| Apakah  pandangan ust tentang merokok dan hukumnya menurut pandangan Islam,  saya ada mendengar ada ust-ust yang mengatakan terdapatnya ulama silam  yang hanya menghukumnya sebagai makruh dan tidak haram, adakah ia benar?- Klang-  Jawapan :   Sebelum  saya memasuki jawapan, suka saya mengingatkan bahawa pemerintah  kerajaan Islam silam, Sultan Murad ke-4 (memerintah 1623-1640 m) sangat  kuat memusuhi rokok, sehinggakan beliau pernah melaksanakan  undang-undang bunuh bagi penjual-penjual rokok dan perokok aktif di  dalam Negara. | 
|  | 
|  Adapun  dari sudut hukumnya ; sebagai asasnya, para ulama berbeza pandangan  dalam menentukan hukumannya berdasarkan berbezanya tanggapan  masing-masing terhadap keburukan (mudarat) yang terhasil dari rokok.  Hakikatnya, dalam hal ini, sebarang fatwa mestilah dirujuk kepada "ahl  az-zikr" dalam halnya, "ahli az-zikr" dalam hal rokok adalah doktor  perubatan (selain ulama) yang mampu mengenalpasti impak buruk dari rokok  kepada tubuh dan kehidupan. Maka sebarang fatwa ulama yang tidak dibuat  berlandaskan maklumat lengkap dari para doctor perubatan atau pakar  kimia adalah kurang tepat dan tidak sepatutnya dijadikan pegangan.  Secara ringkasnya ulama terbahagi kepada 2 kumpulan dalam hukum rokok. Ia seperti berikut :-  1)  Haram : Ulama kontemporari yang mengatakan demikain adalah Dar Al-Ifta  Mesir, Lajnah Fatwa Saudi, Lajnah Fatwa Azhar, Seluruh ahli persidangan  Mencegah rokok ( persidangan di Madinah pada 2-5 Mac 1982) , Dr Yusof  Al-Qaradawi, Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikh Sayyed Sabiq, Syeikh Ahmad  Syurbasi, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaat, Syeikh Atiyyar Saqar. ( Akhbar  al-Jumhuriyyah, 22 Mac 1979 ; Fatawa Muasiroh, 1/667; Al-Fatawa li Muhd  Syaltut, Yasalunaka oleh Syurbasi dan Fiqh As-Sunnah | 
|  Ulama  silam yang mengatakan haram pula adalah Syeikh muhd alauddin haskafi  al-hanafi, syeikh sulaiman al-Bujairimi as-Syafie, Syeikh Mustafa  ar-Rihbani, Syeikh Ibrahim al-Laqqani al-Maliki dan ramai lagi. (Al-hukm  as-Syar'ir fi at-Tadhin, Kumpulan Ulama, Kementerian Kesihatan Sedunia,  1988, hlm 25-26)   Kumpulan  ini semakin kuat mengharamkan apabila terdapat maklumat yang menyebut  terdapat unsur arak dan racun di dalam rokok, maka ia adalah seperti  darah dan bangkai yang diharamkan kerana unsur kotor dan racun ( seperti  nikotin, tar, alcohol methnol, karbon monoksida, ammonia dan lain-lain )  yang terkandung di dalamnya. ( Abu Ubaidah al-Mashur, At-ta'liqat  al-hisan dzayl tahqiq al-Burhan, hlm 28 ; Dr Abd Sabur as-Shahin,  As-Sajayir Halalun am Haramun,hlm 34-35 )  | 
|  Pada  tahun 1962, Fakulti Perubatan Diraja Britain mengesahkan kesan buruk  rokok terhadap kesihatan, pada tahun 1964 Fakulti Kedoktoran Amerika  mengeluarkan satu kajian setebal 387 halaman dan diterbitkan  kandungannya di akhbar yang menyebut "Merokok memudaratkan kesihatan  secara pasti, ia juga menyebut "rokok menjadi penyebab pelbagai penyakit  membunuh " ( Rujuk Mahmud Nazim, At-Tibbun An-Nabawi Wal ‘Ilmi  al-Jadid, 1/346 )   Maka  dengan kenyataan-kenyataan ini Allah SWT menyuruh kita agar merujuk  kepada ahli dalam sesuatu ilmu sebagaimana erti firman Allah SWT " Maka  hendaklah kamu bertanya kepada yang berpengalaman" ( Al-Furqaan : 59 ) ;  Justeru, pandangan pakar perubatan dalam hal ini tidak boleh  diketepikan oleh para ulama dalam membuat sebarang fatwa.  Selain  keburukan dari sudut kesihatan, ia juga boleh memudaratkan hubungan  kemasyarakatan dengan sebab baunya yang kuat dan busuk. Hal ini tidak  dibenarkan oleh Islam berdasarkan sabda Nabi SAW ertinya : " Tiada boleh  memberi mudarat dan membalas mudarat" ( Riwayat Malik, 1/122; Ad-Dar  Qutni, 4/228; Al-Hakim 2/66 ; Sohih kata Hakim, dan di atas syarat  Muslim kata az-zahabi, Albani : Ia punyai banyak jalan yang menguatkan  satu sama lain sehingga naik ke darjat Sohih)  | 
|  | 
|  Hadith  lain pula menyebut : " Sesiapa yang memakan dari pokok ini , berkata  bawang merah, bawang putih maka janganlah mendekati masjid-masjid kami,  sesungguhnya (bau yang busuk) itu menyakiti Malaikat sebagaimana ia  menyakiti manusia" ( Riwayat Al-Bukhari, KItab al-Azan, no 807 ; Muslim,  Kitab Masajid wa Mawadi' as-Solat, no 876 ) | 
|  | 
|  | 
|  2) Kumpulan yang Memfatwakan Harus atau Melihat secara tafsil (terperinci)  Ulama  yang dipihak ini adalah Syeikh Abd Ghani an-Nablusi, Syeikh Muhd Amin  Ibn ‘Abidin, Syeikh Hasanain Makhluf (berpendapat hukumnya secara  terperinci menurut keadaan ), Syeikh Hasan Makmun.   Antara  dalil mereka adalah asal segala sesuatu yang tidak mudarat adalah halal  dan beberapa dalil yang lain. Bagaimanapun, kesimpulan dalil mereka  adalah lemah kerana ia bersandarkan pandagan mereka tanpa maklumat  berkenaan keburukan dari sudut perubatan pada zaman itu. Hasilnya mereka  memberikan fatwa hanya berdasarkan bau asap rokok yang busuk dan  menggangu, justeru, sudah tentu bau yang busuk sahaja tidak mampu  menyebabkannya menjadi haram. Jelaslah pandangan mereka tidak mengambil  kira maklumat baru perubatan.  Justeru,  pada hemat dan kajian saya, hukum yang lebih tepat adalah Haram merokok  kerana mudarat yang pelbagai dari sudut kesihatan tubuh sendiri, orang  lain, dan baunya yang mengganggu orang lain. Malah kaedah Islam menyebut  : "Ad-Darar Yudfa' Bi Qadaril Imkan" ; ertinya : "Kemudaratan hendaklah  ditolak sedaya upaya dan kemampuan" (Al-Madkhal Al-Fiqhil ‘Am, Syeikh  Mustafa Az-Zarqa, 2/992)   Cuma Syeikh Al-Qaradawi di dalam Fatawanya (Fatawa muasiroh, 1/667) menjelaskan hukumnya berkata ( dengan pindaan ) :-  a-  Sekiranya seorang perokok cuba sedaya upaya memberhentikan tabiat  rokoknya, bagaimanapun ia gagal, maka ia patut terus mencuba dan  diberikan uzur setakat yang ia gagal. Perlulah ia menghalang dari  menyebarkan tabiatnya kepada orang lain.  b-  Walaupun ianya haram, tapi tidaklah haramnya besar seperti zina,  mencuri dan lain-lain dosa besar. Setiap perkara haram ada tahapnya di  sisi Shariah, ada yang dikira dosa besar dan ada yang kecil. Dosa hasil  rokok bolehlah di katakan termasuk dalam dosa kecil. Bagaimanapun perlu  diingat, Ibn Abbas r.a menegaskan bahawa dosa kecil pasti menjadi besar  apabila berterusan atau kesannya benar-benar memudaratkan. Kesimpulan  Al-Qaradawi, rokok adalah haram secara pasti bagi yang belum merokok,  dan makruh bagi seisap yang telah terjebak sehingga sukar untuk keluar  darinya. Apa yang pasti, segala jenis usaha bagi memberhentikan aktiviti  buruk ini mesti dicari segera. Wallahu a'lam.  | 
KERAJAAN MALAYSIA MEMANG ZALIM KEPADA RAKYAT SATU MALAYSIA TIDAK MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT MALAYSIA MENGGUNAKAN PARABOLA TVRO DI UTAMAKAN KEPADA MAHARAJA FIRAUN,MENTERI,HOTEL DAN KEDUTAAN ASING.MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA CELAKA DAN HARAM JADAH.ALLAH SWT PATUT TURUNKAN BALA DAN LAKNAT DI NEGARA MALAYSIA HARAM JADAH.MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA SYAITAN DAN IBLIS PENGHISAP DARAH RAKYAT MALAYSIA.BENDERA MALAYSIA PATUT DI BAKAR DAN DI PIJAK.
Selasa, 10 April 2012
HUKUM MEROKOK
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
KETURUNAN SIAM MALAYSIA.
Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan