Isnin, 26 Julai 2010

THAILAND.

Kerajaan Negara Thai atau nama rasminya Prathēt Thai ialah sebuah negara di Asia Tenggara yang bersempadankan Laos dan Kemboja di timur, Malaysia dan Teluk Siam di selatan, dan Myanmar dan Laut Andaman di barat. Negara Thai dahulunya dikenali sebagai Siam sehinggalah 11 Mei 1949. Perkataan Thai (ไทย) bermaksud "bebas" dalam bahasa Thai. Nama Siam masih digunakan di kalangan orang Thai terutama sekali minoriti Cina.
Thailand merupakan negara yang ke-51 terbesar di dunia di dalam bentuk jumlah keluasan, anggarannya kira-kira sama besar dengan negara Sepanyol, dengan anggaran keluarsan 513,000 km2 (198,000 batu per.), dan ke-20 negara di dunia paling banyak penduduk, dengan anggaran 63 juta orang. Lebih kurang 75% daripada populasi adalah dari kaum Thai, 14% daripadany adalah berketurunan Cina, dan 3% daripadanya adalah dari orang Melayu Thai;[1] dan selebihnya adalah daripada kumpulan minoriti termasuklah orang Mon, orang Khmer dan pelbagai kaum orang asli . Bahasa rasmi negara ini adalah bahasa Thai. Leih kurang 95% daripada populasi adalah orang-orang beragama Buddha.
Isi kandungan[sorok]
1 Sejarah
1.1 1997 hingga 2006
1.2 Selepas rampasan kuasa 2006
2 Politik
3 Provinsi
3.1 Utara
3.2 Timur Laut
3.3 Timur
3.4 Tengah
3.5 Selatan
3.6 Kerajaan Daerah Khas
4 Geografi
5 Ekonomi
6 Demografi
7 Budaya
8 Lihat juga
9 Rujukan
//
[sunting] Sejarah
Rencana utama: Sejarah Thailand
Semenjak pembaharuan politik dari negara raja mutlak pada tahun 1932, Thailand telah mengalami 17 perlembagaan dan piagam.[2][3] Selama ini, bentuk kerajaan sering berubah-ubah dari diktator tentera ke demokrasi berpilihan raya, namun semua kerajaan ini mengiktiraf raja turun-temurun sebagai ketua negara.[4][5]
[sunting] 1997 hingga 2006
Lihat juga: Perlembagaan Thailand 1997
Perlembagaan 1997 adalah perlembagaan pertama yang digubal oleh Perhimpunan Mendraf Perlembagaan yang dipilih orang ramai, maka itu digelarnya "Perlembagaan Rakyat".[6]
Perlembagaan 1997 mewujudkan satu perundangan dwidewan yang terdiri daripada Dewan Rakyat (สภาผู้แทนราษฎร, Sapha Phutan Ratsadon) 500 kerusi dan Senat (วุฒิสภา, Wuthisapha) 200 kerusi. Buat julung kalinya dalam sejarah Thai, kedua-dua dewan ini dipilih melalui undian orang ramai. Banyak hak asasi manusia yang diakui dengan jelas sekali, dan langkah-langkah diambil untuk meningkatkan kestabilan kerajaan terpilih. Ahli-ahli Dewan Rakyat dipilih melalui sistem first-past-the-post, iaitu hanya seorang calon dengan majoriti mudah boleh dipilih dalam satu kawasan undian. Ahli-ahlu Senat pula dipilih berdeasarkan sistem wilayah, iaitu satu wilayah boleh memberikan lebih daripada seorang Senator bergantung kepada bilangan penduduknya. Ahil-ahli Dewan Rakyat berkhidmat dalam penggal empat tahun, smeentara ahli Senat pula penggal enam tahun.
Sistem mahkamah (ศาล, saan) mernagkumi sebuah mahkamah perlembagaan yang bidang kuasanya meliputi keperlembagaan akta-akta parlimen, titah diraja, dan hal-hal politik.
Pilihan raya umum Januari 2001, iaitu pilihan raya pertama di bawah Perlembagaan 1997, disifatkan sebagai pilihan raya yang paling terbuka dan paling bebas rasuah dalam sejarah Thai.[7] Kerajaan yang terpilih pula ialah kerajaaan pertama dalam sejarah Thai yang melengkapkan penggal empat tahun. Pilihan raya 2005 menyaksikan kehadiran pengundi tertinggi dalam sejarah Thai dan diingati kerana pengurangan pembelian undi yang nyata berbanding pilihan raya sebelumnya.[8][9][10]
Pada tahun 2006, tekanan besar yang timbul daripada tuduhan-tuduhan rasuah menyebabkan Thaksin Shinawatra mengadakan pilihan raya kilat. Pihak pembangkang memulaukan pilihan raya ini maka Thaksin dipilih semula. Tekanan masih semakin banyak, hingga menyebabkan rampasan kuasa oleh tentera pada 19 September 2006.
[sunting] Selepas rampasan kuasa 2006
Lihat juga: Rampasan kuasa di Thailand 2006
Dengan sokongan padu rakyat, sebuah junta tentera menggulingkan kerajaan Thaksin Shinawatra pada 19 September 2006. Junta ini memansuhkan perlembagaan, membubarkan Parlimen dan Mahkamah Perlembagaan, menahan dan kemudian memecat beberapa ahli kerajaan, mengisytiharkan pemerintahan tentera, dan melantik seorang ahli Majlis Rahsia Raja, Jeneral Surayud Chulanont, sebagai Perdana Menteri. Junta ini kemudian menulis satu perlembagaan sementara yang amat singkat dan melantik sebarisan panel untuk menggubal satu perlembagaan yang kekal. Junta juga melantik sebuah perundangan 250 ahli, yang dikritik sebagai "bilik jeneral-jeneral" dan ketiadaan wakil-wakil daripada majoriti yang miskin.[11][12] Dalam rang perlembagaan sementara ini, ketua junta dibenarkan melucut jawatan Perdana Menteri bila-bila masa. Perundangan tidak dibenarkan mengadakan undian percaya menentang Kabinet dan orang awam dilarang memfailkan koman pada rang undang-undang.[13] Perlembagaan sementara ini kemudian disusuli perlembagaan tetap pada 24 Ogos 2007.
Pemerintahan tentera ditarik barik separa pada Januari 2007. Junta masih menapis media dan dituduh melakukan pencabulan hak asasi manusia.
Larangan kegiatan politik ditarik balik pada Julai 2007,[14] berikutan pembubaran parti Thai Rak Thai pada 30 Mei. Perlembagaan baru telah diluluskan melalui pungutan suara pada 19 Ogos, yang bakal memulihkan pilihan raya demokratik pada 23 Disember 2007.
Thailand masih kekal sebagai ahli aktif ASEAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin