Selasa, 20 November 2012

TUHAN MENCIPTA SEGALA ALAM SEMULA JADI

AL-QURAN menceritakan peristiwa penciptaan manusia yang pertama oleh Allah SWT, yakni Adam a.s., dalam surah al-Baqarah, ayat 30-38,seperti berikut:

Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi;" mereka berkata: "Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu makhluk yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa memuji-Mu dan mensucikan-Mu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui."(30)

Dan Dia pun mengajarkan Adam akan nama-nama seluruhnya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat, lalu Dia berfirman: "Terangkanlah kepada Aku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar."(31)

Malaikat berkata, "Mahasuci Engkau, kami tidak punyai ilmu selain apa yang Engkau ajarkan kepada kami.Sesungguhnya Engkau jualah yang amat mengetahui lagi amat bijaksana."(32)

Allah berfirman, "Wahai Adam, terangkanlah nama benda-benda ini semua kapada mereka." Maka setelah Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu bahawa Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang  kamu sembunyikan?"(33)

Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah kepada Adam." lalu mereka semua tunduk memberi hormat, melainkan iblis. Dia enggan dan takbur, dan jadilah dia dari golongan yang kafir.(34)

Dan Kami berfirman: "Wahai Adam, tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah makanannya apa sahaja yang kamu berdua suka sepuas-puasnya dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu hampiri) maka akan jadilah dari golongan orang yang zalim."(35)

Setelah itu syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka berada di dalamnya, dan Kami berfirman: "Turunlah kamu, sebahagian kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain, dan hingga kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa."(36)

Kemudian Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimat, lalu Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah, Dialah yang amat pengampun lagi amat mengasihi.(37)

Kami berfirman :"Turunlah kamu semua dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku nescaya tidak ada kebimbangan bagi mereka dan mereka pun tidak akan berduka".(38)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin