Khamis, 8 November 2012

TANDA KIAMAT KECIL


Diriwayat oleh Nawwas ibn Sam'an
Kami bertanya: Ya Rasulullah, berapa lama dia (Dajjal) akan berada di atas bumi? Baginda bersabda: Selama empat puluh hari, satu seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan baki hari-harinya seperti hari kamu..."

(Sahih Muslim: Sunan Tirmidzi)

Jadi apa maksud di sebalik hadis Rasullulah S.A.W itu?
Kita sebagai umat Islam dan akhir zaman haruslah rajin mengkaji apa yang dimaksudkan oleh Rasullulah. Maksud di sebalik hadis ini telah didedahkan oleh seorang ulama terkenal iaitu Syeikh Imran Hussein.


Syeikh Imran Hosein


Ada satu hari terasa bagaikan setahun
Dajal memerintah dunia satu hari bagaikan setahun, dia memerintah dunia melalui Great Britain.



Ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan
Dajal memerintah dunia melalui Amerika Syarikat.



Ada satu hari yang terasa satu minggu
Dajal akan memerintah dunia melalui Holy Land, Jerusalem(Israel)


Alhamdulillah, saya telah jelaskan sedikit perkara untuk memudahkan anda semua memahami apa yang di maksud untuk semua perkara ini. Semasa Dajal memerintah dunia melalui Great Britain, Great Britain adalah kuasa paling kuat dan pound sterling menjadi matawang utama dunia.

Manakala zaman dajal memerintah dunia melalui Amerika Syarikat, Amerika Syarikat adalah kuasa yang paling kuat dan US Dollar menjadi matawang utama dunia.


Dan apabila Dajal memerintah dunia melalui Israel, Israel akan menjadi kuasa utama dunia dan invisible money (Elektronic Banking) akan menjadi matawang utama dunia seperti sekarang. Sepertimana yang terjadi sekarang, Israel seakan-akan kebal dari undang-undang dunia. Dollar amerika telahpun jatuh dan semua matawang di dunia ini akan turut jatuh. Pelobi-pelobi yahudi yang mengapungkan dolar Amerika tetapi pada hakikatnya dolar amerika telah jatuh. Sekarang kita dah nampak petanda - petanda ini. Langkah bijak yang diambil oleh beberapa pihak adalah dengan menyeru agar kita semua membeli dinar emas, ini kerana harga emas tidak akan jatuh nilainya.

Sekarang kita masukan sedikit bab pengiraan. Menurut Islam, satu tahun syurga bersamaan 1000 tahun manusia dan kita dapat tahu Dajal memerintah melalui great britain selama 1000 tahun. Kerajaan beraja Britain bermula pada thun
900 M.1000+900=1900. Tamatnya pemerintahan Dajal di Great Britain dan beralih kepada satu hari seperti sebulan= Amerika Syarikat

Pada tahun 1917, Amerika Syarikat telah melibatkan diri di dalam perang dunia dan ini adalah langkah untuk menjadikan amerika sebagai kuasa dunia baru. Dajal memerintah dari sana satu hari seperti sebulan. Jadi jika setahun bersamaan 1000 tahun, satu bulan bersamaan 1000/12=83 tahun...1917+83=2000.

Tamatnya pemerintahan Dajal melalui Amerika adalah pada tahun 2000. Apa yang telah terjadi pada tahun 2000?




George W.Bush menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Dajal memerintah dunia melalui Israel pada tahun 2000 dan menjadikan kita berada di satu hari yang terasa satu minggu.


Dan bermulalah zaman yang penuh dengan kekejaman dan penzaliman ke atas umat Islam seluruh dunia.




2001



World Trade Center (9/11)
Ini adalah konspirasi pihak Illuminati sendiri untuk dijadikan modal menyerang umat Islam. Osama Laden adalah 'spacegoat' mereka.Untuk maklumat lanjut, klik sini!




2002




Afghanistan Diserang Dengan Alasan Memburu Pengganas dan Osama




2003





Serangan dan penaklukan ke atas Iraq dengan alasan keganasan dan pengganas




2006




Serangan Ke atas Lubnan




2009





Serangan Ke Atas Gaza

Semakin lama semakin cepat masa berlalu, peperangan berlaku dalam mase yang singkat.

Selepas 9/11 Amerika Syarikat menubuhkan pangkalan tentera di 10 buah negara sepanjang Asia Barat. Ini untuk memastikan keselamatan Israel.
As a Final Capital of New World Order!

Setiap tindakan dan perang yang akan datang adalah untuk perlindungan dan keselamatan untuk Israel. Ini bertujuan bagi mempertahankan Israel sebagai kuasa utama dunia dan selepas itu bermulalah fasa terakhir,
kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa. Seperti yang disabdakan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Kemenangan adalah bagi sesiapa yang mngikut penyelamat yang benar, Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. Tapi sedihnya kebanyakan kita nanti akan memilih The False Messiah(dajal).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin