1.  HIV DIPINDAHKAN MELALUI CECAIR BADAN YANG TELAH DIJANGKITI HIV. 
HIV
 dipindahkan melalui pertukaran mana-mana cecair badan yang telah 
dijangkiti oleh HIV. Jangkitan boleh berlaku pada mana-mana peringkat 
jangkitan/penyakit. Virus HIV boleh didapati pada cecair-cecair berikut:
 darah, air mani (dan cecair sebelum ejakulasi), cecair faraj, dan susu 
ibu.
2.  HIV SELALUNYA DIJANGKITI MELALUI HUBUNGAN SEKS. 
HIV
 selalunya dijangkiti melalui seks dengan pasangan yang positif HIV. Ini
 disebabkan oleh cecair yang bercampur dan virus boleh bertukar, 
terutama sekali apabila terdapat luka pada tisu-tisu faraj, kecederaan 
atau jangkitan-jangkitan yang didapati melalui seks (STI). Budak 
perempuan adalah lebih terdedah kepada jangkitan HIV kerana selaput 
membran faraj mereka lebih nipis dan lebih senang untuk dijangkiti 
dibandingkan dengan wanita-wanita dewasa.
3. 
 MEREKA YANG MEMPUNYAI JANGKITAN-JANGKITAN YANG DIDAPATI MELALUI SEKS 
(STI) MEMPUNYAI RISIKO YANG LEBIH TINGGI UNTUK MENDAPAT JANGKITAN HIV. 
Mereka
 yang mempunyai STI adalah berisiko tinggi untuk dijangkiti HIV dan 
menjangkiti orang lain. Mereka yang mempunyai STI patut mendapatkan 
rawatan secepat yang mungkin dan mengelakkan hubungan seks atau 
mengamalkan seks selamat (seks tanpa penembusan atau seks menggunakan 
kondom), dan memberitahu pasangan-pasangan mereka.
4.  RISIKO TERHADAP JANGKITAN HIV MELALUI SEKS BOLEH DIKURANGKAN. 
Risiko
 terhadap jangkitan HIV melalui seks boleh dikurangkan sekiranya mereka 
tidak melakukan seks, sekiranya pasangan mereka yang tidak dijangkiti 
hanya melakukan seks dengan satu sama lain sahaja dengan cara seks 
selamat – seks tanpa penembusan atau menggunakan kondom. Hanya ada satu 
cara sahaja untuk memastikan pencegahan HIV melalui seks ialah dengan 
tidak melakukan seks langsung.
5.  MEREKA YANG MENYUNTIK DIRI SENDIRI DENGAN DADAH MEMPUNYAI RISIKO YANG TINGGI DIJANGKITI DENGAN HIV. 
HIV
 juga boleh dijangkiti apabila kulit tercedera atau dicucuk menggunakan 
jarum yang tidak steril picagari, pisau lipat, pisau atau lain-lain 
alat. Mereka yang menyuntik diri sendiri dengan dadah atau melakukan 
seks dengan pengguna-pengguna dadah adalah berisiko tinggi untuk 
mendapat jangkitan HIV. Lebih-lebih lagi, penggunaan dadah mengganggu 
pemikiran seseorang itu dan boleh membawa kepada kelakuan seksual yang 
berisiko, seperti tidak menggunakan kondom.
6.  HUBUNGI PEGAWAI KESIHATAN ATAU PUSAT HIV/AIDS UNTUK MENDAPATKAN KAUNSELING DAN UJIAN. 
Sesiapa
 yang mensyaki yang mereka mungkin telah dijangkiti HIV patut 
menghubungi pegawai kesihatan atau pusat HIV/AIDS untuk mendapatkan 
kaunseling dan ujian secara sulit. Ia adalah hak anda. (Artikel 24 daripda Konvensyen Hak-hak Asasi Kanak-kanak).
7.  HIV TIDAK BOLEH DIJANGKITI MELALUI SENTUHAN. 
HIV
 tidak boleh dijangkiti melalui: pelukan, berjabat tangan; hubungan yang
 biasa setiap hari; menggunakan kolam renang, tempat duduk tandas; 
berkongsi kain alas katil, peralatan makanan, makanan; nyamuk dan 
lain-lain gigitan serangga; batuk, bersin.
8.  SEMUA ORANG BERHAK UNTUK MENDAPATKAN BELAS KASIHAN DAN SOKONGAN. 
Mendiskriminasi
 terhadap mereka yang telah dijangkiti HIV atau sesiapa sahaja yang 
difikirkan mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan telah melanggar 
hak-hak kemanusiaan dan juga membahayakan kesihatan umum. Semua orang 
yang dijangkiti dengan atau menghadapi kesan HIV dan AIDS berhak 
mendapatkan belas kasihan dan sokongan (Artikel 2 daripada Konvensyen Hak-hak Asasi Kanak-kanak).
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan