Selasa, 27 Julai 2010

PERJANJIAN INGGERIS DENGAN KERAJAAN SIAM

Perjanjian Inggeris-Siam 1909, dikenali juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909, ialah perjanjian antara United Kingdom dan Thailand pada 1909. Perjanjian ini ditandatangani di Istana Raja Siam di Bangkok pada 10 Mac 1909 dan diratifikasikan pada 9 Julai 1909. Kajayaan perjanjian ini sebenarnya diusahakan dan dimulakan bersungguh-sungguh oleh Edward Henry Strobel Penasihat Hal Ehwal Luar Negeri Kerajaan Siam[1]. Beliau mendapati beberapa perjanjian yang dimeterai bersama Britain sebelum dia bertugas pada tahun 1906 di Siam merugikan Siam terutamanya hal ehwal perdagangan dua hala dan keistimewaan lain seperti dalam Bowring (1855) dan Perjanjian Rahsia (1897). Oleh itu, beliau telah berunding dengan pejabat kedutaan Britain di Bangkok pada tahun 1907 untuk menyeimbangkan kedudukan hubungan perdagangan dan memansuhkan hak keistimewaan Britain di Siam dengan kesediaanya memujuk Raja Chulalongkorn menyerahkan negeri-negeri Melayu Utara seperti Perlis, Kedah, Terangganu dan Kelantan kepada Britain sebagai ganjaran. Tawaran itu mendapat reaksi positif daripada Ralph Paget, Duta Britain ke Siam serta Sir John Anderson, Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Gabenor Negeri-Negeri Selat.
Usaha keras Strobel ini bermula apabila beliau menyampaikan hasrat tersebut kepada Putera Damrong, Menteri Am Siam ketika itu yang memangku tugas Raja Siam ketika Raja Chulalongkorn mengadakan lawatan ke luar negera. Putera Damrong menentang keras cadangan menyerahkan negeri-negeri Melayu utara kepada Britain malah Strobel sendiri dimarahi oleh Putera Damrong. Namun begitu, Strobel tidak kecewa dan putus asa. Sebaliknya beliau berazam akan memaklumkan hasrat itu kepada Raja Chulalongkorn apabila kembali dari lawatan ke luar negara. Apabila Raja Siam Pulang, Strobel memaklumkan cadangan itu dan Raja Chulalongkorn hanya mahu menyerahkan Kelantan dan Terangganu sahaja kepada Britain. Strobel memaklumkan kepada Ralph Paget akan persetujuan Raja Siam yang hanya mahu menyerahkan Kelantan dan Terangganu sahaja dan beliau menegaskan bahawa Raja Siam akan menimbangkan semula untuk menyerahkan Kedah dan Perlis. Ralph Paget memberitahu Strobel akan hasrat British yang mahu mendapatkan Setul dan Patani (sekarang dikenali sebagai Satun) berdasarkan wilayah itu kepunyaan Kerajaan Kedah dan Ralph Paget juga bertegas mahu Pulau Langkawi diserahkan kepada Britain. Strobel kembali menemui Raja Chulalongkorn dan memaklumkan kepada baginda dengan cara menyerahkan Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan sahaja pihak Britain akan mengkaji semula perjanjian lama yang merugikan Siam. Ketegasan Strobel ini sehingga beliau sanggup meletakkan jawatan sebagai Penasihat Hal Ehwal Luar Siam. Sementara itu, Sir John Anderson Gabenor Negeri-Negeri Selat amat bersetuju Britain menguasai negeri-negeri Melayu Utara malah mahu menguasai Patani dan wilayah-wilayah lain hingga ke Segenting Kra. Namun begitu, Strobel mengatakan kepada Ralph Paget, beliau tidak yakin Siam akan menyerahkan Patani kepada Britain kerana Siam mempunyai kepentingan di negeri itu berbanding negeri-Negeri Melayu Utara. Di samping itu, Strobel memaklumkan kepada Paget bahawa Raja Chulalongkorn hanya bersedia menyerahkan negeri yang ia tidak mepunyai kuasa kawalan. Kegagalan Britain mendapatkan Patani mengecewakan Paget, walau bagaimanapun, Paget tidak mahu menekan Siam kerana tidak mahu Siam membatalkan rundingan menyerahkan negeri-negeri Melayu Utara. Demi menyelamatkan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terangganu, kepentingan Patani terpaksa dikorbankan. Di samping itu, Paget juga gagal mendapatkan Wilayah Setul daripada Siam apabila Raja Chulalongkorn enggan menyerahkannya atas alasan melindungi kepentingan orang sam-sam yang telah berhijrah dan mula bertambah di wilayah Setul. Pada tahun 1908 Strobel meninggal dunia tetapi rundingan tersebut tetap diteruskan. Semasa rundingan tersebut pelbagai syarat yang dikenakan oleh Siam seperti pihak Britian perlu menanggung kos pembinaan jalan keretapi di Siam ketika itu. Kedua-dua pihak meneruskan perbincangan ini dari tahun 1907 hingga 1909.
Britain tidak dapat bertangguh lagi untuk menguasai seluruh Tanah Melayu kerana negeri-negeri ini kaya dengan biji timah dan sesuai ditanam dengan getah. Tambahan pula negeri-negeri Melayu ini amat sesuai disatukan kerana mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu sama dari segi bahasa, agama, bangsa, cara hidup, kebudayaan dan lain-lain.
Perjanjian ini merupakan perjanjian yang ke-8 dalam usaha British menguasai utara Tanah Melayu. Perjanjian sebelum ini ialah :
Perjanjian Burney 1826
Perjanjian Sulit Siam - British 1894
Perjanjian British - Perancis 1896
Perjanjian Sulit Siam - British 1897
Perjanjian Siam - British 1902
Pakatan British - Perancis 1902
Isi kandungan[sorok]
1 Latar belakang perjanjian
2 Perjanjian
3 Wakil-wakil
4 Kesan Perjanjian 1909
5 Rujukan
//
[sunting] Latar belakang perjanjian
Gabenor Negeri-negeri Selat mendapat nafas baru apabila Pejabat Tanah Jajahan di India tidak lagi mentadbir Negeri-Negeri Selat. Sebelum ini Pejabat Tanah Jajahan di India mengabaikan masalah pentadbiran dan perdagangan di Semenanjung Malaysia. Pentadbiran lansung daripada London memudahkan keputusan pentadbiran, politik dan keselamatan dibuat. Ketika Britain merupakan kuasa utama di dunia.
Sedangkan Gabenor Negeri-Negeri Selat bimbangkan kemaraan kuasa-kuasa Barat seperti Jerman , Perancis dan Amerika Syarikat, di samping kuasa sedia ada iaitu kerajaan Siam. Kuasa-kuasa Barat ini cukup aktif memperluaskan tanah jajahan bagi tujuan ekonomi, agama dan politik. Kuasa-kuasa besar ini berebutkan tanah jajahan di seluruh dunia. Seboleh mungkin mereka tidak mahu bergaduh antara satu sama lain. Unsur agama iaitu Katolik dan Protestan mendominasi perluasan jajahan ini.
Perseteruan dengan Islam turut menjadi unsur perlumbaan ini. Negara Turki yang menaungi negara-negara Islam semakin tidak bermaya.
Kerajaan Perancis begitu aktif di Indo-China kerana pengaruhnya turut berkembang ke Siam dan utara Tanah Melayu.
British cukup takut dengan kehadiran pihak Jerman dan Amerika Syarikat yang inginkan tapak perdagangan dan perusahaan di pulau Langkawi dan Terengganu.
[sunting] Perjanjian
Melalui Perjanjian Bangkok 1909 itu, kerajaan Siam menyerahkan negeri-negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu untuk bernaung di bawah pemerintahan Inggeris. Perjanjian tersebut telah ditandatangani di Bangkok oleh Ralph Paget Duta Britain di Siam Mewakili King Great Britain dan Ireland serta Putera Devawongse Varoprakar, Menteri Luar Kerajaan Siam ketika itu.
Butir-butir Perjanjian Bangkok 1909 adalah seperti berikut:-
Penyerahan Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, dan pulau-pulau bersebelahan kepada Great Britain.
Tarikh penyerahan dalam tempoh tiga puluh hari selepas ratifikasi perjanjian.
Perlantikan Suruhanjaya Bercampur untuk persempadanan Inggeris-Siam.
Hutang awam wilayah yang diserahkan akan tetap dibayar kepada Kerajaan Siam.
Penghapusan bidang kuasa Konsul British di Siam.
Hak rakyat British i SIam terhadap harta, kediaman dan perjalanan, cukai, dll.
Pengesahan perjanjian lama .
Ratifikasi dalam tempoh empat bulan.
Teks diambil dari Arkib Negara Malaysia, P.112. 2 Lihat Lampiran I (ed.).
[sunting] Wakil-wakil
Kerajaan Siam diwakili oleh Keluong Wan Husain, pembesar Siam di Betong.
Kerajaan British diwakili oleh Sir John Anderson (Gabenor Negeri-negeri Selat) yang berpusat di Singapura.
Kerajaan Perak diwakili oleh :
Wan Muhammad Isa, Orang Kaya Menteri
Wan Muhammad Salleh, Orang Kaya-Kaya Seri Adika Raja.
E.W. Birch, Residen British Perak.
A.S. Jelf MCS, Penolong Setiausaha kepada Residen British Perak.
H. Berkeley, Hakim Daerah Hulu Perak
G. Simpson, Merinyu Polis Kuala Kangsar
J.D. Kemp, Pengurus Rahman Hydrolic Tin Limited, Klian Intan/ Taiping.
[sunting] Kesan Perjanjian 1909
Kerajaan Melayu Pattani yang meliputi wilayah Yala dan Narathiwat di Thailand disahkan sebagai jajahan Thailand. Padahal kerajaan Melayu Patani tidak diajak berunding dalam perjanjian itu.
Kedah, Perlis , Kelantan dan Terengganu yang sebelum ini dijajah oleh Thailand diserahkan kepada Britain.
Negeri Kedah dan Perlis menerima seorang penasihat British pada tahun 1909.
Kelantan menerima penasihat British pada tahun 1910.
Terengganu menerima penasihat British pada tahun 1919.
[sunting]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin