MERIAH.....Kemeriahan Pesta Songkran atau Pesta Air yang menjadi salah       satu perayaan masyarakat Thai setiap tahun kini turut dirasai oleh       masyarakat negara ini terutama di negeri-negeri utara Semenanjung.                     
Pesta Songkran yang sebelum ini lebih bercorak kebudayaan masyarakat       Thai, semakin diterima dalam usaha memupuk perpaduan di kalangan       masyarakat majmuk di negara ini.                     
Dalam menghayati semangat tersebut, kerajaan Perlis buat pertama kalinya       memasukkan Pesta Songkran sebagai salah satu acara dalam kalender       pelancongan negeri itu tahun ini.                     
Penduduk Kampung Kubang Tiga, Padang Besar harus berasa bertuah apabila       dipilih menjadi tuan rumah pada pesta yang julung kali diadakan di negeri       itu. (Berita di muka 16)                     
(dari muka 16)                     
PADANG BESAR, 13 April -- Setiausaha Agung Persatuan Siam Malaysia (PSM),       Siw Chun Eam yakin perayaan Songkran (Pesta Air) akan dapat memupuk       perpaduan kental di kalangan kaum di negara ini.                     
Siw Chun berkata, perayaan Songkran kini lebih bercorak pesta kebudayaan       masyarakat Thai yang sesuai dirayakan bersama oleh semua kaum di negeri       ini dengan meriah.                     
Songkran ialah tahun baru Thai pada setiap 13 April atau bersamaan bulan       kelima kalender Thai dan dirayakan serentak di empat negeri Semenanjung       iaitu Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan.                     
Tambahnya, buat pertama kali sebaik sahaja Songkran dimasukkan ke dalam       kalender pelancongan negeri Perlis, Kampung Kubang Tiga dekat sini       terpilih sebagai tuan rumah.                     
Beliau yang mengetuai perayaan Songkran di wat Kubang Tiga di sini hari       ini, berbangga dengan usaha yang dijalankan disertai pelbagai kaum.                     
Ng Chooi Lan, 36, dari Taman Beseri jaya yang pertama kali menyertai       perayaan ini tertarik dengan penyertaan semua kaum penduduk Perlis. Pada       perayaan ini kita dapat bergaul mesra sesama kita rakyat majmuk di negeri       ini, ujarnya.                     
M.       Vanitha, 28, kagum dengan persiapan pesta oleh urusetia perayaan yang       diketuai Siw Chun selaku Pengerusi Persatuan Siam Negeri Perlis. Beliau       percaya usaha pemimpin kaum Thai negeri Perlis akan merealisasikan hasrat       kerajaan memupuk toleransi kaum.                     
Mally Den Tan, 21, berkata, pesta Songkran juga menguji apabila tidak       ada sesiapa yang akan marah apabila pakaian basah kuyup disimbah air atau       muka disapukan bedak.                     
Noorhanan       Hassan, 34, berkata, keharmonian akan dapat diwujudkan sekiranya setiap       kaum sa 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan