| Pendahuluan Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), yang menerangkan  asal usul raja-raja Kedah berdasarkan mitos dan lagenda, menjadi ahli  genre sastera sejarah tradisional Melayu. Hampir setiap kerajaan Melayu  zaman silam mempunyai hasil sastera sejarahnya sendiri yang menerangkan  asal usul raja-rajanya, asal usul negeri, perkembangan sejarahnya dari  awal hingga ke akhir berdasarkan konsep sejarah yang dipegang oleh  masyarakat Melayu tradisional. Hasil sastera sejarah itu dipegang oleh  kerajaan berkenaan sebagai suatu dokumen yang sah bagi mengabsahan hak  dan kuasa raja ke atas negerinya. Oleh yang demikian, dalam perbendaharaan  kesusasteraan Melayu tradisional, terdapatlah berbagai-bagai hasil  sejarah, daripada yang paling terkenal kepada karya yang jarang-jarang  diketahui, malah oleh orang Melayu sendiri. Bersama-sama dengan HMM  dalam keluarga sastera sejarah ini terdapatlah Hikayat Raja Pasai,  Hikayat Acheh, Hikayat Palembang, Sejarah Raja-Raja Riau, Hikayat  Bangkahulu, Sulalat al-Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Johor, Hikayat  Seri Kelantan, Hikayat Pahang, Hikayat Patani, Misa Melayu, Asal Usul  Raja Sambas, Hikayat Banjar, Hikayat Kotawaringin, Salsilah Kutai,  Hikayat Siak dan berbagai-bagai lagi. Dalam sejarah perkembangan negeri-negeri di  Nusantara, pengabsahan kuasa raja menjadi isu yang dipersoalkan dan  disanhsikan apabila muncul orang Barat. Persolan itu sama ada  ditimbulkan oleh kuasa Barat sendiri mahupun oleh negeri-negeri lain  yang menjadi jiran. Ini adalah sebahagian daripada taktik Barat  memecahkan negeri-negeri Melayu daripada bersekutu menentang  kemaraannya. Jelas dari sudut penciptaannya, salah satu dari sebab  mengapa HMM dikarang ialah untuk digunakan sebagai dokumen pengabsahan  kuasa raja Kedah ke atas negerinya dan kawasan-kawasan jajahannya.  Hikayat ini juga berguna dalam menepis dakwaan Siam bahawa raja Kedah  tidak berhak menyerahkan Pulau Pinang kepada Inggeris pada tahun 1786.  Oleh itu, seperti hasil-hasil sastera sejarah Melayu tradisional yang  lain, HMM adalah penggemblengan unsur-unsur realiti dan mitos yang  digunakan untuk menegakkan kedaulatan raja-raja Kedah dan keturunannya. Ringkasan Cerita HMM Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar  dari Rom ke negeri China telah diserang oleh geroda. Ia membuka negeri  Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah  menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka  ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan. Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya,  Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam,  putera tengah sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang  puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda  mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja  inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga  perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali  kekandanya mendapat putera. Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan  puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu  dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri  Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria  yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong.  Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana  kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat.  Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang  kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh  Abdullah Yamani menukarkan namanya kepaga Sultan Muzaffar Syah. Beberapa unsur Pensejarahan Melayu Tradisional Dalam HMM Pengarang karya sastera sejarah tradisional  menggunakan berbagai-bagai unsur mitos dan lagenda untuk dijadikan  sebagai bukti subjektif dalam penulisannya. Bila hikayat itu  menceritakan tentang sesuatu yang lebih dekat dengan zaman kini, barulah  bukti objektif seperti unsur realiti dan sejarah sebenar dipakai.  Dalam HMM kita bertemu dengan berbagai-bagai unsur  mitos yang berasal daripada pengaruh Hindu dan juga setempat.  Pengaruh-pengaruh yang berbeza juga dipertentangkan supaya ternampak  yang satu lebih mengatasi yang lain. Burung geroda, binatang mitis hindu  kenderaan Visynu dipertentangkan dengan kuasa Allah menerusi Nabi Allah  Sulaiman. Unsur mitos Hindu dan animisme seperti gajah sakti, anak raja  yang ditemui dalam buluh betung dan dalam sungai, mitos asal usul  tempat dan lain-lain semuanya dikemukakan dengan cara yang teratur dan  bertujuan memberikan asal usul raja Kedah gambaran yang agung dan  gemilang. Cerita-cerita di sekitar Raja Bersiung adalah contoh  penggemblengan unsur mitos Hindu dan unsur perlambangan untuk memberikan  asal usul raja-raja Kedah suatu pewarnaan keagungan dan kehebatan.  Penggemblengan unsur realiti dan mitos tergambar  dalam gaya pengarang menceritakan bagaimana terjalinnya perhubungan  antara Kedah dengan Siam. Dengan cara yang menarik, pengarang tidak  menafikan bahawa Siam mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dari Kedah  dan mengaku Kedah menghantar bunga mas dan perak kepada Siam. Tetapi  pujangga istana Kedah menjelaskan peristiwa-peristiwa ini berlaku dengan  pendekatannya yang tersendiri tanpa menjejaskan kedaulatan negeri  Kedah. Telah dijelaskan dari awal bahawa perhubungan antara  negeri Kedah dengan Siam adalah berasaskan ikatan kekeluargaan antara  adinda bongsu dengan kekanda sulung. Dengan mudah dapat diterima mengapa  permaisuri Raja Bersiong dan menteri keempat meminta bantuan dari Siam  bila menghadapi masalah mencari orang yang sesuai untuk dijadikan raja,  menggantikan Raja Bersiong. Pengarang tidak mengatakan Raja Siam terus membantu  tetapi Raja Siam berunding dengan ahli nujum dan meminta pihak ketiga,  iaitu gajah sakti, untuk menyelesaikan masalah itu. Dengan menggunakan  unsur-unsur yang wujud dalam sistem kepercayaan masyarakat, pengarang  menyatakan tugasnya sebagai pujangga istana yang bertanggungjawab. Keunggulan HMM makin terserlah dalam pengisahan  kedatangan Islam ke negeri Kedah dan proses penyesuaian dari amalan  menyembah berhala kepada bertakwa kepada Allah Subhanahu wa  Taala.Walaupun ia menceritakan peristiwa yang sama yang disebut dalam  banyak karya sastera, pujangga istana Kedah menceritakannya dengan gaya  yang berbeza. Kesimpulan HMM yang dikarang dengan berdasarkan konsep penulisan  sejarah Melayu tradisional, menjalankan peranannya sebagai sebuah  penulisan sejarah. Ia bukanlah dikarang semata-mata berdasarkan khayalan  dan dongengan; malah banyak rahsia budaya dan nilai hidup zaman dulu  tersirat dalam himpunan perlambangan, mitos dan lagenda.  | 
KERAJAAN MALAYSIA MEMANG ZALIM KEPADA RAKYAT SATU MALAYSIA TIDAK MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT MALAYSIA MENGGUNAKAN PARABOLA TVRO DI UTAMAKAN KEPADA MAHARAJA FIRAUN,MENTERI,HOTEL DAN KEDUTAAN ASING.MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA CELAKA DAN HARAM JADAH.ALLAH SWT PATUT TURUNKAN BALA DAN LAKNAT DI NEGARA MALAYSIA HARAM JADAH.MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA SYAITAN DAN IBLIS PENGHISAP DARAH RAKYAT MALAYSIA.BENDERA MALAYSIA PATUT DI BAKAR DAN DI PIJAK.
Rabu, 18 Mei 2011
HIKAYAT MERONG MAHA WANGSA.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
KETURUNAN SIAM MALAYSIA.
Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan