Allah
 telah mewajibkan hambanya untuk berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan 
untuk kebaikan dan kesejahteraan hidup manusia itu sendiri. Ibadat puasa
 ini sebenarnya telah difardhukan kepada umat-umat yang terdahulu 
sebelum umat Nabi Muhammad s.a.w. Dalam agama Yahudi dan juga Nasrani 
ada syariatkan berpuasa, begitu juga dalam agama yang tidak ada kaitan 
dengan agama samawi seperti hindu dan Buddha juga terdapat amalan 
berpuasa. Tetapi puasa mereka tentulah tidak bersesuaian dengan fitrah 
bersih sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah S.W.T. Ada setengah agama
 yang menganjurkan umatnya berpuasa berhari-hari tanpa berbuka dan ada 
pula yang terlalu ringan anjuran puasanya seperti berpuasa hanya pada 
malam hari atau berpuasa terhadap makanan-makanan tertentu sahaja. Islam
 dengan kebenaran risalahnya menganjurkan satu puasa yang amat sesuai 
dengan fitrah manusia tidak terlalu memberat dan tidak terlalu ringan 
sehingga meremehkan.
ANDA HARUS TAHU MENGAPA ALLAH MEWAJIBKAN ANDA BERPUASA
Allah
 S.W.T mewajibkan hambanya berpuasa kerana kasih dan sayangnya kepada 
kita. Disiplin, kesabaran, kasih sayang, komunikasi yang baik, zikrullah
 adalah elemen-elemen yang penting untuk mencapai al-Falah. Kesemua 
elemen itu ada dalam puasa. Kemuncak kepada pencapaian kesemua itu 
adalah takwa kepada Allah S.W.T.
Tujuan
 Allah mewajibkan hambanya berpuasa adalah untuk mencapai takwa. Orang 
yang bertakwa akan dapat mengendalikan nafsu shahwat yang menjadi punca 
kepada segala keburukan, dengan itu ia taat dan patuh kepada segala 
perintah Allah S.W.T. Salah satu cara untuk menundukkan hawa nafsu ialah
 dengan berpuasa. Firman Allah S.W.T dalam ayat 183 Surah al-Baqarah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Ertinya:
 Wahai orang yang beriman diwajibkan ke atasmu berpuasa sebagaimana 
diwajibkan kepada orang sebelum kamu semoga kamu bertakwa.
BICARA RASULULLAH TENTANG KELEBIHAN, AMALAN AMALAN UTAMA DAN TIPS MENCAPAI TAKWA
A.         KELEBIHAN BERPUASA
1.         PUASA MENYIHATKAN TUBUHMU
عن
 ابي هريرة رضي الله عنه قال. قال رسول الله صلي الله عليه وسلم: أَغُدُّوا
 تَغَنَّمُوا وَصُومُوا تَصِحُّوا وَسَافَرُوا تَسْتَغنوا(رواه الطبرانى فى الأوسط ورواته ثقات)
Maksudnya:
Lakukanlah
 sesuatu perkara pada waktu pagi nescaya kamu akan untung, berpuasalah 
nescaya kamu akan sihat, bermusafirlah nescaya kamu akan kaya.
Dunia
 perubatan moden hari ini menunjukkan dengan jelas tentang faedah 
berpuasa dalam merawat berbagai-bagai jenis penyakit seperti diabetes, 
obbesiti, masalah penghadaman pencernaan dan sebagainya. Adalah biasa 
kita melihat di katil-katil hospital perkataan ‘BERPUASA’. Faedahnya 
kepada orang sakit sebagai rawatan manakala kepada orang yang sihat 
sebagai pencegahan daripada datangnya penyakit.
2.         PUASA MENGUATKAN ROH DAN MENGALAHKAN NAFSUMU
Orang
 yang berpuasa akan ringan untuk melakukan ibadat diwaktu malam hari. 
Ini adalah kerana nafsu dapat ditundukkan dengan berlapar. Hakikat ini 
jelas dapat dilihat dimana pada bulan Ramadhan masjid-masjid akan 
dipenuhi oleh jemaah untuk solat terawih. Sabda Rasulullah s.a.w:
عن
 ابن مسعود رضي الله عنه قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يَا 
مَعْشَرَ الشَّبَابَ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ البَاءَة فَلْيَتَزَوَّج 
فَإنه اَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَاَحْصَنَ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَم يَسْتَطِع 
فَعَلَيْهِ بِالصَّوم فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ (رواه البخارى ومسلم)
Ertinya:
 Wahai para pemuda! Sesiapa yang mampu berkahwin antara kamu hendaklah 
ia berkahwin, kerana dengan itu terpelihara mata dan terkawal kemaluan. 
Sesiapa yang tidak mampu hendaklah berpuasa kerana dengan berpuasa 
terkawal nafsu.
3.         PUASA MELATIH DIRIMU MENGHARGAI NIKMAT ALLAH
Nikmat
 kesedapan sesuatu makanan sebenarnya hanya dapat dirasai secara 
maksimum oleh orang yang lapar. Orang yang sentiasa kenyang kurang 
menilai nikmat kesedapan. Sabda Rasulullah s.a.w:
عن ابي هريرة رضي الله عنه قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: للصائم فرحتان فرحة حين يفطر وفرحة حين يلقى ربه ( رواه الترمذي)
Ertinya:
 Orang yang berpuasa akan merasai dua nikmat kegembiraan, kegembiraan 
ketika berpuasa dan kegembiraan di saat bertemu Allah S.W.T.
4.         MELATIH DIRIMU BERSIFAT SABAR
Sabda Rasululllah S.A.W:
روي
 عن ابر هريرة رضى الله عنه قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: 
لِكُلِّ شَيئٍ زَكَاةً وَزَكَاةِ الجَسَدِ الصَّوم وَالصِّيَام نصف الصبر 
(رواه ابن ماجه)
Maksudnya: Setiap sesuatu mempunyai zakatnya dan zakat tubuh ialah berpuasa dan puasa itu adalah separuh dari kesabaran.
5.         DOA MU DI KABULKAN ALLAH
Sabda Rasulullah s.a.w:
ثلاث حق على الله ان لايرد لهم دعوة الصائم حتى يَفْطُر والمَظْلُوم حَتَّى يَنْتَصِرُ وَالمُسَافِر حَتَّي يَرْجِع( رواه البزار)
Maksudnya: Ada tiga golongan yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, iaitu: orang yang doa orang yang  berpuasa hingga ia berbuka, doa orang yang dizalimi sehingga ia ditolongi dan doa orang yang musafir hingga ia kembali
B.         BICARA RASUL TENTANG KELEBIHAN AMALAN PADA BULAN RAMADHAN
1.         PUASA PADA SIANGNYA DAN QIAMULLAIL PADA MALAMNYA DENGAN PENUH KEIMANAN DAN KEINSAFAN MENJADI SEBAB KEPADA MENDAPAT RAHMAT DAN KEAMPUNAN.
Sabda Rasulullah S.A.W:
عن
 ابي هريرة رضى الله عنه ان النبي صلى الله عليه وسلم قال: مَنْ صَامَ 
رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ 
ذَنْبِهِ (متفق عليه)
Maksudnya:
 Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keinsafan yang
 mendalam, maka Allah akan mengampuni dosanya yang telah lalu.
2.         ALLAH MENAWARKAN TAWARAN MEGA DENGAN MELIPATGANDAKAN PAHALA YANG TIDAK ADA PADA BULAN LAIN.
عن
 سلمان رضى الله عنه قال خطبنا رسول الله صلى الله عليه وسلم فى آخر يوم من
 شعبان : يآأيها الناس قَدْ اَظَلَّكُم شَهْرٌ عَظِيْمٌ مُبَارَكٌ شَهْرٌ 
فِيْهِ لَيْلَةً خَيْرٌ مِنْ اَلْفِ شَهْرٍ، شَهْرٌ جَعَلَ الله صِيَامه 
فَرِيْضَة وقيام ليله تَطَوُّعًا مَنْ تَقَرَّبَ فِيْهِ بِخِصْلَةٍ كَانَ 
كَمَنْ اَدَّي فَرِيْضَةً فِيْمَا سِوَاهُ وَمَنْ اَدَّي فَرِيضَة فِيْهِ 
كَانَ كَمَنْ اَدَّي سَبْعِيْنَ فَرِيْضَة فِيْمَا سِوَاهُ وَهُوَ شَهْرُ 
الصَّبْر وَالصَّبْر ثَوَابَهُ الجَنَّة.... الحديث ( رواه ابن حزيمة 
والبيهقى وابن حبان)
Maksudnya:
 Daripada Salman r.a. katanya Rasulullah s.a.w telah berkhutbah kepada 
kami pada suatu hari di akhir bulan Syaaban katanya: Wahai manusia kamu 
akan menempuh bulan yang agung yang penuh dengan keberkatan. Bulan di 
mana di dalamnya ada satu hari yang lebih baik dari seribu bulan iaitu 
malam Lailatul Qadar. Bulan dimana Allah mewajibkan siangnya untuk 
berpuasa dan qiam pada malamnya sebagai hadiah. Sesiapa yang mendekatkan
 diri kepada Allah dengan amalan sunat sama seperti melakukan ibadat 
fardhu. Dan sesiapa yang melakukan satu ibadat fardhu pahalanya sama 
seperti telah melakukan tujuh puluh kali ibadat fardhu dalam bulan-bulan
 yang lain. Bulan ini adalah bulan kesabaran. Dan kesabaran itu balasannya adalah syurga.
3.         TERDAPAT DI DALAMNYA SATU MALAM YANG DINAMAKAN MALAM LAILATUL QADAR.
Malam
 ini disebut oleh Allah S.W.T dalam surah al-Qadar sebagai satu malam 
yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang melakukan ibadat dan 
berdoa pada malam ini seolah-olah ia telah beribadat kepada Allah selama
 83 tahun iaitu seribu bulan. Allah akan mengampuni orang yang memohon 
ampun kepadanya pada malam ini dan mengabulkan segala permintaan orang 
yang berdoa pada malam ini. Sabda Rasulullah s.a.w:
عن عائشة رضى الله عنها قالت قال رسول الله صلى الله عليه وسلم " تحروا ليلة القدر فى العشر الأواخر من رمضان"
Maksudnya:
 Daripada Aisyah r.a katanya Rasulullah S.A.W bersabda: Carilah malam 
Lailatul Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadhan.
1.         BERSEDEKAH
Sabda Rasulullah s.a.w:
عن انس رضي الله عنه قال : يا رسول الله أي الصدقة افضل. قال صدقة فى رمضان ( رواه الترمذي)
Maksudnya:
 Daripada Anas r.a berkata beliau bertanya Rasulullah S.A.W: Wahai 
Rasulullah manakah sedekah yang lebih utama? Baginda menjawab sedekah 
pada bulan Ramadhan.
Rebutlah peluang untuk 
2.         MEMBACA AL-QUR’AN SECARA INTENSIF
Kedudukan
 seseorang disyurga ditentukan melalui banyak atau sedikit ayat-ayat 
al-Qur’an yang dibaca dan dihayati dalam hidupnya. Sesiapa yang paling 
banyak membaca dan menghayati isi kandungan al-Qur’an akan berada di 
kedudukan yang tinggi di syurga. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan 
al-Nasa’i bahawa Rasulullah S.A.W  banyak membaca al-Qur’an pada bulan Ramadhan, juga bertadarus dengan malaikat Jibril dan para sahabat. Sabda Rasulullah s.a.w:
عن
 عبدالله بن عمروا بن العاص رضي الله عنه قال قال رسول الله صلي الله عليه 
وسلم: من قام بعشر ايات لم يكتب من الغافلين ومن قام بمائة اية كتب من 
القانطين ومن قام بألف اية كتب من المقنطرين ( رواه ابو داوود وابن خزيمه)
Maksudnya:
 Sesiapa yang Qiamullail dengan membaca sepuluh ayat maka Allah tidak 
akan mencatatnya sebagai orang yang lalai, sesiapa yangmembaca seratus 
ayat maka Allah akan mencatatnya  sebagai orang 
yang taat, sesiapa yang membaca seribu ayat maka Allah akan mencatatnya 
sebagai jutawan ( Dari sudut pahala dan kedudukannya di syurga).
Telah
 warid dalam beberapa hadis bahawa rumah yang di dalamnya ada didirikan 
solat dan dibacakan al-Qur’an oleh penghuninya akan dikunjungi oleh 
Malaikat yang mendoakan ketenangan dan kesejahteraan pada penghuni rumah
 tersebut. Manakala rumah yang tidak ada di dalamanya orang yang solat 
dan membaca al-Qur’an di sifatkan oleh Rasulullah sebagai kubur, tiada 
keberkatan di dalamnya dan penghuninya merasa sempit dan tiada 
ketenangan.
3.         MENJAMU ORANG BERBUKA PUASA
Sabda Rasulullah s.a.w:
وروي عن سلمان رضي الله  عنه
 قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من فطر صائما على طعام وشراب من 
حلال صلت عليه الملائكة فى ساعات شهر رمضان وصافحه جبريل ليلة القدر ومن 
صافحه جبريل عليه السلام يرق قلبه وتكثر دموعه..... الحديث ( رواه ابو 
الشيخ بن حبان فى كتاب الثواب و الطبرانى فى الكثير)
Maksudnya:
 Sesiapa yang menjamu orang berbuka dengan makanan dan minuman dari 
sumber yang halal maka dirinya akan diselawati oleh Malaikat pada setiap
 waktu dibulan Ramadhan dan akan di salam oleh Jibril  pada
 malam Lailatul Qadar. Dan sesiapa yang disalami oleh Jibril pada malam 
tersebut tandanya ialah akan lembut hatinya dan banyak mengalirkan air 
mata kerana takut dan tamak kepada keredhaan Allah S.W.T.
4.         IKTIKAF
Iktikaf
 ialah berada di Masjid dengan niat iktikaf dalam keadaan suci dari 
hadas besar dan kecil. Semasa iktikaf kita melakukan berbagai-bagai 
ibadat seperti berzikir, membaca al-Qur’an tafakkur, mempelajari ilmu 
dan sebagainya. Sabda Rasulullah S.A.W:
عن
 ابي هريرة رضى الله عنه كان النبي صلي الله عليه وسلم يعتكف فى كل رمضان 
عشر ايام ولما كان عام الذي قبض فيه اعتكف عشرين يوما ( رواه البخاري)
Maksudnya:
 Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah beriktikaf pada
 tiap-tiap bulan Ramadhan selama sepuluh hari tetapi pada tahun baginda 
wafat, baginda beriktikaf selama dua puluh hari.
5.         MELAKUKAN SOLAT SUNAT TERAWIH DAN SOLAT SUNAT WITIR
Solat
 sunat terawih dilakukan selepas solat Isyak pada malam bulan Ramadhan. 
Ia boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian sama ada lapan 
atau dua puluh. Setiap dua rakaat satu salam. Kemudian diakhiri dengan tiga rakaat solat witir.
Cara Melakukan Solat Sunat Terawih
Lafaz Niat:
اُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْح رَكَعَتَيْنِ لله تَعَالَى.
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat terawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
6.         MELAZIMI QIAMULLAIL
Iaitu
 bangun diwaktu malam hari setelah tidur untuk beribadat kepada Allah 
dengan melakukan solat-solat sunat seperi solat sunat Tahajjud, solat 
sunat tasbih, solat sunat hajat, membaca al-Qur’an, berdoa dan berzikir.
 Paling minima sesorang itu Qiam pada bulan Ramadhan ialah dengan 
menunaikan solat Isyak dan solat subuh berjemaah. 
7.         MEMBANYAKKAN
 ZIKIR, ISTIGHFAR DAN DOA UNTUK DIRI SENDIRI, IBU BAPA ANAK-ANAK SERTA 
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT. ALLAH MENYURUH KITA BERDOA DAN IA BERJANJI AKAN 
MENGABULKANNYA. 
 DOA-DOA
 YANG SANGAT BAIK DIBACA DI SAAT HAMPIR BERBUKA PUASA (SEELOK-ELOKNYA 
MINTA SEMUA AHLI KELUARGA BERDOA BERSAMA-SAMA KERANA DISAAT ITU DOA AMAT
 MAKBUL
1.         DOA MEMOHON RAHMAT (DOA UTAMA PADA 10 AWAL RAMADHAN)
رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Maksudnya:
Wahai tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ( surah al-Kahfi ayat 10)
2.         DOA
 MEMOHON SUPAYA KETURUNAN KITA ORANG YANG MENDIRIKAN SOLAT SERTA DOA 
KESEJAHTERAAN MENYELURUH UNTUK SEMUA ORANG-ORANG BERIMAN: Ayat 40-41 
Surah Ibrahim
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ   رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Wahai
 Tuhanku jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap 
mendirikan solat, Ya Allah perkenankanlah doaku. Wahai Tuhan ampunilah 
aku dan kedua ibu bapaku dan sekelian orang-orang mukmin pada hari 
terjadinya kiamat
3.         DOA MEMOHON SUPAYA MENJADI ORANG YANG HIDUP CEMERLANG DUNIA DAN AKHIRAT
اَللَّهُمَّ اَصْلِحْ لِى دِيْنِى الَّذِى هُوَ عِصْمَةُ اَمْرِى وَاَصْلِحْ لِى دُنْيَايَ الَّتِى  فِيْهَا مَعَا شِى وَاَصْلِحْ
 لِى آخِرَتِى الَّتِى فِيْهَا مَعَادِى وَاجْعَلِ الحَيَاةَ زِيَادَةً لِى
 فِى كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلِ المَوْتَ رَاحَةً لِى مِنْ كُلِّ شَرٍّ  اَللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ  عُمْرِى آخِرَهُ وَخَيْرَ عَمَلِى خَوَاتِمَهُ وَخَيْرَ اَيَّامِى يَوْمَ اَلْقَاكَ فِيْه.
Ya
 Allah cemerlangkanlah urusan agamaku kerana ia akan menjaga urusan 
hidupku. Ya Allah perelokkanlah urusan duniaku kerana padanya aku 
menjalani kehidupan, Ya Allah cemerlangkanlah urusan akhiratku kerana 
padanya tempat kembaliku. Ya Allah jadikanlah kehidupanku didunia ini 
bertambah-tambah dengan kebaikan dan jadikanlah matiku nanti sebagai 
kerehatan daripada segala keburukan. Ya Allah jadikan sebaik-baik umurku
 ialah pada penghujungnya dan sebaik-baik amalanku ialah pada penutupnya
 dan sebaik-baik
 hari bagiku ialah disaat aku berjumpa denganmu ya Allah.
4.         DOA MENYELURUH MEMOHON 
KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
"Wahai Tuhan kami, berilah Kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah Kami dari azab neraka". (Surah al-Baqarah ayat 201)
5.         DOA MALAM LAILATUL QADAR. DIBACA SETIAP MALAM PADA BULAN RAMADHAN
اَلَّلهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
6.         DOA KETIKA  BERBUKA PUASA
اَلَّلهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْن 
D.        BICARA RASULULLAH TENTANG AMALAN YANG PERLU DIJAUHI DALAM BULAN RAMAADHAN
1.         Berbuka
 puasa tanpa sebarang keuzuran. Ia adalah dosa besar kerana berpuasa 
adalah rukun dan wajib keatas setiap mukallaf Sabda Rasulullah s.a.w:
عن
 ابي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال من أفطر يوما من 
رمضان في غير رخصة رخصه الله لم يقض عنه بصيام الدهر وان صامه ( رواه 
البخاري والترمذي)
Maksudnya:
 Sesiapa yang berbuka puasa Ramadan sehari tanpa sebarang keuzuran. Dia 
tidak akan dikira menunaikannya walaupun dia berpuasa sepanjang masa
2.         Bergaduh, bertikam lidah
عن
 ابي هريرة رضى الله عنه ان رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: قال الله 
عزوجل... فإن شاتمه احد او قاتله فليقل إنى صائم مرتين ( رواه احمد ومسلم 
والنسائي)
Maksudnya
 Allah S.W.T berfirman: Jika orang yang berpuasa dicaci atau dicabar 
untuk berkelahi maka hendaklah ia berkata “ Aku sedang berpuasa” 
sebanyak 2 kali
3.         Menjaga lidah dari mengumpat, melaknat, berdusta kerana ia akan mengurangkan pahala puasa mu Sabda Rasulullah S.A.W:
الصيام جنة فإذا كان يوم صوم احدكم فلا يرفث ولا يصخب( رواه البخاري)
Maksudnya: Puasa itu adalah perisai. Apabila seseorang itu berpuasa maka janganlah ia mencaci, memaki dan menghasut. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan