Saya pasti! Suatu masa dahulu.. anda bukanlah seorang
 perokok! Namun, atas pengaruh rakan-rakan, anda akhirnya terjebak dan 
menjadi salah seorang perokok tegar. Beribu-ribu wang telah dihabiskan 
untuk membeli rokok selama beberapa tahun kebelakangan ini. Prestasi 
kesihatan anda pula, semakin menurun. Jika dulu anda boleh berlari dan 
bermain bola tanpa rasa penat, kini, baru naik tangga rumah je pun  
sudah termengah-mengah. 
        
Tidak perlulah saya menceritakan lebih banyak
 lagi akan keburukan merokok, saya pasti anda pun sudah sedia maklum, 
malah, anda mungkin lebih arif lagi mengenainya. Masakan tidak, setiap 
hari anda membaca  notis amaran serta melihat gambar yang mengerikan 
yang terdapat pada kotak rokok tersebut. Sudah tentunya anda sudah 
begitu faham dan tahu  mengenainya.
        
Namun begitu, walaupun betapa nikmatnya anda 
menghisap asap pahit itu, saya pasti, ada sekelumit niat serta keinginan
 di dalam diri anda untuk berhenti merokok.  
        
Niat  untuk berhenti merokok ini sememangnya 
ada di setiap benak fikiran dan sanubari semua perokok, malah, ada juga 
yang pernah mencuba untuk berhenti darinya. Tetapi, ramai yang gagal. 
Jika berjaya pun, hanya untuk sementara waktu sahaja, 2-3 hari selepas 
itu, mereka akan menghisap rokok semula. Akhirnya, mereka pasrah dan 
berfikir, "Tidak mengapalah, lama-lama nanti aku akan berhenti sendiri bila sampai waktunya".
        
Maaf Sahabatku! Berhenti Sendiri Itu Hanya Akan Berlaku...
 
        Apabila Nafas Anda  Berhenti (MATI)!        
        
Jika anda tidak berusaha untuk berhenti 
daripadanya, maka ia tidak akan terhenti. Usah lah berputus asa... untuk
 berhenti merokok!, ada caranya. Ianya seperti  berperang, anda mesti 
ada strategi! Tidak boleh serang secara melulu dan bertahan tidak kena 
pada tempatnya. Jika tidak, tidak hairanlah anda masih lagi menghisap 
batang panas yang berasa payau itu sehingga hari ini. 
        Dulu... Saya Juga Seperti Anda..
Saya mula menghisap rokok ketika dibangku 
sekolah. Semuanya kerana terikut-ikut atas pengaruh rakan. Pertama kali 
saya menghisap rokok, saya batuk terbahak-bahak dan terasa ingin muntah.
 Pada waktu itu, saya tidak sedar, itu sebenarnya adalah merupakan 
petunjuk bahawa tubuh saya terkejut dengan racun yang saya sendiri  
alurkan. 
         Pada
 waktu itu saya menghisap rokok hanyalah sekadar suka-suka. Saya mula 
menjadi perokok tegar selepas melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej 
matrikulasi. Berpuluh-puluh ringgit saya habiskan setiap bulan untuk 
membeli kotak rokok. Perkara ini berterusan sehinggalah saya tamat 
belajar di IPTA dan memasuki alam pekerjaan.
Pada
 waktu itu saya menghisap rokok hanyalah sekadar suka-suka. Saya mula 
menjadi perokok tegar selepas melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej 
matrikulasi. Berpuluh-puluh ringgit saya habiskan setiap bulan untuk 
membeli kotak rokok. Perkara ini berterusan sehinggalah saya tamat 
belajar di IPTA dan memasuki alam pekerjaan. 
Jika dikira-kira, berpuluh ribu wang saya 
telah dihabiskan hanya untuk membeli rokok. Sememangnya sesuatu yang 
amat sadis dan merugikan.
        
 Sampailah di suatu ketika, apabila saya 
bertemu dengan seorang rakan  saya yang telahpun berjaya berhenti 
merokok. Dari situ, timbul perasaan cemburu dan teruja dalam diri saya 
untuk turut sama berhenti merokok. Saya sungguh berasa tercabar untuk 
turut membuktikan yang saya juga boleh berhenti merokok
        
Setelah berusaha beberapa minggu, saya 
berjaya berhenti merokok, namun.. selepas beberapa hari, saya ‘on’ 
balik. Kadang-kadang, saya terfikir seperti mahu berputus asa.. tetapi 
mengenangkan "Jika orang lain boleh buat! kenapa aku tidak boleh buat?" . Saya kuatkan semangat dan tekad untuk berhenti merokok... 
        
Alhamdulilah, berkat usaha melalui tunjuk 
ajar rakan-rakan, sokongan keluarga dan juga dari hasil pembacaan, saya 
akhirnya menjumpai penawarnya...
        Cara Yang Sebenar-sebenarnya Bagaimana Untuk Berhenti Merokok..
Ya! saya telah menjumpai cara yang 
sebenar-benarnya untuk berhenti merokok. Saya kini sudah tidak lagi 
merokok! Saya berjaya berhenti merokok TANPA PERLU mengambil apa-apa ubat, mahupun gula-gula getah semata-mata untuk mengantikan ketagihan merokok.
        
Pada pengalaman saya, kaedah sebegitu 
sebenarnya kurang berkesan. Ianya hanya akan membuatkan anda bergantung 
pula kepada bahan-bahan tersebut. Silap haribulan, kos untuk membeli 
penawar itu lebih tinggi dari kos merokok. Akibatnya, lambat-laun, anda 
 akan kembali merokok semula. 
        Hidup Saya Kini Lebih Bermakna!
Benar sahabatku, setelah berjaya berhenti 
merokok, saya dapat merasakan perbezaan yang amat ketara dalam hidup 
saya. Saya rasa, hidup saya lebih bermakna dan lebih menggembirakan. 
        
Saya kini sudah boleh merasai akan rasa 
sebenar setiap makanan yang saya nikmati. Berbanding dulu, makanan yang 
dimakan tidak dapat saya rasai akan kemanisan dan kesegarannya yang 
sebenar. Rasa payau pada lidah menenggelamkan nikmat sebenar rasa 
makanan yang dimakan.
        
Kehidupan saya juga rasa lebih bertenaga. 
Setiap kali bangun tidur, saya rasa lebih segar. Si isteri? Jangan 
ceritalah.. dia pun lebih gembira kerana tiada lagi nafas busuk yang 
berbau rokok setiap kali bangun tidur.
        
Wang? Jika dulu agak sukar untuk saya 
menyimpan wang, kini, alhamdulilah, sedikit demi sedikit saya dapat 
menyimpan wang dan sekaligus menjadikan kedudukan kewangan saya lebih 
baik.
        
Rakan-rakan? Percaya atau tidak, selepas saya
 berhenti merokok, satu demi satu rakan saya juga turut berhenti 
merokok, semuanya menggunakan teknik yang sama seperti mana yang saya 
gunakan.
        
HIDUP  ini menjadi lebih INDAH!
        Jom! Mari Kita Berhenti Merokok!
Marilah! marilah kita bersama-sama 
memBEBASkan diri daripada menjadi "Hamba Rokok" untuk selama-lamanya... 
bukan untuk 3 hari, seminggu atau sebulan... tapi untuk 
selama-lamanya... 
        
Untuk tujuan itu, saya  telah pun membukukan "Cara-cara Bagaimana Saya Berhenti Merokok!". Saya
 harap, ianya dapat membantu anda di dalam usaha untuk berhenti merokok!
 Jika saya mampu lakukannya.. saya yakin, anda juga mampu untuk 
melakukannya?
        
Inilah dia ebook yang telah saya tulis untuk 
membantu anda membebaskan diri jadi menjadi perokok tegar. Di dalam 
ebook ini, saya kongsikan cara-cara mudah untuk  berhenti merokok. 
Selain itu, antara isi kandungan yang turut terdapat dalam ebook ini 
ialah:-
        
Inilah dia ebook yang telah saya tulis untuk 
membantu anda membebaskan diri jadi menjadi perokok tegar. Di dalam 
ebook ini, saya kongsikan cara-cara mudah untuk  berhenti merokok. 
Selain itu, antara isi kandungan yang turut terdapat dalam ebook ini 
ialah:- 
        - 
            2 Perkara Utama Yang Membuatkan Anda Terus Merokok.
 Anda perlu sedar mengenai 2 perkara ini, jika tidak, sampai bila-bila pun anda akan terus merokok.
- 
            5 Sebab Utama Kenapa Susah Untuk Berhenti Merokok.
 Ramai orang yang gagal berhenti merokok, tidak tahu sebab mengapa mereka gagal untuk berhenti. Disebabkan itu, mereka akhirnya menjadi pasrah dan tidak mahu lagi berusaha
- 
            4 Kelebihan Utama Berhenti Merokok.
 Jika anda ingin berhenti merokok, anda mesti tahu, mengapa anda mesti berhenti merokok? 4 Kelebihan ini akan memberikan anda sebab yang kukuh, mengapa anda perlu berhenti merokok sekarang!
- 
            Langkah-langkah Mudah Berhenti Rokok.
 Disinilah rahsia terbesar bagaimana anda boleh berhenti merokok dengan mudah dan berkesan. Apa yang perlu anda lakukan, hanya baca, fahami dan lakukan setiap langkah yang diajarkan dengan penuh tekad.
- 
            Tempoh Pantang Merokok.
 Berapa lamakah anda harus berpantang dari menghisap rokok untuk membolehkan anda kekal berhenti merokok selamanya? Semua itu dikupas di dalam bab ini.
- 
            Sebab Utama Kenapa Gagal & Kembali Merokok.
 Selepas anda berjaya melepasi tempoh pantang merokok, masih ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan anda kembali merokok, ketahui apa perkara tersebut dan pastikan anda mengelakkan dari melakukannya.
- 
            Rokok Terakhir .
 Bagaimana menghadapi saat-saat terakhir anda bersama rokok. Ianya amat penting dan kritikal.
- 
            Amaran Terakhir.
 Jika terasa ingin merokok semula, ingatilah amaran ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan