Hakikatnya, sejarah tidak pernah berbohong, hanya manusia tidak mahu menerima kebenarannya.  
 Terdapat  tiga persoalan utama yang diragui kebenarannya; persoalan jangka masa  sebenar era pemerintahan ratu; kewujudan meriam gergasi; dan tragedi  peperangan dalam lipatan sejarah Kerajaan Patani.
 Terdapat  tiga persoalan utama yang diragui kebenarannya; persoalan jangka masa  sebenar era pemerintahan ratu; kewujudan meriam gergasi; dan tragedi  peperangan dalam lipatan sejarah Kerajaan Patani. Ada sumber yang menyatakan bahawa tajuk asal filem ini ialah The Queens of Patani  ditukar pada saat akhir kerana tempias iklim politik Thailand berhubung  dengan keganasan yang berlaku di tiga wilayah selatan mutakhir ini.
 Ada sumber yang menyatakan bahawa tajuk asal filem ini ialah The Queens of Patani  ditukar pada saat akhir kerana tempias iklim politik Thailand berhubung  dengan keganasan yang berlaku di tiga wilayah selatan mutakhir ini.

Menonton filem dari Thailand berjudul, The Queens of Langkasuka, menimbulkan persoalan dan percanggahan antara cereka sebuah filem dengan fakta sebenar sejarah.
Namun,  pujian harus diberikan atas keberanian pembikin filem di Thailand  menghasilkan filem epik berlatarbelakangkan sejarah Kerajaan Melayu  Patani yang sudah lebih dua abad menjadi wilayah jajahan negara gajah  putih itu.
Tambahan  pula, filem ini dihasilkan pada saat wilayah Melayu di selatan Thailand  sedang bergolak yang sehingga sekarang tidak menampakkan kesudahannya.  Keterujaan turut dirasai melalui mutu pembikinan filem dan lakonan yang  setaraf dengan filem epik bikinan Hollywood.
Namun, filem The Queens of Langkasuka  yang kos pembikinannya menelan belanja hampir 200 juta Bath, tidak lari  daripada mencetuskan kontroversi apabila unsur cereka dan mitos yang  diketengahkan melampaui fakta sejarah.
 Terdapat  tiga persoalan utama yang diragui kebenarannya; persoalan jangka masa  sebenar era pemerintahan ratu; kewujudan meriam gergasi; dan tragedi  peperangan dalam lipatan sejarah Kerajaan Patani.
 Terdapat  tiga persoalan utama yang diragui kebenarannya; persoalan jangka masa  sebenar era pemerintahan ratu; kewujudan meriam gergasi; dan tragedi  peperangan dalam lipatan sejarah Kerajaan Patani.Menurut judul filem ini sahaja iaitu The Queens of Langkasuka sudah cukup mengelirukan kerana merujuk Kerajaan Langkasuka dengan zaman pemerintahan Raja-raja Perempuan Patani.
Sememangnya,  “ Kerajaan Langkasuka” merupakan kerejaan tertua di utara Semenanjung  Tanah Melayu yang wujud seawal abad pertama Masihi. Zaman pemerintahan  Raja-raja Perempuan hanya merujuk zaman “ Kerajaan Melayu Patani” pada  abad 16 dan 17 Masihi.
Penggunaan  istilah “Langkasuka” untuk merujuk Raja-raja Perempuan Patani merupakan  penyimpangan fakta sejarah yang jelas. Hal ini demikian kerana watak  yang ditonjolkan dalam filem ini melibatkan Raja Hijau (1584-1616)  sebagai raja pemerintah “Kerajaan Patani” yang dibantu oleh dua  adindanya iaitu Raja Biru (1616-1624), dan Raja Ungu (1624-1635) yang  silih berganti menaiki takhta pemerintahan Kerajaan Patani.
Seorang  lagi ratu yang memerintah kerajaan Patani ialah Raja Kuning (1635-1686)  yang merupakan puteri Raja Ungu hasil perkahwinan dengan Sultan Pahang,  Sultan Abdul Ghafur Muhaiddin Syah (rujuk buku, Raja Campa & Dinasti Jembal dalam Patani Besar: Patani, Kelantan & Terengganu oleh Abdul Halim Bashah. Kubang Kerian: Pustaka Reka, 1994).
 Ada sumber yang menyatakan bahawa tajuk asal filem ini ialah The Queens of Patani  ditukar pada saat akhir kerana tempias iklim politik Thailand berhubung  dengan keganasan yang berlaku di tiga wilayah selatan mutakhir ini.
 Ada sumber yang menyatakan bahawa tajuk asal filem ini ialah The Queens of Patani  ditukar pada saat akhir kerana tempias iklim politik Thailand berhubung  dengan keganasan yang berlaku di tiga wilayah selatan mutakhir ini.Pihak  berkuasa Thailand tidak seharusnya merasakan penggunaan istilah “  Patani” dalam tajuk asal filem ini bakal membangkitkan semangat penduduk  Melayu Patani, lantas menyemarakkan gelombang keganasan di selatan  Negara itu! Malah karya dan sejarah sebenar Kerajaan Melayu Patani tidak  seharusnya dipinggirkan. Sikap prejudis dan berfikiran kuno seperti itu  harus dikikis.
Persoalan kedua berkenaan dengan senjata perang iaitu meriam gergasi. Simboliknya, The Qeens of Langkasuka  memulakan ceritanya dengan tenggelamnya sebuah meriam gergasi ke dasar  lautan. Akhir ceritanya pula, meriam yang sama tenggelam buat kali  kedua.
Meriam  gergasi tersebut dibawa dari Belanda ke Patani sebagai hadiah  persahabatan antara Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) dengan kerajaan  Patani pimpinan Ratu Hijau. Namun, meriam tersebut tidak sempat sampai  ke Patani dan tenggelam ke dasar lautan setelah cubaan sekumpulan lanun  yang merancang untuk merampas takhta Raja Hijau.
Dari  sudut fakta sejarah, kerajaan Patani sebuah kerajaan Melayu yang  digeruni musuh kerana kehebatannya membuat meriam tembaga. Kekuatan “bedil tembaga” buatan orang Melayu Patani menjadikan kerajaan mereka sebagai salah satu kerajaan terkuat di Semenanjung Tanah Melayu.
Senjata  inilah yang menjadi benteng pertahanan daripada serangan musuh tradisi  bangsa Melayu iaitu orang Siam. Bagi orang Siam pula, setiap kali  menyerang Patani, pasti mereka berasa bimbang dan gerun dengan kehebatan  meriam gergasi Patani (sila rujuk, Meriam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu Nusantara, oleh Othman Mohd. Yatim dan Mohd. Zambri A.Malek. kuala Lumpur: Jabatan Muzium dan Antikuiti, 1994).
Sejarah  membuktikan bahawa Kerajaan Patani memiliki tiga buah meriam tembaga  gergasi yang digeruni musuh. Ketiga-tiga buah meriam ini dikenali  sebagai Seri Patani, Seri Negeri dan Mahalela. Seri Patani dan Seri  Negeri merupakan meriam tembaga yang paling besar pernah dihasilkan di  Nusantara dengan ukuran 22 kaki panjang, 9 inci lilitan mulut, dan  setebal 4 inci tembaga tulin. 
Kini,  meriam tersebut ditempatkan di tengah-tengah Bandar Raya Bangkok, di  hadapan markas angkatan tentera, Kementerian Pertahanan Thailand setelah  dirampas oleh askar Siam pada 1786. Hanya Seri Patani yang berjaya  dirampas oleh askar siam. Meriam Seri Negeri dan Mahalela tenggelam di  dasar laut Singgora semasa dalam pelayaran ke Bangkok.
Penawanan  meriam Seri Patani dianggap sebagai lambang kemenangan Siam ke atas  negeri Melayu Patani. Lantas, berkuburlah sebuah kerajaan Melayu yang  berdaulat selama lebih dua abad.
Persoalan ketiga, berkenaan dengan peristiwa peperangan dalam lipatan sejarah Kerajaan Melayu Patani. Tema utama dalam filem The Queens of Langkasuka  ialah peperangan antara Kerajaan Patani pimpinan Raja Hijau dengan  kumpulan lanun yang diketuai Putera Rawai, anak luar nikah dayang istana  dengan panglima Kraben, bekas panglima istana Patani yang derhaka.
Putera  Rawai ialah cucu kepada salah seorang bendahara Raja Hijau yang menjadi  tali barut untuk merampas takhta Kerajaan Patani. Filem tersebut  memaparkan Kota Patani diserang oleh gabungan pasukan tentera Patani  berjaya mempertahankan kota Patani walaupun Raja Hijau terkorban dalam  peperangan ini.
Manakala  cerita sebenar sejarah Patani pula, musuh yang sentiasa menyerang kota  Patani ialah Kerajaan Siam. Ahli sejarah mencatatkan bahawa askar Siam  menyerang Patani secara besar-besaran sebanyak lima kali iaitu pada  1603,1632,1633,1638, dan sehingga akhirnya dapat menawan Patani pada  1786 pada zaman Sultan Muhammad, seorang pembesar negeri yang menaiki  takhta Patani pada saat pergolakan politik dalaman dan perang saudara.
Hal  ini bererti Siam mengambil masa selama 183 tahun untuk mengalahkan  tentera Patani. Sepanjang kedaulatan Kesultanan Melayu Patani selama  lebih kurang 286 tahun, kebanyakan masa dihabiskan untuk mempersiapkan  pertahanan bagi menghadapi serangan pihak Siam.


Menariknya,  sebelum Patani jatuh ke tangan Siam, tentera Patani berjaya  menumbangkan askar Siam dalam empat serangan pertama. Keempat-empat  serangan ini berlaku pada zaman pemerintahan empat Ratu Patani iaitu  Raja Hijau (1603), Raja Ungu (1632), dan Raja Kuning (1638).
Walaupun  Patani dipimpin oleh wanita, kepimpinan empat orang ratu berhati waja  ini mampu mengekang dan mengalahkan kuasa besar seperti Siam. Malah  berjaya membawa Patani ke era kegemilangan pada abad ke-17 masihi.
Hakikatnya, sejarah tidak pernah berbohong, hanya manusia sahaja tidak mahu menerima kebenarannya.
Walau  bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada pengarah dan penerbit filem  ini, Nonzee Nimibutr, kerana membuka mata dunia bahawa terdapat sebuah  kerajaan Melayu berdaulat di bumi negara “gajah putih” ini yang majoriti  penduduknya berketurunan Melayu dan memiliki agama, budaya, bahasa,  adat resam, serta pengalaman sejarah yang cukup berbeza daripada  majoriti rakyat Thailand keseluruhannya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan