Kita
 semua tahu bahawa Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel. 
Pendirian tidak mengiktiraf kewujudan Israel sebagai negara yang sah 
jelas melalui Pasport Malaysia yang membenarkan rakyat Malaysia masuk ke
 mana-mana sahaja negara di dalam dunia kecuali Israel. Kita tidak 
membuka Pejabat Kedutaan Israel dan tiada juga kita membenarkan 
pembukaan Kedutaan Israel di Malaysia.
 Pada separuh tahun pertama 2013, Laporan Perkembangan dan Trend Eksport Israel mencatatkan
 bahawa Malaysia berada di tangga ke-11 destinasi eksport Israel. 99% 
daripada barangan yang dieksport ke Malaysia adalah komponen elektronik.
 Jumlah dagangan Januari hingga Jun 2013 adalah NIS590 juta atau lebih 
kurang RM500 juta. Ekport komponen elektronik ini adalah daripada 
rantaian bekalan global Intel di mana kilang di Israel membuat cip-cip 
elektronik kemudiannya dieksport ke Malaysia untuk pemasangan cip dan 
komponen elektronik tersebut di fasiliti pemasangan dan percubaan (assembly and testing facilities) di Pulau Pinang dan Kulim. Maknanya di sini yang bertanggungjawab atas perdagangan Malaysia dengan Israel adalah Intel.

Walaubagaimanapun
 tidak ramai di kalangan kita yang mengetahui bahawa Malaysia mempunyai 
hubungan perdagangan dengan Israel. Maksud perdagangan ini adalah 
Malaysia ada mengeksport barangan ke Israel dan juga mengimport barangan
 dari Israel.
Pada tahun 
2012, Timbalan Menteri Perdagangan Antabangsa dan Industri Dato' Sri 
Mukhriz Mahathir (kini MB Kedah) mengakui bahawa Malaysia membenarkan 
perdagangan antara syarikat yang berpengkalan di Malaysia dengan Israel 
di dalam laman web sosial Twitter beliau seperti dibawah:
Despite private sect trade w/ Israel, can anyone dispute the consistency
 in wic Tun M & I condemn Zionists? Do we ever hear AI doing same?
— Mukhriz Mahathir (@MukhrizMahathir) February 22, 2012
When we approve FDI, its not for us to impose a condition dat they cant 
trade w/ Israel. Some r billion $ FDIs in opposition states
— Mukhriz Mahathir (@MukhrizMahathir) November 16, 2011
Much of Israel-Malaysia trade is electronic components/parts 
incorporated into machinery/equipment by large foreign companies 
operating here
— Mukhriz Mahathir (@MukhrizMahathir) November 16, 2011
Jadi ianya 
bukan lagi rahsia bahawa Malaysia sememangnya berdagang dengan Israel 
walaupun tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. 
Statistik 
daripada Jabatan Perangkaan Malaysia tidak menunjukkan nilai jumlah 
dagangan dan juga jenis dagangan yang dibuat antara Malaysia dengan 
Israel. Walaubagaimanapun data tentang barangan yang dieksport dan 
diimport oleh negara kita dengan Israel boleh diperolehi di laman web Central Bureau of Statistics Israel.
 Pada separuh tahun pertama 2013, Laporan Perkembangan dan Trend Eksport Israel mencatatkan
 bahawa Malaysia berada di tangga ke-11 destinasi eksport Israel. 99% 
daripada barangan yang dieksport ke Malaysia adalah komponen elektronik.
 Jumlah dagangan Januari hingga Jun 2013 adalah NIS590 juta atau lebih 
kurang RM500 juta. Ekport komponen elektronik ini adalah daripada 
rantaian bekalan global Intel di mana kilang di Israel membuat cip-cip 
elektronik kemudiannya dieksport ke Malaysia untuk pemasangan cip dan 
komponen elektronik tersebut di fasiliti pemasangan dan percubaan (assembly and testing facilities) di Pulau Pinang dan Kulim. Maknanya di sini yang bertanggungjawab atas perdagangan Malaysia dengan Israel adalah Intel.
Pada separuh tahun pertama 2013, Laporan Perkembangan dan Trend Eksport Israel mencatatkan
 bahawa Malaysia berada di tangga ke-11 destinasi eksport Israel. 99% 
daripada barangan yang dieksport ke Malaysia adalah komponen elektronik.
 Jumlah dagangan Januari hingga Jun 2013 adalah NIS590 juta atau lebih 
kurang RM500 juta. Ekport komponen elektronik ini adalah daripada 
rantaian bekalan global Intel di mana kilang di Israel membuat cip-cip 
elektronik kemudiannya dieksport ke Malaysia untuk pemasangan cip dan 
komponen elektronik tersebut di fasiliti pemasangan dan percubaan (assembly and testing facilities) di Pulau Pinang dan Kulim. Maknanya di sini yang bertanggungjawab atas perdagangan Malaysia dengan Israel adalah Intel.
Pertumbuhan 
eksport Israel ke Malaysia pada 1H 2013 juga adalah antara yang paling 
pesat iaitu pertumbuhan pada kadar 124% berbanding negara-negara lain.
Data untuk 
tahun 2013 pula menyaksikan Malaysia sebagai destinasi ekport Israel 
naik ke tangga ke-7 seperti yang dilaporkan didalam Developments and Trends in Israeli Export 2013.
 Seperti yang diterangkan di atas kebanyakan eksport ini adalah yang 
melibatkan satu industri dan rantai bekalan global Intel. Jumlah eksport
 Israel ke Malaysia pada tahun 2013 adalah NIS1.5bil atau RM1.4bil.
|  | 
| m/s 28 | 
Malaysia berada
 pada tangga ke-7 destinasi eksport utama Israel hanya di belakang USA, 
UK, China, Turkey, Netherlands dan Germany. 
Selain daripada
 Malaysia mengimport barangan dari Israel, kita juga ada mengekport 
barangan kita ke Israel. Senarainya amat panjang tetapi anda boleh 
merujuk jenis barangan dan nilai barangan berserta kod barangan yang 
dieksport dari Malaysia ke Israel di sini: Import from Malaysia 2013 - CBS Israel.
Dalam pada masa
 yang sama ada juga beberapa pihak telah mendedahkan perdagangan 
Malaysia dan Israel melalui syarikat perkapalan Zim World Shipping Sdn 
Bhd antara Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Ashdod di Israel. Kami 
menyarankan anda membuat carian sendiri tentang berita tersebut kerana 
kami cuba mengelakkan unsur-unsur politik di sini,
Jadi adakah 
negara kita antara penyumbang kepada Israel? Jawapan kami adalah ya. 
Intel Israel menjual barangan kepada Intel Malaysia yang kemudiannya 
menerima bayaran dan akan dimasukkan kedalam hasil dan keuntungan Intel 
Israel. Intel Israel kemudiaannya akan membayar cukai pendapatan 
korporat (24% daripada keuntungan kasar) kepada kerajaan Israel. 
Daripada cukai itu kerajaan Israel pasti akan memperuntukkan 
perbelanjaan mereka termasuklah perbelanjaan pertahahan yang akan 
disalurkan kepada Israel Defense Forces.
Ada yang akan berkata bahawa kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab kerana hubungan dagangan ini adalah B2B atau Business to Business dan bukannya G2G atau Government to Government. 
Kami bersetuju 
dan tidak menafikan hubungan dagangan Malaysia dengan Israel adalah B2B 
dan bukan G2G tetapi yang memberi kebenaran kepada syarikat-syarikat ini
 berdagang dengan Israel adalah kerajaan melalui Kementerian Perdagangan
 Antarabangsa dan Industri (MITI). Jika MITI tidak membenarkan perdagangan ini berlaku, maka ia tidak akan berlaku. 
Selain daripada
 komponen elektronik Intel, ada juga barangan lain yang dieksport dan 
diimport dengan Israel yang disenaraikan oleh Central Bureau of 
Statistics Israel di sini (eksport ke Israel) dan (import dari Israel).
 Ini bermakna MITI juga membenarkan syarikat selain Intel berdagang 
dengan Israel seterusnya memberikan hasil dan kelebihan ekonomi kepada 
Israel melalui cukai, peluang pekerjaan kepada warga Israel di atas 
tanah Palestin yang dirampas dan pembukaan kilang di penempatan haram 
Israel di atas tanah Palestin (Tebing Barat).
Kami 
mengalu-alukan kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 
Datuk Seri Mustapha Mohamed bahawa kerajaan akan memperhalusi hubungan 
dagang syarikat multinasional dengan Israel: Astro Awani
Kami seru 
mereka yang betul mahu-mahu negara kita tidak menyumbang kepada Israel 
supaya peka dengan hubungan dagangan antara Malaysia dengan Israel. Jika
 perlu diadakan perhimpunan aman untuk menuntut MITI menangguh (atau 
menghentikan) hubungan dengan Israel ia sangat dialu-alukan malah lebih 
baik daripada perhimpunan kurang aman di depan restoran makanan segera 
yang berlaku baru-baru ini.
Artikel 
berkenaan Intel akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Berapa jumlah 
nilai jualan Intel dari Israel ke Malaysia juga akan kami senaraikan. 
Ini tidak bermaksud kami memanggil anda untuk memboikot produk Intel (di
 dalam komputer, handphone dan lain-lain) tetapi tujuan utama adalah 
supaya kita boleh memberi tekanan kepada kerajaan untuk mengurangkan 
kebergantungan kita kepada Israel.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan