Isu 20 perkara semakin 'panas' diperbincangkan di merata media, baik 
dari blog,Fcb atau Twitter. Kenyataan "tuntas' Datuk Salleh Tun Said 
selaku speaker Dewan Undangan Negeri Sabah bahawa 20 perkara sudah lama 
'lupus', benar-benar mendapat reaksi dari pelbagai pihak. Setakat 
artikel ini ditulis, rata-rata yang melahirkan kebimbangan mengenai 
kenyataan itu ialah dari pemimpin KDM. sama ada dari kalangan parti 
pembangkang ataupun dari kalangan parti komponen BN sendiri terutama 
dari pemimpin PBS. Selain itu Datuk Lajim Ukin juga turut bersuara. 
Namun suara Datuk Lajim itu dikatakan bukan atas kesedaran tinggi 
mengenai keperluan 20 perkara ditunaikan tetapi hanya sekadar mainan 
politik.
Rakyat Sabah di
 serata pelusuk Sabah sudah mula 'memikirkan' tentang 20 perkara ini. 
Persoalan yang bermain di minda mereka ialah BENARKAH 20 PERKARA ADALAH 
HAK-HAK SABAH YANG TERTUNDA?
Sebagai penulis
 blog  dan pengamal sejarah di negara ini, kelapamawar memaparkan 
sedikit sebanyak fakta sejarah mengenai asal kewujudan 20 perkara yang 
menjadi isu besar menjelang PRU 13 ini :
Pada fakta awalnya, idea penubuhan MALAYSIA ini dicetuskan oleh Tunku 
Abdul Rahman dalam satu majlis Jamuan Persatuan Wartawan-wartawan Luar 
negeri Asia tenggara di Singapura pada 27 Mei 1961. Idea itu kemudiannya
 berjaya direalisasikan kemudiannya pada 16 september 1963. Penggabungan
 11 negeri di Tanah Melayu dan dua buah negeri di Borneo iaitu Sabah dan
 Sarawak. Ini turut menggabungkan pelbagai dokumen termasuk Rang 
Undang-Undang Malaysia iaitu Akta Malaysia 1963 dan juga syarat-syarat 
penyertaan dan peraturan perlembangaan terhadap Sabah, sarawak yang 
dikenali sebagai syarat 20 Perkara. Perjanjian Malaysia juga tertakluk 
kepada kemahuan negeri-negeri ini bagi membentuk Malaysia yang dianggap 
sebagai satu gabungan rakan-rakan kongsi yang bersatu padu untuk 
membentuk sebuah negara baru dengan ciri-ciri masing-masing. 
Namun begitu, sebelum pembentukan Malaysia, satu siri perbincangan dan 
penyiasatan telah diadakan di antara bulan Mei 1961 dengan tarikh 
penubuhan Malaysia berhubung denagn syarat-yarat yang sesuai untuk 
persekutuan bagi menjamin kepentingan negeri-negeri Melayu termasuk 
Sabah, Sarawak yang pertama kali bergabung dengan Malaysia. Peringkat 
awal perkara telah dibincangkan oleh para pemimin dari lima buah negeri 
iaitu Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei dalam 
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Serantau yang diadakan di 
Singapura pada bulan Julai 1961. Ekoran daripada mesyuarat ini, pada 
bulan Febuari 1962, sebuah Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia 
(MSCC) telah mengeluarkan sebuah memorandum yang menyokong Malaysia dan 
memperlihatkan beberpa syarat am untuk Persekutuan. sebuah suruhanjaya 
penyiasatan juga telah dibentuk pada Januari 1962 iaitu Suruhanjaya 
Cobbold berikutan lawatan Tunku Abd. Rahman ke London pada bulan Oktober
 1961. Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh Lord Cobbld iaitu bekas 
Gebenor Bank England. Sementara ahli-ahlinya terdiri daripada Dato' Wong
 Pow Nee dan Mohd Ghazali Shafie yang dilantik oleh kerajaan Tanah 
Melayu dan Antony Abell serta Watherston bai mewakili kerajaan British. 
Tujuan penubuhan suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pendapat penduduk
 Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia dan menerima lebih 2200 
memorandum dari pelbagai pihak. Mengemukakan laporan pada bulan Jun 
1962.
Hasil daripada tugas yang dijalankan ini didapati lebih kurang 80% 
penduduk Sabah dan Sarawk menyokong penubuhan Malaysia iaitu kebanyakan 
terdiri daripada Bumiputera dan 20% menenteng. Laporan ini diperolehi 
setelah suruhanjaya ini Telah menemui 4000 orang  dan menerima tidak 
kurang dari 2200 pucuk surat dan memorandum daripada parti-pati politik,
 ahli-ahli mesyuarat kerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anak
 negeri dan pemimpin kaum, lembaga bandaran, majlis bandaran, 
pemimpin-pemimpin agama, kesauan sekerja dan sebilangan besar orang 
ramai. Majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menertai Malaysia, 
menerimapakai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, menerima Islam
 dan bahasa Melayu sebagai agama dan bahasa rasmi.
Suruhanjaya Cobbold telah mengsyorkan supaya Perlembagaan Tanh Melayu 
yang ada dijadikan asa bagi membentuk perlembagaan Persekutuan Malaysia 
yang baru. Namun, beberapa pindaan perlu digubal untuk disesuaikan denga
 kemasukan negeri-negeri baru ke dalam Persekutuan. sehuibungan itu, 
jaminan-jaminan mustahak perlu dibuat bagi memastikan kepentingan khas 
negeri-ngeri Borneo terjamin. Oleh itu, negeri Sabah dan Sarawak diminta
 menyediakan laporan mereka untuk meyertai Malysia. Laporan ini dikaji 
oleh satu jawatankuasa yang diwakili oleh kerajaan Persekutuan Tanah 
Melayu, Britain, Sabah dan Sarawak. Maka terbentuknya satu jawatankuasa 
yang dikenali sebagai jawtankuasa Antara-Kerajaan atau 
Inter-Governmental Ccommittee pada bulan Ogos yang diberi tugas untuk 
menyusun  perlembagaan Persekutuan yang baru dan perlindungan khas untuk
 Borneo Utara dan Sarawak.
Jawatankuasa ini dipegerusikan oleh Lord Landsdowne dan timbalannya 
ialah Tun Abdul Razak. Anggota lain terdiri daripada Donald Stephen, 
Abang Haji Mustaffa, Temenggung Jugah, seorang wakil Britain dan seorang
 wakil Persekutuan Tanah Melayu. Sebanyak lima buah jawatankuasa kecil 
berkenaan hal-hal perlembagaan, kewangan, undang-undang, perkhidmatan 
awam, dan membentuk kerajaan Persekutuan Malaysia diwujudkan untuk 
mempertimbangkan hal ini. 
Sementara Sabah dan Sarawak mula mengkaji untuk membuat beberapa 
tuntutan yang munasabah untuk menjaga kepentingan mereka sebagai 
Bumiputera sebelum memasuki Malaysia. Tuntutan ini dikenali sebagi 20 
Perkara Sabah dan ia merupakan syarat-syarat Borneo Utara memesuki 
Malaysia. Kebanyakan syarat-syarat ini diterima oleh IGC dan telah 
dimasukkan di dalam Perjanjian Malaysia.
Tuntutan 20 Perkara Sabah Dan Kepentingan Kepada Sabah Dan Sarawak
Tuntutan 20 Perkara Sabah merupakan memorandum MSCC yang diusulkan oleh 
USNO, UNKO United Parti, Demokratik Parti dan United Pasok Momogun 
Organisation dan isinya adalah soal perlindunagan dan syarat-syarat 
Borneo Utara dan Sarawak menyertai Malaysia terutama dalam hal-hal 
kebebsan agama, bahasa-bahas lain (selain Melayu), migrasi dan 
kepentingan-kepentingan Bumiputeranya.
Perkara satu - Agama
Di dalam tuntutan 20 perkara disebut:
" walau pun tidak ada banthan terhadap agama Islam menjadi agama rasmi 
Malaysia, tetapi tidak ada agama rasmi di Sabah dan Sarawk. Oleh itu, 
hendaklah diadakan jaminan untuk kebebsan agama."
Setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tiap-tiap 
kumpulan agama adalah berhak menguruskan hal-hal agamanya sendiri, 
menubuh dan menyelenggara yayasan bagi maksud-maksud agama dan 
memperolehi serta memegang dan mentadbir mengikut undang-undang. Semua 
kebebasan di atas juga tidak membenarkan apa-apa prbuatan yang 
berlarutan dengan undang-undang atau mengenai ketaatan awam, kesihatan 
awam atau akhlak. 
Bagi menjamin kebebasan agama ini terdapat undang Persekutuan yang 
memberi bantuan kewangan kepada Institusi Islam atau pekerjaan Islam, 
maka peruntukan yang seimbang juga diberikan kepada tujuan-tujuan 
kebajikan masyarajat di wilayah-wilayah Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.
Perkara dua- Bahasa ( Perkara 152 dalam perlembagaan)
" bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahas 
Inggeris akan terus digunakan untuk tempoh sepuluh tahun selepas hari 
Malaysia. Bahasa Inggeris hendaklah menjadi bahsa rasmi Borneo Utara 
untuk semua tujuan baik pada peringkat negeri mahupun Persekutuan had 
tempohnya. ( 20 perkara-16)
berdasarkan perkara ini, Bahasa Melayu hendaknya menjadi kebangsaan 
Persekutuan dan Bahas Inggeris terus digunkan untuk temph sepuluh tahun 
selepas hari Malaysia di Saah dan Sarawak. Sementara itu juga Bahasa 
Inggeris menjadi bahasa rasmi bagi Sabah dan Sarawak untuk semua tujuan 
baik di peringkat negeri mahu pun peringkat persekutuan. syarat ini, 
telah diterima oleh semua IGC dan telah pun mendapat tempat dalam 
perlembagaan dalam perkara 152. Syarat ini, dikemukakan kerana bahasa 
boleh digunakan sebagai alat menyatupadukan rakyat pelbgai kaum dan 
pelbagai sukuan terutama di Sarawak dan Sabah.
Perkata tiga- Imigrasi
" kawalan kemasukan orang ke mana-mana kawsan di Malaysia dari luar 
adalah terletak di bawah kuasa kerajaan Pusa tetapi kemasukan ke Borneo 
Utara perlu mendapat kelulusan kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan 
tidak boleh mengahklang kemasukan orang ke Borneo Utara untuk tujuan 
keraja Negeri kecuali atas sebab keselematan. Borneo Utara hendaklah 
mempunyai kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang
 dari kawasan kawasan lain di Malaysia ke dalam Borneo Utara , selain 
daripada yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan di Borneo Utara. (Hlm 
30)
imigrasi hendaklah tetap dalam senarai Persekutuan tetapi undang-undang 
hendaklah digubal oleh Parlimen untuk menentukannya, kecuali 
perkara-perkara tertentu,  seperti permintaan masuk ke negeri-negeri 
Borneo ini mestilah diluluskan oleh negeri-negeri berkenaan. 
Undang-undang ini tidak boleh dipindah atau dihapuskan melainkan dengan 
persetujuan negeri -negeri tersebut. Borneo Utara juga hendaklah 
mempunayi kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang
 dari kawasan-kawasan lain di Malaysia ke dalam Borneo Utara, selain 
daripada yang bekerja dengan Persekutuan di Borneo Utara.
Perkara ini dikemukakan demi menjaga kepentingan penduduk Sabah dan 
Sarawak supaya peluang-peluang yang terdapat di kedua negeri ini tidak 
diperolehi oleh orang luar. Ini memberi keuntungan kepada Sabah dan 
Sarawak kerana peraturan ini akan menyekat kemasukan orang-orang luar dn
 sesiapa yang mahu memasuki negeri-negeri ini perlu mendapat kebenaran 
kecuali yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan.
Perkara empat - Pelajaran
" sistem pendidikanyang ada di Borneo Utara sejkarang hendaklah dikekalkan dan diletakkan di bawah kuasa kerajaan Negeri."
Pelajaran sebenarnya hendaklah djadikan perkara Persekutuan, tetapi 
polisi dan sistem pentadbiran pelajaran di Sabah dan Sarwak 
berdasarkanperkara ini dikekalkan sepertimana kemahuan kerajaan 
negeri-negeri terebut sehinggalah kerajaan ini bersetuju mengubahnya. 
Dalam hal ini memberi peluang kepada kerajaan negeri menkaji perkara 
tersebut sebelum mengubahnya tau meminda sistem pendidikan di Sabah dan 
Sarawak untuk kepentngan rakyatnya sendiri.
Perkara lima - Perkhidmatan Awam 
" Pengambilan perkhidmatan Awam oleh rakyat Borneo hendaklah dilaksanakan dengan secepat mungkin"(hlm 41)
tuntutan 20 perkara menekankan supaya pengambilan pegawai-pegawai baru 
di Borneo Utara hendaklah diberi keutamaan kepada penduduk di wilayah 
itu. Ini adalah bertujuan membuka peluiang kepada Bumiputera dan 
mengelakkan bukan Bumiputera terutama kaum Cina daripada menguasai 
perkhidmatan ini kerana kaum ini lebih maju dalam pemdidikan berbanding 
penduduk tempatan .
dalam perkara ini dinyatakan juga pelbagi hal yang menyentuh bidang 
perkhidmatan awam persekutuan, perkhidmatan awam persekutuan dengan 
negeri-negeri, pinjaman-pinjaman pegawai-pegawai, sekatan mengenai 
pembuangan kerja,  penurunan pangkat kakitangan awam dan 
suruhanjaya-suruhanjaya dalam perkhidmatan awam. Selain itu suruhanjaya 
perkhidmatan awam berasingan hendaklah ditubuhkan di tiap-tiap negeri. 
Bagi menjaga kepentingan perkhidmatan awam di negeri-negeri Borneo, 
pegawai-pegawai yang ada termasuk pegawai-pegawai dagang dinaikkan 
pangkat untuk ditukarkan ke perkhidmatanPersekutuan, tetapi tidak boleh 
ditukarkan keluar dari wilayah-wilayah Borneo tanpa persetujuan mereka. 
Perkara enam– Kerakyatan
"saranan-saranan dalam perenggan 148 (k) Laporan Suruhanjaya Cobbold 
hendaklah merangkumi hak-hak kewarganegaraan rakyat Borneo Utara dalam 
Persekutuan tertakluk kepada pindaan-pindaan berikut:
a) perenggan kecil (I) tidak harus mengandungi peruntukan menetapkan selama lima tahun.
b) Demi menyelaraskan kepada undang-undang kita, perenggan kecil (ii) 
(a) hendaklah berbunyi "tujuh daripada sepuluh tahun" dan bukannya 
"lapan daripada dua belas tahun"
c) Perenggan kecil (iii) seharusnya tidak mengandungi sekatan berhubung 
dengan kewarganegaraan ibu-bapa- seseorang yang lahir di Borneo Utara 
seleas Malaysia metilah menjadi warganegara Persekutuan. hlm 52
Berdasarkan syarat kerakyatan yang dikemukan ini, tidaklah 
sewenang-wenangnya untuk menjadi warganegara Sabah dan Sarawak. Syarat 
ini juga dapat menghad  sesiapa yang layak sahaja untuk menjadi 
warganegara kedua-dua negeri ini.
Perkara tujuh- Dewan Undangan Persekutuan
" ini hendaklah mengambil kira bukan sahaja jumlah penduduk Borneo Utara
 tetapi juga saiz dan pretasinya dan dalam apa keadaan tidak harus 
kurang daripada Singapura."
Dalam perkara pemilihan dewan Undangan Persekutuan pertimbngan bukan 
sahaja diberikan ke atas bilangan penduduk, tetapi juga kepada potensi 
dan prestasi negeri tersebut. Perlantikan juga tidak boleh kurang 
aripada Singapura, oleh itu tiap-tiap masjlis Undangan di Borneo 
hendaklah memilih 2 orang ahli Dewan Undangan Negara. Sebagai tambahan, 
bilangan Dewan Undangan yang dilantik hendaklah ditambah 6 orang lagi 
kerana kemasukan Sarawak dan Sabah. Ahli-ahli baru yang dipilih dari 
Sabah ialah 16 orang dan Sarawak seramai 24 orang. (kerusi percantuman 
di antara Persekutuan dengan Singapura telah diperuntukan 15 kerusi 
untuk Sinagapuara)
Perkara lapan- Perlembagaan Negeri-negeri.
"ketua -ketua Menteri hendaklah dipilih oleh anggota Majlis Perundangan 
tidak rasmi. Sistem Menteri yang sempurna hendaklah diwujudkan di Borneo
 Utara,"
Berdasarkan perkara ini Ketua-ketua negeri Borneo yang pertama hendaklah
 dilantik oleh baginda Queen dan Paduka Baginda Dipertuan Agung sebelum 
hari Malaysia untuk bertugas selam dua tahun. Sistem Menteri yang 
sempurna juga hendaklah dilaksanakan di Borneo Utara. Di Sarawak, ketua 
negeri telah dikenali sebagai Gabenor dab di Sabah sebagai Yang 
Dipertuan Negeri. Sementara masalah mengenai Perlembagaan Negeri dan 
Perlembagann Persekutuan akan ditentukan oleh Mahkamah. 
Perubahan-perubahan alin yang tertentu berkenan Perlembagaan Negeri 
Sabah sebagai Majlis tertinggi (Supereme Council) dan Majlis Undangan 
sebagai Council Negeri.
Perkara sembilan– Kuasa Membuat Undang
Pembahagian kuasa persekutuan dan Negeri seperti tercatat dalam Jadual 9, perlembaggaan Malaysia: 
Senari 1: di bawah Kuasa Persekutuan
Senarai 2: Di bawah Kuasa negeri.
Senarai 2A: Tambhan kepada senarai negeri bagi negeri-negeri di Borneo
Senarai 3: Di bawah kuasa bersama dan
Senarai 3A: Tambahan kepada senarai bersama bagi negeri-negeri Borneo.
Pembahagian kuasa membuat undang-undang dibahagikan kepada Majlis 
Undangan Persekutuandan Negeri. Majlis Undangan Persekutuan menentukan 
hal-hal ehwal luar, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang 
sivil dan jenayah, peraturan dan pentadbiran keadilan, kerakyatan , 
jentera kewangan kerajaan, perdagangan, perniagaan dan perusahaan, 
perkapalan, perhubungan dan pengangkutan, kerja raya dan tenaga, ukur, 
buruh, koperasi hari-hari kelepasan, surat khabar, dan penyiaran dan 
syarikat-syarikat kerjasama.
Sementra Majlis Undangan Negeri berperanan dalam perkar-perkara seperti 
undang-undang Islam, dan adat istiadat orang-orang asli, tanh, 
pertanian, hutan, kerajaan negeri, penyelidikan, ganti rugi dan 
sebagainya, bagi perkar-perkara yang termasuk dalam senarai bersama 
ialah kebajikan masyarakat, biasiswa, perlindungan binatang liar, 
ternakan, perncangan bandar dan luar bandar, pengemis-pengemis dan 
penjaja, kesatuan dan kebersihan awam, parit, dan tali air dan pemulihan
 tanah-tanah lombong.
Perkara sepuluh– Hak Keistemewaan Bumiputera 
Pada prinsipnya suku kaum Bumiputera di Borneo Utara hendalah menikmati 
hak-hak istimewa seperti yang dinikmati oleh kaum Melayu ketika ini 
tidak semestinya boleh digunakan untuk Borneo Utara.
Hak kedudukan istimewa Bumiputera ini disediakan dalam Perkhidmatan Awam
 termaktub dalam Artikel 161 A Perlembagaan Persekutuan. dalam Artikel 
ini memberi kedudukan Bumiputera di Borneo Utatara dengan hak 
keistimewaan orang Melayu di bawah perkara 153.
Perkara sebelas- Peraturan Dalam Masa Peralihan
"tempoh peralihan hendaklah tujuh tahun, dan dlam tempoh itu kuasa 
perundangan hendaklah diserahkan pada negeri Borneo Utara oleh 
Perlembagaan dan tidak sekadar diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh 
kerajaan Persekutuan." hlm 82
Perkara ini dimasukkan ke dalam Perjanjian Malaysia atau Perlembgaan 
Persekutuan. tempoh peralihan diberi selama tujuh tahun dan kuasa 
perundangan adalah di bawah kuasa kerajaan Negeri. Tujuan tempoh 
peralihan ini adalah untuk membolehkan peningkatan kesedaran politik di 
kalangan rakyat negeri Sabah supaya mereka faham akan tangungjawab 
mereka sebagai pemimpin kerana mereka belum lagi mempunyai pengalaman 
dalam mentadbir negeri sendiri sebelum penubuhan Malaysia.
Perkara dua belas- Undang-undang Uasa Kini
"undang -undang mengenai perkara-perkara Persekutuan yang baru sahaja 
dikuatkusakan dalam sesebuah Borneo sebelum hari Malysia, hendaklah 
dijalankan dan diteruskan walau pun di dapati tidak sesuai dengn 
sebarang peruntukan dalam perlembagaan sehingga diubah atau dibatalkan 
oleh kuasa tertentu."
Perkara ini membincangkan tentang undang-undang Persekutuan yang 
dikuatkuasa di Borneo Utara sebelum hari Malaysia di negeri -negeri 
tersebut hendaklah dijalankan walupun diadapati tidak sesuai sehinggalah
 Perlembgaan diubah atau dipinda oleh mana-mana kusa tertentu.
Kita imbas kembali fasal 6 di atas. Dari situ, seseorang mungkin akan 
memberikan hujah bahawa justifikasi yang mewajarkan atau membolehkan 
kita rakyat Sabah dan Sarawak keluar Malaysia adalah kerana Perjanjian 
Penubuhan Malaysia 1963 telah terbatal disebabkan Kerajaan Pusat bersama
 Kerajaan Negeri telah tidak mematuhi banyak kehendak dan tuntutan 20 
Perkara. Semenjak Sabah (khususnya) bersama negara Sarawak dan negara 
Persekutuan Tanah Melayumembentuk (bukan menyertai) Persekutuan 
Malaysia, 20 Perkara telah acapkali diremehkan dan hasilnya sekarang, 20
 Perkara bagaikan tidak wujud langsung lagi.
Saya sedikit bersetuju dengan hujah tersebut. Saya fikir, ianya adalah 
benar dan terpakai jika kita menilai berdasarkan justifikasi moral. 
Maksudnya, secara moral, 20 Perkara ini telah pupus. Jika kita menilai 
berdasarkan praktis undang-undang, maka soalan saya; apakah 
undang-undang yang membatalkan 20 Perkara? Apakah perisytiharan rasmi 
dari kerajaan - sama ada Pusat atau Negeri - yang 20 Perkara telah tidak
 diguna pakai lagi?
 Pencabulan sebahagian besar isi kandungan perjanjian 20 Perkara ini 
telah menimbulkan sentimen "Malaya jajah Sabah". Saya bersetuju dan 
memang ada benarnya dalam banyak lapangan perkara. Hal ini dapat mudah 
difahami dengan membandingkan kehendak-kehendak dalam 20 Perkara dan 
situasi Sabah (khususnya) sejak bermulanya kemasukan United Malay 
National Organization ke Sabah pada awal 1990-an yang lalu.
 Saya berpendapat, jika kerajaan Pusat benar-benar ikhlas menerima 
kandungan Perjanjian Penubuhan Malaysia 1963 atau 20 Perkara ini, maka 
sewajibnya kerajaan Pusat meminda atau menambah mana-mana fasal/klausa 
dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengambil kira kehendak 20 Perkara 
tersebut. Bukan sahaja pindaan ini berlaku ke atas Perlembagaan 
Persekutuan, malah mana-mana undang-undang, akta dan peraturan lainnya 
(peringkat Jabatan Kerajaan, Kementerian dsb) juga perlu diubahsuai 
supaya selaras dan memenuhi tuntutan 20 Perkara.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan