Menjelang Perhimpunan Agung DAP DI Pulau Pinang buat kali terakhir 
sebelum PRU 13 pada 16 Disember ini, pengerusinya Karpal Singh 
menyatakan keyakinan penuh bahawa DAP pasti akan dapat kekalkan 9 kerusi
 di Pulau Pinang. Ertinya DAP akan terus menguasai negeri ini.
Bagaimanapun beliau menyatakan kebimbangan terhadap dua isu yang 
dicetuskan oleh parti kongsinya yang akan menyebabkan kemusnahan Pakatan
 Rakyat. Beliau meletakan kesalahan ini kepada Pas kerana mengharamkan 
perempuan menggunting rambut lelaki di Kelantan dan juga tindakan 
Kerajaan Negeri Selangor meroboh kuil Hindu di Taman Seroja Sepang.
Karpal Singh berkata, dalam jangkaannya pasti PKR akan menang 9 kerusi 
dan seterusnya kena lihat selebihnya bagaimana Pas akan hapuskan kerusi 
BN, buat masa ini Pas mempunyai 1 kerusi, dan akan rampas 5 ataupun 6 
kerusi dari tangan BN.
Pada PRU 2008 DAP telah mendapat 19 kerusi, PKR 9 kerusi dan Pas 1 
kerusi, gabungan ketiga-tiga parti ini sebanyak 29 kerusi untuk 
menerajui kerajaan Pulau Pinang.
Ketiga-tiga parti perlu terus bekerjasama
Karpal Singh semasa memberi ucapan pada pembukaan persidangan 
perhimpunan Agung DAP Pulau Pinang hari ini berkata, beliau sekali lagi 
mengingatkan semua, pemerintahan kerajaan di Pulau Pinang perlu 
kerjasama dari ketiga-tiga parti barulah dapat kekalkan pemerintahan 
tersebut.
Sebelum ini, apabila beliau meninjau keadaan semasa di seluruh negara, 
beliau lihat walaupun pada PRU akan datang ini Pakatan Rakyat berpeluang
 melangkah ke Putrajaya, parti-parti dalam Gabungan Pakatan Rakyat perlu
 peka dengan perkembangan isu-isu semasa yang begitu sensitif, pastikan 
tidak buat sebarang kesilapan lagi.
Seterusnya beliau ambil contoh kerajaan negeri Selangor tentang robohkan
 kuil Hindu di Taman Seroja Sepang, bersikap salahguna kuasa, sepatutnya
 perkara itu tidak berlaku. Yang kedua tentang isu yang berlaku di 
Kelantan berkaitan isu kedai gunting rambut di Kota Bharu.
Beliau berkata, Pakatan Rakyat mempunyai tanggungjawab berat untuk 
dipikul, iaitu UBAH kerajaan, ada tanggungjawab untuk membersihkan 
Malaysia, perkara-perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku, ini akan
 menjadi sasaran BN ada alasan untuk menyerang Pakatan Rakyat.
Terjemahan:
Abdullah Tan
KOMEN
Isu pengharaman penggunting  rambut wanita di Kelantan dan tindakan 
meroboh kuil Hindu di Sepang mungkin tidak popular di kalangan orang 
Cina atau India tetapi popular di kalangan penyokong Pas dan di perlukan
 oleh Pas untuk mempastikan sokongan Melayu dan Islam kepadanya di 
Kelantan  dan Selangor.
Maka itu Lim Kit Siang membisu terhadap hukum hudud yang mahu 
dilaksanakan oleh "Negara Kebajikan Pas" kerana DAP penuh yakin bahawa 
hal itu sekadarkan retorik sahaja. Haji Hadi telah pun pasti tidak akan 
jadi Perdana Menteri maka apa perlunya orang Cina takut.
DAP bersimpati dengan Pas yang dalam keadaan lemas menghadapi berbagai 
tekanan BN memerlukan beberapa Isu untuk menunjukkan ia masih Islam dan 
beliau perlukan Karpal Singh untuk mententeramkan ahlinya yang tidak 
rasional.
Lim Kit Siang yakin bila Pakatan Rakyat berkuasa lebih dari perempuan 
pun boleh gunting rambut di Kelantan dan kuil hindu yang lebih hebat 
dari Batu Cave pun boleh didirikan kerana ketika itu Malaysia akan 
berada di bawah pluralisme agama yang akan menjamin pengikut agama 
apapun ke syurga.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan