Berlakukah keadaan seperti ini di Malaysia |
Selama ini pembangkang telah mewar-warkan kepada rakyat betapa zalimnya pemerintahan UMNO/BN. Siang malam mereka memberitahu kepada rakyat bahawa UMNO/BN telah menzalimi rakyat melalui ceramah-ceramah, road show atau media-media massa terutama media siber seperti Facebook, Twitter dan Blog. Tetapi mereka tidak menyenaraikan atau menerangkan bentuk kezaliman yang telah UMNO/BN lakukan terhadap rakyat. Kezaliman yang bagaimana telah UMNO/BN lakukan. Adakah dalam bentuk penyiksaan, pembunuhan, penderaan atau merampas harta rakyat ........???
Sarapan pagi yang digemari rakyat Malaysia |
Rakyat Malaysia bebas ke mana sahaja, Kelantan, Sabah, Sarawak, Johor dan lain-lain negeri di Malaysia tanpa ada apa-apa sekatan atau gangguan oleh kerajaan UMNO/BN. Rakyat Malaysia boleh makan minum apa sahaja, teh tarik, nasi lemak dan sebagainya. Rakyat Malaysia boleh memilik seberapa banyak kekayaan. Rakya Malaysia boleh membina rumah-rumah mewah, besar dan mahal. Rakyat Malaysia boleh memiliki barangan mewah seperti kereta, barang perhiasan, telefon serta segala macam barangan mewah. Bukan sahaja pemimpin-pemimpin UMNO/BN sahaja yang memiliki kemewahan. Pemimpin pembangkang juga ramai yang hidup dalam kemewahan malah ada yang membayar cukai sehingga RM1 juta setahun.
Menteri Besar Kelantan pun memiliki Mercedes |
Menteri Besar Kedah memiliki Mercedes berharga lebih RM600 ribu. Nik Aziz juga memiliki Mercedes dan sepanjang lebih 22 tahun menjadi Menteri Besar telah beberapa kali menukar kereta rasminya. Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor memiliki banglo yang tersergam indah yang mungkin berharga berjuta-juta. Malah dia mampu menyewa sebuah bas 2 tingkat lengkap dengan pemandunya untuk Penasihat Ekonomi Negeri selangor. Anwar Ibrahim walaupun telah dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri masih boleh ke luar negara beberapa kali dalam sebulan. Azmin Ali pula menurut Umi Hafilda dipercayai memiliki simpanan wang lebih RM20 juta. Dia juga memiliki beberapa kereta mewah. Di antaranya sebuah kereta sport berjenama Ferrari.
Rakyat Malaysia mampu makan di hotel-hotel |
Kerajaan UMNO/BN juga tidak pernah menyekat, menghalang, mengeluarkan apa-apa juga pekeliling dan surat arahan atau peraturan yang menyekat rakyat Malaysia terutama orang Islam untuk beribadat. Mereka boleh beribadat bila-bila masa setiap hari. Mereka boleh solat fardhu lima waktu sehari. Mereka boleh solat sunat sebanyak mana yang mereka mahu. Mereka boleh berpuasa selama mana yang mereka mampu. Masjid-masjid yang kerajaan bina boleh dikatakan setiap ceruk kampung untuk memberikan kemudahan yang selesa kepada rakyat untuk beribadat. Sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah dan pusat Tahfiz dan kelas-kelas farhu ain kerajaan tubuhkan dan diberi bantuan bagi memberikan kemudahan kepada rakyat Malaysia mempelajari dan menimba ilmu agama.
Antara orang terkaya di Malaysia |
Sekolah, universiti awam dan swasta, kolej komuniti, Pusat Pengajian Teknologi Tinggi, maktab dan pusat-pusat pembelajaran kemahiran yang tumbuh bagai cendawan sama ada yang dibina oleh kerajaan mahu pun swasta mampu memberikan ruang dan tempat kepada rakyat Malaysia menimba ilmu.
Kemakmuran dan ekonomi yang stabil telah merancakkan pembangunan dan dunia perniagaan berkembang pesat. Syarikat-syarikat perniagaan mampu melebar dan mengembangkan sayapnya sehingga keluar negara. Pelabur-pelabur asing terus melabur di dalam pelbagai sektor sebagai tanda mereka yangkin dengan perkembangan ekonomi Malaysia. Keadaan ini telah memberikan rakyat Malaysia ruang dan peluang mengumpul harta sehingga mampu melahirkan bukan setakat jutawan malah beberapa orang telah disenaraikan sebagai Billionaire.
Di bawah ini disenaraikan antara hasil atau kejayaan yang telah berjaya dicapai oleh kerajaan UMNO/BN akibat dari pemerintahan yang zalim dan menzalimi rakyat seperti mana yang diperkatakan dan war-warkan kepada rakyat.
Rumah mewah Menteri Besar selangor |
2. Pendapatan Per Kapita tahun 1970 RM1,070 sekarang RM29,225. Maklumat lanjut sila klik di sini.
3. Kadar Kemiskinan tahun 1970 – 49.3% sekarang 3.8%
4. Bilangan sekolah tahun 1970 – 5,109 buah sekarang 10,019 buah.
5.Bilangan universiti tahun1970 – 3 buah sekarang 59 buah.
6. Bilangan Hospital tahun 1970 – 126 buah sekarang 376 buah
7. Purata Jangka Hayat tahun 1970 - 63.6 tahun sekarang 74.1 tahun
8. Pelaburan asing tahun 1970 – RM212 juta sekarang RM32.9 billion.
9. Populasi tahun 1970 10.9 juta sekarang 28.4 juta
10. Kematian bayi bagi setiap 1000 kelahiran hidup tahun 1970 - 39.4 orang sekarang cuma 7 orang
11. Jumlah subsidi setahun RM33 billion. Bermakna setiap rakyat mendapat secara purata RM7,560 setahun subsidi seorang sama ada tua, muda dan pelbagai kaum.
Itu belum termasuk produk-produk terkini kerajaan seperti BRIM, KRIM, PRIMA, BBIM, KARISMA, KlIM, SLIM, SARA1, Menu Rakyat dan sebagainya.
Kejayaan NKRA. Baca sendiri dipautan ini. http://1malaysia.com.my/my/news_archive/gtp-berjaya-hasil-keputusan-paling-pantas-menerusi-enam-nkra/
Berjuta kereta Proton dimilik oleh rakyat Malaysia |
Ditubuhkan pulak Baitulmal, Mahkamah syariah , Pusat tahfiz, Universiti Islam, PERBANKAN ISLAM.
Kerajaan UMNO/BN juga mewujudkan sekolah khas untuk anak-anak yatim, rumah anak-anak yatim, rumah warga emas, bantuan kepada fakir miskin, subsidi baja kepada petani, subsidi diesel kepada nelayan.
Wooooh........jahat sungguh kerajaan UMNO/BN ni!
Malaysia juga menjadi ahli tetap OIC, Salurkan bantuan kepada Palestine, Bosnia, Afghanistan dan negara-negara Islam yang ditimpa bencana, beri bantuan kepada jabatan agama Bosnia [melatih dan mengajar mufti ] dan banyak lagi sumbangan-sumbangan Malaysia yang diterajui oleh UMNO/BN.
Wooooooo ... kejamnya kerajaan UMNO/BN! Kezaliman bertimpa-timpa.
Satu dunia sudah mengakui bahawa Malaysia yang diterajui oleh UMNO/BN adalah negara yang berjaya didalam dunia..
Ya Allah kejamnya kerajaan UMNO/BN. Takutnya aku, badan aku ini kurus kering sebab tak makan.... duduk pun tidak berbumbung, anak-anak tidak bersekolah, UMNO/BN tak buat sekolah, yang ade pun untuk anak-anak UMNO/BN sahaja, yang dapat bonus pun cuma orang-orang UMNO/BN sahaja, yang dapat durian runtuh pun orang-orang UMNO/BN sahaja, yang dapat kerjapun orang-orang UMNO/BN sahaja.
Memang zalim dan kroni betul kerajaan UMNO/BN. Kenapa KEJAM sangat UMNO/BN kepada rakyat Malaysia.....!!!! semua salah umno kejam sangat kerajaan ni….
Mata perlu digunakan untuk melihat. Telinga digunakan untuk mendengar. Mulut digunakan untuk berkata-kata. OTAK DIGUNAKAN UNTUK BERFIKIR.
Adakah anda telah menggunakan anggota badan ini yang telah dianugerahkan oleh Allah dengan sebaik-baiknya. Atau anda hanya menggunakannya untuk perkara-perkara yang menjadi fitnah dan berburuk sangka?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan