WAHAI
SAUDARA SEAGAMAKU, BACALAH KISAH YANG TERKANDUNG DIDALAM UCAPAN YANG
DITERJEMAHKAN KEDALAM BAHASA MELAYU DI BAWAH INI DAN FIKIRKAN...ADAKAH
MALAYSIA MENUJU KE ARAH BALA YANG SAMA....????
Asslamualaikum,
Saudara-saudari
Islam, berikut adalah ucapan saorang pelajar Islam, Najeeb Rahman
dimajlis “Charity Lunch For Maluku” di University of Leeds. Majlis
tersebut di anjurkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia University of Leeds
(Saudara Taufik dan beberapa mahasiswa perubatan) Bacalah. Agak sedikit
panjang tapi sangat menyentuh hati.
Assalamua'laikum warahmatullah,
Segala
puji bagi Allah Tuhan seluruh alam semesta ini, Sejahtera keatas
Rasulullah SAW dan Nabi-Nabi serta Rasul-Rasul, keluarga mereka,
sahabat-sahabat mereka, dan kita semua yang hadhir.
Baru-baru
ini pembunuhan dan penyembelihan umat Islam secara rambang (massacres)
telah berlaku di Maluku dan Ambon Indonesia. Gambar-gambar foto yang
mengerikan , gambar mayat kanak-kanak Islam yang dicincang serta
orang-orang Islam yang dibunuh beramai-ramai (massacre) boleh dilihat di
internet. Lapuran bergambar yang dilakukan oleh Dr Jemilah mengenai
pembunuhan-pembunuhan tersebut apabila difikirkan boleh membuat kita
menitiskan air mata. Dan kesemuanya ini benar-benar telah berlaku dan
bukannya imaginasi sesaorang.
Saudara-saudari
Muslim ku, sebenarnya, ini bukan insiden kekejaman keatas kaum Muslimin
yang terpencil. Trajedi-trajedi atau bala yang serupa pernah berlaku di
Bosnia dimana ratusan ribu orang-orang Islam dibunuh dalam kekejaman
“cuci berseh” ( ethnic cleansing) oleh puak Kristian Serbs. Sama juga di
Kosova dimana puluhan ribu orang-orang Islam juga telah ‘dicuci
berseh”, dibunuh; juga oleh puak Serbs. Kanak-kanak dan kaum tua yang
tiada berupaya untuk mempertahankan diri di bunuh begitu saja.
Wanita-wanita Islam dirogol dan seterusnya dibunuh. Orang-orang Islam
dipenggal dan dikelah anggota mereka. Ceritanya sama, berulang-ulang
kali.
Mengapa
kekejaman ini terus menimpa umat Islam di merata dunia? Kita boleh
persalahkan kekejaman ini kepada konspirasi antarabangsa terhadap
Indonesia, atau rancangan jahat Barat terhadap kaum Muslimin, atau pun
sebagai tindakan kebencian Yahudi dan Kristian terhadap kita, atau pun
operasi cuci berseh puak Kristian Serbs. Tetapi adakah hanya ini
SEBAB MUSABAB YANG SEBENARNYA?
Dari
pengalaman saya sebagai Sukarelawan Perubatan di Kosova, saya dengan
sendirinya telah melihat kubur-kubur tanaman beramai (mass graves)
orang-orang Islam yang dibunuh, mayat-mayat yang sedang reput dan busuk,
keluarga-keluarga terutamanya kanak-kanak yang dalam ketakutan,
rumah-rumah dan masjid-masjid yang telah hancur musnah. Memangnya suatu
pengalaman yang kuat tamparannya.
Dengan
izin Allah SWT saya telah berpeluang tinggal bersama-sama suatu
keluarga yang baik di Prizren, Kosova. Ketua keluarga itu, Imam Ismail
dan anak sulungnya, Navahi, kedua mereka adalah imam, begitu juga dengan
datok Navahi, juga saorang imam. Mereka mesra dan baik hati. Semasa
satu dari perbualan kami di waktu petang kami telah berbual mengenai
bala dan trajedi yang telah menimpa, bagaimana masyarakat Kosova sebelum
ditimpa bala pembunuhan massacre itu.
Navahi
yang faseh berbahasa Inggeris telah menceritakan dengan penuh rasa
segan dan malu mengenai keadaan masyarakat Islam Kosova sebelum
berlakunya genosid puak Kristian Serbs.
Antara
perkara yang beliau sebutkan adalah kaum Muslimin di Kosova telah lupa
daratan dan membelakangkan Islam. Ramai tidak tahu sembahyang, tidak
reti membaca Quran, telah lupakan syahadah, dan zina serta meminum arak
(bir) berleluasa di merata pelusuk. Hanya kaum tua sahaja yang masih ke
masjid.
Di
sebuah bandar kecil bernama Djakova, dimana berlaku pembunuhan massacre
kaum Muslimin yang terdahsyat sekali, penduduk Islam disana telah
berlaku syirik terhadap Allah SWT. Mereka menyembah kubur-kubur. Mereka
memasang lilin (seperti Kristian lakukan dalam gereja) dan menyembah
kubur-kubur orang-orang alim (saints) yang dianggap keramat. Mereka
mendakwa yang mereka bukannya menyembah “keramat-keramat” tersebut
tetapi menghampiri Allah melaluinya. Ini adalah kepercayaan mereka yang
nyata sesat. Tidak ada “inter-mediaries” atau perantaraan dalam Islam.
Ini nyata perbuatan syirik. Imam Ismail adalah Imam di masjid Djakova
sebelum berlakunya genosid pembunuhan orang-orang Islam beramai-ramai di
bandar itu oleh puak Kristian Serbs.
Di
bandar Suhareka, lagi satu bandar di mana pembunuhan secara massacre
keatas orang Islam telah juga berlaku, penduduk bandar tersebut telah
mengesa Bilal masjid supaya jangan melaungkan adzan untuk memanggil
orang mengerjakan solat. Ini kerana adzan mengganggu tidor mereka. (Saya
percaya ada dikalangan ummah kita yang sama menaruh perasaan benci
mendengar adzan, atau mereka akan kaleh memekakkan telinga dan
mengabaikan solat. Ada yang langsung tidak bangun mengerjakan fardhu
Subuh).
Di
satu lagi bandar di Kosova, seramai 40 orang Islam (lelaki, perempuan,
kanak-kanak dan orang-orang tua) telah dibawa ke dalam hutan dan diikat.
Mereka kemudiannya ditembak mati oleh puak Kristian Serbs dengan
senjata AK47. Di bandar ini hanya gulungan tua sahaja yang ke masjid.
Semasa kami membuat lawatan rawatan medic kesana kami telah tiba sejurus
sebelum masuk waktu Maghrib. Pemuda-pemuda disana memberitahu kami
hanya orang tua sahaja ke masjid. Benar kata mereka kerana apabila kami
sampai ke masjid hanya ada Imam dan saorang lelaki tua dan rombongan
medic kami yang bersolat di masjid tersebut. Semasa kami sedang
mengedarkan Quran, saorang pemuda yang mulutnya berbau arak bir meminta
senaskah Quran untuk dibakar buat memanaskan rumah beliau (Bandar
tersebut dikelilingi hutan. Oleh demikian tidak mungkin tiada cukup
bekalan kayu untuk bahan api buat memanaskan rumah).
Setelah
membuat lawatan ke lain kawasan di Kosova, kami lihat kebanyakan
pembunuhan serta kemusnahan harta benda kaum Muslimin berlaku di kawasan
utara Kosova dimana masjid-masjid jarang kelihatan walau pun majoriti
penduduk terdiri dari orang Islam.
Bukan
niat saya hendak menjatuhkan air muka saudara/i Islam kita di Kosova,
tetapi untuk mengingatkan kita semua kepada penganjaran dan iktibar di
Kosova agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama. Saorang lelaki tua
yang kami temui, yang anak lelakinya telah dibunuh dan rumahnya
dibakar, telah meminta kami memberitahu umat Islam yang lain apa yang
sebenarnya telah berlaku. Oleh itu saya hanya menyampaikan yang
diamanahkan oleh orang tua itu.
Navahi
juga memberitahu kami mengenai situasi di Turkey. Datok beliau kerap ke
Turkey kerana ramai rakan kenalan disana. Turkey, bukannya negara
Islam, walau pun menonjolkan imej sedemikian. Turkey diperintah gulungan
sekular yang ekstremis dalam fahaman bahawa agama Islam tiada kena
mengena langsung dengan pemerintahan negara. Ini sudah merupakan
ideoloji kebanyakan orang-orang Islam moden masakini. Mereka mendakwa
Islam dan politik itu berasingan dan tidak boleh dicampur. Gulungan
sekular Turkey pernah berkata urusan pentadbiran negara hendaklah jangan
“tercemar”oleh ajaran Islam (saolah-olah politik itu suci dan Islam itu
kotor). Mereka mendakwa Islam itu perlu disekat amalannya kepada masjid
dan rumah-rumah sahaja, dan dilarang digunakan di Parlimen, mahkamah
dan sebagainya. Pemerintah sekular Turkey menganggap hukum-hukum Syariah
itu kuno dan purba, sesuai hanya bagi puak-puak Arab zaman purba yang
hidup di gurun dan menunggang unta. Bagi gulungan sekular Turkey
undang-undang Syariah tidak lagi sesuai bagi masyarakat bertamaddun
serba moden masakini, iaitu di zaman kereta, komputer dan internet;
pro-kebebasan dan hak asasi manusia. Hukuman rejam ke atas penzina dan
potong tangan yang mencuri dianggap oleh puak sekular Turkey sebagai
kejam dan tindakan orang-orang yang tidak bertamaddun, dan dengan
demikian tidak lagi sesuai dilaksanakan. (Tidak terlintas kepada mereka
bahawa mereka berlaku syirik terhadap Allah SWT). TIDAK KAH
SEMUA INI SAMA DENGAN KEADAAN KITA?
Wanita
di Turkey dilarang berhijab/bertudung menutup aurat. Usaha untuk
mempelajari agama Islam dijadikan perkara yang susah oleh kerajaan
Turkey. Pihak berkuasa yang sangat menindas Islam adalah tentera Turkey.
Navahi mengatakan anggota tentera yang ditangkap mengerjakan solat
dikenakan ‘court marshal’ (adalah suatu kesalahan mengikut peraturan
tentera Turkey untuk mengerjakan solat).
Saya
menerima e-mail beberapa hari sebelum berlaku gempa bumi yang dahsyat
di Turkey baru-baru ini. Beberapa hari sebelum berlaku gempa bumi
tersebut, pihak Jeneral-Jeneral tentera Turkey mengadakan temasha
keraian (party) di apartmen peranginan mereka di pantai Mediterranean.
Mereka mengundang perempuan jalang dari Israel dan telah bersukaria
sakan, meminum arak dan berzina. Seterusnya Jenera-Jeneral tersebut
telah memanggil saorang anggota pangkat bawahan untuk membaca Al-Quran
sambil mereka bersukaria, mabok dan berzina itu. Anggota pangkat bawahan
enggan dan takut berbuat demikian, lalu saorang Jeneral merampas
Al-Quran itu lalu memijak-mijak Al-Quran itu sambil mencabar,” Mana dia
Allah untuk selamatkan Quran ini”. Mereka semua ketawa terbahak-bahak.
Anggota tentera pangkat bawahan telah melihat suatu cahaya berwarna
merah samar memancar di horizon laut. Beliau ketakutan lalu melarikan
diri keluar dari apartmen Jeneral-Jeneral itu. Sejurus kemudian satu
ombak yang begitu tinggi melanda pantai dan menelan apartmen dengan
Jeneral-Jeneral Turkey tersebut kedalam laut. Yang berlaku sebijik
semacam salah satu bala balasan Allah yang difirmankan di dalam
Al-Quran. Wallahu ‘alam.
Di
Palestine, saya terdengar dari saorang di sana bahawa saorang Yahudi
pernah berkata kepada saorang Arab, “ Kami Yahudi tidak takut dan gentar
selagi kami tidak melihat bilangan kaum Muslimin yang menunaikan solat
fajar berjemaah di masjid sama dengan bilangan kaum Muslimin yang
menetap di dalam qariah .”
Di
Bosnia, kebanyakan orang Islam telah membelakangkan agama mereka
sebelum berlakunya pembunuhan massacre disana. Mereka telah meniru cara
hidup Eropah kafir. Zina, arak begitu berleluasa, dan perkahwinan antara
Kristian dan Islam ( secara murtad) dibenarkan. Orang Islam yang
menjaga keimanan mereka terlalu sedikit bilangan mereka berbanding
dengan yang memilih hidup dalam keadaan kejahilan moden dan kesesatan.
Saudara/islam,
ini hanyalah contoh-contoh kemungkaran dan keingkaran. Sekali lagi
ditegaskan bukan niat saya mengaibkan mereka, tetapi suatu iktibar perlu
di ambil. Saya pasti sudah jelas bagi anda semua SEBAB SEBENAR
berlakunya bala bencana dan trajedi yang dahsyat tersebut. Seperti
firman Allah SWT didalam Al-Quran : (Terjemahan): “ Janganlah kamu
jadikan seruan Rasul diantara kamu seperti panggillan sebahagian kamu
kepada sebahagian yang lain. Sesungguhnya Allah telah mengetahui
orang-orang yang beransur-ansur pergi di antara kamu dengan berlindung
(kepada kawannya), maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah
Rasul takut akan ditimpa ujian atau ditimpa azab yang pedih.” (Surah An
Nuur Ayat 63).
Dan
didalam satu lagi ayat Allah berfirman (terjemahan) “Maka tatkala
mereka membuat Kami murka, Kami menghukum mereka lalu kami tenggelamkan
mereka semuanya (di laut)”. (Surah Az Zukhruf Ayat 55)
Amaran-amaran
didalam Al-Quran itu sangat jelas. Dan Allah SWT tetap tidak akan
mungkir janjiNya. Bukankah mereka-mereka ini (Bosnia, Kosovo, Turkey)
telah tidak mematuhi perintah Allah dan RasulNya? Bukankah mereka telah
mencabar Allah SWT? Ada lah perkara mudah bagi Allah SWT menimpakan azab
keatas kita atau mengadakan dugaan bagi kita kerana Allah Maha Berkuasa
atas segalanya. Bala dari Allah SWT itu kalau tidak dalam bentuk
pembunuhan, Allah SWT boleh turunkan bala itu sebagai wabak penyakit,
ribut taufan, gempa bumi dan banjir yang dahsyat seperti difirmankanNya
didalam Al-Quran.
Jangan
pula kita mempersoalkan sifat Allah SWT yang maha pengasih, maha
pengampun lagi maha adil kerana telah mengizinkan berlakunya pembunuhan
massacre keatas orang-orang Islam dan kanak-kanak itu. Rahmat Allah SWT
tetap ujud walau pun kita tidak dapat mengamatinya. Mithalnya,
sesetengah yang dibunuh itu mungkin orang Islam yang lemah keimanan
mereka, dan mungkin telah melakukan banyak dosa dan sekiranya mereka
mati secara biasa bukan mati syahid, sudah pasti tempat bagi mereka
adalah api neraka…Wallahu ‘alam. Dan kanak-kanak yang terbunuh itu
sebenarnya terselamat dari alam sekeliling yang berupa jahiliyah moden
yang boleh merosakkan mereka dan mungkin apabila mereka dewasa kelak,
mereka akan murtad atau berlaku syirik atau hidup bergelumang dengan
dosa. Tetapi Allah SWT telah mengambil mereka kembali dari dunia di
waktu mereka kecil lagi, dan dengan itu mereka terselamat dari membuat
dosa, dan Insya Allah akan masuk syurga di akhirat nanti, dan sayugia
diingatkan akhirat itu adalah kehidupan buat selama-lamanya .
Bukankah
ini berupa nikmat dan rahmat Allah jua. Kalau kita percaya hidup
berakhir didunia ini sahaja maka kita akan melihatnya sebagai trajedi
yang tidak adil. Tetapi kalau kita percaya kepada akhirat segala-galanya
adalah ujian dan dugaan dalam perjalanan ke akhirat. Tetapi ini tidak
sama sekali bermakna kita membiarkan sahaja ummah kita terus ditindas
dan menderita begitu sahaja. Kita ummat Islam merupakan keluarga yang
besar dan menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka dan
melindungi mereka kerana meraka adalah saudara- saudari Islam kita.
Oleh
yang demikian apakah yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan bala
dari Allah yang berupa bencana alam dan pembunuhan menimpa diri kita dan
mereka yang kita sayang? Jawapannya sama seperti yang telah diturunkan
zaman ke zaman. KITA PERLU kembali ke jalan yang diredhai Allah SWT.
KITA PERLU memohon keampunan Allah SWT. Kita perlu bersatu dibawah panji
dan kalimah 'La ilaa ha illallah' dan bukan dibawah panji
masing-masing. KITA PERLU berpegang sepenuhnya kepada HUKUM-HAKAM dan
PERINTAH-PERINTAH Allah SWT dan berhenti melakukan segala yang
dilarangNya. Ini tindakan-tindakan yang perlu kita lakukan. Nampaknya
agak susah, tetapi ia sebenarnya mudah, Insya Allah. Semuanya perlu
bermula dari diri dan hati kita. Jangan tinggalkan solat fardhu,
pelajari dan dalami ilmu agama kita, dan berdoa memohon Allah SWT
menguatkan iman kita, dan hentikan bertelingkah antara sesama sendiri
mengenai perkara-perkara yang remeh. Kita boleh mengelakkan dari ditimpa
dengan bala pembunuhan dan lain-lain bala keatas diri kita dan keluarga
kita. Allah SWT telah berfirman bahawa Dia tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum itu selagi kaum itu tidak terlebeh dahulu dengan sendiri
berusaha untuk mengubahkannya. Kita perlu memulakannya dahulu, dan Allah
SWT akan memberi kita pertolongan seperti yang dijanjikanNya.
Sebagai
bukti, satu keadaan di Kosova. Pada suatu petang saya telah ke daerah
Opoya, terletak di wilayah selatan Kosova, dan dari mana Imam Ismail
berasal. Di kawasan itu bandarnya tidak mengalami apa-apa pun. Tiada
berlaku pembunuhan massacre orang Islam , tiada pula kesan-kesan
kemusnahan perang, dan tiada tanda-tanda bahawa puak Kristian Serbs
telah ke tempat itu. Tetapi sebenarnya puak Kristian Serbs telah menetap
di kawasan itu selama 8 tahun , sama seperti di lain-lain kawasan.
Perbedzaan yang dapat kita lihat adalah diwaktu Maghrib, masjid di Opoya
PENUH. Itu hanyalah waktu solat fardhu harian yang biasa. Di hari
Jumaat ianya penuh berlimpahan, dan bukan hanya kalangan tua sahaja
tetapi ramai pemuda sama berjemaah. Dan mereka telah beramal walau pun
godaan dan pengaruh buruk puak Kristian Serbs telah ujud. Kami tidak
melihat sesiapa dikalangan orang Islam yang meminum arak disana. Saya
diberitahu hanya satu tempat sahaja yang dimusnahkan oleh bomb puak
Serbs, iaitu sebuah kafe yang pernah mensajikan minuman arak.
Pelanggannya datang dari kawasan lain.
Bandingkanlah
perbedzaan Opoya dengan bandar-bandar yang lain. Tidakkah jelas dan
nyata bahawa kekuatan itu berada di tangan Allah SWT dan bukan
bergantung sangat kepada tentera yang kuat untuk membalas serangan puak
Kristian Serbs. Inilah maknanya “La Haula wa laa quwata illa billah”,
tiada kekuatan atau daya kecuali dengan kehendak Allah SWT. Sekiranya
Allah SWT tidak mengizinkannya, maka puak Kristian Serbs tidak akan
dapat menyerang sesebuah bandar itu. Oleh itu jadikanlah ianya suatu
pengajaran dan iktibar.
Akhirnya mari kita sama-sama memohon doa’ kepada Allah SWT.
Bismillahhir Rahmaanir Raheem
Ya
Allah Tuhan kami. Tingkatkanlah keimanan dan taqwa kami.kepada Engkau
Ya Allah dan Akhirat. Ya Allah perkenankanlah taubat kami dan ampunkan
dosa-dosa kami di masa lepas dan yang akan datang. Ya Allah, kami
memohon taufik dan hidayah dari Mu kerana Engkau sahaja yang boleh
memberikannya. Ya Allah, tolonglah ummat Muhammad SAW untuk bersatu, dan
lindungi kami dari pertelingkahan sesama sendiri. Ya Allah kami
berlindung dengan Engkau dari Syaitan, Dajjal, dan dari tamak haloba.
Ya
Allah! Hapuskanlah kekejaman dan penderitaan yang dihadapi oleh
saudara-saudari Islam kami di Maluku, di Palestine, di Chechnya, dan
diamana saja mereka ditindas. Dan jika ditakdirkan mereka gugur,
tetapkanlah Ya Allah bagi mereka mati dalam syahid, mati dalam
memperjuangkan agama Engkau Ya Allah, dan mati dalam beriman. Ya Allah!
Musnahkan kaum yang kafir untuk kami kerana sesungguhnya Engkau yang
Maha Berkuasa. Pecah-belahkan mereka dan tanamkan ketakutan kedalam hati
mereka.
Ya
Allah kami adalah makhlok Engkau yang lemah. Tolonglah kami Ya Allah
kerana tiada kuasa melainkan kuasa Engkau Ya Allah. Selawat dan salam
kepada Nabi Muhammad SAW, pesuruh Engkau Ya Allah Tuhan semesta alam. Wa
billaahit-tawfeeq wal hidayah. Subhanaka Wabihamdika wa ash-hadu allaa
ilaaha illa anta. Wa nastaghfiruka wa na tuu bu ilaik Wasallallaahu
‘alaa Muhammaddin Nabiyil Wa ‘alaa aalihi wasahbihi wassalam.
Wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh!
Wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh!
CATITAN PENTING:
Saya
harap anda semua saudara-saudari Islam di Malaysia akan membaca kesemua
bahagian ucapan diatas dengan teliti. Ini bukannya perkara yang boleh
diambil ringan. Bagi kita di Malaysia bukankah bukti-bukti dan
tanda-tanda sudah jelas bahawa apa yang berlaku di Bosnia, Kosova,
Turkey dan lain-lain yang mempelawa bala diturunkan oleh Allah SWT sudah
pun berlaku di Malaysia dengan berleluasa?
1) Bilangan yang murtad di Malaysia semakin bertambah, dan pihak berkuasa saolah mengalakkannya
2) Zina dikalangan orang Melayu sudah berleluasa.
3) Arak dijual di merata tempat (7 Eleven pun ada menjualnya) dan ramai orang Islam minum arak – lihatlah di Bangsar.
4) Masjid/surau hanya satu dua saf untuk solat fardhu, kadangkala hampir kosong (hanya 10 orang solat Maghrib di Masjid Negara pada hari Black 14 pada Sabtu 15 April 2000) - suatu survey tidak berapa lama dahulu menunjukkan hanya 10% orang Islam yang lengkap sembahyang
5 solat fardhu sehari. Keadaan yang serupa ujud di Kosova sebelum berlakunya pembunuhan rambang kaum Muslimin oleh puak Kristian Serbs. Jangan ingat jiran kita yang Cina dan India yang bukan Islam itu tidak mungkin bertindak ganas seperti puak Kristian Serbs di Bosnia dan Kosova. Tanda-tanda dah pun ada.
6) Undang-undang Syariah di ketepikan dan diambil ringan, Syariah sudah tidak sesuai dengan zaman IT ini atau tidak boleh dilaksanakan oleh masyarakat berbilang kaum dan agama
7) Ada segelintir orang Melayu yang tidak boleh menyebut shahadah. Jangan terperanjat.
8) Rasuah berleluasa, hinga ke peringkat bawahan. ).
9) Ketidak adilan begitu nyata sekali.
Senarai
kemungkaran dan keigkaran ini begitu panjang sekali. Dan segala-galanya
adalah tanda-tanda yang sama dilihat di Bosnia dan Kosova sebelum
genosid dimana puak Kristian Serbs telah membunuh dengan rambang untuk
mencuci berseh orang Islam telah berlaku. Dan jangan terperanjat kalau
keadaan sama berlaku di Malaysia ini. Adakah kita memileh untuk berdiam
dan menuggu sahaja tanpa berbuat sesuatu sekarang juga. Kita tunggu
sehingga bencana menimpa, tunggu sehingga kita dapat melihat anak isteri
kita dan kita sendiri disembelih, tunggu sehingga lain-lain bala dari
Allah seperti gempa bumi, banjir besar , ribut taufan melanda Malaysia
barulah kita sedar dan tergesa-gesa kembali ke jalan Allah ? Adakah bala
dari Allah yang kita idamkan?? Gempa bumi dan ribut taufan tak berlaku
di Malaysia? Kalau dikehendakki Allah gempa bumi yang dahsyat yang
memusnahkan hampir kesemuanya rakyat boleh berlaku esok lusa. Samada
kita kembali ke jalan Allah atau kita mempelawa bala diturunkan oleh
Allah ketas Malaysia adalah pilihan kita sendiri. Apa jua yang bakal
berlaku, kita dan keluarga kita yang akan menanggungnya.. .
Diterjemahkan (sedaya yang boleh) oleh Tarabulsi semata-mata kerana Allah SWT.
Komen Penulis:
Negara Malaysia kita masih bernasib kerana masih ramai lagi
Ulama'-ulama' Muktabar. Janganlah kita mengutuk atau menghina
Ulama'-ulama yang ada. Takut-takutlah bala Allah SWT diturun keatas
kita jika kita menghina dan mengutuk Ulama'-Ulama kerana merekalah
wasilah nabi-nabi kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan