Sahabat yang dirahmati Allah,
Terlalu banyak maksiat yang berlaku di dalam masyarakat kita. Apabila kita baca sahaja di dada akhbar arus perdana pasti kita akan bertemu dengan berbagai bentuk jenayah, maksiat dan kemungkaran yang dilakukan oleh anggota masyarakat kita tanpa segan silu dan tidak takut di atas kemurkaan Allah s.w.t.
Masyarakat kita sudah tidak sensitif lagi di atas maksiat dan kemungkaran yang dilakukan, suasana ini amat merbahaya kerana ada beberapa maksiat bila dilakukan maka bala (musibah) akan diturunkan segera oleh Allah s.w.t. tanpa diberi amaran lagi.
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah s.a.w. kepada kami (pada suatu hari) kemudian baginda bersabda; "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan (diturunkan musibah) dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah s.s.w. semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah:
1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan
pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya,
kecuali mereka akan ditimpa Penyakit Ta'un yang cepat merebak di
kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum
pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.
3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah s.w.t.
4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasul-Nya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ".
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Keterangan :
Hadis di atas rnenerangkan bahawa:
1. Penyakit Ta'un dan Aids adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan dan homoseksual.
2. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan tidak berlaku adil kepada rakyat adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.
3. Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan zakat.
4. Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (sepertii hilangnya Tanah Palestin dari tangan kaum Muslimin, Iraq dan Afghanistan di kuasai oleh tentera Amerika, adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah s.w.t.
5. Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin (Pakistan, Afghanistan dan Iraq) adalah berpunca daripada mengenepikan hukum-hukum Allah s.w.t. dan tidak mahu menjadikan Al-Qur'an sebagai undang-undang di dalam kehidupan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan