Saya terpanggil untuk memberi reaksi kepada kenyataan yang dibuat oleh
Prof Dr. Teo Kok Seong, seorang pensyarah di Pusat Pengajian Bahasa dan
Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu dari Universiti Kebangsaan yang
dimuatkan dalam Berita Minggu dua hari lalu.
Orang seperti Prof. Dr. Teo Kok Seong yang dilahirkan, dibesarkan dan mendapat pendidikan di Tanah Melayu ( kini Malaysia ) memahami dan menyedari bahawa beliau seorang tetamu di bumi yang ketuanannya adalah Melayu. Orang yang berpelajaran tinggi dan tinggi budibahasanya seperti Dr. Teo bolehlah dianggap sebagai saudara oleh orang Melayu kerana dari segi pemikiran dan tuturkata serta budibahasanya adalah orang Timur. Alangnya makmur dan amannya negara ini sekiranya rakyat bangsa Cina, India dan lain-lain bangsa pendatang memiliki pemikiran dan sikap seperti Dr. Teo ini. Orang seperti Dr. Teo ramai sekali di Kelantan. Mereka duduk di kampong Melayu, belajar mengaji bersama-sama anak-anak orang Melayu, berkain pelekat dan batek seperti orang Melayu…memang sukarnya nak bezakan yang mana satu Melayu dan yang mana satu Cina.
Sebagai orang yang berpelajaran dan tinggi budibahasanya, Dr. Teo berani menentang arus dengan pemikiran kebanyakan fikiran bangsanya sendiri – Cina. Ingin saya petik kata-katanya, “ orang tak suka saya bercakap mengenai perkara ini, tetapi saya masih nak cakap…sebenarnya kita ( masyarakat Cina) pendatang dan minoriti di sini, tetapi orang Cina kata tidak kerana kita sama-sama membina negara ini. Saya masih kata kita minoriti dan pendatang.”
Bukan senang untuk seorang bangsa Cina seperti Dr. Teo bercakap seperti di atas. Apa lagi dengan generasi bangsa Cina sekarang yang tidak tahu asal usul nenek moyang mereka yang datang ke Tanah Melayu ini. Generasi muda Cina dan kaum minoriti dan pendatang yang lain seperti India dan kaum seperti Kapal Singh inilah yang sering mempersoalkan ketuanan Melayu. Bukan sahaja bangsa Cina dari parti pembangkang seperti DAP dan PKR tetapi juga bangsa Cina dari MCA ( parti komponan BN ) sendiri.
Cepat sangat melenting bila orang Melayu memperkatakan dan mempertahankan hak ketuanan Melayu. Salah faham dan salah taksiran tentang ketuanan oleh kumpulan generasi muda pendatang ini tidak hairan kerana kebanyakkan mereka mendapat pendidikan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Maka pergaulan dan memahami bangsa Melayu adalah terhad.
Berlainan dengan Dr. Teo. Saya yakin beliau mendapat pendidikan di sekolah kebangsaan dan mempunyai ramai kawan bangsa Melayu. Beliau boleh berfikir dalam kerangka orang Melayu. Sebab itu dia ‘reti’ bahasa.
Saya juga bersetuju dengan nasihat beliau agar bangsa minoriti dan pendatang ini menjadi kaum yang baik dan menghormati negara ini yang bernama Persekutuan Tanah Melayu. Malaya pun Malay ( Melayu ).
Kaum pendatang dan minoriti Cina dan India (termasuk Singh) di negara ini patut bersyukur kalau di bandingkan kaum Cina di Indonesia dan Thailand. Orang Cina di Indonesia tidak dibenarkan sama sekali memakai nama Cina, jauh sekali mempunyai sekolah Cina. Keadaan yang sama juga di Thailand. Tetapi mereka jauh baik di negara ini, desak sedikit sahaja kerajaan sudah tunaikan. Sana sini ada sahaja sekolah Cina dan sekolah Tamil. Apa yang sekolah kebangsaan dapat, semua sekolah Cina dan Tamil dapat. Sedangkan kalau mengikut Perlembagaan rasmi negara ini adalah bahasa Melayu dan kini dikenali sebagai bahasa Malaysia. Maka sekolah yang menggunakan bahasa pengantarnya bahasa Melayu/Malaysia sahaja yang sepatutnya mendapat bantuan penuh kerajaan. Tetapi apa terjadi sekarang, tuntutan demi tuntutan dibuat oleh kaum minoriti dan pendatang ini. Sehinggakan semua hak keistimewaan Melayu yang dilindungi oleh Perlembagaan juga mahu dikongsi sama. Adil ke?
Kerajaan tidak sepatutnya melayani semua kehendak bangsa minoriti dan pendatang ini. Tuntutan demi tuntutan tidak pernah ada penghujung. Sekiranya semua kehendak bangsa minoriti dan pendatang ini dilayan akhirnya mereka akhirnya menuntut hak sama rata dengan bangsa Melayu yang menjadi tuan (tuan rumah) kepada Tanah Melayu ini. Perasaan ingin memiliki dan menguasai dan tidak memperdulikan apa itu ketuanan Melayu, maka beranilah Lim Kit Siang dan Kapal Singh mencabar institusi Sultan.
Selepas PRU 12, DAP merasa mereka sudah mempunyai pengaruh di kalangan rakyat negara ini. Mereka sudah berani mencabar Ketuanan Melayu yang meliputi empat perkara, kuasa Sultan, hak keistimewaan orang Melayu, Islam sebagai agama rasmi da bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Dimulakan dengan Lim Kit Siang yang meminta pulaukan majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak dan menyebabkan orang Melayu marah. Lim Kit Siang cepat sedar dan mohon maaf. Sepatutnya DAP belajar daripada kesilapan yang dilakukan oleh Setiausaha Agung DAP ini.
Selang beberapa puluh hari sahaja, Kapal Singh Pengerusi DAP pula tampil lebih keras dan biadab mencabar kuasa Sultan Perak di atas pemecatan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) , Datuk Jamry Sury, mempersoalkan juga teks titah yang dibaca oleh Yang Dipertuan Agung ketika merasmikan sidang parlimen baru-baru ini. Sebelum itu, beliau juga mempertikaikan ucapan Tengku Mahkota Kelantan ketika merasmikan Perhimpunan Melayu di PWTC. Hari ini pula beliau turut mempertikaikan campurtangan Sultan Selangor dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
Ternyata perkara `memperlecehkan’ institusi Sultan negara dianggap sudah melampau. Kapal menunjukkan kedegilannya dengan mempertahankan kenyataan ini. Sikap biadap begitu ditonjolkan sehingga menyebabkan Melayu tercabar dan terbakar. Orang Melayu tidak melihat perkara ini sekadar mempertikaikan kuasa Sultan, tetapi lebih besar ia mempertikaikan ketuanan Melayu itu sendiri. Sabar orang Melayu ada hadnya. DAP melalui Pengerusinya Kapal Singh bermain api. Setiap hari dia mencurahkan minyak dan menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin menyala dan marak. Tanda bahaya semakin hari semakin membesar dan sekiranya sesuatu tidak dilakukan oleh pihak berkuasa maka api ini akan membakar hangus dalam hati orang Melayu.
Kebiadapan dan keangguhan pembangkang melalui DAP ini semuanya berpunca daripada manusia bernama Anwar Ibrahim. Orang bukan Melayu mendapat pengakuan daripada seorang Melayu yang menjanjikan senario lebih mesra kepada bukan Melayu. Melaui PRU 12 lalu, PKR menjanjikan kepada kaum minoriti dan pendatang untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Tun Razak selepas Peristiwa 13 Mei. Sudah tentulah kaum minoriti dan pendatang (tetamu) akan teruja kalau tuan rumah ( pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat ) menawarkan untuk berkongsi sama rata sama rasa apa yang ada dalam rumahnya. Kalau selama ini hanya duduk di anjung rumah, tetapi kini tetamu tadi bebas untuk duduk dan tidur di mana sahaja ceruk pelusuk rumah tersebut. Malah segala harta benda dalam rumah itu boleh dimilik bersama.
Jadi apabila Pakatan Rakyat tidak menjangka sama sekali boleh menawan 5 negeri, maka timbul perasaan ghairah mereka dan cuba menguji keadaan. Lim Kit Siang dan Kapal Singh yang sudah masak dalam politik tidak sepatutnya mengheret para penyokong mereka dalam konflik perkauman ini. Apakah peranan mereka sebagai pemimpin? Apakah pemimpin-pemimpin DAP seperti Kapal Singh ini mahu sikap kurang ajar dan biadap itu ditiru oleh pengikut – pengikut DAP?
Jika sekiranya orang seperti Kapal Singh tak ‘reti’ bahasa untuk mohon maaf akan kebiadapannya, maka pihak berkuasa mestilah tidak bersikap pilih kasih untuk mendakwa beliau seperti rakyat lain yang didakwa kerana mengeluarkan kata-kata hasutan yang berbau perkauman. Kita mahu Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan 1948 digunakan ke atasnya sebagai pengajaran bukan sahaja kepada Kapal Singh tetapi kepada sesiapa juga yang cuba-cuba mempersoalkan Ketuanan Melayu di Tanah Melayu ini.
Dalam situasi sekarang ini, wajar juga kalau DAP memikirkan untuk menukar nama parti mereka kepada ‘biaDAP’ bagi memudahkan PRU 13 nanti para penyokong mereka mencari pemimpin yang ‘beraDAP’.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan