Selasa, 20 November 2012

BARISAN NASIONAL MENZALIMI RAKYAT





TUTUP.....Jalan Masuk Kg. Ayer Semporna ditutup, “boleh keluar tak boleh masuk!“ 
TIDAK cukup dengan prasarana yang mundur, Kerajaan Barisan Nasional semakin menzalimi rakyat dengan menutup jalan masuk ke kampung Ayer, kampung tradisi tertua di Semporna; kononnya atas dasar pembangunan, tetapi memangsakan rakyat jelata disebabkan kelemahan perancangan Majlis Daerah Semporna.
"Jika ingin matikan politik USNO, jangan tutup jalan masuk ke kampung kami. Ini arahan siapa? Kami tidak larang jika ingin naik taraf jalan, tetapi kenapa tutup jalan masuk ke kampung kami?," tanya Timbalan Presiden Penaja USNO, Abdullah Sani Haji Abdul Salleh.
Ketika menghubungi Sabahkini.net petang kelmarin, Abdullah Sani menegaskan kerakusan pemimpin UMNO Semporna terutama Ahli Parlimen dan ADUN untuk mematikan politik USNO melalui penyalahgunaan kuasa, adalah perbuatan yang tidak bertanggung jawab dan boleh mencetuskan sengketa.
"Penduduk kampung marah kerana hak mereka dinafikan. Tidak ada kenderaan yang mahu menghantar mereka kerana kenderaan tidak boleh masuk tetapi hanya boleh keluar. Apa punya perancangan begini?" tanya Abdullah Sani dengan nada kecewa.
Sekalipun tujuan Perancang Bandar Semporna mungkin baik iaitu untuk melancarkan sistem trafik di daerah itu, tetapi kata Abdullah Sani, mereka tidak mengambil kira kepentingan penduduk yang telah menjadi mangsa keadaan.
Abdullah Sani yang meninjau pembinaan penghadang atau pembahagi jalan masuk ke Kampung Ayer bersama dua orang Ketua Kampung iaitu Ibrahim Hj Sakilan (Kg. Ayer Masjid) serta Haji Tahuddin Haji @ Tanggiling Kambing; kesal kerana jalan masuk ke kampung mereka telah ditutup sama sekali.
"Kezaliman terhadap penduduk Kampung Tradisi Bumiputera Semporna ini tidak patut berlaku di era 1Malaysia ketika Perdana Menteri menjamin rakyat akan didahulukan dan pencapaian diutamakan dengan menepati segala janji yang dilafazkan," kata Abdullah Sani yang mendesak kezaliman berkenaan dihentikan segera kerana kampung berkenaan adalah 'The Last Frontier' kerana dihuni oleh 95 % Anak Jati Sabah.
Menurut Abdullah Sani, setelah jalan masuk ke kampung mereka ditutup, kenderaan terpaksa berpusing hampir 1.5 kilometer untuk memasuki Pekan Semporna, walhal Pekan berkenaan hanya 10 meter dari Kampung Ayer.
"Mungkin Ahli Parlimen Semporna ini terlalu tergilakan artis dan lagu 'Suk Suk', tak boleh masuk tapi boleh keluar? Jika tidak kenapa membiarkan Majlis Daerah Semporna hanya menyediakan jalan keluar tetapi tiada jalan masuk ke Kampung Ayer?" sindir Abdullah Sani yang menggesa campurtangan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan bagi mengatasi masalah sekecil ini yang tidak dapat diselesaikan oleh Ahli Parlimen Semporna.
Walaupun mempunyai seorang Ahli Parlimen dan tiga ADUN, dua daripada mereka berjawatan menteri penuh (Shafie dan Nasir), tetapi kata Abdullah Sani, tidak seorangpun menetap di Semporna dan mereka hanya balik jika ada acara.
Kata Abdullah Sani lagi, kesemua Wakil Rakyat di Semporna tidak langsung mempedulikan masalah rakyat dan hanya mengharapkan laporan daripada pegawai masing-masing; tetapi pegawai mereka hanya makan gaji buta dan langsung tidak berkerja.
"Dengan tidak menyediakan jalan masuk, apakah pemimpin UMNO Semporna mahu menghapuskan seluruh Kampung Ayer jika berlaku kebakaran?," tanya Abdullah Sani melantak mati persoalan yang bermain di kepala penduduk Kampung berkenaan yang sebelum ini telah mengalami beberapa kebakaran ngeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin