ALANGKAH bahagianya jika kita ditakdirkan lahir dan berada pada zaman kegemilangan Is lam
 bersama dengan Rasulullah s.a.w. Ini kerana kita dapat berjuang, 
belajar secara langsung daripada baginda, dapat melihat wajahnya serta 
boleh berkomunikasi secara langsung dengannya apabila menghadapi sesuatu
 masalah.
lam
 bersama dengan Rasulullah s.a.w. Ini kerana kita dapat berjuang, 
belajar secara langsung daripada baginda, dapat melihat wajahnya serta 
boleh berkomunikasi secara langsung dengannya apabila menghadapi sesuatu
 masalah. 
 lam
 bersama dengan Rasulullah s.a.w. Ini kerana kita dapat berjuang, 
belajar secara langsung daripada baginda, dapat melihat wajahnya serta 
boleh berkomunikasi secara langsung dengannya apabila menghadapi sesuatu
 masalah.
lam
 bersama dengan Rasulullah s.a.w. Ini kerana kita dapat berjuang, 
belajar secara langsung daripada baginda, dapat melihat wajahnya serta 
boleh berkomunikasi secara langsung dengannya apabila menghadapi sesuatu
 masalah. 
Zaman baginda itu adalah satu masa yang sangat hebat 
kerana dapat melahirkan generasi individu Muslim yang unggul dalam 
segenap aspek kehidupan hingga mendapat jolokan daripada Allah SWT 
sebagai sebaik-baik umat kerana menjalankan tugas menyampaikan yang 
makruf, mencegah kemungkaran dan beriman dengan Allah SWT.
Inilah generasi yang telah mencipta sejarah kerana 
membantu baginda menundukkan dua kuasa besar pada masa itu iaitu Rom dan
 Parsi yang mendakwa memiliki sumber tamadun yang hebat, namun kehebatan
 individu di kalangan sahabat Rasulullah terdapat pada diri mereka 
akhlak mulia mampu menundukkan keangkuhan kedua-duanya sekali.
Mereka mencipta nama dalam sejarah tamadun manusia 
sebagai pahlawan Islam dengan menyebar-luaskan ajaran baginda Rasulullah
 s.a.w. sesuai dengan pegangan mereka kepada agama Islam yang membawa 
maksud kesejahteraan, keharmonian, kedamaian, keamanan dan keselamatan 
untuk umat manusia sejagat.
Bagaimana dengan kita hari ini? Adakah kita bersemangat sama seperti para sahabat?
Tidak dinafikan bahawa kita sebagai umat Nabi 
Muhammad s.a.w. diberikan nama oleh ayah-ayah kita sebahagiannya dengan 
menggunakan nama para sahabat seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar, Othman,
 Ali, Ubadillah, Salman, Khalid, Hamzah, Abbas, Bilal, Zubair dan 
sebagainya, tetapi apakah nama-nama tersebut benar-benar meresap masuk 
dalam sanubari kita hingga mencontohi para sahabat dalam mendepani 
segenap isu agama.
Alangkah malangnya segelintir umat Islam hari ini 
yang sudah mula menamakan anak-anak mereka dengan nama-nama yang 
kadang-kadang tidak memberi makna langsung berkaitan dengan agama. 
Nama-nama seperti yang disebutkan di atas tidak lagi menjadi sebutan di 
bibir mereka. Mengapa? Sama-samalah kita mencari kekurangannya.
Malah Islam hanya tinggal pada nama sahaja, sedangkan
 cara dan gaya hidup tidak melambangkan mereka seperti orang Islam, ini 
termasuk cara berpakaian, penampilan diri lelaki dan wanita Islam, cara 
berkeluarga, cara berfikir, cara mendidik anak-anak dengan agama dan 
seribu satu macam karenah lagi tidak menampakkan diri mereka persis 
individu Muslim yang beramal dengan ajaran Islam sebenar.
Inilah yang pernah disabdakan oleh baginda Rasulullah
 s.a.w. lebih 14 abad lalu, seolah-olah ia bagaikan satu ramalan tepat, 
kerana baginda sentiasa menerima ilham/wahyu daripada Allah SWT selaku 
Pencipta kita, sudah tentu Dia mengetahui segala-galanya kerana ia di 
bawah kawalan dan pengawasan-Nya, benarlah sabda Nabi s.a.w. yang 
bermaksud: Daripada Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah berkata: Telah
 bersabda Rasulullah s.a.w.: “Sudah hampir tiba suatu masa, di mana 
tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, tidak 
tinggal daripada al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid 
mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka 
adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. 
Daripada merekalah berpunca fitnah, dan kepada merekalah fitnah itu akan
 kembali.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, 
keadaannya tidak begitu jauh daripada gambaran yang telah ditegaskan 
oleh Rasulullah s.a.w. Kalau belum sampai pun, ia sudah hampir menjurus 
ke sana. Apa yang baginda sebutkan dalam hadisnya di atas bolehlah kita 
bincangkan satu persatu untuk melihat sejauh mana kebenaran kenyataan 
baginda itu.
1. Islam hanya tinggal namanya sahaja.
2. Al-Quran hanya tinggal tulisannya.
3. Masjid tersergam indah tetapi kosong daripada hidayah Allah.
4. Lahirnya ulama su’ yang mementingkan periuk nasi daripada Islam.
5. Fitnah tersebar akibat kedangkalan ulama-ulama su’.
1. Islam hanya tinggal namanya sahaja
Kelak akan banyak orang yang mengaku beragama Islam 
namun perbuatan sehariannya tidak mencerminkan sebagai seorang Islam 
yang baik, hanya namanya sahaja Islam. Islam diperalatkan untuk 
kepentingan tertentu. Oleh kerana itu kita dapat lihat ramai orang Islam
 melanggar syariat.
Sembahyang mengikut ‘mood’, ada seminggu sekali, ada 
sebulan sekali, setahun sekali dan ada yang tidak pernah solat sama 
sekali. Yang kaya pula enggan membayar zakat, yang pergi haji mahu 
digelar ‘pak haji’ namun masih lagi melepak di kedai judi dan 
menghabiskan masa.
Ramai yang bercakap tentang Islam padahal mereka 
tidak mengamalkannya. Pandai berpidato agar orang percaya dia seorang 
Islam yang baik dan memperjuangkan Islam, sehingga ada yang merubah 
halal menjadi haram dan haram menjadi halal, bahkan hukum nas kalau 
boleh disesuaikan dengan zaman, bukan keadaan zaman disesuaikan dengan 
ketentuan nas.
Sebenarnya orang yang sebegini tergolong daripada 
golongan orang munafik sebagaimana sahabat nabi yang bernama Abu 
Huzaifah ditanya apa itu nifak? Beliau menjawab: “Kamu berbicara tentang
 Islam, tetapi kamu tidak mengamalkan ajaran-ajarannya”. (Masnad 
ar-Rabi’)
2. Al-Quran hanya tinggal tulisannya
Dalam banyak hadis Rasulullah s.a.w. menganjurkan 
kita umatnya agar membudayakan pembacaan al-Quran, ia bukan sekadar 
penawar kepada pelbagai penyakit yang sukar diubati, malah ia juga 
bertindak sebagai penyembur kepada hati yang berkarat dengan 
penyakit-penyakit cintakan dunia secara berlebihan.
Tujuan al-Quran diturunkan adalah untuk menjadi 
pedoman dalam soal akidah, iman, beribadah kepada Allah dengan 
membacanya, dipelajari isi kandungannya, diamalkan segala apa yang ada 
di dalamnya. Menjadi rujukan dalam segenap masalah yang dihadapi oleh 
manusia, dan yang paling utama ialah melaksanakan hukum, undang-undang 
dan perintah Allah yang ada di dalamnya.
Apa yang mendukacitakan kita pada hari ini, al-Quran 
dijadikan bahan untuk musabaqah menjelang ketibaan Ramadan iaitu bulan 
yang diturunkan al-Quran di dalamnya. Sedangkan undang-undangnya tidak 
diguna-pakai walaupun sudah merdeka lebih setengah abad, orang-orang 
Islam yang melakukan jenayah tidak dihukum dengan undang-undang hudud 
atau qisas di dunia ini. Inilah gambaran ketegasan Nabi bahawa al-Quran 
hanya tinggal tulisannya untuk dibaca, bukan untuk diamalkan.
3. Masjid tersergam indah tetapi kosong daripada hidayah Allah
Inilah kebenaran kenyataan baginda Rasulullah s.a.w. 
bahawa masjid-masjid umatnya pada akhir zaman memang cukup indah dan 
megah, tetapi pengisian di dalamnya tidak memberangsangkan. Masjid yang 
sepatutnya menjadi tempat menyampaikan kuliah agama kadang-kadang sepi 
daripada pengunjungnya. 
Terdapat masjid yang membiayai urusan pembayaran bil 
elektrik, air dan penyelenggaraan mencecah nilai ringgit yang cukup 
tinggi, kadang-kadang kelas pengajian pun tidak ada, ada yang diisi 
dengan kelas marhaban atau barzanji, itu pun tidak memahami dengan baik 
maksud apa yang dibacakan. Malah ada pula masjid dipertandingkan sempena
 Maulidur Rasul sebagai masjid yang paling cantik dan bersih.
4. Lahirnya ulama su’ yang mementingkan periuk nasi daripada bercakap tentang Islam
Tidak dinafikan juga wujud kalangan ilmuan Islam yang
 tidak berani untuk menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang 
zalim seperti yang disabdakan oleh baginda, justeru itulah yang 
diingatkan oleh baginda dalam hadisnya di atas. Golongan ulama ini sama 
seperti Bal’am bin Ba’ura (ulama Bani Israil) yang ditegaskan dalam ayat
 176 surah al-‘Araf.
Kepentingan dunia kerana mahu mengejar pangkat dan 
populariti menguasai hidup mereka hingga ada yang berani menghalalkan 
apa yang diharamkan Allah, menyembunyikan kebenaran kerana takut 
keduniaannya tersekat dan periuk nasinya terjejas hingga sanggup 
menggadai prinsip-prinsip agama, dalam hal ini, siapa yang makan cili 
maka dialah yang merasa bahang pedasnya.
5. Fitnah tersebar akibat kedangkalan ulama-ulama su’
Fitnah terhadap Islam sudah semakin menular yang 
tidak pernah terfikir oleh individu Muslim yang baik di sisi Allah. 
Industri hiburan yang melibatkan artis-artis beragama Islam hingga ke 
peringkat paling seksi menjadi juadah mata pada hari ini, perkara ini 
berlaku adalah kerana ulama-ulama su’ mendiamkan diri tidak mahu 
bercakap kerana takut segala kemudahan yang dikecapinya akan hilang, 
walaupun Islam daripada diri umat Islam bukan menjadi perkiraan hidup 
mereka lagi.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan