CARA-CARA KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA
Cara-cara Kekalkan Kebahagiaan Perkahwinan Anda | Seperti kita semua maklum, ketika sedang ‘hangat’ bercinta sebelum kahwin dulu, pasti hari-hari anda dan pasangan
 anda dipenuhi dengan saat-saat bahagia. Bak kata pepatah Inggeris “love
 is in the air”. Tapi selepas kahwin, lama-kelamaan, anda rasakan hubungan anda pasangan semakin hambar.
Ke mana hilangnya gelak-tawa dan senda-gurauan seperti dulu?
Dalam blog post kali ini, saya akan kongsikan bersama anda cara-cara 
bagaimana anda boleh terus kekalkan kebahagiaan anda hidup dalam 
berumahtangga. Apa yang penting, cuba amalkannya sedikit-demi-sedikit 
dalam kehidupan seharian anda cara-cara berikut. Pasti hidup anda akan 
lebih tenang dan bahagia di samping insan tersayang.
Cara-cara Kekalkan Kebahagiaan Perkahwinan Anda
Hidup Saling Lengkap-Melengkapi
Melayari bahtera perkahwinan bukanlah seperti kehidupan ketika anda bujang dulu. Ia memerlukan komitmen dan perkongsian hidup dalam pelbagai aspek. Sentiasalah ingatkan dalam diri anda bahawa perkahwinan yang bahagia boleh dicapai dengan anda saling melengkapi hidup pasangan anda. Bantu pasangan anda jika dia mempunyai masalah dan cuba atasi kelemahan dia.
Suami Libatkan Diri Juga Dalam Urusan Rumahtangga
Sebagai suami, anda tidak boleh abaikan 100% urusan kerja rumahtangga dan hanya mengharap isteri anda. Sekali-sekala, ringan-ringankan tulang anda untuk membantu isteri di dapur atau mengemas rumah. Peruntukkan sedikit masa cuti hujung minggu anda membantu isteri.
Ringankan Mulut Memberi Pujian
Sentiasa beri pujian kepada pasangan anda. Tak kira samada anda 
seorang suami mahupun isteri. Mulakan dulu. Memberi pujian merupakan 
cara anda menunjukkan anda menghargai kehadiran pasangan anda dalam 
hidup anda serta ia boleh menggembirakan hati dia.
Jangan Sering Memperkatakan Kelemahan Pasangan
Elakkan suka memperkatakan kelemahan pasangna anda. Ini merupakan 
perkara yang sensitif di mana, kelak boleh menyumbang kepada berlakunya pergaduhan konflik dalam rumahtangga. Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan kelemahan dalam soal seks. Bincang secara baik bersama pasangan anda jika anda mengalaminya.
Elakkan Ungkit-Mengungkit
Satu lagi kesilapan yang harus
 anda elakkan ialah elakkan daripada mengungkit pekara-perkara yang 
silam. Jika sebelum ini anda pernah memberi pasangan anda sesuatu atau 
membantu dia, jangan ungkit-ungkit perkara tersebut. Ini menunjukkan 
anda tidak ikhlas dalam memberi bantuan.
Jaga Penampilan Setiap Masa
Sebagai isteri, ini merupakan salah-satu tanggungjawab anda. Sentiasa
 tampil dengan kemas dan menawan di mata suami anda. Ini boleh memberi 
mood yang baik kepada suami anda seterusnya dia akan lebih sayang anda. 
Suami juga harus jaga penampilan diri mereka. Cukur ‘bulu-bulu’ yang ada
 di muka anda.
Pelihara Kebersihan Kamar Beradu Anda
Bilik tidur anda merupakan tempat terpenting dalam hubungan suami-isteri. Inilah di mana kemuncak cinta
 anda berdua akan direalisasikan. Pastikan bilik tidur anda sentiasa 
bersih dan kemas. Jangan biarkan kain baju kotor bersepah. Adalah juga 
dinasihatkan anda cuci cadar, selimut dan sarung bantal anda sebulan 
sekali sekurang-kurangnya. Semburkan wangi-wangian yang boleh 
‘membangkitkan’ ghairah anda berdua.
Beranikan Diri Untuk Mulakan Dulu
Sebagai isteri, anda tidak harus hanya bersikap menyerah diri dan 
tunggu suami anda mulakan aktiviti berbentuk seks. Sekali-sekala, anda 
mulakan dulu. Mulakan mencium dengan penuh ghairah suami anda. Jadi 
lebih aktif dalam hubungan seks. Pasti suami anda bertambah-tambah 
sayangnya kepada anda.
Kebahagiaan dalam perkahwinan
 sangatlah penting, isteri perlu la pandai mengambil hati si suami. 
Jangan sampai perkara yang isteri tak ingin berlaku terjadi iaitu POLIGAMI. 
 
 
 
 
          
      
 
 
KETURUNAN SIAM MALAYSIA.
Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan