Apa bezanya rakyat Sabah dengan rakyat di Semenanjung? Hinggakan mahu
diberi kelonggaran agar penggunaan cakera parabola haram dibenarkan
tanpa sekatan dan tapisan.Pisau pernah ke Sarawak dan Sabah ,disana
kelihatan penggunaan cakera parabola agak meluas.
Kita faham keadaan muka bumi dan juga jauh ke pelosok pendalaman menyukarkan kadar penerimaan akses maklumat melalui tv dan internet.Namun melihat desakan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr. Yee Moh Chai yang juga merupakan Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah agar pihak SKMM dan KPKK membenarkan pengunaan parabola tanpa sekatan dengan pelbagai alasan adalah tidak masuk akal.
Sebagai seorang yang memegang portfolio yang membabitkan kemajuan teknologi dan pembangunan Sumber ,Pisau berasakan sudah pasti beliau mampu mendapatkan maklumat dan fakta yang jelas sebelum membuat kenyataan murahan seolah menjadikan rakyat Sabah boleh berbuat apa saja tanpa sekatan.Jika mahu berlagak menjadi hero sekalipun biarlah jangan menjadi isu ini bola tanggung oleh haprak pakatan untuk menghentam kerajaan.
Secara jujurnya beliau harus mempertahankan KPKK dan juga SKMM yang sekarang ini melaksanakan projek meluaskan kadar penembusan ekses internet .Usaha kerajaan menghabiskan ratusan juta ringgit keuntuk rakyat Sabah ditongsampahkan oleh pemimpin ini.

Datuk Dr Yee kecewa
dengan statistik kadar penembusan internet di Sabah yang masih jauh
ketinggalan dari sasaran 50% yang ditetapkan oleh KPKK di seluruh
Malaysia.Kekecewaan beliau diluahkan tanpa membuat penyelidikan dan
mendapatkan fakta yang betul.. Kenapa begitu pemalas untuk mendapatkan
maklumat.
Secara jujurnya beliau harus mempertahankan KPKK dan juga SKMM yang sekarang ini melaksanakan projek meluaskan kadar penembusan ekses internet .Usaha kerajaan menghabiskan ratusan juta ringgit keuntuk rakyat Sabah ditongsampahkan oleh pemimpin ini.
Timbalan Ketua Menteri
Sabah, Datuk Dr. Yee Moh Chai yang juga merupakan Menteri Pembangunan
Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah pada 23 November 2012
membuat kenyataan menggesa Kementerian Penerangan. Komunikasi dan
Kebudayaan (KPKK) untuk segera menyelesaikan isu berkaitan penggunaan
cakera parabola di Sabah.
Beliau berpendapat
kebebasan dalam akses pada maklumat melalui satelit perlu diwujudkan
secara menyeluruh di Malaysia.
Apa kena mengena akses maklumat dengan penggunaan cakera parabola.Jika
mahukan maklumat tak perlu guna cakera parabola haram. Ekses internetkan
ada,kadar penembusan akses dah meluas..Untuk TV ..astro kan dah
ada...Alasan untuk membangkitkan isu ini seolah rakyat Sabah dalam
keadaan yang amat tertekan dan kerajaan seolah tidak mempedulikan
kehendak mereka adalah satu yang tidak adil dan kita sendiri tidak tahu
apa motif sebenar isu ini dibangkitkan..
Pisau mendapatkan sedikit fakta untuk rujukan;
Bagi
meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar, teknologi jalur lebar
berkelajuan tinggi (HSBB) telah mula diperkenalkan di Sabah pada
tahun 2012. Satu ibu sawat sedang dalam pelaksanaan dan tujuh ibu
sawat tambahan telah dikenal
pasti
untuk di naiktaraf menjadi ibu sawat jalur lebar berkelajuan tinggi.
Dianggarkan sebanyak 22 ribu port akan disediakan.
Sebagai
tambahan, pihak Kerajaan akan melaksanakan Projek Rangkaian Teras
Jalur Lebar Untuk Orang Ramai (BBGP) bagi meluaskan rangkaian teras
berasaskan fiber di Sabah dan Sarawak. Bagi negeri Sabah, sebanyak
54 sambungan fiber telah dikenalpasti dan anggaran kos yang terlibat
adalah RM133 juta. Melalui projek ini, capaian jalur lebar di
kawasan pedalaman dapat diperluaskan dan menarik lebih ramai
penyedia perkhidmatan untuk menawarkan perkhidmatan mereka kepada
pengguna di Sabah.
Dari
segi penembusan jalur lebar isi rumah, Sabah telah mencatatkan kadar
penembusan 34 peratus setakat Oktober 2012. Ini adalah berdasarkan
kepada nisbah jumlah isi rumah yang terdapat di negeri Sabah. Namun
begitu, laporan Borneo Post pada July 2012 telah menyatakan bahawa
37 peratus daripada penduduk Sabah merupakan pendatang asing.
Sekiranya faktor ini diambil kira, kadar penembusan jalur lebar
boleh menunjukkan peratusan yang lebih
tinggi sehingga 47 peratus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan