Sejarah Empayar Kerajaan Ayuthia
Tapi  bukan cerita jumbo gajah biru yg ingin saya ceritakan di sini tapi  sejarah kerajaan ayuthia. Ayuthia(nama lengkap Phra Nakhon Si Ayutthaya  merupakan satu wilayah di tengah Thailand. Antara wilayah yang  berhampiran ialah Ang Thong, Lop Buri, Saraburi, Pathum Thani,  Nonthaburi, Nakhon Pathom dan Suphan Buri.mengikut sejarah, ayuthia  pernah menjadi ibu negara Siam/thailand dari 1350 hingga serangan  tentera burma pada 1767.
Tapi  sy masih tidak berpuas hati dengan maklumat yang ada sekarang.jadi sy  meneruskan usaha mencari sebanyak mungkin maklumat tentang kerajaan  ayuthia.Setelah seminggu mencari maklumat dalam internet dan dari  sumber-sumber yang dipercayai maka sy terjumpa sebuah artikel tentang  kerajaan ayuthia.artikel ni sy dapat dari penyelidik universiti  tempatan.
Di  dalam artikel tersebut menyebut nama Raja Maha Besar Benua Siam Dinasti  Ayuthia yang bergelar Boromoraja Ekataat V. Nama sebenar Baginda ialah  Khalifah Sharif Abu Bakar Syah dan baginda beragama Islam. Sebelum ini  kta semua menyangkakan Empayar Ayuthia (1350 - 1767) yang tinggi  peradabannya di Thailand itu sebagai Empayar yang beragama Buddha.  Tanggapan ini adalah salah sama sekali. Thailand, asalnya adalah dari  bangsa Sukhothai (suku thai@puak Thai) yang berasal dari Lannathai.  Mereka memang sudah berkali-kali cuba menyerang Ayuthia dan akhirnya  berjaya menakluki Ayuthia pada tahun 1767,di ketuai oleh ketuanya  bernama Alaungpaya.
Akan  tetapi siapa sebenarnya yang memerintah Ayuthia sebelum ia ditawan?  Pemerintah Ayuthia menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah, melaksanakan  hukum-hukum Islam dan pentadbiran dibahagikan kepada 2 kementerian,  untuk Islam dan bukan Islam. Mereka menjalin hubungan dengan Perancis  dan sempena lawatan itu dinamakan sebatang jalan di Perancis sebagai  Jalan Ayuthia. Mereka ini adalah dari keturunan Siam bukan Thai. Dalam  erti lain Siam itu beragama Islam, Thai itu beragama Buddha. Sekiranya  bahasa jiwa bangsa, sudah pasti, bahasa Thai untuk bangsa Thai dan  bahasa Siam untuk bangsa Siam. Kita lihat pula di Malaysia hari ini  terdapat orang Melayu yang bertutur dalam Bahasa Siam di Kedah, Kelantan  dan Perlis dan mereka beragama Islam. Bahasa Siam ini jika ditutur di  Thailand, langsung tidak difahami lagi oleh rakyat Thailand hari ini.
Orang-orang  Melayu inilah berbangsa Siam, ia itu asal usul keturunan bangsa Melayu  yang menjadi rakyat Nagara Benua Siam Dinasti Ayuthia dahulu dan Empayar  ini meliputi seluruh Nusantara, Champa, termasuk sebahagian India. Arus  kemodenan tidak menyentuh mereka sama sekali dan mereka kekal dalam  budaya bahasa Siam seperti adanya, 300 tahun dahulu. Dalam manuskrip  Undang-Undang Kedah, yang mula diitulis pada tahun 220 Hijrah (799  masihi) adat Siam ini telah pun lama diguna pakai oleh raja-raja Melayu  zaman dahulu. Manuskrip ini dirampas oleh Inggeris di Istana Kota Beruas  dahulu dan baru dipulangkan kepada kita sekitar tahun 2003/04.
Anda perasan tidak sy sudah bold nama seorang raja di atas yang terdapat di dalam filem Jumbo gajah biru. Raja Naresuan iaitu pemerintah kedua kerajaan ayuthia dan berkahwin dengan ratu iman,acheh.
Pada Makam Baginda, tertulis dlm Bahasa Kawi, Gusta Barubasa empu Kedah Pasai Ma bermaksud, Keluarga yang memeluk Islam menguasai Kedah Pasai Ma.Kerajaan ini lah yang mana Pattani, Ligor, Singgora, Kesultanan Melaka dan Acheh turut berada dibawah kawalannya.Sebab itu lah bila mencari kesan Sejarah Kesultanan Melaka sukar mendapat buktinya kerana nama mereka juga tersenarai dalam senarai Raja-raja Ayuthia dalam bahasa Siam.
Oleh kerana artikel yg dikupas terlalu panjang dan anda berminat dengan cerita seterusnya anda boleh mendapatkan dari sy secara percuma dengan menghantar alamat emel anda kepada kami.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan