Khamis, 6 Disember 2012

ISU CAKERA PARABOLA DI NEGERI SABAH

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Yee Moh Chai yang juga merupakan Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah pada 23 November 2012 membuat kenyataan menggesa Kementerian Penerangan. Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) untuk segera menyelesaikan isu berkaitan penggunaan cakera bola di Sabah. Beliau berpendapat kebebasan dalam akses pada maklumat melalui satelit perlu diwujudkan secara menyeluruh di Malaysia.

Terdahulu, Datuk Dr Yee mendakwa perkembangan ini sebagai langkah KPKK mewujudkan monopoli untuk memperkayakan individu tertentu. Dakwaan Datuk Dr Yee menggambarkan seolah olah kerajaan menyekat kebebasan rakyat di Sabah untuk mendapat akses maklumat melalui cakera parabola. Timbalan Menteri KPKK pernah membuat kenyataan balas kepada dakwaan Datuk Dr Yee tetapi beliau tidak berpuashati kepada kenyataan balas itu. Khabarnya, Datuk Dr Yee kecewa dengan statistik  kadar penembusan internet di Sabah yang masih jauh ketinggalan dari sasaran 50% yang ditetapkan oleh KPKK di seluruh Malaysia.

CTS difahamkan Kerajaan sedang menyediakan kertas kerja mengenai cadangan pengunaan cakera parabola di kalangan individu terutama di Sabah dan Sarawak. KPKK dan SKMM akan mendapatkan pandangan daripada semua pihak sebelum kertas kerja itu disediakan untuk diangkat kepada Jemaah Menteri. Undang-undang sedia ada berkaitan pengunaan cakera parabola masih terguna pakai sehingga ada sebarang keputusan untuk mengubahnya oleh kabinet.

Mengikut undang-undang sedia ada, mana mana pihak yang mahu menggunakan atau memasang satelit parabola perlu mendapatkan lesen dan dalam keadaan tertentu pengecualian diberikan kepada pengguna parabola di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Cakera parabola tergolong sebagai barangan larangan dalam Jadual Kedua, Butiran 23 dan 24, Perintah Kastam (Larangan mengenai import) 2008 dan memerlukan permit import daripada SIRIM Berhad.

Ada sesuatu CTS rasakan tidak kena dengan dakwaan daripada Timbalan Ketua Menteri Sabah ini. Dakwaan ini memberikan gambaran seolah-olah kerajaan pusat khasnya KPKK meminggirkan kepentingan rakyat Sabah di dalam soal mencapai akses maklumat. Timbalan Menteri KPKK yang berasal daripada Sarawak digambarkan sebagai tidak memahami keadaan sebenar keperluan pengunaan cakera parabola kepada penduduk Sabah dan Sarawak. Pembangkang mampu memanipulasi isu ini untuk mendapat manfaat dan sokongan politik daripada rakyat Sabah dan Sarawak.

Apa yang CTS dapat lihat adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah dilihat sebagai keliru di antara maklumat yang boleh dicapai di antara cakera parabola dan jalur lebar. Usaha berterusan yang dilakukan oleh kerajaan ini memerlukan masa untuk lebih menyeluruh di seluruh negara khasnya di Sabah dan Sarawak yang mempunyai bentuk mukabumi dan keadaan geografi yang menyukarkan kerja-kerja penyediaan kelengkapan jalur lebar. 

Kerajaan menerusi SKMM telah menjalankan pelbagai usaha berterusan untuk meningkat kadar penembusan jalur lebar khasnya di Sabah dan Sarawak dan ini membuktikan bahawa Sabah dan Sarawak tidak dianaktirikan di dalam soal pembangunan jalur lebar negara. Berdasarkan kepada peruntukan yang telah disediakan, Sabah mempunyai peruntukan yang lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin