Saya sebagai hamba allah yang mulia sama taraf dengan nabi,rasul,wali dan keramat.Kita lihatlah berapa ramai yang mati adakah barang semua ke dalam kubur mesti tiadakan,Samalah diri kita memperbanyakkan amalan ibadat sembahyang dan memberi zakat kita sebagai manusia perlu menguruskan beberapa perkara dan
tolong mana yang perlu.Semoga kita meningal dunia dengan hati yang tenang dan baik.
Ok. Kali ini kita berbicara sikit isu yang bersangkut paut antara kekayaan dengan kematian.
Selalu kita dengan statement, "Alaaa, kalau kumpul duit banyak-banyak
pun bukan boleh bawak masuk kubur nanti...cukuplah setakat apa yang
ada...Bila mati semua tinggal". Biasanya ayat tersebut diiramakan dengan
intonasi yang penuh dengan gelombang kenegatifan.
Memang, kumpul duit dan harta banyak-banyak setinggi gunung pun tak akan dibawa masuk dalam kubur apabila mati kelak.
Itu, kalau segala kekayaan , duit dan harta cuma diguna untuk
kepentingan DIRI SENDIRI SAHAJA. Cuma 'dikumpul dan disimpan sahaja'
supaya makin banyak. Duit yang tak 'dibelanjakan dan digunakan' untuk
amanah saham akhirat.
TETAPI.
Kalau duit, dan segala kekayaan turut digunakan untuk MANFAAT ORANG
LAIN, untuk masyarakat sekeliling, dan sesiapa sahaja yang memerlukan,
sudah pasti segala 'duit dan kekayaan itu boleh dibawa mati'.
Lagi banyak duit, dan lagi kaya maka sudah tentu lagi banyak derma dan
sedekah jariah dapat disumbang. Lagi banyak rumah anak yatim dapat
disponsor. Lagi banyak sekolah tahfiz dapat dibina. Lagi banyak
sumbangan dapat diberi kepada orang yang belum mampu nak pergi haji atau
umrah Lagi banyak makanan diberi kepada mereka yang kelaparan. Lagi
banyak kedai 24 jam dapat dibina, dimana kedai tersebut memberi harga
berpatutan dan tak perlu turut menjual minuman keras 24 jam seperti yang
ada sekarang.
Itu cuma sikit, banyak lagi sebenarnya yang dapat dibuat apabila kita kaya, banyak duit dan banyak harta.
Mari kita refresh minda, kuat berusaha, rajin berfikir dan berani bertindak.
Nabi sendiri merupakan businessman yang sangat berjaya dan kaya.
Digelarnya al Amiin kerana keperibadiannya yang tinggi dalam segala
urusan. Banyak sahabat yang kaya dan banyak menyumbang harta untuk
pembangunan ekonomi dan menyebarkan syiar kebenaran.
Jadi. Apabila diberi pilihan, ingin jadi kaya atau miskin? Simple jer, pilih satu antara dua. Kita pilih kaya.
Maka sudah tiba masanya kita berhenti dari memiskinkan minda, dan sudah
tiba masanya untuk mula mengkayakan pemikiran. Change our mind and
attitude first.
“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan tiga perkara ;
Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat, Anak soleh yang mendoakan keatasnya”
[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan