Ni adalah hasil dari khutbah jumaat siang td. Haha da malam baru nak tulis, tadi malas. Apepun imam kat surau Al-islah Seksyen 7 Shah Alam tadi memang sempoi. Bace khutbah macam x tengok teks langsung. Aku yang pada awal-awal tu fikiran dah mula melayang ke tempat lain tetiba jd x ngantuk dah dengar khutbah dia. Serius ,aku pelik sampai camtu skali penangan dia.
In fact, ramai imam yang bace khutbah kat surau ni suka bagi khutbah dengan cara tersendiri. Macam td siap ade loghat kelate lg. Ayat quran siap berlagu-lagu lagi. Penah aritu ade slang indo, maybe sebab imam tu asal indo kot. Dan stiap kali jumaat imam dia akan bertukar-tukar. Sebab tu ak suke datang solat situ , di samping ade aircond dan pisang freenya. Jujur ok.
Ok back to topic. Khutbah tadi pasal makan babi. Bagaimana orang-orang islam di Malaysia ni mungkin telah termakan babi mungkin secara tidak sedar. Tak kira lagi penggunaan bulu babi untuk membuat berus gigi atau dalam pembuatan kosmetik tu sume.
Namun ade jugak yang seakan menghalalkan penggunaan pada babi yang selain dagingnya. Sebab dalam quran hanya sebut diharamkan makan daging babi (berdasarkan khutbah td, aku x hafal ayat mahupun terjemahan penuhnya). Maka ade yang menyimpulkan benda selain daging, iaitu tulang, bulu adalah boleh digunakan. Itulah salah faham yang ditekankan dalam khutbah td.
Diberitahu jugak tentang kajian yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Dikatakan CAP merupakan persatuan pengguna yang paling aktif di dunia telah membuat pelbagai kajian terhadap makanan di Malaysia yang didapati boleh memudaratkan. Satu persatu disebut kajian-kajian oleh CAP. Seperti penggunaan gelatin babi dalam kapsul ubat, filem gambar dan produk tenusu. Juga penggunaan alkohol dalam air coca-cola.
So kita nampak betapa banyaknya elemen babi sebenarnya yang ade dalam makanan kita selama ini. Walaupon belom memudaratkan kesihatan tapi sudah jelas dalam islam bahawa makan babi itu diharamkan. Jadi dalam hal ni kite patut berwaspada. Lagipon yang pasti bende syubhah itu lebih baik dielakkan. Sebab nanti ape yang kita makan akan membentuk diri kita juga. Walhal termakan semut pon dikatakan akan menjadi bengap selama 40 hari. Betulkah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan