SEBAGAI rakyat Malaysia, kami sebagai penduduk dan rakyat malaysia ingin tahu daripada pihak yang berkenaan mengapa rakyat tidak dibenarkan memasang parabola di kediaman masing-masing.
Pada pandangan kami, pihak berwajib sepatutnya membenarkan rakyat memasang parabola kerana ia boleh memberi kebaikan kepada rakyat untuk mengetahui perkembangan berita semasa.
Selain itu, rakyat juga akan berpeluang mengikuti berita luar negara dalam pelbagai bahasa yang boleh difahami dan dipelajari mereka.
Malah di negara-negara lain seperti Indonesia, Filipina, Laos, Myanmar, Vietnam dan Arab, pihak pemerintah membenarkan rakyat memasang parabola di kediaman masingmasing dengan memberi lesen yang sah.
Sebagai rakyat negara ini, kami pun ingin membeli dan memasang parabola di kediaman kami seperti rakyat negara lain.
Bagaimanapun kami berasa takut dan musykil untuk memasang parabola di kediaman kami dan ingin mendapatkan penjelasan pihak telekomunikasi terlebih dahulu.
Kami bimbang, jika kami memasang parabola, ia akan dirampas oleh pihak berkuasa selain dikenakan denda serta diheret ke mahkamah.
Namun kami ingin mempersoalkan kenapa dalam pihak berkuasa melarang rakyat memasang parabola, ada sesetengah pihak mengambil kesempatan memasang parabola di kediaman masing-masing secara tersembunyi dan haram.
Kami ingin tahu kenapa pihak telekomunikasi memberi lesen kepada universiti, kedutaan asing dan orang kenamaan memasang parabola. Malah Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang juga memasang parabola di belakang padang USM.
Kami juga tidak berpuas hati apabila terdapat sesetengah rakyat dengan berani memasang parabola secara haram dan terlepas daripada sebarang tindakan.
Kebanyakan yang memasang parabola adalah kaum Cina.
Perkara ini dapat dilihat di banyak tempat seperti rumah teres atau rumah dua tingkat terutamanya di pekan atau bandar raya.
Mengapa kami tidak dibenarkan menggunakan kemudahan yang sama di kediaman kami?.Apa yang saya lihat sekarang kebanyakan semua pasang parabola sepatutnya kerajaan malaysia celaka memberi peluang kepada rakyat satu malaysia melinat siaran tv dari luar negara.
Kami juga membayar hasil cukai kepada kerajaan seperti pihak lain.
Kami tidak membantah jika undang-undang kerajaan laksanakan adalah betul tetapi terdapat perbezaan di mana orang kenamaan dibenarkan memasang parabola sedang rakyat biasa dilarang berbuat demikian.
Sehubungan itu, kami meminta kerajaan membenarkan rakyat memasang parabola di kediaman masing-masing.
Kami berharap kerajaan akan mempertimbangkan permohonan kami supaya semua rakyat tanpa mengira kedudukan dan taraf dapat menikmati kemudahan menggunakan parabola.
Pada pendapat saya sepatutnya kerajaan malaysia celaka di beri peluang kepada semua rakyat satu malaysia dapat melihat siaran tv dari luar negara sepertimana negara-negara lain.Bagi saya tidak sepatutnya kerajaan malaysia menghalang rakyat malaysia memasang parabola tvro itu adalah hak rakyat bukan hak kerajaan.Sepatutnya kerajaan malaysia dan skmm memberi peluang kepada semua rakyat satu malaysia menggunakan parabola tvro dan tidak memerlukan astro hanya melihat siaran tv parabola tvro sahaja dan di beri lesen dengan secara yang sah kepada semua rakyat satu malaysia terutamanya kepada anak-anak yang belajar dari luar negara sekurang-kurangnya boleh dapat maklumat dari negara berkenaan mengenai perang atau gempa bumi sementara tv dari malaysia untuk menyampaikan berita kepada semua rakyat malaysia sekiranya parabola tvro boleh dapat dengan secepat yang mungkin maklumat yang di sampaikan dari negara berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan