salah, Zalim. Kita perlu mengambil berat tentang Urusan ini. Janganlah kita termasuk dikalangan Orang yang tidak mahu mengambil tahu bila bercakap soal ini, soal Politik. Ianya juga adalah sebahagian Kesempurnaan Islam. Ada caranya yang telah diajar oleh Islam. Janganlah kita merasa tak mengapa memberikan sokongan pada Golongan-golongan yang Zalim.

• Kita semua sudahpun melihat keadaan yang Berlaku di Bumi Mesir. Namun perlu difahami keadaan tersebut amat Berbeza dengan Keadaan yang dialami diNegara kita. Tapi keadaan diMesir mungkin boleh juga terhasil diNegara kita jika Kerajaan turut sama mengikut cara Pemerintahan Zalim, kukubesi Hosni Mubarak itu.

• Buat Pemerintah dan yang Patuh pada kerja-kerja Zalim ini, yang Suka dengan kerja Zalim ini. Ingatlah akan suatu masa kita pasti akan Mati dan akan diBangkitkan. Seterusnya akan diAdili tiap perbuatan Zalim ini. Kes2 kezaliman ini akan diBicara kembali jika tidak bertaubat, meminta maaf, menebus dimasa Dunia ini. Jika Mangsa-mangsa ini diPukul, diTerajang, diSembur Gas dan sebagainya. Kita juga akan menerima nasib yang lebih lagi Malang diwaktu Akhirat kelak. Mungkin masih lagi boleh merasa Gembira, merasa Selamat di Dunia, tapi diAkhirat sudah Pasti tak akan dapat merasa selamat, gembira jika tak juga menginsafinya.

Firman Allah swt: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis Amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan Hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan Adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (An-Nisaa' 58)

BARISAN NASIONAL MENZALIMI RAKYAT





TUTUP.....Jalan Masuk Kg. Ayer Semporna ditutup, “boleh keluar tak boleh masuk!“ 
TIDAK cukup dengan prasarana yang mundur, Kerajaan Barisan Nasional semakin menzalimi rakyat dengan menutup jalan masuk ke kampung Ayer, kampung tradisi tertua di Semporna; kononnya atas dasar pembangunan, tetapi memangsakan rakyat jelata disebabkan kelemahan perancangan Majlis Daerah Semporna.
"Jika ingin matikan politik USNO, jangan tutup jalan masuk ke kampung kami. Ini arahan siapa? Kami tidak larang jika ingin naik taraf jalan, tetapi kenapa tutup jalan masuk ke kampung kami?," tanya Timbalan Presiden Penaja USNO, Abdullah Sani Haji Abdul Salleh.
Ketika menghubungi Sabahkini.net petang kelmarin, Abdullah Sani menegaskan kerakusan pemimpin UMNO Semporna terutama Ahli Parlimen dan ADUN untuk mematikan politik USNO melalui penyalahgunaan kuasa, adalah perbuatan yang tidak bertanggung jawab dan boleh mencetuskan sengketa.
"Penduduk kampung marah kerana hak mereka dinafikan. Tidak ada kenderaan yang mahu menghantar mereka kerana kenderaan tidak boleh masuk tetapi hanya boleh keluar. Apa punya perancangan begini?" tanya Abdullah Sani dengan nada kecewa.
Sekalipun tujuan Perancang Bandar Semporna mungkin baik iaitu untuk melancarkan sistem trafik di daerah itu, tetapi kata Abdullah Sani, mereka tidak mengambil kira kepentingan penduduk yang telah menjadi mangsa keadaan.
Abdullah Sani yang meninjau pembinaan penghadang atau pembahagi jalan masuk ke Kampung Ayer bersama dua orang Ketua Kampung iaitu Ibrahim Hj Sakilan (Kg. Ayer Masjid) serta Haji Tahuddin Haji @ Tanggiling Kambing; kesal kerana jalan masuk ke kampung mereka telah ditutup sama sekali.
"Kezaliman terhadap penduduk Kampung Tradisi Bumiputera Semporna ini tidak patut berlaku di era 1Malaysia ketika Perdana Menteri menjamin rakyat akan didahulukan dan pencapaian diutamakan dengan menepati segala janji yang dilafazkan," kata Abdullah Sani yang mendesak kezaliman berkenaan dihentikan segera kerana kampung berkenaan adalah 'The Last Frontier' kerana dihuni oleh 95 % Anak Jati Sabah.
Menurut Abdullah Sani, setelah jalan masuk ke kampung mereka ditutup, kenderaan terpaksa berpusing hampir 1.5 kilometer untuk memasuki Pekan Semporna, walhal Pekan berkenaan hanya 10 meter dari Kampung Ayer.
"Mungkin Ahli Parlimen Semporna ini terlalu tergilakan artis dan lagu 'Suk Suk', tak boleh masuk tapi boleh keluar? Jika tidak kenapa membiarkan Majlis Daerah Semporna hanya menyediakan jalan keluar tetapi tiada jalan masuk ke Kampung Ayer?" sindir Abdullah Sani yang menggesa campurtangan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan bagi mengatasi masalah sekecil ini yang tidak dapat diselesaikan oleh Ahli Parlimen Semporna.
Walaupun mempunyai seorang Ahli Parlimen dan tiga ADUN, dua daripada mereka berjawatan menteri penuh (Shafie dan Nasir), tetapi kata Abdullah Sani, tidak seorangpun menetap di Semporna dan mereka hanya balik jika ada acara.
Kata Abdullah Sani lagi, kesemua Wakil Rakyat di Semporna tidak langsung mempedulikan masalah rakyat dan hanya mengharapkan laporan daripada pegawai masing-masing; tetapi pegawai mereka hanya makan gaji buta dan langsung tidak berkerja.
"Dengan tidak menyediakan jalan masuk, apakah pemimpin UMNO Semporna mahu menghapuskan seluruh Kampung Ayer jika berlaku kebakaran?," tanya Abdullah Sani melantak mati persoalan yang bermain di kepala penduduk Kampung berkenaan yang sebelum ini telah mengalami beberapa kebakaran ngeri.

GILA PANGKAT DAN KUASA


Ramai orang suka pada pangkat dan nama...
Ada yang bodoh dan bebal, sanggup buat apa saja....asalkan dapat apa yang dicita...
Ada yang suka angan-angan panjang...tapi habuk pun tak ada....poorah...
Ada yang suka mengipas...kerja malas...modal pun air liur saja.....haha...
Ada yang suka jaja..kenal orang sini kenal orang sana...angin saje...bila jumpa buat-buat kenal macam kawan lama...padahal bagi mereka....yang tegur tu namanya entah siapa....haha

Pangkat dan nama adalah amanah...
Bukanlah hadiah, bukanlah anugerah...
Bagi yang terlebih bebal...anggap sebagai tuah...

Ah...lantaklah pangkat-pangkat ni...
Siapalah kita bila kembali menghadap Allah...

Aku tak pernah bercita-cita pasal pangkat dan kuasa ni...
Karakter aku pun bukanlah cenderung pada pangkat-pangkat nii...
Asal saja aku dapat kerja dengan tenang, cukup rezeki untuk kehidupan...
Cukup masa untuk keluarga dan anak-anak...
Dapat penuhi serba-sedikit keinginan... sudahlah
Aku tak ingin pangkat dan kuasa...langsung tak ingin...kalau boleh pencen esok...dah lama dah aku buat...kah3...

Tak payah sibuk-sibuk semua ni...buat biasa-biasa sudahlah...

Hidup mengharap kuasa dan pangkat????? Mana ada kelasssssss......no class....kah...kah

PENTING....
dalam dunia ini janganlah tergila-gila mencari pangkat, kuasa, harta, kedudukan dan apa saja berkaitan kehebatan dunia.
Ini kerana jika kita ada 'benda-benda' ini, orang lain menunggu masa saja untuk mengambil atau merampas daripada kita. Sebagai contoh, jika kamu ada pangkat, ada orang mahukan pangkat kamu itu. Jika kamu ada kuasa, orang lain menunggu masa saja untuk mendapatkan kuasa kamu itu. Mungkin mereka akan terkata-kata, "bila dia nak pencen atau...supaya aku mengambil tempatnya."

Kemudian jika kamu berharta, orang lain pun mahukan harta kamu itu. Kamu berusaha keras (sehingga tidak memikirkan halal haram), tetapi akhirnya semuanya akan ditinggalkan. Jadi untuk apa kamu berusaha 'bagai nak gila' mendapatkan 'benda-benda' yang sentiasa dicemburui orang lain itu. Pencopet, perompak, penyamun, perasuah, pembohong; semuanya berusaha untuk mendapatkan harta kamu.

carilah 'benda-benda' yang orang lain tidak boleh rampas daripada kamu. Carilah status 'hamba Allah' sebenar yang tidak mungkin orang lain merampasnya. Sebagai contoh siapa boleh rampas hubungan erat kamu dengan Allah yang boleh diperolehi dengan mengikut jalan ditunjukinya. Siapa boleh rampas solat kamu yang khusyuk, siapa boleh rampas zikir kamu atau ketenangan hati yang kamu miliki?

Pertingkatkanlah ilmu kerana tiada orang yang boleh merampasnya daripada kamu. Malah kalau kamu berkongsi (mengajar) ilmu, ia akan bertambah. Apabila ilmu dikeluarkan, ia akan menjadi semakin banyak, tidak seperti harta jika kamu keluarkan ia akan semakin habis.

Sayidina Ali k.w. yang disifatkan sebagai kunci ilmu kepada gedung ilmu (Rasulullah s.a.w.) mengingatkan, ilmu dapat menjaga kamu sedangkan kalau kamu ada harta, kamu yang akan menjadi hamba menjaganya.


janganlah kamu mengejar pangkat, kuasa dan harta; semua orang gila kepadanya. Sebaliknya sibukkanlah diri kamu mendapatkan pangkat di sisi-Nya dan itu tidak dapat dilakukan jika tidak berilmu. Jadi teruslah mencari ilmu. Hidup kamu akan lebih tenang kerana tiada siapa boleh merampasnya daripada kamu.

Ramai orang tidak dapat membezakan antara keseronokan dengan kebahagiaan atau ketenangan jiwa. Atau mungkin mereka tidak pernah menikmati kebahagiaan, sekalipun seringkali mengecapi keseronokan. 
Begitu ramai penghibur yang bertaraf lima bintang yang berjaya menjadikan ribuan peminatnya bersorakan gembira apabila melihat pertunjukannya, tetapi dia sendiri tidak bahagia.
Maka tidak hairanlah jika ramai artis ternama terlibat dengan dadah dan hidup dalam tekanan. Sesungguhnya keseronokan bukan semestinya kebahagiaan atau ketenangan jiwa.
Sesiapa yang kita lihat Allah tidak merezekikan kepadanya keseronokan atau kegembiraan tertentu, bukanlah bererti Allah tidak memberikan kepadanya ketenangan jiwa. Maha luas kurniaan Allah, betapa ramai orang yang kurang harta dan rupa, tetapi lebih bahagia daripada yang hartawan dan rupawan.
Bukan semestinya seorang raja, presiden, perdana menteri dan menteri itu lebih bahagiaan perasaan dan jiwanya dari seorang guru yang tidak dipagari pengawal, tidak dikenali ramai melainkan murid-muridnya yang masih mentah dan terpencil.
Entah berapa ramai mereka yang berjawatan besar itu yang jauh lebih serabut perasaan dan jiwa mengenangkan masa depan kedudukan, pengikut dan nasibnya. Lebih daripada keserabutan ribuan manusia yang lain.
Mungkin meja makan orang besar itu hebat, layanannya istimewanya, makanannya mahal, tempat tidurnya enak, kenderaannya mewah, sorak-sorai untuknya meriah, tetapi kebahagiaan dan ketenangan jiwa belum tentu muncul di celahan itu semua. Bahkan, berapa ramai manusia dalam dunia ini yang Allah azabkan mereka menerusi harta dan anak pinak mereka.
Firman Allah mengenai golongan munafik: (maksudnya) “Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya mahu menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia” (Surah al-Taubah: ayat 55). Islam bukan memusuhi harta, tanpa harta bukan punca sebenar ketenangan jiwa.
Ramai insan apabila tidak memahami kebesaran Allah menyangka bahawa harta dan kuasa adalah segala-galanya. Lalu dia menganggap sesiapa yang tidak kaya raya dan berkuasa tidak mendapat kurnia kebahagiaan daripada Tuhan. Seakan kurniaan Tuhan itu hanya tertumpu kepada empunya kuasa dan harta.
Anggapan ini teramat silap. Ya! Harta dan kuasa boleh menjadi faktor yang membawa ketenangan dan kebahagiaan jiwa jika ia dikendalikan dengan betul. Namun, jika tidak ia boleh bertukar menjadi punca derita dan sengsara.
Entah berapa ramai penguasa atau si kaya yang tidak dapat tidur lena dalam istana mewahnya, ketika si miskin sedang berdengkur menikmati nikmat tidur dalam rumah usangnya. Entah berapa ramai penguasa atau si kaya yang tidak berselera makan di hadapan hidangan mewahnya ketika si miskin dengan begitu enak menikmati sebungkus nasi yang dibalut dengan daun pisang.
Maha Agung Allah S.W.T, Dia memberi kurnia nikmatNya dengan berbagai cara dan tanpa diduga.
Saya teringatkan satu ceramah Buya Hamka r.h dalam satu rakaman. Beliau menceritakan bagaimana suatu hari ketika beliau menaiki kenderaan mewah dengan seorang kaya melalui sawah padi, tiba-tiba melihat seorang petani yang berehat dari kepenatan bekerja, sambil isterinya menghidangkan makan tengahari.
Walaupun hidangan itu amat biasa sahaja, tetapi dimakan oleh petani tadi dengan penuh selera. Lalu orang kaya yang bersama Buya Hamka berkata: “Buya, saya ada rumah besar dan kenderaan mewah, tetapi tidak pernah berpeluang makan begitu berselera seperti petani itu”.
Ya! Demikianlah Allah membahagi-bahagikan nikmatNya. Sesiapa yang diberikan makanan yang hebat, belum tentu dapat menikmati keenakan itu di lidahnya. Sesiapa yang diberikan tempat tinggal yang mewah, belum tentu dikurniakan kenikmatan tinggal di dalamnya.
Maka, tidak hairan jika ada orang kaya, atau yang berkuasa kurang selera makan. Atau tidak hairanlah jika ada anak si kaya yang lari meninggalkan rumah mewah bapanya.
Janganlah pula hairan, jika ada orang miskin yang setiap hari menikmati suapan yang masuk ke dalam mulutnya, dan nyenyak tidurnya. Janganlah pula hairan jika ada perasaan yang lebih mengenang pondok usang dari banglo yang tersergam.
Sekali lagi, Islam bukan musuh harta, namun insan hendaklah tahu bersyukur atas segala kurniaan Allah kepadanya. Yang miskin dan yang kaya hendaklah insaf bahawa tujuan daripada makanan dan tempat tinggal yang mewah itu adalah kesedapan dan keselesaan. Bukan semua yang memiliki kemewahan itu pula akan menikmatinya.
Juga bukan semua tidak memilikinya, akan terhalang mengecapi kenikmatannya. Maha Besar Allah yang membahagi-bahagikan kurniaanNya mengikut kehendakNya.
Kadang-kala apabila kita duduk di meja makan bersama orang kaya besar dan orang biasa. Kita lihat si kaya minum air kosong sahaja, ditanya kenapa? Jawabnya, “saya ada diabetis”. Dia enggan makan kebanyakan lauk yang dihidangkan, katanya saya ada “sakit jantung dan darah tinggi”.
Sementara ‘yang biasa’ biasa di sebelahnya, makan dengan enak tanpa sebarang pantang. Ya, memiliki sesuatu, belum tentu dapat menikmatinya. Untuk minum air kosong dan nasi kosong tidak memerlukan harta yang banyak. Juga air kosong dan nasi kosong biasanya merupakan makanan si miskin yang tidak mampu memiliki.
Jika Allah mahu, orang yang berada di tengah kemewahan akan hidup bagaikan si miskin di tengah kefakiran.
Sekali lagi, Islam bukan musuh harta, tetapi insan wajib insaf bahawa hanya Allah yang menentukan segala kurniaan. Maka jangan kita sombong atas apa yang kita kelihatan memilikinya, dan janganlah pula kita berdukacita atas apa yang tidak Allah kurniakan kepada kita. Entah berapa banyak nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita, kita tidak menyedarinya. Entah betapa banyak nikmat yang Allah halang orang lain merasainya, kita sangka mereka mengecapinya.
Saya bawakan mukadimah yang panjang ini supaya kita semua insaf bahawa pergantungan sebenar dalam kehidupan ini hanya Allah. Maka, jangan kita menjadi hina jiwa ini di hadapan orang lain hanya kerana melihat kuasa dan harta yang berada di tangannya lalu kita sangka mereka memiliki segala-gala. Jikapun kita kurang harta dan kuasa, janganlah kita miskin jiwa.
Apa yang ingin kita buru daripada kehidupan ini adalah ketenangan jiwa dan kebahagiaan perasaan. Bukan sekadar keseronokan atau kegembiraan yang berakhir dengan tamatnya sesuatu pesta atau sorakan semata.
Jika kebahagiaan dan ketenangan yang kita pilih, maka yang dapat memberinya hanyalah Allah. Memiliki harta dan kuasa belum tentu dapat mencapainya. Maka jangan kita mengemis kepada penguasa atau si kaya dalam mencari ketenangan hidup.
Merintihlah pada Allah, hanya Dia yang dapat menganugerahkan kita semua itu. Firman Allah: (maksudnya “Sesiapa yang beramal soleh, samada lelaki ataupun perempuan, dalam keadaan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih daripada apa yang mereka telah kerjakan” (Surah al-Nahl: ayat 97).
Ramai orang yang kita lihat kaya harta, tetapi miskin jiwanya. Kadang-kala mereka mengampu orang lain, sehingga ke peringkat yang memualkan, hanya semata kerana dunia yang diharapkan.
Apalah ertinya harta, jika kita miskin jiwa sehingga seakan menjilat orang lain. Harta dan kuasa itu amat diperlukan jika ia menjadikan kita seperti para khalifah yang soleh dan para hartawan yang bersyukur. Anda lihatlah orang-orang politik apabila mengampu ‘tuan mereka’. Semuanya kerana mengharapkan tempiasan kuasa.
Bahkan saya pernah berjumpa orang yang menyandang gelaran agama di sebuah negeri memuja ‘penghuni istana negerinya’ seakan memuja seorang nabi yang maksum. Setiap cakapannya disandarkan kepada istana negerinya. Barangkali dia mengharap tambahan ‘gelaran’ di depan namanya. Atau dia tertelan kata-kata Hang Tuah yang diriwayatkan menyebut: “Hidupku ini hanya untuk menjadi hamba Sultan Melaka semata”.
Saya rasa saya pun baik juga dengan istana negeri saya. Tapi taklah sampai begitu. Hormat menghormati sesama manusia ada batasannya. Sebab itu, di sebuah majlis saya pernah menegur pihak tertentu yang menyebut: “dengan izin Allah S.W.T dan limpah perkenan tuanku jua…”.
Saya katakan kepada pengerusi majlis: “Saya percaya pihak yang dipuji itupun tidak menyuruh saudara menyebut demikian. Pujian saudara ini menyanggahi hadis Nabi s.a.w, daripada Ibn ‘Abbas: “Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w: “Apa yang Allah dan engkau kehendaki”. Maka baginda bersabda kepadanya: “Apakah engkau menjadikanku sekutu Allah, bahkan (katakan) : apa yang hanya Allah kehendaki” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).”
Pujian yang seperti inilah yang akhirnya akan meruntuhkan seseorang atau sesebuah institusi. Nabi s.a.w lebih mulia daripada kita semua. Pun Allah memerintahkan baginda mengisytiharkan: (maksudnya): Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Jika aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”(Surah al-Anfal: 188).
Islam apabila datang kepada manusia, ia memerdekakan jiwa manusia ini dari menjadi hamba sesama manusia, kepada hanya bertuhankan Allah. Iinilah yang disebut oleh Rib’i bin ‘Amir di hadapan Panglima AngkatanTentera Parsi: “Allah yang membangkitkan kami agar kami mengeluarkan sesiapa yang dikehendakiNya dari pengabdian sesama hamba menuju pengabdian kepada Allah, dari kekejaman agama-agama kepada keadilan Islam, dari dunia yang sempit kepada keluasan dunia dan akhirat”. (Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/48, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah).
Lihatlah Bilal bin Rabah r.a., walaupun pada masa dirinya masih menjadi hamba sahaya kepada tuannya, tetapi Islam telah berjaya memerdekakan jiwanya. Dia tidak tunduk kepada kehendak tuannya yang sesat. Sekalipun tubuhnya diseksa di terik mentari, namun jiwa merdeka hanya tunduk pada ilahi. Malanglah seorang insan, jika tubuhnya merdeka, cukup makan dan minum, tiba-tiba jiwanya itu bersifat hamba kepada manusia sehingga melanggari batasan Allah S.W.T.
Justeru, jika manusia menganggap tangan yang mempunyai kuasa dan harta itulah punca kebahagiaan dan ketenangan maka mereka akan menjadi hamba sesama manusia. Namun, jika mereka yakin, hanya Allah sahaja yang mampu memberi kedamaian, maka jiwa mereka akan merdeka. Sesiapa yang menjadi hamba manusia, dia tidak akan menjadi hamba Allah yang sebenar. Sesiapa yang menjadi hamba Allah yang sebenar, dia tidak akan berjiwa hamba sesama manusia.
Sabda Nabi s.a.w: “Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya. Allah cerai beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya (iaitu dalam keadaan dirinya hina)”. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Daripada hadis ini, maka sesiapa yang benar-benar bergantung kepada Allah, jiwanya akan merdeka dan mulia. Juga dunia itu juga akan sampai kepadanya dengan harga dan maruah dirinya tidak tercemar. Sesiapa yang bergantung kepada manusia, mungkin dunia itu akan sampai ke tangannya, tapi dia akan berada dalam kehinaan dan keluh kesah.
Kebimbangan yang tidak putus akan sentiasa menjelma antara kedua matanya, kerana pergantungannya lemah. Orang mukmin yang sebenar bergantung kepada Allah, Raja segala raja, Pemilik alam semesta. Sementara yang berjiwa hamba kepada manusia, akan bertawakkal kepada raja atau pemimpin yang menunggu hari untuk mati atau ditumbangkan oleh orang lain seperti Raja Nepal.
Islam mengajar kita berjiwa merdeka, sekalipun kita miskin harta, gelaran dan pangkat. Jiwa yang merdeka daripada perhambaan sesama manusia kepada tunduk hanya untuk Allah itulah yang membawa kepada kebahagiaan dan ketenangan yang sebenar. Kita memerlukan para pemimpin, sahabat handai, orang bawahan yang berjiwa merdeka. Kita tidak mahu menjadi berharta dan berkuasa, tetapi menjadi hamba sesama manusia. Pengemis yang miskin harta, lebih mulia daripada si kaya atau penguasa yang miskin jiwa. 


SIAPA YANG MAKAN CILI AKAN TERASA PEDASNYE....SALAM UKHHUWAH...SAMPAI BERETEMU KEMBALI.....  


Narongchai Anupong Susawat
Pelajar Universiti Thailand.

















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin