Jumaat, 22 Januari 2010

PELURU BERPANDU.

Peluru berpandu

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Exocet missile in flight

Peluru berpandu adalah roket ketenteraan yang boleh diarah dalam penerbangan untuk bertukar arah penerbangan. Dalam kegunaan biasa takrifan "peluru berpandu" merujuk kepada roket dengan sistem pemanduan, dan "roket" untuk roket tanpa sistem pemanduan. Perbezaan utama di antara keduanya adalah sistem pemanduan atau sistem sasaran.

Peluru berpandu pertama digunakan dalam operasi adalah siri peluru berpandu Jerman dalam Perang Dunia II. Yang paling terkemuka adalah V1 dan V2, keduanya menggunakan sistem mekanik autopilot untuk menentukan peluru berpandu terbang dalam arah yang ditetapkan. Yang kurang diketahui adalah siri peluru berpandu anti-kapal dan anti-pesawat, biasanya berdasarkan kawalan radio mudah yang dikawal oleh operator.

Sistem peluru berpandu Jerman pada tempoh Perang Dunia II biasanya bergantung kepada enjin roket bahan api cecair, yang berasaskan sistem hidrogen peroksidaHellmuth Walter. Enjin ini tidak partikal untuk kegunaan umum disebabkan bahawa pengendalian bahanapi mengkakis, dan hampir kesemua penyelidikan selepas perang tertumpu kepada reka bentuk bahan api pepejal yang lebih mudah. Selain itu, peningkatan kualiti dan keupayaan pelbagai sistem eletronik selepas perang, membenarkan beberapa sistem pemanduan automatik diperkenalkan. Pada 1950s hampir kesemua "kuasa besar" mempunyai program penyelidikan misil, biasanya dipecahkan kepada beberapa pengkelasan asas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin