apa khabar sahabat2 readers Ayu semua? Alhamdulillah, syukur dengan nikmat Allah..
Post kali ni ayu nak berkongsi serba sedikit mengenai 'SOLAT ISTIKHARAH' yang
 mana sering dikaitkan dengan individu yang berada dalam keadaan keliru 
atau mencari2 jawapan kepada sesuatu.. fikir punya fikir, masih jugak 
buntu.. Sama ada dalam mencari jodoh atau sebagainya.
Selalunye kita sebagai manusia selalu je mencari jalan lain, contohnye pegi jumpa bomoh la, tukang tilik la... sedangkan Yang Maha Berkuasa atas tiap sesuatu kejadian adalah ALLAH S.W.T. PadaNya lah seharusnya menjadi tempat pertama untuk kita mengadu.. Dia lah yang Maha Mendengar  rintihan hambaNya.. Dia lah  Yang Maha Mengasihani ke
 atas hambaNya.. Sedangkan manusia hanya gembira melihat kedukaan dan 
kejatuhan manusia lain.. kecuali orang2 yang menyayangi kita seikhlas 
hati.
Jadi apa kata, mulai hari ini, kita 
ubah cara kita. Dah x payah nak berhabis duit pegi jumpa bomoh bagai... 
sedangkan bomoh tu sendiri pon Allah yang tentukan untung rugi nasibnya 
kelak. Oklah, kat bawah ni ayu sertakan secara ringkas panduan 
mengerjakan 'Solat Sunat Istikharah'. Semoga bermanfaat, amin...
SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
Umat Islam disuruh mengerjakan solat
 sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat 
suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat 
beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. Di 
antaranya;
Rasulullah SAW bersabda: 
“Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”
---
"Apabila seseorang kamu berkehendak melakukan sesuatu, hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk (sembahyang dua rakaat) selain daripada sembahyang fardhu."
la
 boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam 
salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu 
sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan 
memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang 
betul.
Terdapat dua cara untuk melakukan Solat Istikharah Ini:
a.   2 rakaat, 1 salam
b.   12 rakaat, 6 salam
Cara Melaksanakannya:
1. 
Apabila hendak memulakan sembahyang, hendaklah meluruskan hati dengan 
menyerahkan segala urusan sepenuhnya kepada Allah S.W.T. Rehatkan akal 
fikiran daripada menimbang-nimbang sama ada pekerjaan ituelok dibuat 
ataupun tidak.
2. 
Setelah bersiap dengan wuduk, berdiri tegak serta menghadap kiblat, 
mulakanlah sembahyang dengan mengangkat takbiratul ihram dengan Lafaz dan Niat:
Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah taala."
3. Bacaan surah selepas Al-fatihah ialah:
Rakaat Pertama: Surah Al-Kaafiruun
Rakaat Kedua: Surah Al-Ikhlas
4. Dalam sujuk terakhir (sujud kedua pada rakaat yang kedua), bacalah tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Ertinya:
 "Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami melainkan apa yang 
Engkau berikan pengetahuan kepada kami. Sesungguhnya engkau Maha 
Mengetahui dan Maha Bijaksana."
5.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.
6.  Selesai memberi salam, bacalah 
selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah S.A.W, para sahabat Baginda,
 para wali Allah dan seluruh umat Islam.
7.  Membaca doa solat sunat Istikharah:
Ulangilah
 doa ini sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan 
permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 
Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada
 Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada
 didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan 
yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.
Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 
hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi 
kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau 
pilihan yang betul.



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan