Ia merupakan simbol suci dan bersih. Penyembahan air di sini menandakan penghapusan kecemaran batin dan rohani.
Dalam tahun 1880, bendera Buddhis telah dicorakkan
oleh J.R. de Silva dan H.S. Olcott untuk menandakan kebangkitan semula
Buddhisme di Sri Lanka. Bendera ini telah digunakan buat pertama kalinya
dalam tahun 1888 semasa meraikan Hari Wesak sebagai cuti awam. Dalam
Persidangan Persaudaraan Buddhis Antarabangsa yang pertama pada Mei-Jun
1950 di Colombo, Sri Lanka, bendera ini telah diikhtiraf sebagai simbol
Buddhisme Antarabangsa. Bendera yang mempunyai 6 warna ini terdiri
daripada enam jalur tegak yang berwarna biru, kuning keemasan, merah,
putih, jingga dan satu lagi ialah campuran kelima-lima warna itu. Keenam
warna ini digunakan kerana cahaya warna-warna ini dipancarkan dari
tubuh Buddha semasa pencerahan.
Ini menandakan bahawa dengan ketekunan, barulah kita mendapat hasil. Hasil ini adalah kejayaan yang kita capai.
Ia digunakan untuk menyatakan perasaan berterima
kasih kepada Buddha dan mengingati kita mengenai ketidakkekalan.
Kewujudan kita atau jasad kita diumpamakan seperti bunga yang akan layu
dan gugur. Oleh itu, kita tidak sepatutnya berpaut kepada kecantikan
fizikal, tidak juga kita menyukai seseorang berdasarkan wajahnya.
Kesemua ini tidak kekal lama. Walau bangaimanapun, ini tidak bererti
kita harus bersikap negatif. Sebaliknya kita harus bertekun untuk
mengembangkan personaliti kita dan seterusnya menyempurnakan diri kerana
jasad kita tidak kekal lama.
Bunga teratai, terutamanya yang berwarna biru dan
putih, menggambarkan perkembangan rohani. Bunga ini berkembang dengan
cantik dan sempurna wlaupun tumbuh dalam lumpur yang kotor. Manusia juga
berada dalam lumpur kejahilan. Dengan mengikuti Ajaran Buddha, kita
akan dapat keluar dari keadaan kejahilan ini dan mencapai pencerahan.
Lilin atau lampu minyak yang dinyalakan di depan imej
Buddha membawa maksud simbolik kebinjasanaan dan belas kasihan. Cahaya
diibaratkan sebagai Ajaran Buddha, mencerahkan keadaan kegelapan dan
menyedarkan kita akan kejahilan dan ketamakan yang ada pada kita.
Apabila kita berkelakuan buruk dan tidak dapat mengawal diri kita, kita
seperti berada dalam keadaan gelap. Cahaya yang disembahkan di depan
imej Buddha itu mengingatkan kita supaya jangan berada dalam kegelapan
ini. Ia membimbing kita ke jalan yang benar.
Dupa, sama ada dalam bentuk serbuk atau colok,
dibakar untuk melambangkan perbuatan menyucikan fikiran atau jasad kita.
Pembakaran dupa akan melepaskan asap yang harum ke udara. Dari jauh
kita sudah dapat menghidunya. Begitu juga perbuatan dan niat baik kita
akan dirasai oleh orang ramai. Dupa yang membakar adalah seperti dengan
kewujudan kita. Serbuk dupa atau colok diibaratkan jasad kita dan hujung
colok yang membakar diibaratkan hati atau pemikiran kita sentiasa dalam
keadaan berubah.Tanpa pembakaran, dupa tidak membawa apa makna dan
tanpa hati, jasad tidak akan wujud. Selepas satu masa, colok atau dupa
habis dibakar, ataupun apabila keadaan yang tidak sesuai wujud, dupa dan
colok akan terpadam. Ini mencerminkan Ketidakkekalan (Anicca),
penderitaan (Dukkha) dan Ketidakakuan (Anatta).
Roda yang sentiasa bergerak ini mewakil sifat dinamik
Ajaran Buddha atau Dhamma. Ajaran Buddha adalah seperti sebuah roda
yang sentiasa diputarkan, iaitu kita sentiasa mengamalkan AjaranNya.
Lapan ruji mewakil Jalan Lapan Lapis Mulia. Ini bermaksud jika kita
mengikuti dan mengamalkan corak hidup kita yang berasaskan kepada Jalan
Lapan Lapis Mulia ini, kita akan mengenali kebenaran hidup, mendapat
kesejahteraan dan kebahagiaan.
Tanda yang terdapat di dada Buddha. Ia merupakan tanda kesejahteraan.
Oleh kerana rekod-rekod mengenai kelahiran,
pencerahan dan memasuki Nirvana Buddha daripada 2 Mazhab Buddhis(Aliran
Utara dan Selatan) agak berlainan, maka dalam Persidangan Persaudaraan
Buddhis Antarabangsa yang pertama pada Mei-Jun 1950 di Colombo, Sri
Lanka, beberapa persetujuan telah dicapai seperti berikut:
Tahun pertama kalendar Buddhis bermula pada tahun
Buddha memasuki Nirvana (meninggal dunia). Cara mengiranya ialah : 543 +
1994 = 2537. Hari Wesak adalah tahun baru Buddhis. Selepas hari itu
terpaksalah tambah 1 tahun. Dengan demikian, selepas hari Wesak tahun
ini, kalendar Buddhis ialah tahun 2538.
|
KERAJAAN MALAYSIA MEMANG ZALIM KEPADA RAKYAT SATU MALAYSIA TIDAK MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT MALAYSIA MENGGUNAKAN PARABOLA TVRO DI UTAMAKAN KEPADA MAHARAJA FIRAUN,MENTERI,HOTEL DAN KEDUTAAN ASING.MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA CELAKA DAN HARAM JADAH.ALLAH SWT PATUT TURUNKAN BALA DAN LAKNAT DI NEGARA MALAYSIA HARAM JADAH.MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA SYAITAN DAN IBLIS PENGHISAP DARAH RAKYAT MALAYSIA.BENDERA MALAYSIA PATUT DI BAKAR DAN DI PIJAK.
Jumaat, 23 November 2012
SIMBOL-SIMBOL AGAMA BUDDHA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KETURUNAN SIAM MALAYSIA.
Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan