Allahu Subhanahu wa Ta’ala berfirman yang bermaksud :
Dan jangan sekali-kali engkau 
menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah
 itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara 
istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (A-li’Imraan 
3:169)
Firman Allah lagi,maksudnya:
(Dan juga) mereka bersukacita dengan
 kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada 
mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai 
(saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang 
masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada 
mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian 
yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan 
berdukacita. (A-li’Imraan 3:170)
Orang Yang Mati Syahid Sahaja Yang Mengharap Kembali Ke Dunia
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Tidak seorang pun yang telah masuk 
syurga, ingin kembali ke dunia walaupun bagaimana besar kekayaannya di 
dunia, kecuali orang yang mati syahid. Dia mengharapkan kembali ke dunia
 hingga dibunuh kembali sepuluh kali dalam (perang fisabilillah). Sebab 
kemuliaan (mati syahid) yg dilihatnya (yang diberikan kepadanya). “Dalam
 riwayat lain. “Sebab melihat keutamaan (kemuliaan) mati syahid.” (HR 
Bukhari dan Muslim)
Keberuntungan di kalangan ahli keluarga yang mati syahid dan orang yang bersungguh-sungguh untuk syahid
Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud :
“Seorang yang mati syahid dapat memberi syafaat (pertolongan) bagi tujuh puluh anggota keluarganya.” (HR. Ahmad dan Abu Dawud)
Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud :
“Sesiapa minta mati syahid kepada 
Allah dengan kesungguhan, nescaya Allah akan menyampaikannya ke tingkat 
orang-orang yang mati syahid, walaupun dia mati di tempat tidurnya.” (HR
 Muslim)
Wajah Para Pejuang Gaza di Palestin Yang Telah Syahid

;
 
 
   
 
 
   






 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan