Khamis, 6 Disember 2012

SEJARAH TANAH MELAYU DI JAJAH OLEH KUASA BARAT

Bumi ini harus terlepas dari belenggu penjajah, itulah tekad penduduk Tanah Melayu Apabila bendera 'Union Jack' diturunkan diiringi lagu God Save The Queen dan bendera Persekutuan dinaikkan, perasaan gembira dan terharu rakyat yang berhimpun di Padang Kelab Selangor Kuala Lumpur pada ketika itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Acara bersejarah yang menandakan berakhirnya era penjajahan di negara ini dan lahirlah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat pada tanggal 31 Ogos 1957. Tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (pada 31 Ogos 1957) telah diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 20 Februari 1956 di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.
 
Pemimpin yang bertanggungjawab membawa kemerdekaan kepada negara tidak lain Tunku yang digelar 'Bapa Kemerdekaan'. Kemerdekaan negara sememangnya dirintis oleh Tunku yang memulakan usahanya melalui rundingan dengan kerajaan British pada Januari 1956. Rundingan tersebut berlangsung selama 3 minggu daripada 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Kemudiannya pada 9 Mei 1957 Tunku sekali lagi pergi ke London bersama Datuk Abdul Razak Hussain, Ong Yoke Lin dan V.T. Sambanthan untuk meneruskan rundingan. Kata sepakat dicapai dan British bersedia memberikan kemerdekaan. Peranan Tunku, Perdana Menteri yang pertama dalam membawa kemerdekaan Tanah Melayu sememangnya bukan sedikit.
 
Namun sebelum kemerdekaan dicapai oleh rakyat, pelbagai rintangan dan cabaran telah di harungi oleh pejuang-pejuang kemerdekaan. Segalanya perjuangan terakhir telah bermula setelah Jepun menyerah kalah. Selepas British menguasai semula Tanah Melayu, cadangan menubuhkan Malayan Union dikemukakan pada Oktober 1945. Sir Harold MacMichael telah datang ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan sultan supaya menyerahkan kuasa politik mereka kepada British. Pada 29 dan 30 Mac 1946 satu persidangan khas anjuran Kongres Melayu Se-Malaya diadakan di Kuala Lumpur. Buat pertama kalinya dalam sejarah nasionalisme Melayu, orang Melayu telah dengan lantang mengetepikan kepentingan kenegerian dan bersatu padu menentang rancangan Malayan Union. Kongres tersebut telah berjaya menggabungkan 41 pertubuhan Melayu pada masa itu dan kata sepakat diambil untuk tidak menerima cadangan Malayan Union.
 
Maka pada 1 April 1946 iaitu tarikh asal penubuhan Malayan Union, tidak seorang pun raja Melayu hadir di istiadat pelantikan Gabenornya, Sir Edward Gent. Ini menimbulkan kesedaran kerajaan British bahawa orang Melayu menentang rancangan politik tersebut dan akhirnya cadangan Malayan Union dibatalkan. Dengan pembatalan penubuhan Malayan Union, British sedar bahawa tanpa sokongan orang Melayu rancangan untuk mengadakan satu bentuk pemerintahan di negeri Melayu tidak akan berjaya. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan melalui satu perjanjian yang ditandatangani pada 21 Januari 1946 yang dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
 

Dalam masa yang sama gerakan nasionalis semakin berkembang. Pada 11 Mei 1946 Kongres Melayu Se-Malaya diadakan di Johor Bahru berikutan resolusi yang dipersetujui di Kuala Lumpur (untuk menubuhkan satu parti politik). Dalam kongres tersebut UMNO ditubuhkan. Selain UMNO, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) juga wujud sebagai parti yang berpengaruh dalam mendaulatkan bangsa Melayu. Pemimpin-pemimpinya termasuklah Ahmad Boestamam, Mohtaruddin Laso, Dahari Ali dan Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan Ishak Mohamad. Terdapat juga kumpulan politik bercorak lebih keislaman dikenali sebagai Hizbul Muslimin yang bermaksud Pertubuhan Kaum Muslimin. Dasar pertubuhan itu ialah menubuhkan sebuah 'Negara Islam'. Golongan ini mengasaskan satu pertubuhan politik iaitu Parti Islam Se-Malaya atau Pas dalam tahun 1951. UMNO diterima oleh British sebagai parti Melayu. Dalam tahun 1949 seorang pemimpin Cina, Tan Cheng Lock telah menubuhkan Persatuan Cina Tanah Melayu (Malayan Chinese Association) iaitu MCA. Pada 1952 MCA diterima oleh UMNO. MCA dan UMNO bersetuju bekerjasama dan menubuhkan Perikatan. Kemudiannya Kongres India Tanah Melayu (Malayan Indian Congress) iaitu MIC ditubuhkan dan terus menyertai Perikatan.
 
Bagi Sabah dan Sarawak perkembangan politiknya agak berbeza daripada negeri-negeri di Semenanjung. Sebelum 1841 kedua-dua negeri merupakan jajahan takluk kerajaan Brunei. Disebabkan beberapa pertimbangan dan keadaan politik, kerajaan Brunei telah menggadaikan Sarawak kepada James Brooke. Dalam tahun 1946 Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada British yang menjadi jajahan British sehingga 1963. Sabah juga digadaikan oleh kerajaan Brunei kepada sebuah syarikat dinamakan The British North Borneo Chartered Company. Syarikat itu memerintah Sabah dari 1881 hingga 1946 sebelum diserahkan kepada kerajaan British. Sabah dan Sarawak kemudiannya menyertai Rancangan Malaysia pada 1963.

TALI GANTUNG


Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung. 
Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam. 
Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi. 
'Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,' jelas Samuel. 
Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan. 
 
Apabila Rayuan Ditolak
Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan. 
Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas. 
Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri. 
Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi. 
'Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,' kata Samuel. 
Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak. 
'Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),' kata Samuel. 
Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.' 
Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini. 
Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai RM7.50. 
Hari Penggantungan
Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung 'poie dengan rela' setelah menunggu begitu lamo untuk hukuman dilaksanakan. 
'Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir. 
' Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,' katanya. 
Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir. 
'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat. 
Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman. 
' Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,' cerita Samuel. 
Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan. 
Bila Pintu Perangkap Renggang
Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik. 
Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter. 
Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara. 
Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat. 
Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung. 
'Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah. 
'Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos- bos saya dulu,' kata Samuel. 
Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah. 
'Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,' katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

SAAT MENGHADAPI KEMATIAN

Beberapa tahun ini saya ba­nyak memikirkan tentang kematian, dimana bagi saya ini me­rupakan satu masalah yang sangat pen­­ting untuk kita pelajari dan mengerti secara tepat. Ke­ma­tian merupakan suatu rea­­lita yang tidak da­­pat ditolak, cepat atau lambat, tua atau muda de­ngan segala cara, sakit, ke­­­celakaan atau­pun karena usia tua. Kita harus siap kapan saja dan di­ma­na saja. Sua­tu realita hidup yang be­gitu tra­­gis sekali dimana sesungguhnya hidup manusia itu be­gitu ren­tan dan singkat. Hans Baldung me­lukis sua­­tu lukisan yang diberikan judul: “Ting­kat-ting­kat kehidupan de­ngan ke­ma­ti­­an.” Ia ingin mengungkapkan mengenai tingkat kehi­dup­an di­ma­na ketika manusia la­hir dengan ke­a­­­­daan secara jasmani begitu indah, kemudian ke­can­tikan yang sem­purna didalam se­orang ma­nu­­sia da­lam kedewasaannya, selanjutnya berubah de­ngan tim­bul­nya keriput karena tua dan ak­hir­­­­nya men­jadi satu mayat yang begitu mengerikan. Se­muanya ini me­rupakan sesuatu yang tidak da­­­pat kita hindarkan sebagai manusia, kita semua men­ja­lani hi­dup dibawah bayang-bayang maut.
Di­sini terdapat beberapa sikap atau cara orang dalam menghadapi kematian:
1). Sikap yang naif. Orang berusaha menghindari membicarakan hal-hal yang se­­demikian karena itu hanya akan menimbulkan ketakutan/kesialan. Si­kap ini mirip se­perti burung onta yang ketika dalam ba­ha­ya menyembunyikan kepalanya ke­da­lam lobang dan mem­biar­kan tubuhnya masih ada. 2). Si­kap yang sangat “berhikmat.” Epikuros mengajarkan sa­­tu eti­ka yang sepertinya amat indah tetapi di­dalamnya humanistik atheis yang sangat menye­sat­­kan di­da­lam pandangan Kristen. Ia me­nga­ta­kan, “Ketika ki­ta takut mati berarti kita belum mati, dan ke­ti­­ka kita sudah mati, kita sudah tidak bi­­sa takut, karena itu kita tidak perlu takut mati.” Asumsinya adalah ketidakper­cayaan kepada ada­­­­nya Tuhan yang campur tangan mengurus kehidupan manusia seperti didalam kon­sep Kris­ten, ser­­ta adanya jiwa setelah kematian.
Apakah kematian itu, mengapa ada kematian dan bagaimana cara kita menghadapi ma­­­­­salah kematian? Kita akan melihat hal ini dalam dalam perspektif Kristen. Iman Kristen melihat ke­­ma­­­­tian sebagai sesuatu yang abnormal/sesuatu yang buruk sekali. Didalam kematian La­za­rus, di­katakan disitu bahwa Yesus menangis (Yunani: mengandung suatu kesedihan dan ke­ma­rah­­­­an ter­hadap kondisi manusia yang sebenarnya bukan diperkenan Tuhan). Allah menciptakan ma­­­­nu­sia supaya hidup bahagia dalam persekutuan dan menikmati rahmat Tuhan yang limpah, te­ta­­­pi ka­rena dosa manusia, kematian datang kedalam hidup manusia. Kematian harus dimengerti da­lam tiga rangkap arti yaitu bukan hanya ke­­­­matian secara fisik tetapi kematian rohani dan kekal. Ke­­jatuhan manusia dalam dosa meng­aki­bat­­­kan hubungannya dengan Allah terputus dan ia di­kua­­­sai oleh iblis sehingga mati secara ro­ha­ni, dan itu membuat manusia menjadi mahkluk yang di­­­penuhi dengan segala permasalahannya, ka­­­­re­na dosa sudah menghancurkan hidupnya. Maka ke­­­tika kematian fisik ti­­ba, itu berarti ha­bis­nya kesempatan untuk dipulihkan, dilepaskan dari hu­ku­m­­­an Tuhan dan di­se­la­­matkan. Ketika kita ma­­ti maka kondisi dalam do­­sa inilah yang akan kita ba­wa didalam ke­ke­­kalan, kita mati kekal. Inilah yang harus kita takuti! Kita tidak takut ke­­pada ke­ma­tian fisik te­­tapi yang kita takuti ialah kita memasuki kekekalan didalam kondisi yang ce­laka dan di­kuasai oleh dosa.
Semua pengajaran manusia tidak akan pernah membuat manusia lepas dari dosanya. Martin Luther pernah dalam pergumulannya melawan dosa hampir putus asa. Dia ingin selamat dan untuk selamat ia harus mencapai standar kesucian dan pun­caknya adalah mengasihi Tuhan. Na­mun ia tahu bahwa ia tidak sanggup dan kesim­pul­an­­­nya pas­ti binasa sehingga bagaimana mung­kin yang akan binasa dapat mengasihi yang akan mem­­­­bi­na­sakannya. Disinilah justru me­la­lui anugerah Tuhan ia dibenarkan oleh iman. Kristus di­da­­­lam kesempurnaan Allah dan manusia ma­ti menebus dosa ma­nusia. Ia menerima segala hu­kum­­­an yang harusnya ditanggung manusia dan didalam kuasanya Ia memiliki hidup yang tidak ber­­­kebinasaan yang ketika sengat maut mau meng­hancurkan justru kua­sa hidup menhancurkan, me­­­matahkan dan memberikan kemenangan ba­gi kita semua. Bangkit dengan tubuh ke­muliaan yang akan diberikan juga menjadi bagian kita se­hingga Ia akan disebut sebagai yang su­lung, yang pertama bangkit dari antara orang mati. De­mi­kian­lah me­re­ka yang berharap dan percaya ke­­­padaNya mendapatkan janji kebangkitan dari­pa­da ke­ma­tian, hi­dup yang tidak berkebinasaan. Kematian Yesus yang sudah meng­han­cur­kan kua­sa setan dan dosa secara sempurna mem­­berikan jawaban bagi permasalahan kita bahwa ke­­ma­tian bukan lagi menjadi sesuatu yang me­­­nakutkan, karena sengatnya sudah dipatahkan dan hi­­dup kita yang sementara, yang satu hari na­n­­ti akan mati akan dibangkitkan.
Dengan pengertian ini kita dapat meresponi realita ke­ma­­tian dan ba­gaimana kita men­ja­lani hidup ini dengan se­ba­ik dan sebijaksana mungkin. Ada be­be­­rapa point yang akan kita re­nung­kan bersama, yaitu: 1). Ke­­sadaran bahwa kematian me­rupa­kan masalah ter­besar yang ha­rus kita selesaikan mem­ba­wa kita pada urgensinya untuk mem­be­res­­­kan hu­bung­an kita dengan Tuhan. Mungkin ada orang yang sudah giat me­layani bahkan mung­­­kin men­­jadi hamba Tuhan, na­mun apakah se­sungguhnya hidup kita sudah di­lahirkan kem­bali? Paulus me­nga­takan, “Aku me­nga­wasi diri­ku, su­paya jangan setelah aku melayani Tuhan orang di­­se­­la­­mat­kan tetapi aku sen­­diri yang dito­lak.” Orang Reformed harus menjaga antara ke­man­­­tap­an ja­min­­an keselamatan dan sikap rendah hati yang mau mengevaluasi diri. Dua-duanya ti­­d­ak ber­ten­ta­ng­­an dan hal ini ha­rus kita miliki. Blaise Pascal mengatakan bahwa se­ka­lipun ma­­­nu­­sia begitu kecil tetapi manusia te­­tap lebih agung dari­pa­da alam semesta karena ia me­miliki ra­­sio dan sifat yang begitu mulia, na­mun ia begitu bodoh ka­rena jiwanya yang kekal dan ber­sifat sa­­ngat penting tidak sungguh-sung­guh dipikirkan secara se­rius dan dijaga.
2). Pemikiran akan sorga memberikan kita dorongan dan kekuatan yang be­sar un­­­tuk me­lakukan karya-karya besar bagi dunia ini. C.S. Lewis menga­ta­kan, “Jika anda membaca se­ja­rah maka anda akan mendapati bahwa orang-orang yang berbuat pa­ling ba­nyak bagi dunia ini ada­lah mereka yang paling banyak ber­pi­kir mengenai dunia yang akan da­tang. Mereka se­mua te­lah meninggalkan jejak mereka didalam du­nia ini karena pemikiran mereka diisi oleh sor­­ga. Justru ka­rena orang Kristen pada umumnya ti­dak lagi berpikir mengenai dunia yang akan da­tang maka me­reka menjadi tidak efektif dan ber­gu­na didunia ini.” Para pahlawan iman seringkali meru­pa­kan orang yang mempunyai ba­nyak pe­nya­kit, kelemahan dan hambatan tetapi mereka tidak dapat di­ha­langi karena pang­gil­an sor­gawi me­re­ka begitu jelas se­hingga me­reka tidak dapat diam se­ka­li­pun menghadapi ha­lang­an apa saja. Ini­­lah hal yang pa­ra­doks dan se­kaligus ironis! Justru ka­­re­na ki­ta terlalu sehat dan ba­nyak ke­sem­pat­­an untuk menikmati hidup akhirnya hidup kita men­ja­di sia-sia dan tersesali wak­tu tua. Dalam Flp 3:14; 20-21 dikatakan, “Aku melu­pa­kan apa yang telah di­be­lakangku dan me­ng­a­rah­kan diri ke­­pada apa yang dihadapanku, dan ber­lari-lari ke­pa­da tujuan un­tuk mem­per­oleh ha­di­ah, yaitu pang­gilan sorgawi dari Allah dalam Kristus Yesus.” Paulus ada­lah orang yang teguh sam­­pai pada ga­ris akhir dengan penuh kemenangan (diperjelas dalam II Kor 4:16-18).
3). Kesadaran bahwa setelah mati kita akan memperoleh hadiah atau hu­kum­an dari Allah, itu memberikan pada kita sense of responsibility khususnya didalam kehidupan moral kita. Viktor Frankl melihat arti penting dari kematian didalam kehidupan manusia. Ia mengatakan, “Jika ma­nusia ti­dak dapat mati maka tentunya ia akan dapat dan di­­­be­narkan untuk menangguhkan se­tiap tindakan un­tuk waktu yang lama dan selama-lamanya. Ia ti­­­dak perlu membuat keputusan, ka­re­na apa yang ia putuskan tidak akan mem­be­­ri­­kan perubahan, karena masih ada kesempatan. Na­mun de­ngan adanya kematian sebagai ak­hir mutlak bagi masa depan dan pembatas bagi ke­mung­kinan ma­ka kita memiliki keharusan un­tuk tidak melewatkan satu peluangpun untuk me­la­ku­kan tin­dak­an yang dapat mempengaruhi seluruh hidup kita. Kesadaran akan ke­­­matian mem­buat kita serius dan sadar bahwa kita tidak akan berada terus-menerus dalam du­nia ini, se­hing­ga ke­pu­tusan yang kita buat mempunyai pertanggungja­wab­­an terhadap Tuhan. Dan itu juga mem­­be­ri­kan pada kita satu kerelaan untuk melayani tanpa dilihat ma­nusia. Ke­sa­dar­an inilah yang akan mem­buat mo­ral dan etika kita menjadi berbeda.
4). Pikiran akan sorgawi memberikan pada kita satu perspektif Calvin yang benar un­tuk me­ne­­­tapkan nilai hidup dan hikmat bagaimana membangun kehidupan kita yang paling berarti dan lim­­­pah. Rahasianya sudah ada dalam firman Tuhan yaitu dalam I Kor 7:29-31 dikatakan: “… se­­bab dunia seperti yang kita kenal se­ka­rang akan berlalu.” John Calvin memberikan suatu pan­dang­­an dimana sikap kita mem­pergunakan hal-hal dunia ini se­ha­rus­nya seperti seorang musafir yang pemikirannya terarah pa­da negeri sorgawi yang sedang kita tu­ju. Dengan demikian kita akan menjadi orang yang mem­punyai sikap siap rela melepaskan se­ga­la milik dan kenikmatan yang kita peroleh dengan tangan ter­buka sebagai persembahan pada Tuhan. Dan ketika kita mem­­­peroleh berkat nikmat, kita me­ne­rimanya sebagai pembangkit selera atas nik­mat sorga yang le­bih tinggi yang akan mengingatkan kita pada suatu ke­lim­pah­an yang lebih be­sar yang sedang me­nanti kita di­dunia yang akan datang. Ini­lah paradoks! Kalau kita tidak memiliki sikap demikian ma­­ka kita berada dalam kondisi ber­ba­ha­ya. Kita hanya mam­pu mengasihi ke­hi­dup­an kita yang se­sung­guh­nya ketika kita sungguh-sung­guh telah belajar meng­anggap rendah du­nia ini. Kita me­ne­­rima anugerah Tuhan ka­rena memberikan kenikmatan un­tuk kita nikmati te­ta­pi kita mengucap syu­­kur pada Tuhan dan itu tidak pernah mengikat lalu ke­tika kehilangan kita ang­­gap bahwa Tuhan kita yang hilang dan Tuhan tidak penting. Waktu itulah ba­ru nyata mana yang penting! Se­orang yang berusia 28 tahun ber­nama Jim Elliot mengatakan sa­tu perkataan yang sangat ter­ke­nal: “Orang yang melepaskan apa yang tidak dapat diper­tahan­kan dan me­me­gang erat apa yang ti­dak dapat direbut darinya bukanlah orang yang bodoh. Kalau kita ti­dak memahami dengan baik akan hal ini maka da­lam kehidupan kita se­ring­kali ter­jadi cekcok ka­re­­na hal-hal yang sepele, se­hing­ga hal yang pen­ting kita korbankan. Biarlah kita me­miliki ke­bijak­sa­­naan untuk melihat hal ini.
5). Selanjutnya kita akan melihat bahwa pemikiran sorgawi ini akan menolong dan meng­­ang­­kat kita mengatasi kehidupan yang tidak mudah dan memberikan kekuatan yang di­bu­tuh­kan un­­­tuk bersabar dalam kehidupan didunia ini sampai tiba waktunya Allah membawa kita kem­bali ke­ sorga. Didalam du­nia ini banyak orang yang susah dan memiliki banyak masalah tan­pa ter­ke­cuali orang yang mem­punyai materi. Sehingga orang baru dapat menerima seluruh rea­lita hidup yang berdosa ini jika ia memiliki satu pengharapan akan mendapatkan sesuatu yang le­bih indah. Ter­­­ka­dang didalam kekurangan orang justru itu menjadi suatu kelebihan/ anugerah yang semua orang se­­be­narnya tidak mau te­ta­pi kemudian setelah menjalaninya ia baru me­nya­dari bahwa itu anu­­ge­rah Tuhan.
Orang yang ti­dak mempersiapkan dan memikirkan kematian, sa­ya pikir ada­lah orang yang tidak siap hidup. Dengan pemahaman mengenai realita kefanaan, pen­­­carian me­nge­nai mak­­na kehidupan dan harapan dari Tuhan akan memberikan ke­pada kita sua­tu sikap di­mensi hi­dup dan satu standar hidup yang akan menjadikan kita ma­nusia se­sung­guh­­nya (Mzm 8). Biarlah kita tidak melupakan akan panggilan sorgawi, harapan sorga supaya ki­ta tahu hidup yang bijak­sana meng­anggap rendah apa yang memang sepele dan me­men­ting­kan apa yang me­mang ber­sifat ke­kal. Biarlah saat ini kita meresponi dan bertekad mem­per­ba­ha­rui hidup se­suai dengan apa yang telah diajarkan Roh Kudus melalui firman yang di­sam­pai­kan ham­ba­Nya. Amin.?

ISU CAKERA PARABOLA DI NEGERI SABAH

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Yee Moh Chai yang juga merupakan Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah pada 23 November 2012 membuat kenyataan menggesa Kementerian Penerangan. Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) untuk segera menyelesaikan isu berkaitan penggunaan cakera bola di Sabah. Beliau berpendapat kebebasan dalam akses pada maklumat melalui satelit perlu diwujudkan secara menyeluruh di Malaysia.

Terdahulu, Datuk Dr Yee mendakwa perkembangan ini sebagai langkah KPKK mewujudkan monopoli untuk memperkayakan individu tertentu. Dakwaan Datuk Dr Yee menggambarkan seolah olah kerajaan menyekat kebebasan rakyat di Sabah untuk mendapat akses maklumat melalui cakera parabola. Timbalan Menteri KPKK pernah membuat kenyataan balas kepada dakwaan Datuk Dr Yee tetapi beliau tidak berpuashati kepada kenyataan balas itu. Khabarnya, Datuk Dr Yee kecewa dengan statistik  kadar penembusan internet di Sabah yang masih jauh ketinggalan dari sasaran 50% yang ditetapkan oleh KPKK di seluruh Malaysia.

CTS difahamkan Kerajaan sedang menyediakan kertas kerja mengenai cadangan pengunaan cakera parabola di kalangan individu terutama di Sabah dan Sarawak. KPKK dan SKMM akan mendapatkan pandangan daripada semua pihak sebelum kertas kerja itu disediakan untuk diangkat kepada Jemaah Menteri. Undang-undang sedia ada berkaitan pengunaan cakera parabola masih terguna pakai sehingga ada sebarang keputusan untuk mengubahnya oleh kabinet.

Mengikut undang-undang sedia ada, mana mana pihak yang mahu menggunakan atau memasang satelit parabola perlu mendapatkan lesen dan dalam keadaan tertentu pengecualian diberikan kepada pengguna parabola di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Cakera parabola tergolong sebagai barangan larangan dalam Jadual Kedua, Butiran 23 dan 24, Perintah Kastam (Larangan mengenai import) 2008 dan memerlukan permit import daripada SIRIM Berhad.

Ada sesuatu CTS rasakan tidak kena dengan dakwaan daripada Timbalan Ketua Menteri Sabah ini. Dakwaan ini memberikan gambaran seolah-olah kerajaan pusat khasnya KPKK meminggirkan kepentingan rakyat Sabah di dalam soal mencapai akses maklumat. Timbalan Menteri KPKK yang berasal daripada Sarawak digambarkan sebagai tidak memahami keadaan sebenar keperluan pengunaan cakera parabola kepada penduduk Sabah dan Sarawak. Pembangkang mampu memanipulasi isu ini untuk mendapat manfaat dan sokongan politik daripada rakyat Sabah dan Sarawak.

Apa yang CTS dapat lihat adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah dilihat sebagai keliru di antara maklumat yang boleh dicapai di antara cakera parabola dan jalur lebar. Usaha berterusan yang dilakukan oleh kerajaan ini memerlukan masa untuk lebih menyeluruh di seluruh negara khasnya di Sabah dan Sarawak yang mempunyai bentuk mukabumi dan keadaan geografi yang menyukarkan kerja-kerja penyediaan kelengkapan jalur lebar. 

Kerajaan menerusi SKMM telah menjalankan pelbagai usaha berterusan untuk meningkat kadar penembusan jalur lebar khasnya di Sabah dan Sarawak dan ini membuktikan bahawa Sabah dan Sarawak tidak dianaktirikan di dalam soal pembangunan jalur lebar negara. Berdasarkan kepada peruntukan yang telah disediakan, Sabah mempunyai peruntukan yang lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.

KERAJAAN SABAH MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT MENGGUNAKAN CAKERA PARABOLA

Apa bezanya rakyat Sabah dengan rakyat di Semenanjung? Hinggakan mahu diberi kelonggaran agar penggunaan cakera parabola haram dibenarkan tanpa sekatan dan tapisan.Pisau pernah ke Sarawak dan Sabah ,disana kelihatan penggunaan cakera parabola agak meluas.

Kita faham keadaan muka bumi dan juga jauh ke pelosok pendalaman menyukarkan kadar penerimaan akses maklumat melalui tv dan internet.Namun melihat desakan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr. Yee Moh Chai yang juga merupakan Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah agar pihak SKMM dan KPKK membenarkan pengunaan parabola tanpa sekatan dengan pelbagai alasan adalah tidak masuk akal.


Sebagai seorang yang memegang portfolio yang membabitkan kemajuan teknologi dan pembangunan Sumber ,Pisau berasakan sudah pasti beliau mampu mendapatkan maklumat dan fakta yang jelas sebelum membuat kenyataan murahan seolah menjadikan rakyat Sabah  boleh berbuat apa saja tanpa sekatan.Jika mahu berlagak menjadi hero sekalipun biarlah jangan menjadi isu ini bola tanggung oleh haprak pakatan untuk menghentam kerajaan.



Datuk Dr Yee kecewa dengan statistik kadar penembusan internet di Sabah yang masih jauh ketinggalan dari sasaran 50% yang ditetapkan oleh KPKK di seluruh Malaysia.Kekecewaan beliau diluahkan tanpa membuat penyelidikan dan mendapatkan fakta yang betul.. Kenapa begitu pemalas untuk mendapatkan maklumat.



Secara jujurnya beliau harus mempertahankan KPKK dan juga SKMM yang sekarang ini melaksanakan projek meluaskan kadar penembusan ekses internet .Usaha kerajaan menghabiskan ratusan juta ringgit keuntuk rakyat Sabah ditongsampahkan oleh pemimpin ini.



Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Yee Moh Chai yang juga merupakan Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah pada 23 November 2012 membuat kenyataan menggesa Kementerian Penerangan. Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) untuk segera menyelesaikan isu berkaitan penggunaan cakera parabola di Sabah.


Beliau berpendapat kebebasan dalam akses pada maklumat melalui satelit perlu diwujudkan secara menyeluruh di Malaysia.

Apa kena mengena akses maklumat dengan penggunaan cakera parabola.Jika mahukan maklumat tak perlu guna cakera parabola haram. Ekses internetkan ada,kadar penembusan akses dah meluas..Untuk TV ..astro kan dah ada...Alasan untuk membangkitkan isu ini seolah rakyat Sabah dalam keadaan yang amat tertekan dan kerajaan seolah tidak mempedulikan kehendak mereka adalah satu yang tidak adil dan kita sendiri tidak tahu apa motif sebenar isu ini dibangkitkan..


 Pisau mendapatkan sedikit fakta untuk rujukan;



Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar, teknologi jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) telah mula diperkenalkan di Sabah pada tahun 2012. Satu ibu sawat sedang dalam pelaksanaan dan tujuh ibu sawat tambahan telah dikenal  pasti untuk di naiktaraf menjadi ibu sawat jalur lebar berkelajuan tinggi. Dianggarkan sebanyak 22 ribu port akan disediakan.



Sebagai tambahan, pihak Kerajaan akan melaksanakan Projek Rangkaian Teras Jalur Lebar Untuk Orang Ramai (BBGP) bagi meluaskan rangkaian teras berasaskan fiber di Sabah dan Sarawak. Bagi negeri Sabah, sebanyak 54 sambungan fiber telah dikenalpasti dan anggaran kos yang terlibat adalah RM133 juta. Melalui projek ini, capaian jalur lebar di kawasan pedalaman dapat diperluaskan dan menarik lebih ramai penyedia perkhidmatan untuk menawarkan perkhidmatan mereka kepada pengguna di Sabah.



Dari segi penembusan jalur lebar isi rumah, Sabah telah mencatatkan kadar penembusan 34 peratus setakat Oktober 2012. Ini adalah berdasarkan kepada nisbah jumlah isi rumah yang terdapat di negeri Sabah. Namun begitu, laporan Borneo Post pada July 2012 telah menyatakan bahawa 37 peratus daripada penduduk Sabah merupakan pendatang asing. Sekiranya faktor ini diambil kira, kadar penembusan jalur lebar boleh menunjukkan peratusan yang lebih tinggi sehingga 47 peratus.

Rabu, 5 Disember 2012

KHAWIN MUDA ANTARA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

Umum sudah tahu, kahwin adalah satu fitrah kejadian semulajadi manusia. Kahwin juga satu sunnah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Maka bila mana kita berkahwin, alhamdulillah, kita sudahpun mengikut salah satu daripada sunnah Nabi. Persoalan bagaimana kita melaksanakan sunnah itu juga perlu diberi perhatian dan penelitian yang mendalam. Topik kali ni rasanya cukup relevan dengan suasana kita sekarang. Suasana musim cuti yang akan datang beberapa hari lagi.
Senario “asal cuti sekolah atau cuti umum saja, berderet-deret kad jemputan yang bertempek di meja kita” seakan sudah lali bila tiba musimnya. Tak keterlaluan saya katakan, asal cuti saja, ada majlis kahwin, asal kahwin saja, mesti tengah cuti (dah masa cuti saja yang ada masa, ‘time’ ni la nak kahwin pun kan?).
Kahwin muda iaitu berkahwin pada usia yang muda. Berapa lingkungan umur yang kita boleh katakan sebagai muda? Iyalah, takkan 50 tahun pun kita masih katakan muda melainkan berkahwin isteri muda. Itupun isteri dia yang muda, dia tetap jua sudah berumur. Namun, ada yang berkata, “ape ade pada umur?”. Muda itu subjektif. Kalau dah diri rasa muda walaupun kulit dah berkedut sejuta, muda tetap muda sebab ianya lahir dari dalam diri yang sentiasa terasa muda. Betul ke?
Apa kebaikan atau keburukan kahwin bini muda?
Apa kebaikannya berkahwin muda? Jadi, saya ada beberapa kebaikan kahwin muda yang saya boleh senaraikan,  antaranya ialah:
  1. Meramaikan manusia atas muka bumi atau spesifiknya membanyakkan zuriat umat Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Nabi SAW bangga dengan umatnya yang ramai di hari akhirat nanti (sape tak nak jadi kebanggaan Nabi SAW kan?).
  2. Elak mendekati zina (ni memang tepat lagi jitu, yang halal dah ade, nape masih nak cari yang haram?)
  3. Mengurangkan dan menghapuskan gejala sosial (yela, sape nak marah kalau kite ‘berkepit-mepit’ ngn isteri sendiri, suke hati kami la..lalalalala)
  4. Membantu memberi ketenangan hidup yang maksima (iyela, dah ada yang tersayang di sisi, sejuk jer..)
  5. Ibadah yang berganda pahalanya dan lebih khusyu’ (tak perlu lagi risau awek akan dikebas orang..hikss)
  6. …
  7. …
Antara keburukan kahwin muda pula;
  1. Rumah tangga cepat bergoncang kerana kurang ilmu, kemahiran dan persediaan (lagi teruk kalau kes kahwin ‘terpakse’..adeh..).
  2. Rasa diri masih bujang (ini bahaye, sifat genetik gatalnya perlu dibendung perlahan-lahan..).
  3. ..
  4. …
Itu saja antara senarai yang sempat saya titipkan. Mungkin anda punya pandangan dan pendapat, sebab anda mungkin:
  • sedang merancang nak kahwin lari
  • anda juga kahwin muda
  • anda seorang ayah@ibu, yang punya anak nak kahwin muda
  • anda merancang nak ‘tambah’ cawangan yang muda(kalau ade..)
  • anda dah punya si abang @ si buah hati, tapi…
Anda sedang merancang perkahwinan? Pening memikirkan mana nak tambah duit untuk beli segala macam? Saya cadangkan panduan ini, mungkin boleh memberi anda idea untuk tambah duit belanja kahwin.

Ahad, 2 Disember 2012

MENGINTAI MUSIBAH DAN BALA DI ASIA TENGGARA

Jika diperhatikan kesimpulan pengertian firman Tuhan daripada dalam Al Quran, hadis-hadis Nabi dan kupasan pemikiran alim ulamak terhadap bala bencana yang besar dan mega, adakah negara kita tercinta ini telah sempurna memiliki ciri-ciri atau penyebab bencana itu terhindar atau mendapat jaminan pemiliharan Tuhan terhadapnya? Atau adakah sudah selayaknya dan pada bila-bila masa sahaja bala bencana dan mala petaka itu akan ditimpakan?

Cubalah kita perhatikan kupasan maksud yang terangkum dan memberi pengertian mengenai bala bencana itu di mana diantara maksud firman Tuhan bahawa, Tuhan akan menggantikan kelompok sesebuah masyarakat atau kaum itu dengan mendatangkan bala bencana kerana mereka engkar dan menyombong diri. Tuhan juga terlebih dahulu akan menghantar atau mewujudkan terlebih dahulu orang atau kumpulan pendakwah yang datang untuk memberi peringatan dan menasihati agar bertaubat dan kembali kepada perintah Allah sebelum bencana dan malapetaka diturunkan.

Turunnya bencana dan malapetaka itu adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menghapus atau melupuskan mahupun mempupuskan hamba-hamba yang derhaka yang melapaui batas takdir dan ketentuan Tuhan. Kita hanya melihat Kelantan sebagai sebuah entiti politik yang kecil serta kerdil dengan pemikiran yang dangkal. Tetapi apakah tidak mungkin itu adalah salah satu daripada petunjuk Allah sebagai amaran dan peringatan untuk kita yang mempunyai akal agar memikirkannya?

Mereka yang melampaui batas adalah yang mempersiakan hukum-hakam agama dan mempersendakannya. Mereka menyombong diri dan engkar kepada perintah dan mempersenda peringatan dan petunjuk Tuhan. Mereka mencipta peraturan dan undang-undang sendiri bagi memuaskan nafsu mereka mengikut kepentingan diri. Mereka memperlekeh para ulamak dan melantik ulamak jahat yang sanggup mengeluarkan fatwa ciptaan yang sesuai dengan nafsu mereka. Mereka menzalimi orang yang lemah dan orang yang tidak berdaya dari segi material, fizikal dan mental. Mereka menindas orang miskin. Perempuan-perempuan mereka pula hilang sifat malu dan suka memperagakan hiasan diri. Mereka adalah kaum yang mengutamakan dan berlebih-lebih dalam hiburan. Mereka menjadikan Yahudi dan Nasrani dan orang kafir yang bermusuh kepada Allah sebagai teman dan pemimpin mereka. Mereka melindungi pelaku kesalahan dan penjenayah kroni mereka. Mereka gemar membuat fitnah dan merampas hak orang lain.

Tuhan juga memberi amaran dengan sengaja mengurniakan rezki yang melimpah ruah kepada sesebuah negara atau masyarakat yang pemimpinnya zalim sehingga mereka bertambah zalim dan mensia-siakan dengan sengaja rezki yang dikurniakan itu. Mereka akan tidak bersyukur kepada Tuhan sehingga yakin rezki yang melimpah ruah itu adalah hasil dari kepintaran dan kebijaksanaan mereka. Mereka secara sedar atau tidak akan menafikan bahawa kesenangan dan kemewahan mereka adalah rahmat daripada Allah.

Tuhan juga menimpakan bala bencana dan mala petaka di tempat-tempat berhampiran dengan mereka sebagai amaran dan pengajaran agar mereka segera kembali ke pangkal jalan dan bertaubat ke hadirat Allah. Tetapi jika segala petunjuk yang telah Tuhan janji dan adakan masih tidak dirasakan, tidak nampak dan sengaja dipermain-mainkan maka akan sampailah waktunya bencana dan mala petaka itu dihadapi dan ditanggung oleh kaum atau sesuatu bangsa yang menyombong diri itu. Itulah janji Allah dan janji Allah tidak pernah mungkir.

Menilik kepada negara kita Malaysia yang tercinta ini, maka dapatkah kita menidakkan bukti-bukti dan petunjuk Tuhan itu? Bolehkah kita menafikan bahawa mala petaka dan bencana alam yang akan melupuskan tamaddun, tidak relevan dengan diri dan bangsa kita? Adakah kita benar-benar yakin bahawa negara kita adalah sebuah negara yang kaya dan makmur dan dirahmati Allah? Adakah kita berani mengatakan bahawa kita adalah diredhai Tuhan kerana mengikut segala perintah dan petunjukNya? Adakah kita yakin, kita tidak akan dikenakan bencana atau mala petaka kerana kita tidak zalim, kita adil, kita tidak mempersendakan agama dan kita tidak pernah berasa sombong.

Perhatikan pula adakah mala petaka dan bencana besar telah Tuhan datangkan kepada negara-negara jiran kita sebagai amaran kepada kita yang angkuh? Di sebelah barat kita, adakah bencana tsunami Aceh itu tidak relevan sama sekali dengan kita? Di selatan pula, siri-siri letusan gunung berapi di pulau Jawa yang mengorban ratusan ribu nyawa itu adakah hanya merupakan kebiasaan sahaja kerana negara itu berada dalam jaluran lingkaran gunung berapi yang aktif? Di sebelah timur pula, peristiwa pembunuhan beramai-ramai orang Islam oleh penganut Kristian di Ambon dan di pulau-pulau berdekatan adakah itu hanya merupakan masalah dalaman negara tetangga kita?. Begitu juga peristiwa pembunuhan penganut Islam di Selatan Thai dan Bangsa Moro Filipina. Jauh sedikit dengan negara kita, bencana kemarau dan banjir besar di India dan Cina, Bangaladesh, Australia dan tsunami serta kebocoran dan radioaktif bahan nuklear di Jepun itu adakah masih tiada kesan pengajarannya kepada kita?

Segala bencana itu kelihatannya kita merujuk kepada keyakinan terhadap dunia fizikal dan sains. Kita tidak lagi merujuk petunjuk agama seolah-olah agama kita serupakan dengan dunia atau alam mitos dan lagenda. Adakah kita malu untuk menjadikan petunjuk Al Quran dan hadis Nabi sebagai pegangan atau sebenarnya kita telah sombong dengan ilmu metafizik dan sains yang telah kita kuasai?

Perhatikan semula ciri-ciri petunjuk dan alamat daripada Al Quran dan hadis nabi serta kupasan ilmu daripada para ulamak. Jika anda mengerti, faham dan yakin maka bersedialah menghadapinya kerana janji Allah tidak pernah bohong. Allah telah menyatakan bahawa apabila bala bencana dan mala petaka ditimpakan kepada sesuatu tempat atau umat yang melampaui batas maka semua termasuk yang beriman juga akan berhadapan dan merasai kesengsaraannya. Hanya tahap penderitaan dan kesengsaraan itu saja yang berbeza di antara orang yang beriman dengan orang yang fasik, lalai, kafir dan orang yang zalim. Mereka merasai kesengsaraan dalam kadar yang ditentukan. Kepada yang munafik, kafir dan zalim tidaklah sama dengan orang-orang yang beriman.

Mengintai kepada keadaan negara kita yang tercinta ini maka jika telah selayaknya menerima hukuman Tuhan kerana segala ciri-ciri untuk dihukum dengan musibah telah pun ada maka rasanya apakah bencana yang tidak terduga ini akan melanda kita. Bayangkan kemungkinan ribuan malah ratusan ribu nyawa manusia akan mati tenggelam kerana banjir besar yang mungkin sahaja boleh berlaku di Kuala Lumpur atau seluruh negara. Atau kebakaran besar di kota metropolitan Kuala Lumpur dan runtuhnya bangunan-bangunan tinggi yang bergentil-gentil berdekatan di antara satu sama lain itu sehingga meragut puluhan ribu nyawa. Musibah lain yang tidak mustahil seperti pertumpahan darah dan korban nyawa yang ratusan ribu melayang akibat peperangan disebabkan pencerobohan tentera asing atau persengketaan sesama sendiri juga boleh berlaku. Belum lagi kemungkinan wabak penyakit yang mengakibatkan maut menyeluruh. Atau bencana ribut taupan yang meragut ratusan ribu nyawa. Semua kebarangkalian ini adalah tidak mustahil di sisi Tuhan apabila Dia berkehendak dan murka kerana kesombongan bangsa Melayu atau Malaysia yang telah melampaui batas.

Maka ketika itu, untuk memerhatikan maksud peringatan Tuhan bahawa nikmat Tuhan yang mana lagi yang kamu dustakan adalah sudah terlambat. Seharusnya malah semestinya ketika inilah kita memperbetulkan landasan hidup dengan nilai tamadun manusia dunia dengan mengikut petunjuk Tuhan iaitu kembali mengamalkan peradaban tamadun dan perundangan Islam yang Tuhan redhai sementara kita masih berkuasa sebelum sifat kesombongan terus menguasai diri dan sebelum bencana dan mala petaka itu ditumpukkan ke atas kepala kita

BERSANGKA BAIK TERHADAP NIKMAT DAN MUSIBAH

Firman Allah SWT: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)
Orang yang beriman hendaklah meyakini setiap perkara yang berlaku ke atas dirinya sama ada baik atau buruk, semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT sejak azali lagi.
Jika kita berdoa kepada Allah SWT, maka hendaklah bersangka baik jika hajat tidak dimakbulkan. Mungkin Allah SWT mahu beri yang lebih baik”
Jika ditimpa masalah dan musibah, hendaklah kita yakin bahawa di sebalik musibah itu ada hikmahnya tersendiri. Justeru, hendaklah kita bersifat reda kepada ketetapan Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW: “Tidak ada seorang Muslim pun yang mengalami penderitaan, kepenatan, kesakitan, kesulitan, kesedihan dan kebimbangan yang merunsingkannya melainkan dihapuskan sebahagian daripada kejahatannya.” (Riwayat Muslim)
Begitu juga sebaliknya apabila kita diberi nikmat rezeki, maka hendaklah sentiasa berfikir dan bermuhasabah diri, apakah hikmah di sebalik ujian rezeki yang Allah SWT kurniakan ini. Janganlah lupa bersyukur kepada-Nya dengan cara membayar zakat dan bersedekah.
Ini termasuklah nikmat kuasa di tangan yang dikurniakan dan dipinjam seketika oleh Allah SWT supaya digunakan sebaik mungkin untuk kepentingan bersama dan tidak menindas orang bawahan.
Apakah dengan adanya kuasa kita bebas membuat keputusan tanpa memikir hak orang lain atau menjatuhkan sesuatu hukuman berdasarkan kepentingan peribadi. Semua ini ada hikmah melihat sejauh mana kita menggunakan akal waras ketika diuji oleh Allah SWT dan seterusnya ganjaran pahala atau dosa sebagai habuannya.

Jika kita berdoa kepada Allah SWT, maka hendaklah bersangka baik jika hajat tidak dimakbulkan. Mungkin Allah SWT mahu memberi yang lebih baik daripada apa yang kita minta. Doa adalah ibadah zikir yang Allah SWT suka.
Diriwayatkan daripada Ibn an-Najjar: “Sesungguhnya malaikat Jibril diserahkan (tanggungjawab) memenuhi hajat-hajat Bani Adam. Apabila seorang kafir itu berdoa, Allah SWT berfirman: Wahai Jibril, sempurnakan hajatnya, sesungguhnya Aku tidak suka mendengar permohonannya. Dan apabila seorang hamba mukmin itu berdoa, Allah SWT berfirman: Wahai Jibril, tahan dulu hajatnya, maka sesungguhnya Aku suka mendengar permohonannya.”
Jika dikurniakan nikmat ilmu, hendaklah bersyukur dan menggunakan ilmu itu seterusnya mengajar kepada orang lain. Seorang guru tidak boleh mengharamkan ilmu yang telah diajar kepada anak muridnya, sama seperti bapa tidak boleh mengharamkan nafkah diberikan kepada anaknya.
Jika seseorang telah mengerjakan sesuatu amalan soleh, maka hendaklah dia bersangka baik dengan Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT akan menerima amalan soleh yang kita lakukan. Ada banyak hadis menyuruh umat Islam bersangka baik dengan Allah SWT ketika saat menjelangnya ajal.
Diriwayatkan, Nabi SAW pada suatu hari telah menziarahi seorang pemuda yang sedang sakit. Maka Nabi SAW bertanya pemuda: Bagaimana keadaan kamu sekarang? Jawab pemuda itu: Demi Allah aku mengharapkan rahmat daripada Allah kerana aku sangat takut disebabkan banyak dosa yang telah aku lakukan. Nabi SAW bersabda kepadanya: Tidak berhimpun dua perkara dalam hati seseorang melainkan diberi oleh Allah SWT apa yang diharapkannya dan dilepaskan dari apa yang ditakutinya.” (Riwayat at-Tarmizi)
Islam menyuruh kita bersangka baik sesama manusia. Menurut Imam al-Ghazali, apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak itu belum diberati dosa, sedangkan kita hampir setiap langkah berbuat dosa.
Apabila berdepan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia kerana ia lebih lama beribadah daripada kita. Ketika berjumpa dengan orang alim, anggaplah beliau lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang tidak kita ketahui, tetapi beliau mengetahuinya.
Jika melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa kerana kejahilannya sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.
Jika berjumpa orang jahat, janganlah anggap kita mulia atau lebih baik daripadanya tetapi katakanlah bahawa orang jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat memohon ampun atas perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana akhirnya.
Apabila berjumpa orang kafir, katakanlah dalam hati, si kafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin suatu hari nanti datang keinsafan dalam hatinya, dia memeluk Islam dan semua dosanya diampunkan Allah SWT.
Sedangkan kita sejak lahir lagi sudah memeluk Islam tetapi dosa terus dikerjakan dan pahala belum tentu lagi. Sehubungan itu, kehidupan ini pasti tidak ceria dan menarik jika tidak diuji dengan pelbagai dugaan.
Semuanya pasti ada hikmah tersembunyi. Marilah kita berdoa supaya termasuk dalam golongan orang berbaik sangka terhadap Allah SWT dan sesama manusia. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang terbaik dalam perhubungan dengan Allah SWT dan sesama manusia.

GEJALA RASUAH DI NEGARA MALAYSIA



Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya.

                Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.

                Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

                Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”.

                Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :
                “ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.

                Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
                “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”.                                                                                                                                                                                                  (al-Baqarah : 188)

PANDANGAN ISLAM MENGENAI RASUAH

Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud :
                “ Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”.
Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah  SWT  sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :
                “Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.
Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

PUNCA BERLAKUNYA RASUAH

Antara punca berlakunya rasuah ialah :
a)       Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.
b)       Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.
c)       Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.
d)       Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat  menyiapkan projek dan sebagainya.
e)       Politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

KESAN-KESAN RASUAH
Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.
Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan  wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.
Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh  menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH RASUAH

Antara langkah  mencegah rasuah adalah seperti berikut :
1.Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan JAtidiri
Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.

2. Mamasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan
-Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik  benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

3. Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman
Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

4.Memudahkan urusan menggunakan ICT
-Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan  supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan  proses.

KERAJAAN MALAYSIA PATUT DI LAYAN KAUM PENDATANG CINA DAN INDIA SEPERTI NEGARA INDONESIA DAN THAILAND

Saya terpanggil untuk memberi reaksi kepada kenyataan yang dibuat oleh Prof Dr. Teo Kok Seong, seorang pensyarah di Pusat Pengajian Bahasa dan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu dari Universiti Kebangsaan yang dimuatkan dalam Berita Minggu dua hari lalu.
Orang seperti Prof. Dr. Teo Kok Seong yang dilahirkan, dibesarkan dan mendapat pendidikan di Tanah Melayu ( kini Malaysia ) memahami dan menyedari bahawa beliau seorang tetamu di bumi yang ketuanannya adalah Melayu. Orang yang berpelajaran tinggi dan tinggi budibahasanya seperti Dr. Teo bolehlah dianggap sebagai saudara oleh orang Melayu kerana dari segi pemikiran dan tuturkata serta budibahasanya adalah orang Timur. Alangnya makmur dan amannya negara ini sekiranya rakyat bangsa Cina, India dan lain-lain bangsa pendatang memiliki pemikiran dan sikap seperti Dr. Teo ini. Orang seperti Dr. Teo ramai sekali di Kelantan. Mereka duduk di kampong Melayu, belajar mengaji bersama-sama anak-anak orang Melayu, berkain pelekat dan batek seperti orang Melayu…memang sukarnya nak bezakan yang mana satu Melayu dan yang mana satu Cina.
Sebagai orang yang berpelajaran dan tinggi budibahasanya, Dr. Teo berani menentang arus dengan pemikiran kebanyakan fikiran bangsanya sendiri – Cina. Ingin saya petik kata-katanya, “ orang tak suka saya bercakap mengenai perkara ini, tetapi saya masih nak cakap…sebenarnya kita ( masyarakat Cina) pendatang dan minoriti di sini, tetapi orang Cina kata tidak kerana kita sama-sama membina negara ini. Saya masih kata kita minoriti dan pendatang.”
Bukan senang untuk seorang bangsa Cina seperti Dr. Teo bercakap seperti di atas. Apa lagi dengan generasi bangsa Cina sekarang yang tidak tahu asal usul nenek moyang mereka yang datang ke Tanah Melayu ini. Generasi muda Cina dan kaum minoriti dan pendatang yang lain seperti India dan kaum seperti Kapal Singh inilah yang sering mempersoalkan ketuanan Melayu. Bukan sahaja bangsa Cina dari parti pembangkang seperti DAP dan PKR tetapi juga bangsa Cina dari MCA ( parti komponan BN ) sendiri.
Cepat sangat melenting bila orang Melayu memperkatakan dan mempertahankan hak ketuanan Melayu. Salah faham dan salah taksiran tentang ketuanan oleh kumpulan generasi muda pendatang ini tidak hairan kerana kebanyakkan mereka mendapat pendidikan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Maka pergaulan dan memahami bangsa Melayu adalah terhad.

Berlainan dengan Dr. Teo. Saya yakin beliau mendapat pendidikan di sekolah kebangsaan dan mempunyai ramai kawan bangsa Melayu. Beliau boleh berfikir dalam kerangka orang Melayu. Sebab itu dia ‘reti’ bahasa.
Saya juga bersetuju dengan nasihat beliau agar bangsa minoriti dan pendatang ini menjadi kaum yang baik dan menghormati negara ini yang bernama Persekutuan Tanah Melayu. Malaya pun Malay ( Melayu ).
Kaum pendatang dan minoriti Cina dan India (termasuk Singh) di negara ini patut bersyukur kalau di bandingkan kaum Cina di Indonesia dan Thailand. Orang Cina di Indonesia tidak dibenarkan sama sekali memakai nama Cina, jauh sekali mempunyai sekolah Cina. Keadaan yang sama juga di Thailand. Tetapi mereka jauh baik di negara ini, desak sedikit sahaja kerajaan sudah tunaikan. Sana sini ada sahaja sekolah Cina dan sekolah  Tamil. Apa yang sekolah kebangsaan dapat, semua sekolah Cina dan Tamil dapat. Sedangkan kalau mengikut Perlembagaan rasmi negara ini adalah bahasa Melayu dan kini dikenali sebagai bahasa Malaysia. Maka sekolah yang menggunakan bahasa pengantarnya bahasa Melayu/Malaysia sahaja yang sepatutnya mendapat bantuan penuh kerajaan. Tetapi apa terjadi sekarang, tuntutan demi tuntutan dibuat oleh kaum minoriti dan pendatang ini. Sehinggakan semua hak keistimewaan Melayu yang dilindungi oleh Perlembagaan juga mahu dikongsi sama. Adil ke?
Kerajaan tidak sepatutnya melayani semua kehendak bangsa minoriti dan pendatang ini. Tuntutan demi tuntutan tidak pernah ada penghujung. Sekiranya semua kehendak bangsa minoriti dan pendatang ini dilayan akhirnya mereka akhirnya menuntut hak sama rata dengan bangsa Melayu yang menjadi tuan (tuan rumah) kepada Tanah Melayu ini. Perasaan ingin memiliki dan menguasai dan tidak memperdulikan apa itu ketuanan Melayu, maka beranilah Lim Kit Siang dan Kapal Singh mencabar institusi Sultan.
Selepas PRU 12, DAP merasa mereka sudah mempunyai pengaruh di kalangan rakyat negara ini. Mereka sudah berani mencabar Ketuanan Melayu yang meliputi empat perkara, kuasa Sultan, hak keistimewaan orang Melayu, Islam sebagai agama rasmi da bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Dimulakan dengan Lim Kit Siang yang meminta pulaukan majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak dan menyebabkan orang Melayu marah. Lim Kit Siang cepat sedar dan mohon maaf. Sepatutnya DAP belajar daripada kesilapan yang dilakukan oleh Setiausaha Agung DAP ini.
Selang beberapa puluh hari sahaja, Kapal Singh  Pengerusi DAP pula tampil lebih keras dan biadab mencabar kuasa Sultan Perak di atas pemecatan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) , Datuk Jamry Sury, mempersoalkan juga teks titah yang dibaca oleh Yang Dipertuan Agung ketika merasmikan sidang parlimen baru-baru ini. Sebelum itu, beliau juga mempertikaikan ucapan Tengku Mahkota Kelantan ketika merasmikan Perhimpunan Melayu di PWTC. Hari ini pula beliau turut mempertikaikan campurtangan Sultan Selangor dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
Ternyata perkara `memperlecehkan’ institusi Sultan negara dianggap sudah melampau. Kapal menunjukkan kedegilannya dengan mempertahankan kenyataan ini. Sikap biadap begitu ditonjolkan sehingga menyebabkan Melayu tercabar dan terbakar. Orang Melayu tidak melihat perkara ini sekadar mempertikaikan kuasa Sultan, tetapi lebih besar ia mempertikaikan ketuanan Melayu itu sendiri. Sabar orang Melayu ada hadnya.  DAP melalui Pengerusinya Kapal Singh bermain api. Setiap hari dia mencurahkan minyak dan menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin menyala dan marak. Tanda bahaya semakin hari semakin membesar dan sekiranya sesuatu tidak dilakukan oleh pihak berkuasa maka api ini akan membakar hangus dalam hati orang Melayu.
Kebiadapan dan keangguhan pembangkang melalui DAP ini semuanya berpunca daripada manusia bernama Anwar Ibrahim. Orang bukan Melayu mendapat pengakuan daripada seorang Melayu yang menjanjikan senario lebih mesra kepada bukan Melayu. Melaui PRU 12 lalu, PKR menjanjikan kepada kaum minoriti dan pendatang untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Tun Razak selepas Peristiwa 13 Mei. Sudah tentulah kaum minoriti dan pendatang (tetamu) akan teruja kalau tuan rumah ( pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat ) menawarkan untuk berkongsi sama rata sama rasa apa yang ada dalam rumahnya. Kalau selama ini hanya duduk di anjung rumah, tetapi kini tetamu tadi bebas untuk duduk dan tidur di mana sahaja ceruk pelusuk rumah tersebut. Malah segala harta benda dalam rumah itu boleh dimilik bersama.
Jadi apabila Pakatan Rakyat tidak menjangka sama sekali boleh menawan 5 negeri, maka timbul perasaan ghairah mereka dan cuba menguji keadaan. Lim Kit Siang dan Kapal Singh yang sudah masak dalam politik tidak sepatutnya mengheret para penyokong mereka dalam konflik perkauman ini. Apakah peranan mereka sebagai pemimpin? Apakah pemimpin-pemimpin DAP seperti Kapal Singh ini mahu sikap kurang ajar dan biadap itu  ditiru oleh pengikut – pengikut DAP?
Jika sekiranya orang seperti Kapal Singh tak ‘reti’ bahasa untuk mohon maaf akan kebiadapannya, maka pihak berkuasa mestilah tidak bersikap pilih kasih untuk mendakwa beliau seperti rakyat lain yang didakwa kerana mengeluarkan kata-kata hasutan yang berbau perkauman. Kita mahu Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan 1948 digunakan ke atasnya sebagai pengajaran bukan sahaja kepada Kapal Singh tetapi kepada sesiapa juga yang cuba-cuba mempersoalkan Ketuanan Melayu di Tanah Melayu ini.
Dalam situasi sekarang ini, wajar juga kalau DAP memikirkan untuk menukar nama parti mereka kepada ‘biaDAP’ bagi memudahkan PRU 13 nanti para penyokong mereka mencari pemimpin yang ‘beraDAP’.

















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin