Jumaat, 14 Disember 2012

KISAH RAJA KUALA MUDA




Tahun 1876 Masihi Raja Maha Besar Benua Siam Sultan Nai Long Luang Jaafar Madazam Syah dikhabarkan gajah-gajah mabuk memusnahkan harta benda rakyat lantas Raja Daerah Kota Kuala Muda mengundang baginda Sultan Jaafar melawat ke kawasan gajah mabuk itu.Pada ketika itu Raja daerah Kota Kuala Muda ialah Paduka Seri Sultan Abdul Hamid. Jemputan pun diterima, baginda Sultan Jaafar tiba tetapi yang meyambut baginda hanya laki-laki sahaja, tiada seorang pun perempuan dan budak-budak. Maka orang-orang yang menyambut itu menangkap Sultan Jaafar dan diikat kemas tangan dan kaki baginda lalu diserahkan kepada tentera Rama V Chakri Sokho Thai Chula Luang Khun di Kampung Ruwat, Yan, Kedah. Tempat menyambut baginda itu dinamakan Bujang atau terjemahannya puak derhaka.

Sultan Jaafar dibawa ke tempat yang sudah direncanakan pembunuhannya. Baginda ditikam dengan segala senjata tajam tanpa belas. Namun Allah yang maha ajaib mendatangkan perkara yang ajaib, kulit tubuh baginda tiada luka dimakan besi-besi itu dan cukup membuatkan pihak musuh menjadi hairan.

Musuh tidak berputus asa, baginda dibawa kebelakang Balai polis Gurun dan dihumban kepada gajah-gajah baginda yang telah diberi makan ubi ara hingga mabuk. Habis patah tulang baginda dilumat oleh kaki-kaki gajah baginda sendiri walaupun kulit baginda tiada cedera. Berpindahlah baginda dari alam fana ini ke alam baqa. Inna lillah, Wa inna ilaihirajiun. Pembunuhan ini turut disaksikan oleh Thai,Inggeris dan Paduka Seri Sultan Abdul Hamid.

Kampung Tualang, kedengaran riuh sorak orang-orang mengusung sebuah talam perak berisi jasad Al-Marhum yang hancur berhias tali perut yang bercerai. Al-Marhum dikebumikan disamping ayahanda baginda Sultan Sayid Alang Alaudin. Hingga hari ini makam itu dipanggil orang tualang sebagai makam Tok Nai Long dan makam Tok Nai Lang yang mereka ini lah orang-orang Tualang anak cucu almarhum Sultan Nai Long Luang Jaafar Madazam Syah.

Ngeri peristiwa pembunuhan ini hingga hari ini tempat itu diabadikan dengan bahasa Benua Siam sebagai Khrun, atau pun Gerun maksudnya. Ruat pula bermaksud lubang jalan ke Wat Buddha tentera Thailand di Yan.

Maka Paduka Seri Sultan Abdul Hamid Halim Syah dianugerah oleh Rama V Chakri Sokho Thai Chula Luang Khun dengan di lantik menjadi Sultan Kedah Darulaman pada tahun 1881 Masihi. Sultan Ismail Kinta telah diberkas di Kampung Baling Kedah semasa baru sahaja pulang dari menyemadikan jenazah Almarhum Sultan Jaafar oleh penjajah Inggeris. Raja Abdullah pula menangkap Nai Ngah Ibrahim Menteri Larut Perak untuk diserahkan kepada pihak Inggeris.

Makam Raja Maha Besar Benua Siam Sultan Nai Long Luang Jaafar Madazam Syah Ibni Sultan Sayid Alang Alaudin (Long Jaafar Perak) terletak di Kg Tualang Kedah. Baginda di bunuh oleh raja wilayah Kuala Muda Kedah dan Bo Kong Raja Buddha Thailand Cula Luang Khun Rama V Chakri So Kho Thai di Gurun Kedah dengan cara diikat dan dibiarkan dipijak oleh gajah yang mabuk diberi makan ubi ara. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1876 di Gurun kedah. Maka berakhirlah pemerintahan Raja Benua Siam dan kesan-kesan sejarahnya dihapuskan habis-habisan oleh penjajah. Namun hari ini banyak kesan-kesan sejarah yang tiada dalam catitan sejarah negara sudah mula terbongkar.

Saturday, April 28, 2007

TUANKU SYED LONG JAAFAR IBNI SYED ALANG ALAUDDIN

PUTERA MAHARAJA BENUA SIAM ISLAM, NAGARA KEDAH PASAI MA

Setiapkali kita membaca artikel mengenai Sejarah Negeri Perak, sudah pasti nama Encik Long Jaafar ini disebut sebagai nama orang yang menjumpai bijih timah di Larut Perak dalam tahun 1848. Kononnya ketika menaikki gajahnya terlekat lumpur yang mengandungi bijih timah pada kaki gajahnya. Agak menarik cerita tahayul bagi menutup sejarah negara, memandangkan bijih timah telah lama menjadi sumber perdagangan jauh lebih awal dari tarikh tersebut misalnya di Kota Beruas dan Kota Lukud.

Mengikut tinjauan saya, pada ketika itu orang kebiasaan tidak mampu membeli dan memelihara seekor gajah sebagai kenderaan. Seekor gajah yang cukup terlatih pada masa itu sangat mahal harganya, mampu mencecah ribuan ringgit seekor, itu belum masuk menggaji orang yang menjaganya lagi. Mampukah seorang kebanyakkan yang belum menjadi Menteri seperti Encik Long Jaafar ini memiliki seekor gajah yang saya kira pada hari ini ibarat memiliki sebuah kereta Rolls Royce?

Jika kita lihat dari aspek sejarah, Perak pada ketika itu adalah dibawah jajahan Kedah, Ia bukan Kedah seperti hari ini tetapi Nagara Kedah Pasai Ma yang diperintah oleh orang-orang Siam Islam. Jajahannya kerajaan ini bukan saja daerah Perak (termasuk Selangor), malah Melaka (termasuk Johor dan Kepulauan Riau),Acheh,Champa Filipina hingga ke Timor Leaste.Sebelum campurtangan Inggeris untuk menubuhkan negeri-negeri Selat, Maharaja Siam Islam Negara Kedah ini masih lagi memerintah di Kedah dan bersemayam di Kota Meng Kuang (Bandar Darul Aman) Jitra Kedah.Akan tetapi dalam sejarah Negara kita hari ini, nama-nama mereka telah diketepikan dan dipadamkan dari sejarah negara.

Mereka ini dipersalahkan kononya pernah menyerang Kedah suatu ketika dahulu.Ini tidak benar kerana serangan keatas Kedah dahulu bukannya dilakukan oleh orang-orang Siam Islam tetapi oleh tentera-tentera Thai yang beragama Buddha. Sebelum itu, maharaja Siam Islam ini memerintah Empayar Ayuthia dan mereka kembali ke Kedah selepas Ayuthia di Bangkok itu di tawan oleh orang-orang Sukuthai (puak thai) dari LannaThai dalam tahun 1767. Hakikat ini jika kita nafikan seolah-olah kita menafikan Kesultanan Melayu Melaka itu sekali. Yang pastinya disini orang-orang siam itu adalah dari rumpun Melayu, bukan dari rumpun Mon Khmer.

Yang dikatakan sebagai Encik Long Jaafar ini adalah anakanda kepada Maharaja Siam Islam ketika itu bernama Syah Alam Yang Maha Mulia Syed Alang Alauddin. Nama ini kurang dikenali namun baginda lebih dikenali melalui gelarannya iaitu Panglima Bukit Gantang.Berbalik kepada Encik Long Jaafar ini, nama sebenar baginda ialah Tengku Syed Long Jaafar (bahasa Siam disebut Nai Long Jaafar).Baginda dilantik oleh ayahanda baginda Syah Alam Yang Maha Mulia Syed Alang Alauddin sebagai Menteri untuk mengawasi pengeluaran bijih timah di Larut. Apabila ayahanda baginda mangkat dalam tahun 1862 baginda ditabal di Berahman Indera (sekarang Balai Besar, Alor Setar) bergelar Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Jaafar Madzam Syah, Maharaja Benua Islam Siam Kedah Pasai Ma. Baginda kemudiannya melantik Ngah Ibrahim menggantikan tempat baginda.


Gambar Sultan Jaafar Madazam Syah di Kedah dari rekod keluarganya di Kedah. Baginda bernama Long Jaafar sebelum menaikki takhta Kerajaan Kedah yang mana jajahannya termasuk juga Perak

Gelaran Syah Alam yang Maha Mulia bukan direka-reka tetapi tertulis dalam buku Undang-Undang Kedah yang mula ditulis dalam tahun 220Hijrah (799 Masihi) semasa Sultan Sayyidina Ali wa maulana Sultan Jamal Al Alam Badrul Munir memerintah Acheh. Maksudnya, manuskrip undang-Undang Kedah ini sudah berusia 1208 tahun dan Acheh adalah jajahan Nagara Kedah pada ketika itu.(1)

Baginda Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Jaafar Madzam Syah, Maharaja Benua Islam Siam Kedah Pasai Ma yang terakhir, telah dibunuh oleh Inggeris dan Thai dengan kejam (dipijak dengan gajah sebagai teknik penghinaan Thai) di belakang Balai Polis Gurun dalam tahun 1876. Sebelum itu baginda dalam rangka lawatan ke Bujang untuk melihat lapuran bahawa candi-candi sedang di roboh dan ditimbus oleh Inggeris. Baginda murka kerana candi-candi tersebut dibina oleh keturunannya, Raja Merong Mahawangsa sewaktu datang dari Cina untuk menyebarkan syiar Islam. Baginda ditangkap di Bujang oleh tentera-tentera Thai dan di bawa ke Rhu Wat dan disiksa di sana. Tikaman demi tikaman keatas baginda tidak Lut, lantas baginda dibawa pula ke belakang Balai Polis Gurun dan dipijak dengan gajah hingga mati.


Kawasan inilah Sultan Jaafar Mad Azam Syah atau Long Jaafar, Sultan Kedah dibunuh oleh tentera Thai. Flat kakitangan Balai Polis Gurun boleh dilihat dicelah dahan-dahan pokok

Bermula dari tahun 1876-1881, thai dengan izin Inggeris menjajah Kedah dan memusnahkan artifak-artifak sejarah yang berkaitan dengan Maharaja Benua Islam Kedah dengan bantuan persenjataan oleh Inggeris. Pejuang-pejuang Melayu bangkit menentang mereka seperti Tok Janggut di Kelantan, Dato Maharajalela di Perak, Tunku Ibrahim (Penghulu Him) di Sungai Petani dan ramai lagi. Hari ini, makam Sultan Jaafar Mad Azam Syah teletak di Makam Di Raja Siam Islam, Kedah Pasai Ma di Kampung Tualang Kedah, bersebelahan dengan makam ayahanda baginda, Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang. Kubur yang dikatakan kubur Long Jaafar di Perak adalah palsu bagi menutup bukti sejarah.

1 – Kedah bukan jajahan Acheh kerana ayahanda kepada Sultan Jamalul Alam Badrul Munir bernama Merong Mahawangsa memerintah di Kedah bergelar Sultan Madzafar Syah I.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin