Saya
melihat foto-foto yang dikirimkan oleh biras yang tinggal di Kuantan.
Kawasan rumahnya dilanda banjir agak teruk kali ini. Kuantan antara
kawasan yang teruk terjejas. Malah banjir kali ini kelihantannya lebih
teruk berbanding tahun-tahun sebelumnya tetapi masih lebih baik
berbanding banjir besar tahun 1926 dan 1971.
Saya tidak sempat banjir besar 1926 tetapi masih ingat banjir besar 1971. Dalam kedua-dua banjir besar ini, Kuala Lumpur tenggelam - mengikut cerita orang dan catatan akhbar.
Namun saya berdoa agar banjir kali ini tidaklah seteruk 1926 dan 1971. Tetapi itu semua kuasa Allah, tiada siapa yang boleh menjangka.
Banjir biasanya berlaku apabila hujan turun tidak berhenti-henti sama ada lebat mahu pun renyai untuk tempoh yang lama. Hujan turun ketentuan Allah, tiada siapa yang berani menafikannya hatta orang bukan Islam sekalipun.
Kalau setakat hujan lebat tetapi sekejap - hanya banjir kilat yang berlaku, biasanya di Kuala Lumpur.
Suka saya mengingatkan bahawa banjir kali ini berlaku ketika rakyat kalut dengan kenaikan pelbagai harga barang dan cukai atau bunyi lembutnya subsidi dikurangkan. Ketika hujan mencurah-curah turun - harga petrol dan diesel naik, harga gula naik, tarif elektrik naik dan GST bakal diselaras!
Hujan turun ketentuan Allah dan harga barangan dan cukai naik juga ketentuan Allah.
Namun, antara kedua-dua ketentuan itu, kita tidak berupaya mengawal hujan - walaupun ada bomoh hujan. Manusia tidak boleh mengundi supaya Allah tidak turunkan hujan lebat sehingga banjir. Hujan banjir atau panas kemarau kita kena terima dan redha.
Namun, kita berupaya mengawal kenaikan harga barang dan cukai. Kita ada kuasa untuk mengundi supaya pihak yang mahu turunkan harga barangan keperluan asas dipilih. Kuasa ini diberi lima tahun sekali.
Berbanding dengan kuasa Allah yang mutlak, kuasa pemerintah tidak mutlak. Boleh ditukar ganti mengikut kehendak rakyat setiap lima tahun sekali.
Dalam hal ini, walaupun kedua-duanya ketentuan Allah tetapi ketentuan salah satu daripadanya tidak boleh diubah atau dihalang sementara satu lagi boleh ditentukan oleh tangan kita yang memangkah kertas undi.
Berbalik kepada banjir tadi, sudah tentulah ia musibah kepada mangsanya. Namun, bagi orang yang bersabar dengannya akan beroleh pahala. Dalam Islam, bukan solat, puasa, zakat dan haji sahaja dapat pahala - sabar terhadap musibah pun beroleh pahala. Buang ranting di tengah jalan pun dapat pahala - kalau laksana hukum Allah tentulah lebih besar pahalanya.
Bagi parti politik dan orang politik pula banjir merupakan rahmat untuk mereka sebab waktu inilah boleh menjadi hero yang datang menyelamatkan rakyat yang dalam kesusahan.
Dulu-dulu, sebelum PR kuat macam sekarang, rakyat kena tunggu lima tahun sekali baru boleh jumpa wakil rakyat mereka. Berbanding wakil rakyat PR, mereka telah terbiasa berjumpa rakyat tidak kira musim banjir atau tidak.
Sekarang, wakil rakyat berlumba-lumba membantu rakyat dan inilah rahmat banjir dan juga rahmat jika kekuatan politik antara dua pihak hampir sama.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan